Support My Blog

Saturday, April 4, 2020

KOSTING TANAMAN HALIA DI INDONESIA

TANAMAN HALIA (Zingiber officinales) atau Jahe di Indonesia merupakan satu bidang usaha yang popular dikawasan tertentu dinegara jiran ini. Ini berbeza dengan penanaman halia di Malaysia yang sedikit sahaja keluasnya berbanding dengan penanaman halia di negara mereka. Seluas 1,393 hektar halia ditanam di Malaysia pada tahun 2018 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 17,139 metrik tan (Sumber: Booklet Stattisti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia). Indonesia adalah negara ke 4 terbesar didunia yang menghasilkan halia dengan jumlah pengeluarannya sebanyak 340.341 juta metrik tan pada tahun 2018 (Sumber: FAOSTAT, tahun 2018) iaitu sebanyak lebih 200 kali ganda pengeluaran dari negara kita. Negara pengeluar halia utama dunia adalah India (1,109 juta metrik tan) diikuti dengan Negara Nigeria (533.9 juta metrik tan dan China (463.7 juta metrik tan). TSelain 4 negara ini halia ditanam secara komersil dibeberapa negara lain seperti di Australia, Sri Langka, Mesir, Jamaica, Jepun, Mexico serta negara Pakistan. Bagaimana pun ada dakwaan dimana halia yang ditanam di jamaica mempunyai kualiti terbaik didunia. Negara Inda menghasilkan lebih 50% daripada pengeluaran halia dunia. otal produksi jahe dunia. Kegunaan haia memang banyak kerana khasiatnya digunakan smenjak beribu tahun dahulu. Rizom halia boleh digunakan sebagai ramuan masakan, memberi aroma dan rasa pada makanan seperti roti, kueh, biskut, kemanisan gula dan berbagai minuman. Halia juga dapat digunakan dalam industri membuat ubatan, minyak wangi, industri jamu tradisional, diproses menjadi makanan ringan (snack), dibuat acar, ulaman dan juga minuman kordial. Pada masa ini para petani yang menanam cili akan menggunakan tanaman halia ini  sebagai kawalan perosak IPM semulajadi. Dalam dunia perdagangan pula lazimnya halia dijual dalam bentuk halia segar, halia kering, halia serbuk dan halia yang telah diawektan. Disamping itu terdapat hasil daripada aktiviti pemprosesan halia seperti pati minyak ekstrak dan koresin yang diperolehi dengan teknologi penyulingan yang berguna sebagai bahan pencampur dalam minuman beralkohol, ais krim, campuran sos dan lain-lain. Adapun manfaat secara farmakologi antara lain adalah sebagai karminatif (peluruh kentut), anti muntah, antiradang, anti pengerasan pembuluh darah, menghasilkan peluh, anti inflamasi, anti mikrob dan parasit, anti piretik, anti rheumatik serta merangsang dalam pengeluaran bahan khusus dari hempedu. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bagaimana kosting tanaman halia di Indonesia sebagai bahan rujukkan anda semua.


Penulis blog dapati terdapat 3 jenia halia yang di tanam di Indonesia iaitu Halia Putih (Kuniing Besar), Halia Putih (Kuning Kecil) dan Halia Merah (Sila lihat foto disebelah). Pada jenis Halia Putih atau juga dipanggil sebagai Halia Kuning Besar atau juga ia sering disebut juga Halia Gajah atau juga Halia Badak mempunyai saiz rizom yang lebih besar dan gemuk, ruas rizomnya lebih menggelembung dari kedua varieti lainnya. Jenis Halia ini biasanya akan terus digunakan sebagai halia tua atau pun dituai sebagai halia muda. Ia sesuai digunakan sebagai halia segar atau pun untuk diproses. Halia Putih atau Halia Kuning Kecil pula ada juga disebut sebagai Halia Sunti atau Halia Emprit. Ia mempunyai bentuk ruasnya kecil dimana ia agak rata sehingga seakan agak sedikit menggembung. Halia ini memang selalu di tuai hasil apabila umurnya cukup tua. Kandungan minyak patinya lebih tinggi daripada jenis Halia Gajah tadi dimana rasanya lebih pedas selain mempunyai kandungan serat lebih tinggi. Halia ini sesuai untuk diguna sebagai bahan ramuan ubat-ubatan atau juga amat sesuai  untuk diekstrak bahan Oleoresin dan minyak patinya. Jenis ke 3 yang semakin popular ditanam di Indonesia adalah varieti Halia Merah dimana rimpangnya berwarna merah (Sila lihat foto disebelah). Jenis halia ini lebih kecil dari pada jenis halia putih kecil sama seperti halia kecil, halia merah selalu di tuai setelah  pokok sudah tua. Ia juga memiliki iaitu kandungan minyak pati yang sama dengan halia kecil diman ia merupakan halia sangat sesuai untuk dijadikan bahan perubatan.


