Support My Blog

Sunday, April 5, 2020

SALAK PONDOH -JADI POPULAR

SALAK PONDOH (Salacca zalacca Gaertner Voss.) adalah salah satu varieti buah salak yang popular di negara jiran Indonesia dan ada di tanam di Malaysia juga. Pokok Salak ini termasuk famili Arecaceae (Dahulu buah ini dinamakan famili palmae). Pokok Salak lazimnya mempunyai duri pada buah dan juga pelepah daunnya. Ia juga mempunyai banyak tunas dimana selalunya akan tumbuh menjadi rumpun yang rapat. Pokok salak pondoh tumbuh tinggi sehingga mencapai 1.5 - 5 meter dimana pada batang pokoknya berbentuk stolon di dalam tanah. Ia juga berbentuk selinder dengan diameter  batang sekitar 10 - 15 cm (Verheij dan Coronel, 1997). Akar tanaman pokok salak pondoh ini merupakan jenis iaitu akar serabut juga ia berbentuk selinder dengan diameter 6 - 8 mm. Kawasan sebaran akarnya tidak luas, cetek atau ianya dangkal dan peka terhadap masaalah kekurangan air (Purnomo, 2001). Bentuk daun adalah tirus yang panjangnya mencapai 3 - 7 meter berwarna hijau serrta mempunyai pelepah, tangkai dan anak daun berduri banyak. Bentuk daunnya panjang, nipis, berwarna kelabu sampai kepada warna kehitaman, anak daunnya berukuran (20-70) cm x (2-7.5) cm (Verheij dan Coronel, 1997). Lazimnya pokok salak ppondon ini juga mempunyai bunga yang berbentuk iaitu majmuk, bertangkai dan tertutup oleh seludang. Panjang seludang bunga jantan hingga 50 -100 cm sedangkan bunga betina 20-30 cm. Dilaporkan dimana bunga jantan pada  tanaman salak pondoh berwarna coklat kemerahan dimana ia adalah sekelompok bunga jantan dan terdiri dari 4 - 12 malai. Setiap satu malai terdiri dari ribuan debunga dimana panjang bunga jantan setiap malai kira-kira 4-15 cm dan bunga jantan selalunya mekar selama 1-3 hari sahaja. Dalam pada itu bunga betina berwarna hijau kekuningan, berbintik merah dan mempunyai 3 petal. Panjang satu malai 7-10 cm dan bunga mekar selama 1-3 hari. Tanda bunga yang siap diserbuki adalah bunga berwarna merah dan mengeluarkan aroma harum. Waktu pendebungaan yang baik adalah pada hari ke -2 bunga mekar. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai aspek teknikal dan beberapa ciri salak pondoh untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua. Waktu menulis iini sudah 18 hari mematuhi Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) akibat wabak pandemik Covid-19 di Malaysia.

Di Malaysia tanaman pokok salak hanya dilakukan dibeberapa negeri sahaja seperti di Pahang, Terengganu dan Kelandan dimana negeri lain ia kurang diusahakan. Penulis blog pernah terlibat didalam sistem pendaftaran salak dengan ada 8 varieti semuanya. Varieti tersebut adalah Salak Nangka (Z2), Salak Kesumba (Z3), Salak Kelubi (Z4), Salak Belulang (Z5), Salak Raja (Z6), Salak Bali (Z7), Salak Pondoh (Belum Daftar) dan Salak Sabah (Belum daftar). Jika anda berminat membaca info lanjut mengenai varieti salak sila buat pautan (Sila klik disini). Benih salak lazimnya diambil daripada biji buah salak yang matang dan disemai didalam polibeg sebelum ia membesar dan sedia untuk ditanam dikebun (Sila lihat foto disebelah). Varieti bagi salak pondoh yang sudah luas ditanam di Indonesia pula terdiri dari jenis Salak Pondoh Hitam, Salak Pondoh Merah, Salak Pondoh Kuning dan Salak Pondoh Super. Salak pondoh hitam berbentuk bulat dan berukuran kecil, daging buah berwarna putih kapur dengan kulit buah yang berwarna hitam gelap dan rasanya sangat manis seperti buah lengkeng. Salak pondoh merah bentuk buahnya agak lonjong, berkulit warna merah kecoklat-coklatan dan pada bahagian hujungnya berwarna kehitam kehitaman. Ia juga mempunyai ukuran lebih besar dibanding salak pondoh hitam. Lazimya bagi setiap kilogram berisi 20-25 biji buah. Apabila buah matang beraroma seperti buah epal. Dalam pada itu Salak pondoh kuning berbentuk bulat mirip buah salak pondoh hitam, namun ukurannya besar dimana pada setiap kilogram berisi 10-15 biji buah. Ia mempunyai kulit buah berwarna coklat kekuning-kuningan dimana iai buahnya berwarna putih krim, rasa manis dan ia juga ada aroma sama sepeti buah epal. Salak pondoh super berbentuk bulat dan ia memanjang dengan buahnya berukuran besar. Dilaporkan setiap kilogram mempunyai sebanyak 9 - 11 biji buah dengan biasanya mempunyai kulit buah berwarna kekuning-kuningan, isi buah yang tebal, rasanya manis, rangup dan memasir (Hendratno, 2006).

