KAPOR PERTANIAN merupakan sejenis bahan mineral yang didakwa menyuburkan tanah selain daripada baja. Kebanyakan petani akan menggunakan kapor jenis seperti Cristmas Island Rock Phosphate (CIRP) atau pun Ground Mangnesium Limestone (GML) dimana jenis bahan yang terbaik kini adalah Dolomite. Dolomite adalah merujuk kepada batu mineral yang mengandungi unsur bahan Magnesium (MgO) dimana kehadirannya adalah melebihi 18%. Apa yang penulis blog hendak kongsi info dimana dolomite juga bahan yang mengandungi bahan Kalsium (Ca). Sebenarnya fungsi dolomite didalam industri adalah banyak termasuk ia digunakan didalam industri pembuatan besi dan gelas sebagai salah satu bahan semasa proses dalam pembuatannya. Dalam pada semasa pembinaan rumah akan ditabur bahan dolomite bertujuan mengelakan serangan anai-anai (termite). Bagaimana pun pembaca juga perlu tahu dimana dolomite paling meluas digunakan didalam sektor pertanian khususnya dalam tenaman untuk menyuburkan tanah. Ini kerana penggunaan batu kapor semenjak dahulu memang telah digunakan secara meluas untuk menaikan keasidan tanah sebagai perawat tanah atau 'soil confitioner' sejak lebih berpuluh-puluh tahun. Kandungan bahan Magnesium, Kalsium dan Silikon serta Ferus didalamnya akan mempebaiki pH tanah sehingga optimum untuk baiki pertumbuhan tanaman. Didakwa dolomite merupakan bahan terbaik digunakan didalam merawat tanah dengan kos yang ekonomik dan keberkesanan terbaik. Bagi jenis asidik keperluan dan keberkesanan penggunaan dolomite amat signifikan untuk tumbesaran tanaman terutamanya tanaman makanan. Tanah gambut yang rata-rata masam akan bertambah subur setelah dolomite ditabur diatasnya. Artikel tengahari Rabu ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai kehebatan dolomite didalam merawat tanah untuk bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Kadar penggunaan dolomite dalam kebun berbeza-beza mengikut jenis tanah, tahap kemasaman tanah, jenis tanaman dan juga pengurusan kebun atau ladang. Semasa penulis belajar dahulu dijelaskan dimana biasanya untuk seekar tanah (0.4 hektar) akan diberitahu diperlukan tabur sebanyak 7 beg kapor untuk merawat tanah. Ini juga bermakna kalau dikira dengan mudah satu beg beratnya 50 kg bermakna jumlah ditabur adalah sebanyak 350 kg bahan kapor. Kadar ini juga akan ditingkatan sehingga sebanyak 1 metrik tan bergantung kepada kemasaman tanah. Kemudian setelah ditabur kapor atau dolomite dan diperiksa dengan alah pH meter dimana didapati tahap keasidan masih tinggi lagi maka boleh disesuaikan semula kadar kapor diberikan. Penggunaan bahan dolomite dilaporkan lebih ekonomik atau lebih murah daripada penggunaan bahan zeolite. Bagaimana pun jika tanah yang hendak diusahakan itu beralkali maka bahan yang sesuai digunakan untuk mengimbangi tahap kesuburan tanah adalah Sulfur. Dalam pada itu pemberian kapor boleh ditabur terus keatas tanah atau dicampurkan didalam bahan kompos dimana ia menambah bahan unsur mineral didalam baja kompos tersebut. Ada laporan dimana baja dolomite amat sesuai untuk tanaman jenis Citrus (limau) kerana pokok limau adalah tanaman yang banyak perlukan bahan Magnesium (Mg) untuk pertumbuhan baik. Dalam sektor ternakair pula lazimnya kapor atau dolomite ditabur didalam dasar kolam untuk membunuh patogen merbahaya, menaikan pH tanah dan merawat sisa-sisa kimia yang ada didalamnya.
