Support My Blog

Friday, April 17, 2020

SAMBAL KICAP JAWA - ENAKNYA

SAMBAL KICAP JAWA merupakan satu menu sambal kicap enak yang selalu disediakan oleh masyarakat Jawa terutama yang tinggal di Muar Johor. Terdapat berpuloh jenis resepi untuk membuat sambal kicap yang mana ia selalu dijadikan sebagai pencicah bagi makanan seperti mihun goreng, mee sup, mihun sup, sup daging, tempe goreng, pisang goreng, keledek goreng, keladi goreng dan sebagainya. Bagaimana pun pada penulis blog jenis sambal kicap jawa dari Muar merupakan yang paling enak dan sesuai dengan citarasa kerana ia mudah disediakan dengan mempunyai 5 citarasa. Sambal kicap ini mempunyai rasa manis, pedas, masin, lemak dan masam. Apa pun asas kepada pembuatan sambal kicap adalah cili padi atau cili api atau cili burung atau cabe rawit yang memberikan rasa pedas dan juga kicap. Resepi membuat sambal kicap jawa dengan menyediakan bahan asas seperti 10 - 12 biji cili padi, 2-3 biji bawang putih yang dikupas kulitnya, 2 - 3 sudu makan gula pasir dan kicap lemak manis. Lazimnya kicap jenama Habhal palig sesuai walau pun boleh diguna jenama seperti Kicap Tamin dan Jalen dan lain-lain. Sediakan lesung batu yang bersih dan masukkan gula dahulu diikuti dengan cili serta bawang putih. Ia ditumbuk sehingga lumat (sticky) dan kemudian dimasukan kicap manis dan dikacau sehingga sebati. Anda boleh juga mengeluarkan ramuan cili lumat tadi dengan sudu dan dimasukkan kedalam mangkuk kecil sebelum diisikan kicap manis dan dikacau sebati. Bagi menambah lemak rasa sambal kicap ini boleh dibubuh 'sedikit' serbuk perisa (ajinomoto) kedalam sambal ini. Ia sedia untuk dihidangkan atau boleh disimpan diatas meja untuk 3-5 hari lamanya. Artikel malam ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan menu sambal kicap jawa untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.



Cili Padi (Capsicum frustecens Linn) merupakan sejenis tanaman daripada keluarga Solanaceae yang memberikan rasa pedas kepada makanan. Ianya merupakan salah satu tanaman yang sangat mudah ditanam. Nama lain bagi cili padi adalah seperti cili api, cili rawit (lombok rawit), cabai burung, lada jarum atau lada tunggeng dan bermacam lagi. Cili padi sangat popular digunakan sebagai bahan perasa di dalam masakan tradisional terutama di Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Di Malaysia, cili padi ditanam di sekeliling rumah untuk kegunaan masakan harian, kini ditanam secara komersial. Terdapat permintaan yang tinggi untuk cili padi daripada pasaran isi rumah dan sektor perkilangan setiap hari. Pokok cili padi merupakan tumbuhan renek sederhana besar dan boleh mencapai ketinggian 0.5 - 2.0 m. Batangnya separa berkayu, liat dengan cabang yang banyak, sederhana besar dan tersusun bersilang serta berdaun tunggal. Pokok cili padi mempunyai bunga berwarna putih dan kedudukan bunga terletak di celah cabang tunas. Buah cili padi berbentuk menirus dan tumbuh menegak ke atas. Panjang buah cili padi adalah 3 - 5 cm bergantung kepada varietinya. Buah cili biasanya akan matang di dalam masa 80 - 90 hari selepas dipindahkan ke ladang. Buah cili padi mempunyai biji serta berwarna hijau dan apabila matang warnanya akan bertukar menjadi merah. Bijinya kecil berbentuk leper berwarna kuning memenuhi rongga buah. Walau bagaimanapun, cili padi boleh digunakan pada peringkat tidak matang (berwarna hijau) dan bila matang (berwarna merah). Manakala untuk tujuan pemasaran, cili padi biasanya dijual berwarna hijau dan merah sahaja atau dengan mencampurkan buah hijau dan merah. Namun pada kebiasaannya, cili padi dibiakkan daripada semaian biji benih.

Penulis blog dapati selain daripada resepi diatas ada beberapa lagi nama berkaitan sambal kicap ini. Ada mengelar nama khusus sambal kicap mereka seperti 'Sambal Kicap Power', 'Sambal Kicap Super', 'Kicap Pedas', Sambal Kicap Ngences' dan banyak lagi. Ada produk sambal kicap yang telah dikomersilkan dengan dibotolkan mengikuti peraturan GMP dan HACCP. Jika anda ke Johor dan membeli beberapa produk IAT seperti Mee Siput Goreng, Pisang Goreng, Tempe Goreng selalunya akan diberikan beberapa paket sambal kicap sebagai pelengkap. Bagi rakan [enulis blog dari Muar juga dengan Resepi Sambal Kicap Ngences Melelehnya agak unik resepinya. Bahan yang digunakan adalah 12 biji cili padi, 4 ulas bawang putih, 2 biji limau kasturi, kicap lemak manis, gula dan garam serta sedikit minyak masak. Cara membuatnya dengan mamanaskan minyak masa dan goreng cili padi, bawang putih seketika dan toskan. Masukkan bahan tadi kedalam lesung batu dan ditumbuk sehingga lumat. Kkemudian dituangkan kicap kedalam lesung (Sila lihat foto disebelah) dan dikacau rata setelah dimasukkan garam dan gula. Akhir sekali diperahkan air limau kasturi dan sedia untuk dihidangkan. Sambal kicap ini mempunyai rasa agak masam sedikit dengan adanya limau kasturi. Enak dimakan dengan mengambil makanan untuk cicah.

