Support My Blog

Friday, September 6, 2019

TANAM SENGKUANG DI JEMALUANG

SENGKUANG (Pachyrhizus erosus) komersil di Jemaluang, Mersing, Johor merupakan satu tanaman umbisi yang sedang diusahakan secara meluas dan signifikan. Di sini seluas lebih dari 50 ekar ditanam sengkuang berperingkat2. Tanaman dari famili Leguminaceae ini tumbuh 4 bulan sebelum sedia dituai. Johor dan Perak di Malaysia yang luas menanam sengkuang atau Jicama atau Xicama dgn harga ladang RM1.50 - RM1.80/kg. Ditanam atas batas dipasang plastik silvershine perlu dibuang bahagian bunganya untuk pembentukkan buah. Buah sengkuang enak dimakan mentah sebagai Sengkuang Colek, rojak, diparut untuk masker muka dan bahan pemutih kulit. Vitamin C yang tinggi dan mampu merawat ulcer mulut, ekzema, antioksidan tinggi, sejukkan badan dsb. Berbaloi dpt tinjau kebun komersil ini. Pada penulis blog yang membuat tinjuaan eknologi ini mendapati dimana pokok sengkuang adalah pokok jenis kekacang yang renek dan menjalar diatas tanah. Daunnya agak berbulu berwarna hijau sederhana tua dan berbentuk oval. Batangnya dari jenis menjalar dan berwarna hijau. Akar sengkuang ada akar utama yang akan menjadi umbisi dan dihujung akar rambut. Bunga sengkuang berwarna putih. Buah atau umbisi sengkuang dihasilkan dalam tanah dan berwarna coklat dangan isi putih dan rasa 'juicy' dan 'crunchy'. Ada pelbagai bentuk buah sengkuang yang dihasilkan sama ada bulat, bujur, lonjong, leper dan lurus. Buah sengkuang ini tahan lebih lama setelah dituai berbanding dengan tanaman umbisi yang lain. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan satu artikel mengenai taaman sengkuang di TKPM Jemaluang, Johor unuk bahan rujukkan anda semua.


Benih tanaman mengguakan biji atau buah sengkuang terpilih yang mempunyai tunas. Penanaman menggunakan biji menjadi amalan petani di Malaysia. Benih dibeli dari kedai pertanian. Penyediaan tanah dimulakan dengan pembersihaan kawasan dan pembajakan tanah. Kebanyakan petani di kawasan tanah mineral disediakan batas tanaman. Jarak tanaman disyorkann ialah 0.25 meter x 0.9 meter menjadikan kepadatan sebanyak 256,000 pokok sehektar. Kajian mendapati potensi hasil sengkuang ialah 45 metrik tan sehektar. Pastikan sistem saliran dan pengairan disediakan dengaan sempurna. Siatem 'sprinkler gun' atau sistem renjisan sprinkler digunakan. Pokok sengkuang akan rosak jika terendam air. Penulis beberapa kali memberikan khidmat nasehat teknikal kepada penanam sengkuang di Tangkak, Muar ,Johor seperti En Murad, En Nordin dan En Hakeem Pokok sengkuang perlukan penjagaan yang agak rapi untuk mempastikan hasil sengkuang mencapai target pengeluaran. Kawasan tanah rata di pilih di Kg MelayuRaya Tangkak dengan cahaya matahari 100%. Pembajaan dan kawalan musuh tanaman menggunakan pakej teknologi Jabatan Pertanian yang disesuailkan semula. 


Buah Sengkuang Cina mempunyai masaalah tersendiri iaitu masaalah kejadian "Umbisi Jantan" dan Bentuk "Umbisi Biasa". Jika bunga dibiarkan tidak dikawal maka kemungkinan kejadian umbiisi tidak membengkak seperti bentuk biasa akan terjadi (Bentuk Akar sahaja). Jika berlaku maka petani tidak dapat hasil sehingga 45 mt/ha. Tanaman yang cukup umur untuk dituai akan digali menggunakan cangkul atau lain2 alatan di bahagian tepi pokok agar sengkuang tidak cedera. Kutip sengkuang dan bersihkan serta buat grading diladang. Di Malaysia sengkuang digunakan sebagai bahan untuk dimakan segar seperti di buat rojak, di masak dengan sayur (Masakan Lodeh Jawa sebagai salah satu ramuan), campuran rojak mee muar, pencuci mulut, bahan dalam kuih talam dan juga diproses. Sengkuang berfungsi untuk menyejukan suhu dalam badan dan mengandungi serat yang baik untuk sistem pencernaan. Penanaman sengkuang cina boleh di perluaskan dengan menentukan sasaran saluran pemasaran dan pengembangan ilmu pengetahuan oleh petani. Pada penulis blog Sengkuang atau dikenali juga dengan nama seperti ubi sengkuang, sengkuang cina, beng kwong atau yambean dalam bahasa Inggeris merupakan sejenis tanaman yang mempunyai akar tunjang berubi dan tergolong dalam famili Leguminosae. Sengkuang yang dikatakan berasal dari Benua Amerika Tropika yang dikenali sebagai xicama atau jícama.


