Support My Blog

Thursday, April 2, 2020

KENAPA LOBAK BERWARNA OREN

TAHUKAN ANDA BAHAWA LOBAK ASALNYA BUKAN BERWARNA OREN?. Lobak merah (Daucus carota subsp. sativus) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Apiaceae yang menyimpan makanannya dalam umbi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Warnanya biasanya jingga (Oren) tetapi juga ada yang berwarna ungu, merah, putih dan kuning juga. Lobak jenis ini mempunyai teksturnya rangup ketika segar. Dilaporkan dimaa sayuran lobak merah dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas dalam masakan di ASEAN seperti dibuat sayur, dijadikan minuman jus lobak merah dan juga dijeruk. Lobak merah juga selalu digunakan bagi penyediaan acar timun, jus lobak, dan kek lobak. Di Malaysia tanaman lobak merah tidak berapa luas cuma tertumpu dikawasan tanah tinggi seperti di CAmeroon Highland, Kundasang dan beberapa kawasan tanah rendah. Bagaimana pun statistik menunjukkan dimana produk lobak merah yang ada dipasaran kebanyakannya adalah diimport.
Daripada pembacaan dan pembelajaran sebenarnya sumber yang kita telan pada hari ini kebanyakannya telah mengalami beberapa siri evolusi malah ada yang termutasi (mutation process). Dalam banyak jenis tanaman makanan tersebut sudah termasuk tanaman Lobak dimana ia kini telah melalui pemilihan menjadikan obak ini adalah rangup dikunyah dan baik untuk kesihatan kesihatan mata kerana kandungan zatnya termasuk karotin (Carotene). Lobak adalah sayur yang telah berevolusi sejak berkurun lalu menjadikan warnanya oren seperti yang kita biasa lihat pada hari ini. Artikel petang Isnin dalam blog 'Anim Agro Technology' saya akan paparkan mengenai lobak merah yang melalui proses biakbaya menarik untuk dibuat rujukkan semua.

Sebenarnya, pada zaman dahulu kala warna asal lobak adalah ungu, putih dan kuning. Bagaimana ia boleh jadi warna oren?... Ini yang menarik untuk kita ketahui terutama mereka yang memang suka makan lobak merah. Dalam siri kartun pula sejak kecil lagi diwar-warkan dimana arnab merupakan haiwan yang suka makan lobak. Dalam sejarah pertanian dan dalam sektor pembangun pameran makanan nama saintis seperti Paul Stepahin menyatakan dimana bahawa hampir kesemua buah-buahan citrus berevolusi dari tanah selatan China kira-kira 20 juta tahun lalu. Kemudian buah ini telah sampai ke negara India dan dikenali dengan nama Sanskrit iaitu 'Naranga'. Kemudian ia dibawa ke barat oleh Parsi yang turut memanggilnya dengan nama yang tidak jauh beza iaitu kekal dengan Narang. Apabila ia tiba di Perancis, ia disebut sebagai 'Un Narang'. Kemudian ahli linguistik percaya bahawa orang Perancis terkeliru sehingga satu tahap tersalah kaitkan suku kata un kepada or (yang bermaksud emas) dimana ini telah menjadikannya disebut sebagai orange sampai hari ini. Bagaimana pun apa yang terjadi kepada lobak dan apa kaitannya dengan lobak?. Ada cerita dimana terdapat sebuah kota di selatan Perancis bernama Arausio yang diasaskan oleh orang Rome pada tahun 35 Sebelum tahun Masihi kota ini secara klasiknya dipanggil "Aurenja". Entah bagaimana orang Perancis (seperti biasa) menyalah sebutnya menjadi Orange. Bagaimana pun apabila seorang lelaki bernama William the Silent dari Nassau mewarisi tampuk pemerintahan di Orange pada 1544 maka dia dipanggil sebagai 'William of Orange'. Beliau mengepalai Revolusi Belanda menentang bangsa Sepanyol pada lewat 1500-an dan akhirnya dia menang seterusnya menubuhkan Republik Belanda.