Tempe atau Tempeh merupakan satu jenis makanan yang berkhasiat dan diperbuat dari kacang soya yang terkenal dikalangan masyarakat di Malaysia dan memang menjadi hidangan penting dinegara Indonesia. Tempe merupakan hasil kacang soya yang menjalani proses iaitu penapaian menggunakan ragi yang dipercayai produk ini berasal dan dicipta dari Indonesia (Kepulauan Jawa) dan di bawa masuk ke Malaysia oleh datuk nenek kita beratus tahun dahulu. Bagaimana pun pada masa ini pengeluaran tempe komersil telah menggunakan ragi komersil yang ada dijual dipasaran. Terdapat beberapa kaedah pembungkusan tempe pada masa ini iaitu Jenis Tempe Tradisional yang dibungkus dengan gunakan beberapa jenis daun (Daun Pisang, daun Keladi, daun lebar)dan Jenis Tempe Moden yang dibungkus dengan Pembungkus Plastik. Pengeluaran Tempe umumnya amat popular di Malaysia banyak di Negeri Johor, Selangor dan Perak serta WP Persekutuan dengan jumlah bilangan pengusaha lingkungan 450-500 usahawan. Penulis membuat anggaran sebanyak 250,000 - 450,000 keping tempe akan dikeluarkan setiap hari. Makanan yang penulis blog suka adalah tempe yang dimasak sambal, tempe goreng cecah sambal kicap, kerepek tempe dan juga tempe tumis cili api. Selain tempe sambal ini enak dimakan dengan rauhu, sup dan pelbagai makanan lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
SAMBAL KICAP...RESEPI JAWA...
BAHAN ADA... MUDAH DISEDIA...
PEDAS MANIS...SEMUANYA ADA...
BUAT SENDIRI... MAKAN BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(16 Syaaban 1441H).
STAY HOME ... ELAKKAN COVID-19!...

Thursday, April 16, 2020

LEMBU - BAKA DI MALAYSIA

LEMBU (Bos gaurus) adalah sejenis mamalia haiwan yang diternak dan sejenis haiwan jinak yang menghasilkan dagung, susu dan pelbagai produk lain. Lembu terletak didalam subfamili Bovinae dimana spesis yang paling banyak dibawah genus Bos. Dibanyak negara lembu dipelihara sebagai ternakan untuk daging, susu dan hasil tenusu dan sebagai kemudahan untuk pengangkutan atau kereta lembu atau penarik (lembu digunakan untuk menarik kereta, bajak tanah pertannian dan alat-alatnya). Hasil keluaran lembu selainnya adalah termasuklah kulit dan tahi lembu yang digunakan untuk baja asli atau bahan api. Di sesetengah negara seperti India pula lembu berkait dengan aktiviti keagamaan yang penting. Dari segi sejarah sekitar 10,500 tahun dahulu haiwan lembu dibela jinak daripada sekurang 80 progeni (baka) dan terkini populasi lembu di dunia dianggarkan sebanyak 1.4 bilion ekor (Sumber: FAOSTAT). Lembu juga dilaporkan menjadi antara haiwan ternakan pertama yang mendapat sistem pembaikbaka tersusun dan di patenkan. Lembu dianggap harta kekayaan yang memang lama dan terkait didalam banyak sistem kebudayaan dan kemasyarakatan diseluruh dunia. Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada para pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat. Dilaporkan dimana sehingga kini bekalan daging lembu di Malaysia masih tidak mencukupi dan bekalan diimport dari luar negara seperti daripada India, Australia dan Thailand. Kawalan kemasukan import daging lembu ini dibawah Kementerian Pertanian dan Makanan melalui sistem kelulusan import (AP). Dinegara kita sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta beberapa kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang mudah didapati.

Dalam pada itu terkini populasi lembu pedaging di Malaysia sentiasa turun dan menaik dimana terdapat sebanyak 875,934 ekor pada 2000 menurun kepada tahun 2018 berjumlah 621,074 ekor sahaja (Sumber: Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia 2018). Sebanyak 90% daripada jumlah lembu ini diternak secara tradisional dan hanya 10% sahaja yang diternak secara komersil. Pertumbuhan tahunan bagi ternakan lembu pedaging adalah sangat perlahan dimana iaitu hanya sekitar 2% setahun. Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan dan terus menurun pada tahun 2018 dengan kurang dari 20%. Diunjurkan dimana bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010 akan tetapi perancangan tersebut tidak dapat dicapai walau pun banyak program dilaksanakan termasuk Projek Ternakan National Feedlot Center (NFC) di emas, Negeri Sembilan yang dikategorikan sebagai 'gagal'. Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan dan meningkat kepada 130 ribu tan pada 2018 dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg dimana ia berkait dengan perubahan pola permakanan rakyat Malaysia. Di Malaysia lembu ini merupakan nama panggilan biasa akan tetapi nama lainnya adalah seperti Cow atau Cattle dengan beberapa baka yang diternak termasuk Kedah-Kelantan (K-K), diternak di Kacukan Kom, Malaysia Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal), Brahman, Droughtmaster, Hereford, Angus, Charolais Shorthorn, Simmental dan Limousin Kegunaan. Lembu tempatan ini lazimnya akan di gunakan sebagai daging segar dan proses dan amat signifikan ketika musim Hari Raya Korban setiap tahun.

Menurut FAO (2016 jumlah populasi lembu diseluruh duna berjumlah 624.4 jua dengan Brazil mendahului dimana mempunyai sebanyak 218.25 juta ekor diikuti dengan India (185.9 juta ekor) dan USA (91.9 juta ekor). Ini jauh berbeza dimana jumlah pengeluaran daging lembu dunia pada tahun 2000 ialah 59.7 juta tan. Ia menurun kepada 59.3 juta tan pada tahun 2001. Nilai import daging lembu sedunia pula ialah US$4.2 juta (1.8 juta tan) dalam tahun 1999 dimana sejumlah US$3.6 juta (1.4 juta tan) bagi tahun 2000. Kini Permintaan untuk daging lembu di Malaysia terus meningkat dari tahun ke tahun, manakala jumlah bekalan menurun daripada 98.5 ribu tan pada tahun 1999, kepada 97.4 ribu tan pada tahun 2000. Ini menyebabkan pengimportan daging lembu bertambah. Harga runcit bagi daging import adalah RM8.50  RM12.00/kg manakala harga runcit bagi daging tempatan lebih mahal iaitu RM18.00 - RM35.00/kg. Biasanya diramalkan kadar permintaan untuk daging lembu akan meningkat pada kadar 1.28% setahun bagi sektor isirumah, dan 6.98% bagi sektor kilang dan institusi. Sate lembu dan Sate Ayam adalah dua jenis sate yang sangat popular di Malaysia dengan kebanyakan bahan menta bagi daging lembu ini adalah diimport. Amat jarang pengusaha lembu mengguna daging lembu tempatan untuk dijadikan sate daging lembu di Malaysia. Berikut disenaraiakn beberapa baka lembu pedaging yang diternak di Malaysia :-

(1) Lembu Kedah Kelantan (K-K)
Baka lembu tempatan ini merupakan baka yang amat sesuai untuk diternak di negara ini. Perkara ini disebabkan kerana sifatnya yang tahan daripada serangan dan juga jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti warna perang-hitam, coklat dan kekuningan. Biasanya jumlah berat anak lembu yang baru dilahir adalah kira-kira 14 - 16kg seekor. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg sehari sehingga mencapai umur dua tahun. Berat matang bagi lembu K-K ini adalah antara 200 - 250kg seekor. Jumlah daging yang dapat diperolehi adalah kira-kira 45% daripada berat badan lembu. Lembu K-K ini banyak diternak dikawasan Utara Semenanjung Malaysia dimana kebanyakan sistem ternakan secara tradisional.