Di Malaysia tanaman sengkuang sesuai ditanam di tanah mineral atau bekas lombong dan banyak ditanam oleh petani di Perak dan Johor. Sengkuang yang tergolong dalam kategori tanaman singkat masa yang sangat popular dimakan segar atau dimasak sebagai sayur, hidangan salad dan ia juga merupakan bahan penting dalam rojak. Dalam pada itu sengkuang berbentuk bulat seperti gasing atau bulat lonjong (panjang), kulit nipis berwarna coklat muda atau perang muda berukuran antara 10 - 15 cm diameter. Isinya berwarna putih berair (juicy) serta berstruktur ranggup (crunchy) dan manis rasanya. Pokok sengkuang mempunyai sifat yang hampir sama dengan pokok kekacang tetapi ianya mempunyai akar tunjang yang berubi besar. Pokoknya tumbuh menjalar di atas tanah atau melilit dan memanjat. Daunnya berbulu berwarna hijau tua dan berbentuk oval. Bunganya berwarna biru keungguan (violet blue) atau putih. Buahnya mengandungi 4 - 10 biji berbentuk hampir 4 segi ke bulat yang berwarna perang, kuning atau merah. Sengkuang dibiak menggunakan biji benih atau menggunakan buah atau umbisinya sendiri. Ianya perlu ditanam di atas batas yang berukuran 60 - 90 cm lebar,. Ketinggian antara 30 - 40 cm dengan jarak 1 meter diantara batas. Pokok Sengkuang memerlukan keadaan lembab dan panas dengan suhu harian antara 21 - 30C dengan kepadatan hujan antara 500 -1500 mm/tahun. Sengkuang merupakan tanaman tanah rendah namun begitu ianya boleh juga ditanam di kawasan tanah tinggi sehingga 1800 aras paras laut (a.p.l). pH yang paling sesuai untuk tanaman sengkuang adalah tanah dengan pH diantara 5.5 – 6.8.


Sengkuang dikenal dari ubinya (cormus) yang boleh dimakan mentah atau sebagai komponen pelbagai bahan masakan dan jika diparut, boleh dijadikan masker untuk mengurangkan parut jerawat dan ianya menyegarkan muka dan memutihkan kulit. Selain dari itu ianya juga dikatakan berkesan dalam mengatasi penyakit kulit serta menegang serta menghaluskan kulit. Kandungan vitamin C yang terdapat dalam ubi sengkuang dikatakan berupaya untuk mengubati bibir melepuh atau ulser, ekzema, demam dan sebagai antioksidan yang baik bagi tubuh. Selain itu ubi sengkuang ini juga sangat baik untuk diambil bagi mereka yang mengalami gangguan kolesterol kerana sengkuang mampu membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang ada di dalam darah. Ubi sengkuang juga boleh dikeringkan dan dijadikan ubat herba untuk diminum bagi mengurangkan panas badan akibat demam. Amalan meminum jus ubi sengkuang boleh melawaskan kencing, penawar demam kuning serta gout. Selain rasa sengkuang yang enak, ianya sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan dan dapat menghindar dan menjimatkan wang anda dari mengunjungi doktor atau salun kecantikan. Sengkuang atau dikenali juga dengan nama seperti ubi sengkuang, sengkuang cina, beng kwong atau yambean dalam bahasa Inggeris merupakan sejenis tanaman yang mempunyai akar tunjang berubi dan tergolong dalam famili Leguminosae. 



Makanan berasaskan sengkuang kini semakin dipopularkan dimana ujud Sengkuang Calit atau Sengkuang Colek dikomersilkan. Terdapat beberapa resepi sengkuang calit bergantung kepada kebijaksanaan pembuatnya. Ada sejenis sengkuang calit dinamakan Sengkuang Calit So Merah yang akan dipaparkan cara membuatnya. Bahan-bahan utuk membuat Sengkuang Calit Merah adalah 2 cawan sos merah Thai Cap Labu,  2 sudu besar air asam jawa Adabi,  2 cawan soso cili,  susu besar serbuk belacan, 1.5 cawan gula, 2 sudu kecil tepong jagung yang dibancuh dengan sedikit air, 1 peket serbuk asam boi (60 gram) atau anda boleh gunakan sebuk buah plum, 2 cawan sos cili dan juga kacang tanah tumbuk. Cara mwmbutya dengan mencmpurkan kesemua bahan diatas keculi tepung jagung dalam bekas. Masak sehingga mendidih dan kemudian dituang bancuhantepung jagung  dan dibiarkan sehingga pekat. Biarkan ia pekat dan disimpan didalam botol kaca. Seterusnya sengkuang diuang kulitnya dan dipotong nipis sebelum disapukan sos merah ini diatasnya sebelum ianya sedia untuk dihidangkan (Sila lihat foto paling bawah). Sengkuang sos merah ini enak dimakan begitu sahaja dengan ada rasa manis, pedas, masin, masam dan lemak. Bagi sediakan rojak sengkuang anda perlukan bahan seperti berikut untuk menambak keenakan sengkuang calet. Bahan-bahan kuah rojak adalah 2 cawan kicap (1/2 botol kicap), 2 cawan sos cili, 1 1/3 cawan gula merah serta juga sedikit belacan besar ibu jari, 20 biji cili padi dimesin halus dgn belacan dan juga 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air. Cara-cara membuatnya dengan mulakan mencampurkan semua bahan kecuali tepung jagung. Ia perlu dimasak sehingga mendidih dan pekat sedikit. Apaila ia sudah agak masak maka di tambahkan air tepung jagung dan biarkan pekat sedikit. Sapukan kuah ini pada hirian sngkuang segar dan enak dimakan bersama keluarga (Sila lihat foto disebelah). Selain dari itu juga ubi sengkuang juga boleh dikeringkan dan dijadikan ubat herba untuk diminum bagi mengurangkan panas badan akibat demam. Amalan meminum jus ubi sengkuang boleh melawaskan kencing, penawar demam kuning serta gout. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA SENGKUANG... LUAS TANAMNYA...
TKPM JEMALUANG... 50 EKAR LUASNYA...
4 BULAN DITANAM... BARU MENUAINYA...
ENAK DIMAKAN... IA COLEK NAMANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 601, Suite Room,
Impiana Hotel,
Sena, Johor Bahru, Johor, 
Malaysia.
(30 Zulkaedah 1440H).