Pada ketika itu orang Belanda dikenali sebagai 'Petani lobak' kerana kemahiran menghasilkan makanan lobak. Dilaporkan dimana lobak mereka didapati adalah dalam warna asal iaitu warna putih, kuning dan ungu. Kemudian pada kurun ke-17 pula dilaporkan satu baka lobak telah dibangunkan yang memiliki kandungan bahan beta-karotin (kompaun organik yang ditemui dalam labu dan ubi keledek) dan berwarna jingga. Kemudian orang Belanda mula menanamnya secara besar-besaran untuk memperingati William of Orange dimana perubahan ini menjadikan petani patuh sehinggakan lobak jenis lain diketepikan sama sekali. Mereka lebih suka menanam lobak oren dan dikomersilkan untuk pasaran dalam negara dan dijual keluar negara.  Begitulah kisahnya bagaimana lobak menjadi warna oren. Anda pula jangan diingat bahawa lobak yang ada pada hari ini hanya yang berwarna oren sahaja kerana memang masih lagi wujud lobak putih, kuning, ungu dan juga merah yang diusahakan secara komersil. Bagaimana pun lobak berwarna oren itulah yang paling popular dimana ia disebabkan oleh William of Orange adalah puncanya (Sila lihat foto disebelah). Kepakaran pembiakbaka loban oren ini telah berjaya menghasilkan pelbagai sub-variety yang pelbagai.

Apakah kehebatan memakan lobak merah?. Daripada pemerhatian rambang didapati memang ramai wanita muda sama ada yang sudah mempunyai anak atau masih solo sangat memilih dalam soal pengambilan sayur-sayuran. Ia bahkan ada yang langsung tidak makan sayur walaupun tahu ia mengandungi banyak khasiat dan vitamin bukan untuk kesihatan saja, malah kecantikan. Dilaporkan ramai yang lebih rela membelanjakan puluhan atau ratusan ringgit membeli produk kecantikan daripada mengunyah sayur-sayuran. Lobak merah antara sayuran yang enak dinikmati dalam hampir semua hidangan. Ia juga baik untuk kesihatan keseluruhan tubuh terutama pada kulit, mata, sistem penghadaman dan gigi. Kemudian jika ada keinginan untuk makanan manis tidak mencukupi maka berikut 10 alasan yang mungkin cukup untuk membuatkan kita makan lebih banyak lobak merah selepas ini. Lobak Merah didapati mengandungi bahan Beta Karotena yang banyak dengan sumber antioksidan yang antaranya mengubah kepada vitamin A dalam tubuh untuk membantu mengekalkan kulit sihat. Lobak Merah juga baik membantu didalam Sistem  Penghadaman kerana didakwa yang lobak merah meningkatkan jumlah air liur dan membekalkan mineral penting, vitamin serta enzim yang membantu memudahkan proses penghadaman. Makan lobak secara kerap dapat membantu mengelakkan ulser gastrik dan penyakit lain membabitkan sistem penghadaman. Didalam lobak merah terdapat elemen alkali yang menggiatkan dan membersihkan darah selain mengimbangi ratio asid/alkali tubuh. Seterusnya ke 4 dimana tedalam bahan Kalium didalam lobak merah dan merupakan sumber terbaik untuk kalium yang membantu mengekalkan tahap garam dalam tubuh, sekali gus membantu menurunkan tekanan darah.

Mengambil makanan sayuran termasuk lobak merah menjanjikan tahap Kesihatan Bagi Gigi. Ini kerana lobak merah membunuh kuman dalam mulut dan membantu untuk mengelakkan keada masaalah kerosakan gigi. Dalam pada itu ramai yang mungkin tidak tahu dimana lobak merah mampu merawat luka.  Ini kerana didakwa parutan lobak merah yang mentah boleh digunakan untuk membantu mengubati luka dan kerengsaan pada pesakit terlibat. Seterusnya lobak merah kaya dengan Fitonutrient dimana diantara kebaikan fitokimia yang ada pada lobak merah ialah fitonutrien dikenali falcarinol yang mengurangkan risiko kanser usus dan membantu menggalakkan kesihatan usus secara keseluruhan. Memeng ramai pula tahu dimana lobak merah mengandungi bahan Karotenoid: Lobak merah kaya dengan karotenoid yang digunakan tubuh untuk mengawal paras gula dalam darah. Sudah pasti lobak merah banyak kandunga Serat yang tinggi kandungannya yang mampu merendahkan tahap kolesterol. Bagi merawat bahagian Mata, rambut dan kuku memang boleh ambil dari lobak merah kerana bahan nutrien dalam lobak akan dapat meningkatkan kesihatan mata, kulit, rambut, kuku dan banyak lagi dengan membantu tubuh menyingkirkan bahan toksin serta membina sel baru. Begitulah hebatnya bagaimana terciptanya lobak merah atau lobak oren yang dapat dipaparkan dalam artikel untuk bahan rujukkan pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
LOBAK MERAH... OREN WARNANYA...
LUAS DITANAM... CANTIK DILIHATNYA...
PELBAGAI MASAKKAN...ADUH ENAKNYA...
DIBUAT JUS LOBAK... MENYIHATKAN MATA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(3 JamadilAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...