(2) Lembu Baka Brahman
Baka lembu Brahman ini adalah berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika (Sila lihat foto disebelah). Lembu ini besar dan biasanya akan mempunyai berat matang lebih kurang 520kg bagi lembu betina manakala bagi lembu jantan mencapai 700-900kg seekor. Penulis blog mendapati dimana biasanya ia adalah berwarna putih dan berbonggol di bahagian belakangnya. Baka lembu ini juga sesuai untuk kerja-kerja lasak dan boleh tahan cuaca panas. Lemba Brahman matang mampu untuk menghasilkan daging yang bermutu dengan jumlah agak banyak iaitu sekitar 400 - 450kg daging seekor. Anak lembu ini selalunya akan dilahirkan kira-kira 22 - 27kg beratnya dan baka jenis ini adalah cepat membesar. 

(3) Lembu Baka Local Indian Dairy (L.l.D.) 
Baka LID ini merupakan campuran antara baka Kangayan, Hallikar dan Ongole daripada negara India. LID ini dianggap jenis tempatan kerana ada yang bercampur juga dengan baka K-K. Biasanya ia berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Bakan ini boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana dan didakwa memang tahan kutu dan jangkitan penyakit. Biasanya bagi lembu ini mencapai berat matang sehingga 280g. Anak lembu ini selalunya akan dilahirkan di antara 18-20kg beratnya. Mempunyai jumlah daging yang banyak.

(4) Lembu Baka Droughtmaster 
Hasil kacukan lembu Brahman dengan Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna coklat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur kira-kira 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330kg apabila mencapai umur dua tahun 


(5) Lembu Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal) 
Baka lembu ini lazimnya berwarna hitam kemerahan. Baka ini adalah daripada hasil kacukan antara lembu betina jenis Friesian dan jantan Sahiwal. Baka ini dihasilkan khusus untuk dipelihara di Malaysia. Ia juga merupakan jenis dua-guna yang sesuai bagi Malaysia iaitu untuk penghasilan daging lembu dan juga susu segar. Baka lembu ini dilaporkan boleh ddan dapat mengeluarkan susu sebanyak 1,500 - 2,000 kg. Purata berat anak semasa lahir 24kg. Berat matang seekor lembu ini mencapai 360kg. Kadar purata kenaikan berat badan bagi baka ini dalam lingkungan 0.37kg sehari. Projek NCER ternakan lembu di Holstein terletak hampir Bandar Muadzam menggunakan baka ini bagi menghasilkan susu segar jenama popular 'Farm Fresh'.

(6) Lembu Baka Kacukan Komersial dari Australia 
     (Australian Commercial Crosses) 
Terdapat banyak pilihan untuk baka hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging dari Australia. Antaranya ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak dan harga yang berpatutan. Terdapat penternak komersil yang mendapatkan baka kacukan daripada Australia duntuk dijadikan baka ternakan di negara kita.

(7) Lembu Baka Kacukan K-K
Kacukan Pedaging K-K Baka ini dihasilkan dari program kacukan lembu betina baka K-K dengan baka-baka lembu pedaging jantan seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan juga baka Simmental. Kaedah kacukan dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport. Baka ini lazimnya lebih sesuai diternak dinegara kita dimana mampu menghasilkan daging lebih baik.
Semuga anda semua mendapat info berguna dalam membaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
LEMBU PEDAGING... DI MALAYSIA...
POPULASI DIREKOD...ADA DIMANA...
BANYAK SAIZNYA... MENGIKUT BAKA...
BACA ARTIKEL... BARU KENALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(9 Syaaban 1441H).
STAY HOME... ELAKAN JANGKITAN COVID-19!..