Thursday, September 5, 2019

ASPARAGUS - APA YANG PERLU DIKETAHUI

ASPARAGUS (Asparagus officinalis L) merupakan sejenis tanaman dalam kategori sayuran umbisi daripada keluarga Liliaceae yang sesuai dikomersilkan di Malaysia. Penulis blog baru-baru ini membuat tinjauan teknologi penanaman asparagus ini di Kelompok Sayuran Bt 19, Sengkang, Tangkak, Johor bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Sim dan rombongan. Tanaman ini diusahakan oleh Tan Soo Tiok berumur 71 dibantu anaknya berumur 26 tahun yang juga Pengerusi Persatuan Penanam Sayur Malaysia dikebunnya seluas 20 ekar (3 lokasi) dengan beberapa petani dalam kemolmpok sama. Penghasilan utama asparagus dari kawasan ini adalah Asparagus Hijau dan mereka tidak menghasilkan Asparagus Putih. Tanaman ini sudah diperkenalkan di Malaysia seawal tahun 1980'an di Melaka dengan sebuah syarikat 'anchor' yang akan dapat menguruskan daripada penanaman dehingga pembelian semula hasil sayuran asparagus (itu sudah lebih 35 tahun dahulu) sewaktu saya baru mula bekerja makan gaji. Penulis blog dapati penanaman asparagus di kawasan ini berusaha mengamalkan persijilan MyGAP dan kearah persijilan MyOrganik untuk penanaman sayur aspargus ini. Pada masa ini produk asparagus hijau disini dijual padda harga ladang RM18/kg bagi gred B dan RM22/kg bagi gred A. Permintaan asparagus tempatan kini semakin meningkat apabila umum sudah mengetahui akan khasiat tumbuhan ini termasuk untuk perubatan kanser. Penanaman asparagus disini dengan jarak diatas batas yang disyorkan dan disokong dengan kayu pancang dan tali rafia untuk mengelakkan rantingnya jatuh ketanah (kerana ia lembut). Sulur atau rebung yang keluar dari perdu pokok induk perlu dituai dengan mencabutnya daripada pokok induk dengan berhati-hati agar pokok indusk tidak rosak. Sebaiknya jika rebung ini panjang akan dipotong sepanjang 10 inci sahaja sebelum diikat dan dijual kepada peminat  sayuran asparagus berkhasiat ini. Semuga semua pembaca "Anim Agro Technology"  mempunyai info berguna untuk rujukkan semua.

Dalam beberapa laporan klinikal didakwa tanaman asparagus mengandungi bahan dikenali sebagai Asparagine yang menghalang penularan kanser dalam badan. Memang bahan asas protein ini terdapat dalam makanan seperti asparagus, ayam, makanan laut dan beberapa lagi. Bagaimana pun Asparagus memang didapati  mengandungi asparagine yang boleh menghalang dalam proses pertumbuhan dan penularan sel kanser dalam badan. Rebung asparagus putih atau hijau mampu dihasilkan dengan kaedah amalan pertanian sedikit berbeza dimana asparagus hijau dipetik diatas tanah dan asparagus putih dikambus didalam tanah. Pucuk hijau bagaimana pun lebih banyak dihasilkan sekitar 85% berbanding dengan asparagun putih sekitar 15% saha dalam beberapa negara. Negara Thailand dilaporkan pengeluar asparagus terluas didunia dengan seluas lebih daripada 1,800 hektar bertanam setiap tahun dimana kebanyakannya adalah asparagus hijau (Sila lihat foto disebelah). Asparagus ini dijual dalam bentuk asparagus segar dan di tinkan untuk pasaran domestik dan eksport. Merujuk kepada kajian di London UK yang penulis blog buat rujuakkan dilaporkan dimana terdapat  saintis di Universiti Cambridge mendedahkan ter­dapat beberapa bukti me­nun­jukkan ma­kanan se­perti sa­yur asparagus boleh me­ngubah polar per­tumbuhan dan me­ng­halang penularan sel kanser. Temuan ini adalah kerana bahan asparagine yang juga boleh ditemukan dalam makanan seperti ayam dan makanan laut merupakan sejenis asid amino ia­itu bahan asas untuk membina protein, menghalang penularan sel kanser. Stesen BBC melaporkan menerusi penyelidikan yang dilakukan ter­hadap tikus yang menghidap kanser payudara menunjukkan tumor tersebut semakin besar dan merebak jika tidak mengambil nutrien asparagine. Menurut Ketua penyelidik kumpulan ini iaitu Prof. Greg Hannon nyatakan pada kebiasaannya tikus yang menghidap kanser payudara jenis agresif akan mati dalam tempoh beberapa mi­nggu.  Namun kajian dapati apabila tikus ber­kenaan diberikan diet rendah asparagine maka tumor tersebut dilihat sukar untuk membesar atau merebak. Saintis me­lahirkan harapan untuk membangunkan kajian terhadap ma­­­kanan bagi tujuan untuk meningkatkan kemampuan rawatan kanser. Mereka juga kemudian melihat terdapat banyak bukti yang didakwa boleh mengaitkan kanser dengan komponen diet tertentu. Oleh itu pada masa akan datang dicadangkan me­ngubah diet pemakanan pesakit atau menggunakan ubat yang boleh mempengaruhi sel kanser memperoleh nutrien berkenaan diharap meningkatkan keberkesanan rawatan kanser,” ujarnya.