Sebenarnya pokok dan buah salak ini  merupakan tanaman yang natif dari Asia Tenggara dimana ia sangat popular di Indonesia. Tanaman ini didakwa memang  mempunyai prospek yang baik untuk pasaran domestik dan juga eksport kelua negara termasuk ke Malaysia. Produktiviti buah salak pada tahun 2010 - 2015 telah dilaporkan mencapai sekitar 25 - 26 tan/ha/tahun (Sumber: Jabatan Pertanian Indonesia - Deptan, 2007). Salak pondoh dikenalpasti adalah salah satu jenis salak yang terus maju dan mengalami peningkatan penghasilan setiap tahun. Kini dilaporkan dimana di Kabupaten Sleman, Yogyakarta , Jawa Tengah yang merupakan salah satu kawasan yang mampu  menghasilkan salak pondoh dengan kuantiti yang banyak. Komoditi ini sudah memiliki pasaran yang lebih stabil serta ia memberikan sumbangan terhadap pendapatan keluarga tani khususnya di Kabupaten Sleman. Permintaan terhadap salak pondoh dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya adalaj kerana semakin meningkatnya jumlah penduduk yang telah berminat pada buah salak sebagai keasn daripada program penyuluhan dan program peningkatan zat permakanan (gizi)  masyarakat yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mereka (pemerintah). Ini juga kerana peningkatan harga salak di pasaran yang relatif boleh dibeli oleh berbagai kalangan masyarakat. Seterusnya berpunca dari peningkatan harga buah-buahan tempatan lain dan paling unik kerana berlaku bekalan buah salak sepanjang tahun. 

Perkara ini juga berkait dengan faktur seperti kelebihan pada salak pondoh dibandingkan salak lain iaitu rasa buahnya yang manis meskipun belum matang. Salak pondoh juga dilaporkan memiliki kandungan air yang cukup dimana ia akan berbuah disepanjang tahun serta buah masak akan mempunyai tempoh masa simpanan lebih dari 20 hari. Lazimnya apabila dimakan dalam jumlah yang banyak tidak menimbulkan rasa tidak enak di perut dan harga jual relatif lebih semakin agak tinggi (Purnomo, 2001). Buah salak pondoh yang masih segar dapat diproses untuk dijadikan produk manisan, dikalengkan (ditinkan) atau diproses sebagai bahan dekorasi atau gubahan dan disajikan sebagai buah segar. Buah segar yang dijual dipasaran biasanya masih dalam tandan atau telah terlerai dari tandan. Apa pun buah yang melekat pada tandan adalah lebih mahal daripada buah yang terlerai. Ada juga yang ambil helaian daun salak untuk dianyam dijadikan atap dan kulit tangkai daunnya dapat dijadikan anyaman atau tikar (Purnomo,2001). Dari segi kandungan gizi permakanan dalam setiap 100 g buah salak yang dapat dimakan mengandungi 77 kalori, 74 g air, 20.9 g karbohidrat, 1.8 g Phosforus, 0.42 g zat besi, 0.4 g  protein, 0.2 g vitamin C dan 0.004 g vitamin B (Rukmana 1999). Diantara beberapa isu dan masaalah didalam penanaman salak pondoh seperti kadar produktiviti masih rendah dikalangan penanam dan kualiti buah yang masih perlu dipertingkatkan. Selain itu aktiviti lepas tuai adalah masih pada tahap sederhana serta pola taburan penghasilan yang panjang dan tidak tersusun pengurusannya. Ini telah menyebabkan kerugian kepada petani dan pengguna. Pada  musim utama dimana buah banyak dihasilkan para petani akan menjualnya dengan harga yang murah untuk elakkan kerosakkan akibat tidak laku. Potensi psalak pondoh di negara jiran boleh dijadikan panduan kepada para petani di Malaysia yang ingin mengusahakan tanaman ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
SALAK PONDOH... MANIS ISINYA...
MUDAH DITANAM...MENTI DIJAGA...
LUAS DITANAM... DIPULAU JAWA...
BACA ARTIKEL.. INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(10 Syaaban 1441H).
STAY HOME.... ELAKKAN COVID19!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...