MAKANAN DARI JANTUNG PISANG atau 'Banana Flowers' memang banyak resepinya dimana anda boleh membuatnya sendiri untuk dimakan dengan nasi putih. Jantung pisang adalah bunga yang dihasilkan oleh Pokok Pisang (Musa spp.) iaitu sejenis tumbuhan dari kelurga Musaceae yang berfungsi untuk menghasilkan buah pisang. Kini jantung pisang sesuai dimakan sebagai ulam atau sayuran bagi spesis pisang tertentu. Jantung Pisang bagi kebanyakan spesis pisang yang boleh dimakan boleh dipetik, dimasak dan dimakan. Antara jenis jantung pisang yang popular di kalangan orang Malaysia adalah Jantung Pisang Nipah atau Pisang Kapok, Jantung Pisang Nangka, Jantung Pisang Embun, Jantung Pisang Raja dan beberapa jenis lagi. Kalau dahulu hasilan jantung pisang hanya dimakan oleh masyarakat kampong sahaja tetapi kini penulis blog dapati masyarakat bandar telah makan jantung pisang yang dibeli dari pasar basah, pasar tani atau pasaraya. Beberapa hotel dan restoran telah pun mengkomersilkan jantung pisang sebagai hidangan istimewa kepada pelanggan. Jantung Pisang dihasilkan semasa proses pokok pisang berbunga dimana ia akan menghasilkan tandan pisang sehingga lengkap. Satu pokok pisang lazimnya hanya akan hanya mengeluarkan satu tandan pisang dan satu biji jantung pisang sahaja. Hanya dalam keadaan tertentu atau spesis tertentu jumlah tandan dan jantung pisang melebihi daripada satu dimana lazimnya jika ada kelainan akan dijadikan peristiwa 'pelik' yang sering dilaporkan didalam akhbar. Jantung Pisang berbentuk HATI (Heart) yang berwarna Coklat-Ungu Gelap dan mempunyai kelopak atau 'kulit luar' dimana didalamnya ada bunga berwarna kuning keputihan dipangkal kelopak. Ukuran jantung pisang sekitar 25-40 cm dengan ukurlilit tengah jantung 12-25 cm. Kulit jantung pisang luar adalah sederhana keras dan akan terbuka apabila sampai waktu bagi mendedahkan bunga betina. Bunga Betina dan bunga jantan ini menghasilkan manisan atau nektar bagi menarik serangga menghisapnya dan menjalankan proses pendebungaan. Beberapa haiwan pendebunga atau menyedut nektar seperti Kelawar Kecil, Kupu-kupu, Rama-rama, Burung kecil (Kelicap), Semut, Lebah Madu dan sebagainya. Bunga Jantung Pisang Kapok merupakan antara bunga pisang yang paling manis dan paling banyak dikunjungi serangga. Artikel ini kali ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai beberapa resepi masakan berasaskan jantung pisang yang sempat saya buat ujirasa untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.
Resepi pertama dari jantung pisang adalah Jantung Pisang Goreng Pedas yang enak dimakan bersama nasi putih. Bahan asas untuk menyediakan resepi ini memang mudah didapati dan murah pula. Bahannya adalah 1 biji jantung pisang (sebaiknya adalah dari jenis pisang nipah dimana ia perlu dikupas kulit luarnya hingga jumpa bahagian cerah yang lembut) Jantung ini kemudian perlu di rendam
dengan 1 genggam ikan bilis (direndam selama10 minit) dan kemudian perlu ditoskan dan bagi dua. Bahan lain adalah 1 biji bawang besar yang perlu di hiris, 1 camca besar sos tiram, garam secukup rasa dan juga 1 cawan air. Bagi bahan untuk tumbuk diperlukan 6 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 biji cili merah, 10 biji cili padi, 1/2 inci belacan dan juga 1 bahagian ikan bilis tadi. Cara membuatnya dengan memanaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum. Kemudian dimasukkan sos tiram dan kacau rata dan tuang air. Sementara itu jantung pisang dibelah dua dan sebaiknya di belah lagi dan hiris sederhana halus saiznya untuk dimakan. Ia kemudian dimasukkan dalam kuali dan kacau rata. seterusnya dimasukkan ikan baki ikan bilis dan terus kacau dan masak hingga jantung pisang lembut dimana sebaiknya digunakan api perlahan. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar yang mana perlu dimasak sekejap dan angkat. Hidangkan segera dimakan dengan nasi putih bersama keluarga atau rakan taaulan.