Wednesday, April 15, 2020

POKOK SINTOK - KENALI DIA

POKOK SINTOK (Entada spiralis) merupakan sejenis tumbuhan jenis tropika yang unik terdapat di Malaysia terutama dibeberapa negeri di Utara Semenanjung. DI Kedah memang ada sebuah pekan bernama Pekan Sintok yang terletaknya Universiti Utara Malaysia dipercayai pekan ini adalah sempena pokok sintok yang ada dikawasan tersebut dahulu. Pokok Sintok ialah sejenis tumbuhan berbatang berkayu yang memanjat daripada keluarga Fabaceae (dulu sebagai Leguminoceae). Tumbuhan ini juga adalah dari jenis atau spesis lain Entada liana dan di Afrika ada spesis Entada gigantica dimana  buahnya besar serta selalunya dijumpai memanjat pokok-pokok lain terutamanya pokok-pokok balak di dalam hutan (Sila lihat foto diatas). Lazimnya pokok Sintok akan membiak melalui biji benih matang yang jatuh ketanah dan dibawa arus air. Buahnya yang matang berwarna hitam dan buah ini juga boleh digunakan sebagai pengganti syampu seperti kulit batangnya juga. Ada laporan dimana untuk menjadikan air sintok sebagai pengganti kepada syampu untuk menghitamkan dan mengilatkan rambut, caranya dengan bahagian kulit batangnya diketuk hingga leper dan disiatkan ke dalam air. Proses ini akan mengeluarkan buih dan buih ini digunakan untuk syampu manakala kulit tadi boleh digunakan untuk menyental tubuh badan ketika mandi. Selain menghilangkan kotoran dan daki ia juga wangi dan menyegarkan. Bagaimana pun kini ramai orang kebanyakan yang tidak mengenai akan Pokok SIntok walau pun mereka belajar di UUM yang berada di Sintok, Kedah.  Artikel malam ini sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP akibat wabak covid19 iaitu dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai pokok Sintok yang mana ia pernah diviralkan menghasilkan buah sama seperti petai dan pokok ini kurang dibuat kajian untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Pokok Sintok atau nama saintifiknya Entada Spiralis yang terdapat di Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi ikon dan mercu tanda kepada UUM. Pokok Sintok adalah pokok yang unik dan kini nama Pekan Sintok diambil sempena nama Pokok Sintok. Pokok Sintok juga digelar sebagai Beluru. Pokok Sintok yang mana ia lazimnya terdapat di dalam hutan tropika di negara seperti Thailand, Malaysia dan Indonesia. Pokok ini juga merupakan tumbuhan yang berbatang dan menjalar pada pokok lain terutamanya pokok yang bersaiz besar seperti Pokok Balak. Bagaimana pun apabila Pokok Sintok menjalar pada pokok lain lazimnya ia akan mengeluarkan cabang sisi untuk menguatkan sokongannya pada pokok tersebut. Lazimnya sebatang Pokok Sintok boleh mencapai ketinggian antara 20 hingga 30 meter. Biasanya batang pokok Sintok berwarna coklat kehitaman dan berdiameter 70 sentimeter. Dalam pada itu kayu Pokok Sintok berwarna coklat kemerahan dan berbau harum seperti bau bunga cengkih. Manakala, panjang daunnya antara 7 hingga 17.5 sentimeter dan lebar daunnya antara 2.5 hingga 5.5 cm. Pokok Sintok biasanya membiak melalui biji benihnya dan ia merupakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai kegunaan dan khasiat yang tinggi. Pokok ini digunakan secara meluas oleh masyarakat zaman dahulu terutamanya masyarakat luar bandar. Buah sintok yang berwarna hitam dan sudah matang boleh berfungsi sebagai syampu dan mampu mengilat serta menghitamkan rambut. Air rebusan akar kayu Pokok Sintok mampu merawat penyakit Sifilis dan gigitan haiwan yang berbisa. Pokok Sintok juga mampu merawat kulit yang mempunyai masalah seperti jeragat, gatal dan jerawat. Perkara ini kerana Pokok Sintok bertindak sebagai antibakteria dan antimikrob yang mampu merawat penyakit tersebut. Kajian lanjut perlu dilakukan akan dakwaan ini dengan lebih saintifik. Pokok  Sintok sebenarnya mempunyai nilai ekonomijika ada banyak penyelidikan dilakukan kelak.

Dalam pada itu dilaporkan dimana ada laporan dimana bahagian batang pokok Sintok diketuk sehingga lumat dan direbus dalam air sehingga mengeluarkan buih. Buih tersebut mampu menghilangkan daki dan kotoran serta berbau wangi dan segar. Pokok Sintok juga boleh digunakan untuk para ibu yang baru melahirkan sebagai bahan untuk membuat pilis dan ditampal pada dahi bagi mengelakkan rasa pening dan angin meroyan. Antara pelbagai produk telah dihasilkan yang berasaskan Pokok Sintok seperti produk sabun. Sabun ini mampu merawat penyakit kudis berair dan psiorasi. Kajian telah dibuat ke atas pesakit yang menghidap penyakit ini dan terbukti keberkesanannya kerana kulit pesakit tersebut menjadi kering. Pokok Sintok yang terletak berhampiran dengan Padang Golf UUM telah berusia ratusan tahun. Pokok Sintok ini menjadi tarikan pelancong yang datang melawat ke UUM. Oleh itu, pokok ini perlu dijaga dan dipelihara dengan rapi kerana usianya yang telah tua. Pokok Sintok semakin terancam akibat penerokaan kawasan hutan. Perkara ini disebabkan aktiviti penerokaan terhadap akar kayu yang tidak terkawal boleh menyebabkan Pokok Sintok semakin pupus. Kini didakwa pihak pengurusan UUM boleh mula untuk mewartakan Pokok Sintok melalui program khusus seperti program pemuliharaan supaya pokok ini tidak pupus ditelan zaman dan dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Kerja ini perlu dirancang dan dilakukan dengan baik melibatkan pakar-pakar berkaitan.


Pokok Sintok atau Beluru pada umumnya mempunyai akar yang sesuai dijadikan sebagai mandian untuk mereka yang menghadapi sakit kulit. Harus ditegaskan disini jangan pula anda gunakan di tempat kulit yang luka. Akar beluru ini telah diguna lama dahulu sebagai mandian dan sabun oleh nenek pihak moyang kita sebelum kehadiran sabun malah ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan ia sebagai sabun badan.  Akar beluru terkenal sebagai syampu rambut. Ia menghilangkan kelemumur dan menjadikan apa didakwa rambut menjadi hitam berkilat. Apa pun ketika anda menggunakan akar beluru sebagai syampu pastikan ia juga jangan terkena bahagian mata kerana ia dipercayai boleh memedihkan mata. Dalam pada itu dakwaan akar beluru yang di rebus dan direndam juga boleh digunakan untuk perawatan wanita. Cara menggunakan dengan minum air rendaman akar beluru atau sintok. Akar beluru terkenal sebagai akar sintok di kawasan Utara dan sesetengah tempat yang lain. Dinegeri Kelantan dan Terenggan pula pokok ini lebih dikenali sebagai akar beluru. Rendam akar beluru dan meramas akar beluru sehingga keluar buih sebelum menggunakan ia. Dilaporkan dimana dalam usaha pengurusan jenazah ada ustaz beritahu iaitu akar beluru atau Akar sintok turut digunakan dalam mandian jenazah selain daun bidara. Akar beluru boleh dijadikan bahan dalam gosokkan sahaja akar beluru yang direndam didalam air di bahagian tumit dan bahagian tubuh lain secara lembut. Bagaimana pun pastikan anda membuat 'pacth tech' terlebih dahulu untuk memastikan akar beluru ini sesuai untuk kulit dan tubuh anda. Selain syampu rambut anda juga boleh menggunakan air akar beluru sebagai pengganti sabun termasuk sabun tangan dan di isi di dalam botol semburan kecil. Akar beluru yang telah digunakan juga boleh dijadikan sebagai berus tubuh sebagai ganti loofah-sponge di tubuh bagi membangunkan menanggapi sel kulit mati, stretch Mark, selulit dan parut di tubuh. Satu ikat akar sintok dijual dengan harga RM12.00 online (Sila lihat foto paling bawah). Anda boleh terus menyimpan akar beluru yang telah digunakan dan guna ia kembali sebagai berus di bahagian kaki anda termasuk bahagian kuku.  Selain itu akar beluru juga digunakan dalama perubatan untuk penyakit kulit termasuk penyakit ' ludah jin '. Akar beluru juga amat sesuai untuk merawat kegatalan kulit kepala dan kelemumur. 