Asparagus merupakan sejenis tanaman yang sesuai ditanam di negara kita sebagai salah satu pilihan terbaik. Apa yang penulis blog lihat aktiviti dimana penanaman asparagus oleh En Tan Soo Tiok dan rakan-rakannya bermula secara komersil dan ditanam meluas pada 2 tahun lepas apabila perminttan domestik dan eksport membaik. Penanaman asparagus diatas tanah OCM di Kg Bt 19 Sengkang ini amat memberikan kepuasan apabila asparagus hijau yang boleh dihasilkan memberikan pulangan pendapatan yang agak baik kepada mereka tetapi mempunyai halangan dari aspek kualiti dan amalan agronomi. Asparagus yang dipetik segar kurang tahan lama berbanding dengan sayur umbisi lain dan memerlukan teknologi lepas tuai yang sesuai. Asparagus juga salah satu sayuran penuh nutrisi yang boleh dinikmati dengan cara mengambilnya sebagai ulaman segar atau dimasak sebagai sayur sup atau tumis. Asparagus kaya dengan bahan serat dan protein dimana kedua nutrien ini menjadi asas kepada aspek kesihatan dalam pencernaan serta sistem kekebalan tubuh. Asparagus dikenalpasti sebagai agen anti inflamasi yang melindungi tubuh dari ancaman penyakit jantung dan diabetes. Kandungan bahan antioksidan dikenali dengan nama Glutathione dalam asparagus yang mampu melindungi kulit dari kerosakan akibat terdedah kepada sinar matahari. Dalam pada itu didakwa dimana asparagus adalah sumber Vitamin K yang baik untuk membantu darah cepat membeku sekaligus memperkuatkan tulang. Ada kandungan karbohidrat unik dalam asparagus yang disebut Inulin yang didakwa bahan ini akan dicerna sehingga sistem pencernaan pada usus besar dimana sesiapa memakannya akan berisiko kecil terkena kanser usus besar. Selain itu asparagus memang didakwa adalah tanaman yang mengandungi Vitamin B tinggi dan bahan ini kepada mereka yang sering makan asparagus mampu mengawal kadar gula dalam darah.  Asparagus hijau pula dilaporkan jauh lebih menyihatkan daripada asparagus putih. Batang asparagus juga memang kaya akan vitamin A yang baik bagi kesihatan mata dan unsur Kalium didalamnya membantu didalam kesihatan organ ginjal. Dakwaan saintis juga melaporkan asparagus yang tinggi kandungan bahan mineral lainnya untuk mampu tingkatkan sistem imun tubuh badan. Itulah berbagai khasiat penting dari asparagus yang pelu penulis blog konsi infonya. Semuga semua pembaca blog anim agro technology mendapat info berguna dari artikel ringkas ini. Wasallam!!..
ASPARAGUS DITANAM... DIKUTIP HASILNYA...
ASPARAGUS HIJAU... MUDAH AGRONOMINYA...
ASPARAGUS PUTIH...ADA HANYA 15% DIDUNIA...
TINJAUAN TEKNOLOGI... LAPORAN DI BACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 601, Suite Floor,
Hotel Impiana, Senai,
Johor, Malaysia.
(28 Zulhijjah 1440H).
Hadir Sukan MoA di UTM Skudai.

Wednesday, September 4, 2019

KELEDEK OREN GOPENG - TINJAUAN

TANAMAN KELEDEK OREN (Impomea batatas) di Kg. Changkat Tualang, Gopeng, Perak bersama rombongan Jabatan Pertanian Perak amat berbaloi kepada penulis blog. Pengusaha adalah En Badri dan rakan-rakan yang menanam seluas 30 ekar keledek diatas tanah bekas lombong (tanah berpasir) dimana jumlah keluasan fizikal tanah yang di lesen (TOL) pada keseluruhannya seluas 80 ekar. Lokasi kebun bersebelahan jalan utama Gopeng ke Lumut dengan ada beberapa tasek bekas lombong disekelilingnya. Memang kawasan tanah bekas lombong perlukan sistem pengairan sempurna untuk menanam sebarang tanaman termasuk tanaman keledek di kebun ini. En Badri maklumkan dimana asal benih tanaman keledek ini diberi nama Keledek Australia akan tetapi kini sudah biasa dpanggil sebagai Keledek Varieti Oren sahaja kerana isi keledek tersebut adalah berwarna Oren (Sila lihat foto diatas). Penanaman keledek ini sudah masuk 8 tahun sejak bermula dahul secara kecil-kecilan dan kini telah luas dengan dibantu oleh 17 orang pekerja upahan warga asing. Beliau maklumkan amat sukar untuk mendapatkan pekerja tempatan bekerja di ladang keledeknya walau pun beliau sanggup memberikan upah yang baik kepada mereka. Kawasan tanah bekas lombong yang berpasir ini adalah panas diwaktu tengahari terutama ketika proses penanaman dan juga penuaian keledek. Selama 1.5 jam berada dikawasan ladang dan pusat pengumpulan hasil keledek didapati banyak perkara yang penulis blog dan En BAdri berbincang seperti isu kekurangan air, penggredan keledek, sistem pemasaran, keperluan menyediakan lot atau kebun benih khas, isu ubi keledek yang rosak semasa menuai dan juga bagaimana perlu dipelbagaikan tanaman didalam ladamgmya seperti tanaan kacang tanah untuk hasil dan penyuburan tanah. Artikel malam ini dalam bog ''Anim Agro Technolog'' saya menulis mengenai tinjauan teknologi ke kebun tanaman keledek komersil yang luas di Kg Changkat Tualang, Gopeng, Perak untuk bahan rujukkan anda.


Keledek merupakan sejenis umbisi yang ditanam di Malausai sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan dan kini menjadi tanaman komersil sama juga dengan tanaman ubi kayu, keladi dan halia. Keluasan tanaman keledek di Malaysia yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia pada 2018 adalah seluas 2,890 hektar dengan penge;uaran hasil sebanyak 45,369 metrik tan. Negeri Perk sahaja menanam selias 1,115 hektar (37.5% daripada jumlah keluasan negara) diikuti dengan Negeri Kelantan (393 ha) dan juga Negeri  Selangor (359 ha) dimana merek menanam beberapa varieti yang berlainan (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian 201). Daerah Kinta di Perak merupakan pengeluar utama keledek di Malaysia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 14,026 metrik tan (31% daripada jumlah pengelluaran negara). Lokasi tanah bekas lombong di Daerah Kinta merupakan kawasan utama pengeluaran kelede di negara kita. Pegawai Pertanian Daerah Kinta En Sri membawa penulis blog dan rombongan Timbalah Pengarah Pertanian Perak En Safie dan beberapa pegawai teknikal bersama meninjau ladang keledek yang komersil ini. Semasa ketibaan penulis blog dua buah lori sedang memunggah keledek dari ladang ini untuk dihantar ke Johor Bahru dan juga Cameroon Highlands (Sila lihat foto disebelah). Buah gred A dihantar ke Johor Bahru dan Buah Gred C dihantar ke Cameroon Highland.