Resepi dari jantung pisang yang ke 2 adalah Masak Lemak Jantung Pisang Dengan Pucuk Ubi yang juga senang untuk disediakan. Antara bahan-bahan diperlukan adalah pastinya 1 ikat pucuk ubi, 1 biji jantung pisang (Pisang Kapok atau pisang Nipah enak), 1 biji kelapa parut (diambil santannya), garam dan sedikit gula pasir. Sementara itu bagi bahan kisar diperlukan 5 tangkai cili api 4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1/2 inci kunyit hidup, Sejemput ikan bilis dan juga sebanyak 1/2 sudu kecil ketumbar biji. Cara-cara memasak dengan ambil jantung pisang iaitu bahagian muda dan dicelur dalam air mendidih yang diletak sedikit garam. Masukkan pucuk ubi dimana apabila sudah lembut maka angkat dan ditoskan. Kemudian dihiris mengikut yang disukai. Satukan bahan kisar dengan sayuran yang dicelur tadi. Setelah bergaul rata, masukkan santan cair. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan santan pekat dan garam. Sesuaikan rasa dan tutup api. Ia sesuai dimakan dengan nasi panas dan lauk pauk lain seperti ayam kampung ungkep, ikan kering dan sebagainya.
Resepi ke 3 adalah Kerabu Jantung Pisang Kerisik yang mana ia enam sekali dan paling popular dalam masyarakat kita di Malaysia. Bahan dan cara membuatnya dengan mengambil 1-2 biji jantung pisang yang di rebus empuk dan hiris. Pastikan ada bahan lain iaitu 2 biji tomato yang di cincang nipis, 2 biji cili merah di mayang halus, 4 biji cili padi jga di mayang halus, 1 labu bawang besar yang di mayang halus, 1 sudu makan kerisik kelapa, 1/2 sudu makan air asamserta garam dan gula secukupnya. Pastikan anda menyatukan semua bahan di dalam mangkuk. Sebaiknya ia digaul sebati dan sesuaikan rasa dengan cara menambah garam dan gula secukup rasa. Dalam pada itu anda boleh taburkan kacang tanah yang telah goreng dan tumbuk di atasnya. Kerabu ini memang enak dimakan begitu sahaja atau pun boleh juga dimakan dengan nasi putih yang suam panas. Penulis blog memang suka kerabu jantung pisang atau juga kerabu pucuk ubi kayu atau kerabu taugeh.
Resepi dari jantung pisang yang ke 4 adalah Gulai Jantung Pisang yang sering dihidangkan semasa kenduri kendarat dan juga menjamu tetamu. Bahan bahan hany asas sahaja iaitu 2 biji jantung pisang., 3 cawan santan kelapa, 5 ulas Bawang merah, 1 ulas bawang putih, 2 inci Kunyit hidup, 5 biji cili api, 1 sudukecil ikan bilis atau pun boleh gunakan udang geragau kering, 1 helai daun kunyit dan juga 1 batang serai. Memang mudah menyediakan makanan gulai jantung pisang iaitu dengan megupas jantung pisang dan rebus hingga lembut. Kemudian ia dihiris jantung pisang tersebut kecil-kecil ikut kesukaan. Seterusnya ditumbuk bawang,kunyit hidup dan cili api hingga lumat. Kemudian disimpul daun kunyit dan ketuk serai. Ikan Bilis atau udang geragau blh tumbuk. Di masukkan santan serta bahan tumbukan tadi ke dlm periuk. Kemudian dimasukkan sedikit garam dan dimasak santan dan bahanbahan dalamnya atas api sederhana. Kacau santan sentiasa supaya tak pecah minyak. Apabila sudah menggelegak maka dimasukkan hirisan jantung pisang dan dikacau lagi hingga sebati masaknya. Seterusnya dimasukkan garam secukup rasa dan tutup api dan ia diankat serta sedia dihidangkan.