Daripada laporan juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat pilis (dicampur dengan akar tinggal dan kapulaga) yang digunakan sebagai tampalan pada dahi ibu selepas melahirkan untuk mengelakkan pening kepala dan angin meroyan. Sintok juga digunakan sebagai penyegar yang boleh mengembalikan kecergasan tubuh badan. ia banyak digunakan oleh dukun dan pengamal perubatan alternatif sebagai bahan campuran mandian untuk memulihkan semangat dan mengembalikan kecergasan terutamanya selepas lama terlantar Sakit. Masyarakat Melayu tradisional juga mengamalkan mandi menggunakan kulit akar sintok selepas suci dari haid untuk mengembalikan kecergasan di samping mengharumkan tubuh badan. Kayu sintok pula mampu untuk merawat penyakit sifilis dengan cara meminum air rebusan akarnya. Ia juga boleh digunakan untuk merawat gigitan haiwan dan serangga berbisa, ia juga dapat meredakan sedu dan juga untuk merawat berak berdarah.  Semua artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
 POKOK SINTOK... POKOK BELURU SAMA...
BANYAK DI MALAYSIA... NEGERI UTARA...
BIJI MATANG... DIJADIKAN BENIHNYA...
AKAR SINTOK... PELBAGAI KEGUNAANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist, 
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(18 Syaaban 1441H).
STAY HOME...ELAKKAN COVID19!...

Tuesday, April 14, 2020

PELBAGAI RESEPI - JANTUNG PISANG

MAKANAN DARI JANTUNG PISANG atau 'Banana Flowers' memang banyak resepinya dimana anda boleh membuatnya sendiri untuk dimakan dengan nasi putih. Jantung pisang adalah bunga yang dihasilkan oleh Pokok Pisang (Musa spp.) iaitu sejenis tumbuhan dari kelurga Musaceae yang berfungsi untuk menghasilkan buah pisang. Kini jantung pisang sesuai dimakan sebagai ulam atau sayuran bagi spesis pisang tertentu. Jantung Pisang bagi kebanyakan spesis pisang yang boleh dimakan boleh dipetik, dimasak dan dimakan. Antara jenis jantung pisang yang popular di kalangan orang Malaysia adalah Jantung Pisang Nipah atau Pisang Kapok, Jantung Pisang Nangka, Jantung Pisang Embun, Jantung Pisang Raja dan beberapa jenis lagi. Kalau dahulu hasilan jantung pisang hanya dimakan oleh masyarakat kampong sahaja tetapi kini penulis blog dapati masyarakat bandar telah makan jantung pisang yang dibeli dari pasar basah, pasar tani atau pasaraya. Beberapa hotel dan restoran telah pun mengkomersilkan jantung pisang sebagai hidangan istimewa kepada pelanggan. Jantung Pisang dihasilkan semasa proses pokok pisang berbunga dimana ia akan menghasilkan tandan pisang sehingga lengkap. Satu pokok pisang lazimnya hanya akan hanya mengeluarkan satu tandan pisang dan satu biji jantung pisang sahaja. Hanya dalam keadaan tertentu atau spesis tertentu jumlah tandan dan jantung pisang melebihi daripada satu dimana lazimnya jika ada kelainan akan dijadikan peristiwa 'pelik' yang sering dilaporkan didalam akhbar. Jantung Pisang berbentuk HATI (Heart) yang berwarna Coklat-Ungu Gelap dan mempunyai kelopak atau 'kulit luar' dimana didalamnya ada bunga berwarna kuning keputihan dipangkal kelopak. Ukuran jantung pisang sekitar 25-40 cm dengan ukurlilit tengah jantung 12-25 cm. Kulit jantung pisang luar adalah sederhana keras dan akan terbuka apabila sampai waktu bagi mendedahkan bunga betina. Bunga Betina dan bunga jantan ini menghasilkan manisan atau nektar bagi menarik serangga menghisapnya dan menjalankan proses pendebungaan. Beberapa haiwan pendebunga atau menyedut nektar seperti Kelawar Kecil, Kupu-kupu, Rama-rama, Burung kecil (Kelicap), Semut, Lebah Madu dan sebagainya. Bunga Jantung Pisang Kapok merupakan antara bunga pisang yang paling manis dan paling banyak dikunjungi serangga. Artikel ini kali ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai beberapa resepi masakan berasaskan jantung pisang yang sempat saya buat ujirasa untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Resepi pertama dari jantung pisang adalah Jantung Pisang Goreng Pedas  yang enak dimakan bersama nasi putih. Bahan asas untuk menyediakan resepi ini memang mudah didapati dan murah pula. Bahannya adalah 1 biji jantung pisang (sebaiknya adalah dari jenis pisang nipah dimana ia perlu dikupas kulit luarnya hingga jumpa bahagian cerah yang lembut) Jantung ini kemudian perlu di rendam
dengan 1 genggam ikan bilis (direndam selama10 minit) dan kemudian perlu ditoskan dan bagi dua. Bahan lain adalah 1 biji bawang besar yang perlu di hiris, 1 camca besar sos tiram, garam secukup rasa dan juga 1 cawan air. Bagi bahan untuk tumbuk diperlukan 6 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 biji cili merah, 10 biji cili padi, 1/2 inci belacan dan juga 1 bahagian ikan bilis tadi. Cara membuatnya dengan memanaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum. Kemudian dimasukkan sos tiram dan kacau rata dan tuang air. Sementara itu jantung pisang dibelah dua dan sebaiknya di belah lagi dan hiris sederhana halus saiznya untuk dimakan. Ia kemudian dimasukkan dalam kuali dan kacau rata. seterusnya dimasukkan ikan baki ikan bilis dan terus kacau dan masak hingga jantung pisang lembut dimana sebaiknya digunakan api perlahan. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar yang mana perlu dimasak sekejap dan angkat. Hidangkan segera dimakan dengan nasi putih bersama keluarga atau rakan taaulan.