Menurut En Badri penanaman keledek disusun atau dijadualkan agar pengeluaran dapat disusun sepanjang minggu. Satu kali menanam memerlukan masa 3.5 - 4.0 bulan sebelum tanaman keledek oren ini sedia untuk dituai. Penulis blog juga ada membuat cadangan dan menyarankan agar pengusaha membuat satu kawasan khas untuk mengeluarkan benih keledek oren yang mencukupi untuk dijadikan keratan benih. Pada waktu ini beliau hanya menggunakan anak benih keratan daripada tanaman keledek beliau yang baru dituai. Kaedah begini kurang sesuai kerana tiada jaminan akan kualiti benih tersebut dan sebaiknya hanya benih yang berkualiti sahaja dari kebun benih khas ini mampu membekalkannya.  Dakwa beliau apabila cukup masa maka penuaian dilakukan dengan menggunakan mesin trektor untuk pugarkan tanah dan kerja mengutip umbisi keledek diatas batas tanaman dilakkan dian dimasukkan kedalam bakul. Bakul yang mengandungi keledek pelbagai saiz ini akan dibawa kepusat pengumpulan hasil untuk penggredan dan juga disusun sebelum lori pemborong luar datang mengambilnya. Penuaian dijalankan setiap minggu menhgikut tempahan dan juga jadual pengeluaran. Setakat ini beliau sudah pandai menyusun jadual penanaman untuk memenuhi trend pasaran yang berubah mengikut bulan dan  musim perayaan atau musim buah. 


Pada masa ini beliau membuat 3 jenis pengredan untuk keledek oren yang dihasilkan. Terdapat Gred A yang bersaiz besar diasingkan dalam bakul pemasaran plastik dan ditutup dengan guni agar keledek tidak kering dan cepat rosak. Bagi keledek oren gred A ini harga ladang adalah purata RM2.00 sekilogram dan sesuai dibuat pelbagai makanan terutama sebagai Keledek Goreng (enak dicicah dengan sambal kica0 di Johor) dan juga dibuat kerepek atau pun banyak jenis kuih mueh. Kepada mereka yang pernah makan keledek goreng di KFC berkemungkinan dimana mungkin mereka gunakan keledek oren tempatan. Bagi  keledek Gred B pula bersaiz sedang dan dijual dengan harga ladang RM1.20 sekilogram. Keledek ini sebahagian besar dibuat inti karipap dan juga direbus atau p[un digoreng. Penulis blog memegang Keledek Oren Gred C yang mana kebanyakannya adalah dihantar ke Cameroon Highland untuk direbus dan pelancong tempatan amat menyukai akan keledek cameroon highland ini (Sila lihat foto disebelah). Keledek Gred C ini dijual dengan harga ladang RM0.80 sekilogram. Pemborang ini akan datang mengambil keledek ini setiap 3-4 hari bergantung kepada keadaan pasaran. Bayaran penuh diberikan dlam masa seminggu atau setiap kali pengambilan keledek pada pusingan berikutnya. Hingga kini pemarn keledek oren dsri ladang disini belum menghadapi sebarang masaalah. Kategori ke 4 dalam penggredan keledek ini adalah Gred D dimana keledek yang rosak semasa penuaian (pecah, putus, retak) akan diasingkan dan keledek ini akan dihadiahkan kepada kariah masjid di kampong serta penduduk kampung sebagai CSR (Community Social Responsibility). Penduduk kampung menerima pemberian ini dan mereka berterimakasih.


Penanaman keledek oren merupakan salah satu daripada usaha yang dijalankan paling luas di Gopeng dalam Daerah Kinta iaitu dikawasan yang penulis blog buat tnjauan. Tanaman keledek adalah satu bidangusaha yang mampu memberikan pulangan agak baik jika diusahakan secara komersil. Pada penulis blog tanaman Keledek perlukan kawasan yang panas dan cahaya matahari berterusan 3 bulan yang mencukupi. Tanah perlu lembab dan sesuai dikawasan tanah loam berpasir yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dan tanah bekas lombong juga sesuai untuk penanaman keledek dengan pengkayaan tanah tersebut. Bagaimana pun tanaman keledek oren di kg Changkat  Tualang, Gopeng ini diatas tanah lombong yang kuran bahan organik dan tanah yang bermasaalah. Pastikan kawasan mempunyai sistem saliran yang baik. Pengusaha perlu memasang sistem pengairan sprinkler diseluruh kawasan dimana ada kawasan yang tidak cukup air menyebabkan buahnya kurang berkualiti. Keledek sesuai ditanam diatas batas untuk tujuan pengurusan tanaman dan pungutan hasil. Batas disediakan berukuran 30-50 cm tinggi dan 0.8 -1.2 meter lebar. Benih tanaman dari keratan batang sepanjang 20-30 cm dari pokok induk varieti yang di syorkan dicucukan 10 cm dalam tanah . Ada juga kaedah penanaman menggunakan umbisi atau biji keledek tetapi kaedah ini kurang produktif dan lambat. Jarak tanaman disyorkan ialah 1 meter x 0.3 meter untuk memberikan kepadatan sebanyak 33,333 pokok sehektar. Buat penyiraman sekali sehari pada peringkat awal penanamkan jika tidak hujan. Pucuk-pucuk muda yang menjalar diatas batas perlu dialihkan kebahagian tengah batas untuk elakkan ianya mengeluarkan akar dan membentuk ubi. Biarkan umbisi keledek pada bahagian akar utama.