Bagaimana pun penulis blog paling suka makan Serunding Jantung Pisang. Ini keran aia memang menyamai keenakan serunding daging atau serunding ayam yang dimakan dengan nasi putih atau pulut kuning. Bagi menyediakan untuk hidangan seramai 5 orang diperlukan bahan iaitu 20 gram (lebihkurang 3 ulas) bawang merah, 10 gram (2 ulas) bawang putih ditumbuk halus, 3 gram (4 biji) cili kering tanpa tangkai dan biji, 20 gram (2 sudu makan) udang kering, 1/2 kilogram (1 biji) jantung pisang, 10 gram (1 sudu makan) kelapa parut untuk dijadikan kerisik, 10 gram (1 sudu makan) minyak sayuran, 3 gram (1/2 sudu teh) garam dan pastinya kena ada 3 gram (1/2 sudu teh) gula. Cara memasak dengan ambil jantung pisang dibersihkan serta dibuang kulitnya yang tua. Belah dua dan dihiris halus. Ramaskan dengan garam sehingga lembut (kira-kira 5 minit). Basuh dan toskan. Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk halus sehingga naik bau. (Disyorkan agar menggunakan kuali yang tidak melekat) Masukkan jantung pisang dan kacau hingga sedikit kering. Masukkan kerisik, garam dan gula. Kacau lagi sehingga betul-betul garing dan dipadamkan api. Kemudian perlu diangkat dan hidangkan. Eanak juga dimakan dengan roti sebagai sarapan pagi.
Akhir sekali yang paling mudah disediakan adalah resepi Jantung Pisang dicicah dengan Air Asam. Makanan ini memang
sudah lama menjadi pilihan penduduk kampung yang mudah disediakan dan enak dimakan dengan nasi putih yang suam panas. Memang tinggal dikampung ada banyak pokok pisang yang ada jantungnya yang bolehh digunakan. Bahan digunakan adalah sebiji jantung pisang segar, asam jawa, cili padi, cili besar, bawang merah, limau kasturi, belacan, garam dan sedikit gula. Cara membuatnya emmang senang dimana bersihkan jantung [isang yang mana ia perlu direbus. Cara merebus jantung pisang supaya tidak terlalu lembik dimana mula-mula masukkan sedikit garam dan minyak dalam air rebusan. Rebus jantung pisang itu sehingga lembut dan berubah warnanya dan masukkan jantung pisang tersebut ke dalam air yang berais (air sejuk) untuk mengekalkan kesegaran dan rangup. Kemudian ditoskan airnya dan jantung siap untuk dihidangkan. Cara membuat air asam jawa yang sedap adalah dengan mengambil cili padi,cili merah dan sedikit belacan. Sebaiknya bakar sedikit belacan tersebut dan kemudian tumbuk atau kisar cili bersama cili tadi. Setelah itu masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa sehingga sesuai. Penulis blog sering perahkan air limau kasturi untuk tambah perisa. Peringkat terakhir adalah menghiriskan bawang besar dan masukkan ke dalam air asam tadi. Apabila dikacau rata ia sudah sedia dimasukan didalam bekas untuk dijadikan cicah kepada jantung pisang lembut yang direbus tadi. Makan dengan nasi putuh. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology. Wasallam!!!...
sudah lama menjadi pilihan penduduk kampung yang mudah disediakan dan enak dimakan dengan nasi putih yang suam panas. Memang tinggal dikampung ada banyak pokok pisang yang ada jantungnya yang bolehh digunakan. Bahan digunakan adalah sebiji jantung pisang segar, asam jawa, cili padi, cili besar, bawang merah, limau kasturi, belacan, garam dan sedikit gula. Cara membuatnya emmang senang dimana bersihkan jantung [isang yang mana ia perlu direbus. Cara merebus jantung pisang supaya tidak terlalu lembik dimana mula-mula masukkan sedikit garam dan minyak dalam air rebusan. Rebus jantung pisang itu sehingga lembut dan berubah warnanya dan masukkan jantung pisang tersebut ke dalam air yang berais (air sejuk) untuk mengekalkan kesegaran dan rangup. Kemudian ditoskan airnya dan jantung siap untuk dihidangkan. Cara membuat air asam jawa yang sedap adalah dengan mengambil cili padi,cili merah dan sedikit belacan. Sebaiknya bakar sedikit belacan tersebut dan kemudian tumbuk atau kisar cili bersama cili tadi. Setelah itu masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa sehingga sesuai. Penulis blog sering perahkan air limau kasturi untuk tambah perisa. Peringkat terakhir adalah menghiriskan bawang besar dan masukkan ke dalam air asam tadi. Apabila dikacau rata ia sudah sedia dimasukan didalam bekas untuk dijadikan cicah kepada jantung pisang lembut yang direbus tadi. Makan dengan nasi putuh. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology. Wasallam!!!...
JANTUNG PISANG.. BERKHASIAT DIA...
PELBAGAI RESEPINYA...IKUT SELERA...
SENANG DIMASAK... MUDAH DISEDIA...
ADA NASI PUTIH... BUAT LAUK ENAKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 216, AB Inn Hotel,
Jalan Airport, Senar,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(4 JamadilAwal 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.