Resepi dari jantung pisang yang ke 2 adalah Masak Lemak Jantung Pisang Dengan Pucuk Ubi yang juga senang untuk disediakan. Antara bahan-bahan diperlukan adalah pastinya 1 ikat pucuk ubi, 1 biji jantung pisang (Pisang Kapok atau pisang Nipah enak), 1 biji kelapa parut (diambil santannya), garam dan sedikit gula pasir. Sementara itu bagi bahan kisar diperlukan 5 tangkai cili api 4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1/2 inci kunyit hidup, Sejemput ikan bilis dan juga sebanyak 1/2 sudu kecil ketumbar biji. Cara-cara memasak dengan ambil jantung pisang iaitu bahagian muda dan dicelur dalam air mendidih yang diletak sedikit garam. Masukkan pucuk ubi dimana apabila sudah lembut maka angkat dan ditoskan. Kemudian dihiris mengikut yang disukai. Satukan bahan kisar dengan sayuran yang dicelur tadi. Setelah bergaul rata, masukkan santan cair. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan santan pekat dan garam. Sesuaikan rasa dan tutup api. Ia sesuai dimakan dengan nasi panas dan lauk pauk lain seperti ayam kampung ungkep, ikan kering dan sebagainya.


Resepi ke 3 adalah Kerabu Jantung Pisang Kerisik yang mana ia enam sekali dan paling popular dalam masyarakat kita di Malaysia.  Bahan dan cara membuatnya dengan mengambil 1-2 biji jantung pisang yang di rebus empuk dan hiris. Pastikan ada bahan lain iaitu 2 biji tomato yang di cincang nipis, 2 biji cili merah di mayang halus, 4 biji cili padi jga di mayang halus, 1 labu bawang besar yang di mayang halus, 1 sudu makan kerisik kelapa,  1/2 sudu makan air asamserta garam dan gula secukupnya. Pastikan anda menyatukan semua bahan di dalam mangkuk. Sebaiknya ia digaul sebati dan sesuaikan rasa dengan cara menambah garam dan gula secukup rasa. Dalam pada itu anda boleh taburkan kacang tanah yang telah goreng dan tumbuk di atasnya. Kerabu ini memang enak dimakan begitu sahaja atau pun boleh juga dimakan dengan nasi putih yang suam panas. Penulis blog memang suka kerabu jantung pisang atau juga kerabu pucuk ubi kayu atau kerabu taugeh.


Resepi dari jantung pisang yang ke 4 adalah Gulai Jantung Pisang yang sering dihidangkan semasa kenduri kendarat dan juga menjamu tetamu. Bahan bahan hany asas sahaja iaitu 2 biji jantung pisang., 3 cawan santan kelapa, 5 ulas Bawang merah, 1 ulas bawang putih, 2 inci Kunyit hidup, 5 biji cili api, 1 sudukecil ikan bilis atau pun boleh gunakan udang geragau kering, 1 helai daun kunyit dan juga 1 batang serai. Memang mudah menyediakan makanan gulai jantung pisang iaitu dengan megupas jantung pisang dan rebus hingga lembut. Kemudian ia dihiris jantung pisang tersebut kecil-kecil ikut kesukaan. Seterusnya ditumbuk bawang,kunyit hidup dan cili api hingga lumat. Kemudian disimpul daun kunyit dan ketuk serai. Ikan Bilis atau udang geragau blh tumbuk. Di masukkan santan serta bahan tumbukan tadi ke dlm periuk. Kemudian dimasukkan sedikit garam dan dimasak santan dan bahanbahan dalamnya atas api sederhana. Kacau santan sentiasa supaya tak pecah minyak. Apabila sudah menggelegak maka dimasukkan hirisan jantung pisang dan dikacau lagi hingga sebati masaknya. Seterusnya dimasukkan garam secukup rasa dan tutup api dan ia diankat serta sedia dihidangkan.

Bagaimana pun penulis blog paling suka makan Serunding Jantung Pisang. Ini keran aia memang menyamai keenakan serunding daging atau serunding ayam yang dimakan dengan nasi putih atau pulut kuning. Bagi menyediakan untuk hidangan seramai 5 orang diperlukan bahan iaitu 20 gram (lebihkurang 3 ulas) bawang merah, 10 gram (2 ulas) bawang putih ditumbuk halus, 3 gram (4 biji) cili kering tanpa tangkai dan biji, 20 gram (2 sudu makan) udang kering, 1/2 kilogram (1 biji) jantung pisang, 10 gram (1 sudu makan) kelapa parut untuk dijadikan kerisik, 10 gram (1 sudu makan) minyak sayuran, 3 gram (1/2 sudu teh) garam dan pastinya kena ada 3 gram (1/2 sudu teh) gula.  Cara  memasak dengan ambil jantung pisang dibersihkan serta dibuang kulitnya yang tua. Belah dua dan dihiris halus. Ramaskan dengan garam sehingga lembut (kira-kira 5 minit). Basuh dan toskan. Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk halus sehingga naik bau. (Disyorkan agar menggunakan kuali yang tidak melekat)  Masukkan jantung pisang dan kacau hingga sedikit kering. Masukkan kerisik, garam dan gula. Kacau lagi sehingga betul-betul garing dan dipadamkan api. Kemudian perlu diangkat dan hidangkan. Eanak juga dimakan dengan roti sebagai sarapan pagi.