Fokus utama artikel ini adalah untuk dapat melihat mengenai kosting bidangusaha penanaman halia di Indonesia sebagai bahan rujukkan dan perbandingan dengan di negara kita. Bagi keluasan 1 hektar (2.47 ekar) di negara tersebut khususnya di Bogor dijadikan contoh (kiraan ini pada tahun 2000 (sudah 18 tahun dulu). Kos bahan tanaman halia sebanyak 2,000 benih berharga RM0.44/benih menjadikan jumlah kos benih RM8,860 (Rp3.4 juta). Kos untu baja kimia dan baja buatan sendiri iaitu Urea sebanyak 165 kg bernilai RM47.30, Baja TSP sebanyak 100 kg bernilai RM75.00, Baja Organik sebanyak 3 tan yang bernilai RM195.40. Keperluaan racun kimia pula sebanyak 20 kh bernilai RM78.10, Racun Rumpai 20 liter bernilai RM781.50 dan peralatan kecil bernilai RM47.00. Kos upah tenaga sekitar 200 tenagahari benilai RM521.00 dan kos lain-lain sebanyak RM260.50 untuk sehektar. Inii menjadikan jumlah kos pengeluaran sehektar tanaman halia di Bogor sebanyak RM2,958.30. Hasil jualan halia atau pendapatan kasar ladang di sini dianggarkan sebanyak RM3,907.80 sehektar menjadikan jumlah pendapatan bersih (tolak kos pengeluaran) adalah sebanyak RM 9,49.50 sehektar. Ini menjadikan kadar Untung Rugi atau B/C Ratio sebanyak RM1.32 bagi setiap satu ringgit yang dilaburkan. kalau kita ambil masa 12 - 14 bulan untuk penanaman satu musim anda boleh kira agaknya berapa banyak pendapatan yang petani terima. Ia berbeza dengan kosting penanaman halia Bentong dan Halia Sabah di Malaysia dari segi kosting kerana kesemuanya berbeza dari segi kos dan harga jualan halia dilokasi masing-masing.


Hasil halia yang dijual mengikut standard penggredan bagi menentukan kualiti dan harganya. Terdapat 3 gred ditentukan iaitu Gred I, II dan III yang ditentukan oleh faktur kesegaran, bentuk, warna, berat kecacatan dan beberapa lagi. Paling penting halia tersebut segar, rizom bertunas, ada dilihat garisan melintang pada ruas, bentuk tegap, cerah dan bebeas serangan serangga. Bagi ukuran berat Gred I (kurang 250 g/rizom(, Gred II (150-249 g) dan Gred III (antara analisa kurang10%). Halia yang terkelupas kulitnya bagi Gred I (0 %), Gred II (0 %) dan Gred III (lebih10 %) sementara tahap kandungan benda asing bagi Gred I dan II (0%) dan bagi Gred III (kurang 3%). Halia ini akan dimasukkan didalam guni atau sesekali ada gunakan bakul dengan setiap guni mengandungi sebanyak 10 - 15 kg halia segar. Kemuidan hasil tuaian ini akan dikumpulkan dipusat pengumpulan dan seterusnya dihantar kepada pasar dan sistem peredaran. Beberapa sampel (lazimnya 5 rizom akan diambil daripada setiap guni untuk dibuat ujian  makmal bagi menentukan mutu dan harganya oleh petugas pemasaran. Setiap guni atau bakul buluh ini akan ditandakan sebelum dipasarkan dalam negara atau pun untuk pasaran eksport. Ia akan ditulis dengan bahan yang tidak mudah luntur mengenai nama pengeluar atau pengedar, kos pengedar atau pengeksport, nama barang, negara asal, negara destinasi, berat bersih dan juga nama pembeli atau pengimport yang terlibat. Malaysia banyak mengimport halia dari beberapa negara termasuk India, Indonesia dan mungkin China. Semuga artikel ini memberi  info berguna kepadas semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM HALIA.... DI INDONESIA LUASNYA...
ADA 3 JENIA... BERLAINAN KEGUNAANYA...
RM3,907 SEHEKTAR... ITU NILAI DISANA....
RANKING INDONESIA...KE KELUAR DUNIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(9 Syaaban 1441H).
STAY HOME... Elakkan dari Virus Covid-19.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...