Walau pun tanah bris akan tetapi ada juga masaalah rumpai dimana kerja pengawalan rumpai dibuat dengan cara menggunakan kaedah sesuai. Pastikan racun rumpai tidak akan menjejaskan tanaman keledek. Pembajaan dijalankan berperingkat2 dengan baja kapur sebanyak 1.0 mt serta Urea sebanyak 57 kg/ha , Baja TSP sebanyak 70 kg/ha serta baja MOP sebanyak 55 kg/ha yang ditabur seminggu sebelum menanam. Sebulan lepas mananam kemudian tabur baja urea sebanyak 57 kg/ha. Hasil keledek biasanya dituai selepas 3-4 bulan selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan. Kaedah menuai keledek dengan membuang daun-daun dahulu dan korek menggunakan cangkul dan menggali dalam batas. Antara masalah perosak tanaman keledek ialah Keruping Daun (Elsine batatas) yang menyerang daun sehingga keruping dan pokok terbantut serta dikawal menggunakan banih tahan penyakit serta racun kimia seperti Maneb, Benomyl dan Cuprum Oxcychloride. Serangan Penyakit Bintik Daun Cercospora (Cercospora timorensis) menyerang daun dan akan luruh pada cuaca lembab dan dikawal dengan racun Maneb atau Zineb. Serangan oleh Kumbang Umbisi (Cyclas formicarius) yang merosakan umbisi keledek dan dikawal dengan amalan tanaman bergilir seperti saranan penulis blog kepada En BAdri. Sebaiknya sebelum menanam direndam benih dalam racun, gunakan racun Carbofuran serta segerakan penuaian hasil jika sesuai. Buang dan bersihkan sisa-sisa keledek didalam kebun yang jadi perumah kumbang ini. Tikus juga merupakan musuh tanaman ini dengan mengorek lubang serta memakan umbisi keledek dan rosak. Kawalan tikun dengan umpan racun tikus seperti Matikus dan sebagainya. Keledek Oren dari kebun ini memang mempunyai warna isi yang menarik berwarna oren terang (Sila anda lihat foto disebelah). Diharapkan En Badri dan rakan-rakan akan terus menanam keledek di Perak dalam daerah penting sebagai pengeluar keledek negara. Semuga anda semua mendapat info berguna dari penulisan dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
KELEDEK OREN ... LUAS TANAMNYA...
DI KG CHANGKAT TUALANG...DISANA...
TANAH BEKAS LOMBONG... ASASNYA....
TINJAUAN DIBUAT... KONGSI INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Room 1009, Kinta Waterfront Hotel,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(1 Muharam 1441H).

Tuesday, September 3, 2019

NURSERY CHRYSANTHEMUM - SATU TINJAUAN

BENIH BUNGA CHRYSANTHEMUM (Chrysanthemum spp) dihasilkan oleh sekitar 20 syarikat untuk penanam bunga di Cameroon Highlands, Pahang yang dikomersilkan. Penulis blog membuat tinjauan teknologi ke Syarikat Blooming Affairs Sdn Bhd yang terletak di Jalan Simpang Pulai - Brinchang iaitu salah sebuah syarikat yang menghasilkan benih keratan Bunga Chrysanthemum atau Bunga Kekwa untuk penanam bunga di Cameroon Highland. Menurut pemilik syarikat Pn Jacklyn, syarikat telah beroperasi di tapak ini yang 3.5 km didalam hutan belantara kerana suhu, kelembapan dan sumber air yang sesuai untuk pengeluaran keran bunga kekwa. Menurut beliau lagi kawasan seluas 10 ekar ini didirikan rumah kalis hujan bagi tujuan penghasilan keratan bunga kekwa yang dijamin berkualiti untuk pelanggannya. Terdapat lebih daripada 12 struktru SPH yang bersambung sehingga menjadikan ianya mempunyai kawasan tanaman untuk stok pokok induk kekwa daripada 15 jenis varieti bunga kekwa tersebut. Keluarga beliau memang sudah beberapa keturunan mengusahakan tanaman bunga kekwa di tanah tinggi Cameroon Highland dan kini mengusahakan benih keratan berakar kepada pembelinya. Bunga kekwa di Cameroon Highland merupakan satu industri yang mempunyai skala ekonomi tinggi untuk hasilkan bunga keratan bagi pasaran domestik dan pasaran ekaport. Nurseri swasta ini diantara yang beroperasi di kawasan Bandar Ipoh sedangkan kebanyakan nurseri bunga kekwa berada disekitar kawasan tanah tinggi. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai catitan pengalaman penulis blog membuat tinjauan teknologi bagaimana benih tanaman bunga kekwa (Chrysanthemum) dihasilkan untuk bahan bacaan dan rujukkan anda.


Tanaman bunga kekwa di Malaysia kini merupakan industri florikultur yang terus berkembang. Benih ini diambil daripada bahagian pucuk (sekitar 10 cm) dan dipotong untuk disemai didalam dulang (tray) yang mengandumgi media tanaman cocopeat. Pucuk bunga kekwa ini lembut dan mudah dipatahkan dengan tangan semasa mengambilnya (Sila lihat foto disebelah).  Keratan ini akan dipetik pada waktu pagi dan dikumpulkan sebanyak 1,000 keratan dalam satu bekas plastik mengikut spesis (ada 15 spesis bunga kekwa disini). Pekerja akan membawa keratan ini ketapak nurseri dimana mereka akan membuat rawatan dengan racun kulat dahulu. Nursery Tray atau dulang semaian dengan ada 70 lubang sedia diisikan dengan cocopeat yang selalunya dilakukan pada waktu petang hari. Keratan pucuk kekwa ini akan di cacakan ditengah-tengah tray tersebut dan disiram setiap pagi dan petang sehingga akarnya keluar dalam masa 5-7 hari sebelum akarnya keluar. Apaabila sudah berakar maka ia akan dikeluarkan daripada trau dan cocopeat yang melekat pada akar akan diasingkan meninggalkan hanya keratan benih berakar sahaja yang akan dimasukkan didalam kotak. Setiap kotak dilapiskan dengan suratkhabar lama dan diisikan dengan 1,000 keratan benih berakar sebelum dihantar kepada penanam bunga kekwa di Cameroon Highland.