Akhir sekali yang paling mudah disediakan adalah resepi Jantung Pisang dicicah dengan Air Asam. Makanan ini memang
sudah lama menjadi pilihan penduduk kampung yang mudah disediakan dan enak dimakan dengan nasi putih yang suam panas. Memang tinggal dikampung ada banyak pokok pisang yang ada jantungnya yang bolehh digunakan. Bahan digunakan adalah sebiji jantung pisang segar, asam jawa, cili padi, cili besar, bawang merah, limau kasturi, belacan, garam dan sedikit gula. Cara mem
buatnya emmang senang dimana bersihkan jantung [isang yang mana ia perlu direbus. Cara merebus jantung pisang supaya tidak terlalu lembik dimana mula-mula masukkan sedikit garam dan minyak dalam air rebusan. Rebus jantung pisang itu sehingga lembut dan berubah warnanya dan masukkan jantung pisang tersebut  ke dalam air yang berais (air sejuk) untuk mengekalkan kesegaran dan rangup. Kemudian ditoskan airnya dan jantung siap untuk dihidangkan. Cara membuat air asam jawa yang sedap adalah dengan mengambil cili padi,cili merah dan sedikit belacan. Sebaiknya bakar sedikit belacan tersebut dan kemudian tumbuk atau kisar cili bersama cili tadi. Setelah itu masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa sehingga sesuai. Penulis blog sering perahkan air limau kasturi untuk tambah perisa. Peringkat terakhir adalah menghiriskan bawang besar dan masukkan ke dalam air asam tadi. Apabila dikacau rata ia sudah sedia dimasukan didalam bekas untuk dijadikan cicah kepada jantung pisang lembut yang direbus tadi. Makan dengan nasi putuh. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology. Wasallam!!!...
JANTUNG PISANG.. BERKHASIAT DIA...
PELBAGAI RESEPINYA...IKUT SELERA...
SENANG DIMASAK... MUDAH DISEDIA...
ADA NASI PUTIH... BUAT LAUK ENAKNYA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 216, AB Inn Hotel,
Jalan Airport, Senar,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(4 JamadilAwal 1441H).

Monday, April 13, 2020

STRAWBERI TANAH RENDAH

STRAWBERRI (Fragaria x ananassa) merupakan sejenis tumbuhan beriklim sejuk daripada keluarga Asteraceae yang semakin popular ditanam di Malaysia terutama di kawasan tanah tinggi Cameroon Highlands, Pahang. Tanaman ini dijadikan tarikan pelancong tempatan dimana cuaca sejuk yang ujud dikawasan ini adalah faktur asas kehadiran pelancong. Pada masa ini ia diusahakan oleh petani dan pemilik beberapa pusat pelancongan selain daripada hasil bunga-bungaan, teh, produk IAT dan sayur-sayuran. Tidak ramai dikalangan rakyat Malaysia yang tahu dan kenal akan ujudnya banyak varieti strawberri kerana tanaman ini bukan tanaman popular di Malaysia. Ia hanya dikomersilkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila teknologi fertigasi dan Rumah Struktur Pelindung Hujan (SPH) diperkenalkan. Teknologi 'Vertical Agriculture' ini membolehkan tanaman strawberri dan tanaman beriklim sederhana lain sesuai ditanam di negara kita yang banyak hujan lebat serta sinaran matahari yang terik. Hujan yang lebat selalunya akan menjadi punca atau menyebabkan tanaman import beriklim temperate ini mudah rosak. SPH mampu melindungi kejadian ini disamping formulasi baja fertigasi dan media fertigasi yang sesuai untuk tanaman strawberri. Lebih daripada 30 hektar CHE tanaman strawberi dilaporkan ditanam di Cameroon Highland saban tahun dimana keluasan ini terus meningkat. Tanaman strawberri ini mampu bertahan lama sehingga 5 tahun jangkahayatnya tetapi biasanya selepas 3 tahun ia akan ditanam baru. Penulis yang membuat tinjauan rambang terhadap beberapa penanam strawberi di kawasan Cameroon Highland mendapati antara varieti yang kini popular ditanam adalah Varieti Festival. Ini kerana varieti ini dikatakan sesuai ditanam dengan cuaca dan mudah sistem amalan agronominya serta disukai oleh ramai pelancong. Bagaimana pun penulis pernah mendapat laporan dimana buah strawberi yang telah dikeringkan kebanyakannya adalah diimport daripada luar negara terutama dari China yang kurang pasti sama ada ia membahayakan kesihatan atau tidak. Apa pun penulis sudah lama tidak makan buah strawberi kering yang diiport atas nasihat rakan-rakan. Artikel petang Sabtu ini sambil menikmati kedinginan malam dari Hotel Rosa Pasadena, Brinchang saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu testimoni akhbar tempatan Harian Metro dimana tanaman strwaberri mampu menjada pendapatan lumayan d Marang, Terengganu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Di Marang Terengganu dilaporkan media tempatan bertajuk "Strawberi Marang Manis' dimana usahawan muda Nor  Ehsan menunjukkan buah strawberi ditanamnya dengan kerjasama UMT di Kampung Jambu Bongkok, Marang. Kini tanaman pokok strawberi memang sesuai dan lazim ditanam di tanah tinggi akan tetapi kni ia berlainan dengan strawberi ditanam seorang lelaki yang menyahut cabaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan menanam buah itu di Ladang Penternakan Madu Lebah dan Kelulut di Kampung Jambu Bongkok, Marang, Terengganu. AkhbarHarian Metro melaporkan didalam artikel bertajuk " Strawberi manis kini di Marang"dimana terkini memberikan hasil daripada tanaman sebanyak 300 pokok strawberi yang berjaya mengeluarkan hasil. Ironinya dilaporkan iaitu rasa buah strawberi itu juga dikatakan lebih manis berbanding strawberi ditanam di kawasan tanah tinggi termasuk daripada kawasan tanah tinggi Cameron Highlands.  Pengusahanya pemuda bernama Ecik Nor Ehsan berumur 41 tahun mendakwa dimana dia dengan kerjasama UMT mula menanam 100 pokok strawberi sejak Jun 2018. Beliau bersyukur dengan menggunakan teknik betul selain penggunaan baja biochar diperkenalkan UMT dimana pokok strawberi itu dilaporkan berjaya berbuah selepas tiga bulan. Dakwanya lagi pada peringkat awalnya dia berasa tidak yakin kerana tanaman strawberi biasanya ditanam di kawasan tanah tinggi.