Didalam beberapa testimoni syarikat dan petani didakwa dimana baja dolomite memang mempunyai banyak kegunaan dan kelebihan. Pertaman baja dolomite ini memberikan daya kesuburan tanaman. Ini disebabkan dimana baja dolomite memang kaya dengan unsur makro nutrien seperti Unsur Magnesium (18-23%) dan juga Unsur Kalsium (30-34%). Para saintis dakwa dimana antara asas kebaikan Magnesium (MgO) adalah dimana dolomite ada keupayaannya untuk Mg ini menarik unsur Nitrogen dan unsur Posforus (N,P) dalam tanah. Bahan Magnesium ini didakwa mampu untuk menghijaukan daun dengan cara meningkatkan proses membantu fotosintesis sepenuhnya. Dolomite juga menggemburkan tanah, mencegah serangan anai-anai, membaik pulih struktur tanah serta membaiki pengudaraan tanah. Paling hebat dimana rawatan dengan dolomite ini dilaporkan akan menggalakan aktiviti cacing tanah dan juga menggalakan aktiviti bakteria baik dan memudahkan akar pokok menyedut nutrisi dalam tanah. Memang disahkan dolomite ini akan menstabil dan juga akan menaikkan pH tanah, mampu membunuh bakteria jahat, membaiki tanah jerlus dan akan memulihkan tanah gambut. Peranan lain adalah seperti ia akan menyah zat besi yang merbahaya kepada pokok serta peranannya dalam ia membunuh cacing nematodes (Meloigyne spp). Kehebatan bahan juga didakwa mampu membunuh patogen yang mana ia adalah punca segala jangkitan kulat, mampu memudahkan akar masuk ke dalam tanah, mencegah penyakit akar putih serta merupakan bahan mineral semulajadi. Bahan ini juga memang didapati tidak bahaya kepada manusia, tanaman dan ternakan.
Membincangan kebaikan Dolomite pada ternakan pula dimana ia didakwa amat kaya dengan bahan makro nutrien iaitu seperti unsur Magnesium (18-23%) dan Bahan Kalsium (30-34%). Diantara asas dan kebaikan dolomite didalam ternakan adalah memang ramai tahu dimana unsur Kalsium (Ca) ini akan membantu perkembangan tulang dan mempercepatkan tumbesaran ternakan. Unsur ini juga akan mematikan segala jenis cacing di dalam perut haiwan ternakan. Dolomite akan merawat serta proses penyembuhan serta kekuatan dari penyakit perut. Memang ia akan mengemukkan haiwan ternakan, menambah berat haiwan ternakan dan juga mengelakan pembekuan darah pada haiwan ternakan. Ia juga akan menaikan metabolisma haiwan ternakan, meneutralkan asid tidak baik dalam haiwan ternakan dan amat sesuai utk lembu, kerbau, kambing, ayam, itik, puyuh. Dalam sektor ternakan memang lazim untuk penternak memberikan bahan dolomite kepada ternakan mereka.
Dalam sektor ternakair pula antara kebaikan Dolomite pada pada kolam berkesan keran ia kaya dengan bahan makro nutrien iaitu unsur Magnesium (18-23%) dan unsur Kalsium (30-34%). Kebaikan MgO (Magnesium) dan CaO (Calcium) kerana ia mampu untuk menjernihkan air kolam, menaikkan pH air atau pH dasar kolam, mampu membunuh cacing nematodes, meneutralkan sulfida dan juga bahan asid yang bahaya. Dolomite didalam kolam juga akan menyingkir kan bahan-bahan arsenik serta mampu untuk mengurangkan keperluan biologi oksigen. Dolomite akan menambah penembusan cahaya matahari dan juga merupakan sejenis bahan mineral semulajadi yang memang disahkan ia tidak merbahaya kepada manusia, tanaman dan juga kepada ternakan. Bahan ini juga akan mengalakan pertambahan hidupan algae “phytoplankton” iaitu merupakan makanan ternakair seperti udang dan ikan. Ia kaya dengan Kalsium dimana ini seterusnya akan dapat membantu mempercepatkan tumbesaran udang, Dolomite ini akan membunuh patogen yang biasanya menjadi punca segala jangkitan kulat. Antaranya ia membunuh “White Spot” pada ikan serta mampu meneutralkan amonia akibat najis ikan serta udang. Ia juga didakwa mampu mengurangkan keperluan biologi oksigen, menambah penembusan cahaya matahari dan akhirnya akan menambahbaik pengoksidaan amonia dan bahan nitrogen. Bagi Dolomite keluaran Perlis Dolomite Industry (PDI) ia dijual pada harga RM35/50kg bag dimana amat berpatutan keluaran tempatan. Dalam produk tersebut dinyatakan dengan laporan makmal iaitu produk Dolomite keluaran PDISB dari Chuping, Perlis adalah 100% dari bahan sumber alam semulajadi. Petani di Malaysia boleh mendapatkan Dolomite dari PDI untuk menyuburkan tanah dan meningkatkan penghasian tanaman mereka. Semuga artikel ini memberi info berguna mengenai teknologi pertanian khususnya penggunaan bahan dolomite untuk tanaman, ternakan dan ternakair dan memberikan keuntungan kepada usahawantani semua. Wasallam!!...
NAMA DOLOMITE... SEJENIS BAJA...
MERAWAT TANAH... SUBUR JADINYA..
PRODUK TEMPATAN... KUALITI ADA...
BACA ARTIKEL.. SUNGGUH GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preciint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(16 Rejab 1441H).
(16 Rejab 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.