Semua susunan tray yang dicacak dengan pucuk keratan ini disusun didalam rumah SPH semaian yang terlkindung dari hujan. Didalam SPH ini dipasangkan dengan sistem pengairan kabus (misting) daripada sumber air berish dari sungai yang berpunca dari hutan disekelilingnya. Apa yang penting adalah dimana didalam rumah SPH ini mesti dipasang dengan Lampu dari mentol khas selama 4 jam sehingga pukul 10 malam baru dipadamkan. Bunga kekwa adalah jenis tanaman 'long day period' yang perlukan cahaya lebih daripada 12 jam setiap hari untuk pertumbuhan yang optima. Menurut Penggurus Jacklyn syarikatnya terpaksa memasang mentol baru yang terbakar setiap bulan dengan kos mencecah RM8,000 untuk pastikan semua tanaman kekwa mendapat cahaya matahari yang mencukupi bagi pertumbuhan terbaik. Kos untuk bayaran tenaga letik setiap bulan juga mencecah RM12,000 dimana tanpa infra lengkap ini anakbenih keratan tidak dpat hidup subur untuk penanaman selanjutnya di kebun. Didakwa anakbenih kertanan berakar darii kawasan tanah rendah ini memberikan prestasi pertumbuhan lebih baik daripada anakbenih yang disediakan dil=kawasan tanah tinggi Cameroon Highland. Beliau juga nyatakan media cocopeat terpakai yang banyak diproses melalui teknologi pengkomposan selama 2 tahun sebelum ianya sesuai untuk digunakan semula selepas di proses. 


Pasaran untuk benih keratan kekwa berakar ini dijual dengan harga RM0.065 satu unit. Keratan benih ini akan di masukkan dlam kotak dan dihantar kepada penanam bunga di Cameroon Highland mengikut tempahan (Sila lihat foto disebelah). Pada syarikat Blooming Affairs ini ketulinan benih mengikut 15 spesis yang ditanam dijaga dengan baik. Kaedah terbaik adalah menggunakan benih induk dari batang bunga sebanar pokok induk dan diambil tangkainya sebelum disemai diatas batas yang ditandakan dengan jelas menikut blok penanaman dalam SPH. Cara ini membolehkan kaedah pembiakan vegetatif 'true-to-type' dilakukan dengan sistematik. Pokok induk disimpan dan dijaga dengan baik dimana kesemua baka dari syarikat ini telah didaftarkan dibawah Akta Plant Variety Protection 2004 iaitu pada Jabatan Pertanian. Kawalan kualiti benih menjadi asas kepada perniagaan nurseri bunga kekwa dimana ketulinan benih akan menjadi satu perkara yang amat dipentingkan. Pokok dibaja dengan baik dan amat kurang menggunakan racun kimia bagi menjamin jaminan kesuburan tanah.


Benih bunga dari nurseri ini akan diedarkan kepada penanam dengan berakar dan boleh terus ditanam dalam kebun bunga. Biasanya ia akan membesar dan dijaga dengan baik dari segi pembajaan dan kawasan serangga perosak serta penyakit. Jika dijaga dengan baik pokok kekwa dilaporkan boleh bertahan sehingga 3 tahun bagaimana pun biasanya untuk penghasilan produktif sehingga setahun lebu=ib boleh digganti dengan benih baru. Antara masalah penyalit bagi pokok kekwa adalah seperti Penyakit Mozek (mozek berbintik pada bunga kekwa), Penyakit Aspermia (motling pada daun dan mengubah bentuk bunga) dan juga Penyakit Kerdil atau Terbantut (buang pokok tersebut sebagai kawalan). Bunga Kekwa yang dewasa akan menghasilkan kuntum bunga mengikut spesisnya dimana ada yang berwarna kuning, merah, putih, pink dan juga ada warna bercampur dimana inilah sebenarnya keindahan dari  bunga kekwa yang dihasilkan daripada anakbenih dari beberapa nurseri tang dijaga kualitinya. Batang atau tangkai bunga kekwa ini akan dipootong dengan pisau tajam sebelum ianya dibalut dalam kertas dan dimasukkan dalam kotak, dilabelkan untuk pasaran domestik dan eksport.  Industri bunga Malaysia mencatat pertumbuhan yang baik dengan kadar peningkatan kadar eksport 31 peratus sepanjang tempoh 2009 hingga 2015. Peningkatan permintaan terhadap produk bunga dalam pasaran dunia dijangka berterusan dengan kadar pertumbuhan enam peratus setahun. Kadar itu telah menjadikan nilai eksport meningkat sebanyak 51 peratus iaitu daripada RM283 juta pada 2009 kepada RM428 juta pada 2015. Pada masa ini negara Jepun merupakan negara pengimport utama iaitu sebanyak 25 peratus daripada jumlah pasaran diikuti Singapura (20%), Thailand (15%), Australia, Belanda, Hong Kong, Jerman dan Emiriyah Arab Bersatu masing-masing lima peratus. Bunga kekwa merupakan bunga keratan yang paling banyak dieksport diikuti orkid, mawar, teluki, lili dan lain-lain. Kawasan utama pengeluaran bunga di Malaysia tanah tinggi adalah di Cameroon Highland sementara bagi bunga Orkid di Sekitar Johor Bahru dan Lembah Kelang. Penanaman bunga di Cameroon Highland menghasilkan pelbagai jenis bunga temperate yang subur dan berkualiti untuk pasaran domestik dan eksport. Kini ada bunga lavender, kekwa, liliaceae, anthurium dan beberapa lagi ditanam secara intensif. Tinjauan penulis blog ke nurseri benih bunga chrysanthemum di Simpang Pulai, Ipon ini meberi info terbaik kepada penulis blog dan pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NURSERI BUNGA... BUNGA KEKWA...
DI SIMPANG PULAI... IA LETAKNYA...
BENIH BERAKAR... DIJUAL MURAHNYA...
INDUSTRI BUNGA... SEMAKIN BEJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1009, Kinta Waterfront Hotel,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(20 Zulhijjan 1440H).

