Support My Blog

Tuesday, April 21, 2020

PRODUK SUSU PISANG - APA DIA?

PRODUK SUSU PISANG (Banana Milk) penulis blog telah terjumpa semasa buat carian mengenai buah dan khasiat pisang dalam google. Produk ini mendapat banyak komen, pujian dan juga perbincangan teknikal mengenai dakwaan termasuk oleh Dr Amalina dari UK. Apa pun memang penulis blog amat tertarik dengan satu artikel dari Berita Harian bertajuk "Pengiklanan produk 'susu pisang' buat akuan dilarang menyalahi Akta Makanan" yang ditulis oleh wartawan Mohd Iskandar. Berita daripada Kuala Lumpur ini menyatakan dimana pengiklanan produk ‘susu pisang’ yang membuat akuan dilarang, adalah menyalahi Akta Makanan 1983 serta peraturan di bawahnya. kenyataan oleh Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penyataan seperti membantu merendahkan tekanan darah tinggi, membantu membuang toksik dari badan, meningkatkan metabolisme, mengawal selia pengeluaran insulin dan pergerakan oksigen dan mengurangkan obesiti, adalah dilarang pada label serta iklan produk makanan. Kini pihak Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius penjualan dan pengiklanan produk ‘susu pisang’ yang membuat akuan dilarang serta tular dalam media elektronik, media cetak, media sosial, risalah dan lain-lain. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sudah mengambil tindakan ke atas pihak yang mengedar atau menjual produk makanan berkenaan yang tidak mematuhi mana-mana perundangan berkaitan bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan di bawahnya dakwa beliau semasa membuat sidang akhbar hari ini. Artikel tenhagari ini iaitu sempena duduk rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pandemik Covid19 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" dan kupasannya mengenai iklan dan produk susu pisang yang dipaparkan dalam akhbar tempatan untuk bahan rujukkan dan bacaan.


Menjelaskan lanjut dalam akhbar tersebut Dr Noor Hisham berkata dimana KKM sentiasa menjalankan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan pada produk makanan terhadap Akta Makanan 1983.  Terbaru pada Oktober lalu, beliau berkata, KKM menjalankan satu operasi khas bagi membanteras dan mengambil tindakan ke atas pengeluar dan produk makanan secara serentak di seluruh negara. “Hasil operasi khas yang dijalankan, sebanyak 506 premis makanan diperiksa dan 2,135 produk makanan bernilai RM60,494.53 disita.  “Sejumlah 47 notis dengan keseluruhan nilai RM113,500 dikeluarkan kepada pemilik premis makanan yang gagal mematuhi peruntukan bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan di bawahnya,” katanya. Selain itu, beliau berkata, KKM sentiasa akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta pentadbir laman sosial seperti Facebook dan Instagram, untuk menyekat akses kepada laman web serta laman sosial mana-mana produk makanan yang didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983. Hingga kini, sebanyak 103 laman web dan laman sosial sudah disekat. “Seksyen 17 Akta Makanan 1983 menetapkan larangan ke atas sesuatu iklan makanan, termasuklah perkara yang dilarang pada label dan penyataan yang boleh memperdayakan pengguna. 

Peraturan 18(6) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 pula menyatakan bahawa label makanan tidak boleh mengandungi akuan kesihatan seperti mencegah, mengurang, merawat dan menyembuhkan sesuatu penyakit. Dalam pada itu dakwanya kegagalan mematuhi mana-mana terdapat peruntukan bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun,” katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, KKM memberi amaran kepada semua penjual atau ejen produk makanan berkenaan untuk menghentikan pengiklanan yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan tidak menyebarkannya dalam media sosial. “Pengguna juga dinasihatkan tidak terperdaya dengan iklan sedemikian,” katanya. Sekiranya pengguna ada sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM): www.facebook.com/bkkmhq.

Dalam laporan lain bertajuk "Neelofa pertahan susu pisang Nilofa" oleh wartawan Farhana Ab Rahman juga menarik kita baca bersama. Berita dari Kuala Lumpur ini menyatakan dimana pengacara dan usahawan popular, Neelofa mengaku perlu memperkemaskan aspek pembungkusan susu pisang keluarannya, Nilofa, selepas produk itu diperiksa Kementerian Kesihatan. Neelofa atau nama penuh, Noor Neelofa Mohd Noor, berkata pihaknya mengemukakan dokumen diperlukan bagi memastikan Nilofa dipromosikan sebagai produk susu berperisa pisang, selepas ini. “Kementerian sudah memeriksa kilang dan gudang. Selepas membuat penelitian, alhamdulillah, kami perlu menambah baik pembungkusan produk menjadi susu berperisa pisang. “Kami sudah menghantar apa yang diperlukan untuk perkara ini diperbetulkan bagi pengeluaran akan datang,” katanya melalui video yang dimuat naik di Instagram, kira-kira sejam lalu. Baru-baru ini, Neelofa melancarkan susu pisang jenama Nilofa yang mencetuskan kontroversi apabila didakwa khasiat produk itu dipromosikan keterlaluan termasuk dikatakan mengandungi kadar gula tinggi. Neelofa berkata, tiada tindakan diambil kementerian terhadap isu ‘over claim’ atau dakwaan keterlaluan membabitkan kelebihan Nilofa. “Ini kerana pada pembungkusan, tidak ada elemen yang menyatakan produk ini adalah untuk mengatasi obesiti atau boleh merawat itu dan ini,” katanya.

Neelofa berkata, siasatan mendapati maklumat dalam risalah produk Nilofa yang diedarkan pada sidang media, baru-baru ini, tidak dirujuk sebuah agensi yang dilantik syarikat, kepada kilang dan ibu pejabat. “Ketika saya menubuhkan syarikat ini, kumpulan saya sangat kecil. Jadi urusan pemasaran, operasi dan penjenamaan diserahkan kepada pihak lain atau ‘outsource’.  “Sudah tentu, jika saya tahu mengenai risalah ini, saya akan pastikan ia tidak diedarkan. “Ini kerana fokus syarikat (dalam menghasilkan Nilofa) bukan untuk merawat atau untuk kesihatan. Kami memberi tumpuan kepada produk gaya hidup,” katanya. Neelofa berkata, pihaknya sudah berbincang dengan agensi terbabit untuk mengambil beberapa langkah sebelum memuat naik perkongsian, entri atau kenyataan selepas mendapat kelulusan syarikat.  Mengenai kandungan gula dalam Nilofa, Neelofa berkata, pengguna boleh membuat perbandingan dengan produk susu pisang lain. “Kalau masih ragu-ragu, pergi bandingkan Nilofa dengan produk lain. Saya pasti anda dapat tengok kandungan gula dalam Nilofa paling rendah. “Namun, disebabkan nama saya, orang tengok segala-galanya. Saya sangat hargai maklum balas diberi. Kami jadi lebih kuat dan teliti dalam memastikan apa yang dilakukan selepas ini,” katanya. Semuga arikel dari media tempatan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PRODUK BARU... SUSU PISANG DIA...
JENAMA NILOFA... DIPASARAN ADA...
DIDAKWA BERJHASIAT.. KENA CUBA...
NAMPAK VIRAL... KEPADA PEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(18 Syaaban 1441H).
STAY HOME....ELAKKAN COVID19...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...