Daripada pemerhatian bagaimanapun proses tumbesaran pokok strawberi yang beliau tanam tumbuh lancar sehingga mengeluarkan hasil membuktikan strawberi sesuai ditanam di kawasan tanah rata yang bersuhu panas dan lembap. Beliau nyatakan demikian ketika ditemui wartawan HM di Galeri Madu Big Bee Haney di Jalan Jambu Bongkok, Marang, Terengganu. Dakwa beliau lagi projek penanaman strawberi itu masih di peringkat kajian dan percubaan dimana aktiviti pemerhatian ini telah dijalankan bersama UMT. Biasanya pada setiap minggu seramai 20 para pengkaji, pensyarah dan penuntut UMT diketuai Dr Wan Zaliha Wan Sembok akan berkunjung ke tapak tanaman strawberi untuk menjalankan pemantauan dan kajian. Dilaporkan dimana hasilnya bentuk buah strawberi yang dihasilkan sekarang masih lagi belum mencapai piawai strawberi ditetapkan walau pun asasnya berjaya membentuk bujur dan tidak bulat. Merka mendapati dimana rasanya lebih manis berbanding strawberi dijual di pasaran dan itu ialah kelebihan strawberi dari kawasan tanah rata. Kini buah strawberi sudah dituai sebanyak empat kali sepanjang enam bulan projek itu dijalankan. Kumpulan pengkaji UMT ini juga selain menguji tahap keberkesanan tanaman strawberi ditanam di kawasan tanah ratadiaporkan mereka sedang merancang untuk mencuba didlam mengeluarkan madu kelulut berasaskan strawberi. 


Kini merek juga meletakkan beberapa sarang kelulut (Trigona itama) dan juga Trigona thoracica yang ditempatkan berhampiran tanaman strawberi itu dan lebah kelulut dilihat sudah mula hinggap pada bunga strawberi. Dipercayai melalui proses itu maka dijangka pada masa akan datang lebah kelulut yang diternak di situ akan menghasilkan madu berasaskan strawberi pula dan mampu membantu didalam roses pendebungaan (fertilization). Menurut Ketua esyarah iaitu Wan Zaliha mendakwa program pemindahan ilmu itu dibiayai dana Asimilasi Pengetahuan dan Teknologi daripada UMT. Tambahnya selain suhu dan kelembapan sesuai dilaporkan dimana tanaman strawberi tanah rendah memerlukan teknik pembajaan dan bahan perantaraan efektif bagi memperoleh hasil tinggi. Proses pendebungaan oleh lebah kelulut memainkan peranan sangat signifikan dalam memperoleh bentuk buah cantik dan berkilat. Pendebungaan lebah kelulut ke atas strawberi tanah rendah ini adalah hasil idea salah seorang penyelidikdi UMT. Campuran sabut kelapa dan arang hitam melalui hasil pembakaran sisa pertanian dengan teknik pyrolysis dan digabung jalinkan dengan semburan baja foliar. Kelebihan baja foliar atau ekstrak rumpai laut yang dikaji mempunyai kandungan hormon tumbuhan dan mineral nutrien tinggi diaplikasikan bagi meningkatkan hasil buah. 


Laporan daripada Nibong Tebal, Pulau Pinang pula berlainan dimana artikel  My Metro bertajuk "Strawberi subur di Tanah Rendah" menarik dikongsi bersama. Kini berbekalkan pelbagai teknologi didalam penanaman sempurna khususnya kepakaran daripada Jabatan Pertanian membuktikan pokok strawberi kini mampu ditanam di kawasan bertanah rendah dan bukan lagi terhad di Cameron Highlands sahaja. Malah kini kesabaran dan tidak mudah putus asa mendorong pesara iaitu Abdul Halim Mohammad, 57, mengusahakan tanaman strawberi di Kampung Jalan Teluk Ipil, Nibong Tebal (Sila lihat foto disebelah). Beliau yang pernah menjawat Penolong Pegawai Pertanian mempunyai kelebihan ketika menjalankan pelbagai kajian daripada bidang berkaitan khususnya dalam penanaman strawberi. Dia memulakan projek tanaman strawberi pada Disember 2015 yang pada peringkat awalnya secara suka-suka, tetapi kini ia mula menunjukkan potensi besar dalam kalangan pengemar buah berkenaan. Dengan mengeluarkan modal RM10,000 untuk menyediakan benih, peralatan serta membina rak dan kini mampu menghasilkan antara 1,000 hingga 1,200 pasu pokok strawberi. Tanaman strawberi ini diusahakan bersebelahan dengan rumah dan ia agak sensitif serta menerima sinar matahari lebih kurang enam hingga lapan jam sehari. Tanaman strawberi dakwanya perlu dalam menerima bekalan air secukupnya bagi membantu didalam mengurangkan kerosakan pada daun dalam proses tumbesarannya. Tanaman strawberi mulai bertambah dengan munculnya sulur dan dari ujung sulur itu akan tumbuh tanaman strawberi baru dari akarnya yang akan dimasukkan di dalam pasu kecil. Tanaman strawberi akan mulai berbunga dan berubah menjadi buah dalam tempoh tiga bulan sekali gus boleh memetik buah yang sudah matang. Antara spesies ditanam termasuk jenis festival, Carmorosa dan K Pop iaitu benih yang diperoleh daripada Korea Selatan dan amat digemari orang ramai. Buah strawberi berwarna merah dengan bintik-bintik kuning kelihatan menawan dan walaupun tidak semua jenis strawberi manis, tetapi ramai yang tetap menyukainya. Kini selain boleh dimakan begitu saja serta mempunyai aroma dan rasa sedap, ia turut digunakan sebagai perasa tambahan dalam makanan dan minuman, selain turut digunakan dalam menangani pelbagai penyakit seperti kanser, angin ahmar dan mampu memulihkan proses penuaan. Hasil strawberi saya terus mendapat perhatian pelanggan termasuk dari Selangor dan Perlis untuk mendapatkan bekalan dijual pada harga RM20 bagi pasu kecil. Hasil jualan pokok strawberi ini mampu menjana pendapatan sampingan dianggarkan kira-kira RM3,000 sebulan dan saya puas melihat kejayaan ini selepas beberapa tahun mencubanya. Selain mengusahakan tanaman strawberi, Abdul Halim turut mengusahakan madu kelulut asli yang turut mendapat sambutan pelanggan. Akhir kata semuga artikel ini memberi info berguna kepada sema pembaca anim agro technoloy kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM STRAWBERI... ADA CARA...
DITANAH TINGGI... IA SUDAH BIASA...
DI MARANG TERENGGAU... IA DICUBA..
DILAPORKANMANIS... UMT BUKTIKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agrnomist,
Room 429, Corpthorne Hotel,
Kea Farm, Brichang,
CameroonHghland,
Pahang, Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1441H).
Stay Home..elakkan covid19...

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...