Monday, September 2, 2019

KOSTING HALIA FERTIGASI - SATU ANALISA

TANAMAN HALIA FERTIGASI (Zingiber officinalis) secara fertigasi merupakan satu teknologi terkini yang diamalkan oleh beberapa orang usahawan. Baru-baru ini penulis blog membuat tinjauan teknologi ke kebun halia fertigasi milik Encik Osman Senik di TKPM Inderapura, Kuantan Pahang.  En Osman Senik adalah lulusan pertanian yang berazam untuk menjadikan tanaman halia kaedah tanaman fertigasi sebagai bidangusaha terbaru. Minat beliau dalam pertanian setelah lama berkecimpong dalam bidang minyak Petronas dan kini beralih kepada bidang tanaman seperti halia berdasarkan kepada potensinya. Dakwa beliau kawasan sesuai perlu dicari dan terus memohon kawasan tanaman sesuai di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Inderapura (TKPM) di Kuantan yang mana mudah untuk dikunjungi beliau. Ini kerana telah ada struktur Rumah Pelindung Hujan (SPH) di TKPM ini yang sesuai untuk penanaman halia secara fertigasi. Kemudahan asas infra seperti sistem bekalan air dan teknologi fertigasi yang dilakukan oleh lebih daripada 20 peserta TKPM di sini menggunakan teknologi fertigasi menjadi panduan kepada beliau. Kelulusan mengusahakan tapak diterima pada Febuari 2019 dan beliau seterusnya membuat kerja-kerja tapak seperti memasang jaring hitam sebagai penaung dan meletakkan plastik dibahagian tapak dikawasan SPH ini. Seterusnya beliau membeli input seperti plastik hitam bersaiz besar, media tanaman fertigasi, sistem piping sistem fertigasi dan juga input benih. Pengisian polibeg dengan media tanaman sebanyak 8,000 beg dan disusun dengan jarak 2 kaki x 2 kaki dalam masa 3 minggu. Perkara penting dalam aktiviti penanaman halia fertigasi adalah rumah pelindung hujab yang tinggi kos pembinaannya. En Osman menggunakan rumah SPH yang dibina oleh Jabatan Pertanian di TKPM dengan sewaan. Artikel kali ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan teknologi dan kosting tanaman halis secara fertigasi oleh usahawan di Kuantan untuk bahan rujukkan anda semua.

Penanaman halia secara fertigasi di bawah struktur pelindung hujan menghadapi beberapa masalah serangga perosak dan penyakit bergantung kepada cara petani membuat penjagaan. Faktor asas seperti kebersihan persekitaran ladang, kebersihan sistem pengairan fertigasi dan amalan kultur oleh pengusaha dan pekerja ladang memainkan peranan penting dalam mencegah sebarang serangan serangga perosak dan penyakit. Penulis blog sebagai agronomist dapati jika berlaku serangan serangga perosak dan penyakit utama tanaman halia boleh dikawal dengan cara amalan kultur yang betul atau menggunakan racun perosak atau kedua-duanya sekali. Penyemburan racun perosak hanya digunakan apabila perlu sahaja dan semua tatasusila penggunaan racun kimia mesti betul dan dipatuhi. Diantara beberapa perosak yang mungkin menyerang tanaman halia fertigasi adalah Ulat Pengorek (Udaspes folus) yang boleh dikawal dengan semburan seperti racun Permethrin. Penyakit Layu Bakteria yang berpunca (Pseudomonas solanacearum) boleh dikawal dengan memusnahkan pokok berserta polibeg dan medium yang berpenyakit. Sebaiknya petani perlu menggunakan rizom benih yang sihat dan dipastikan kawasan tanaman halia fertigasi mempunyai sistem saliran yang baik. Bagi serangan Penyakit Bintik Daun (Phyllosticta zaingibera) yang boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl. Cara lain adalah dengan membuang daun yang berpenyakit. Bagi serangan oleh Penyakit Akar (Fusarium oxysporum) sesuai dikawal dengan semburan racun Previcur N atau menggunakan rizom benih yang sihat dan dipastikan menentukan saliran yang baik. Bagaimana pun tinjauan penulis di kebun En Osman di dapati kadar serangan perosak dan penyakit amat minima.

Dalam pada itu cara penanaman halis fertigasi di kebun ini adalah sebanyak 8,000 polibeg dengan sebanyak 4,000 polibeg menggunakan Varieti Halia Bentong dan sebanyak 4,000 polibeg lagi adalah menggunakan varieti Halia Sabah. Harga benih digunakan adalah sama. Amalan dan cara menanam adalah dengan benih rizom akan dimasukkan kedalam polibeg iaitu rizom yang ada 2-3 mata tunas kedalam polibeg yang mengandungi media tanaman cocopeat. Sebaiknya dibubuh Baja Bio Supreme 100 gram/polibeg. Lazimnya benih rizom halia bermutu akan diletakkan didalam cocoppeat dilapisan bawah sekali. Rizom ditanam dalam anggaran jarak 7 inci atas lapisan baja tersebut. Bagi tujuan pengairan Osman akan menggunakan air kosong 3 kali sehari iaitu sekadar cukup sekadar untuk melembapkan sedikit cocopeat cocopeat. Bagaimana pun jika berlaku hujan maka tidak perlu siram. En Osman juga sentiasa membuat pemantauan didalam usaha membuat  kawalan Penyakit dan Perosak. Beliau menggunakan racun kulat iaiti racun tolclofus 50% dimana petani ada gunakan jenama racun Rizolex. Antara bahan racun serangga yang digunakan adalah Cypermethrin 20% dan beliau juga juga guna Mencozeb. Cara membaja adalah menggunakan baja NPK 16:16:16 jenama Yaramilla. Baja butir ini akan dibubuh dalam polibeg atas cocopeat sebulan sekali dengan kadar diamalkan adalah Kadar 20 gram/polibeg (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan baja Chitosan secara semburan daun menyihatkan lagii tanaman halia fertigasi.


Tanaman Halia boleh dituai sebagai halia muda atau halia tua/matang. Halia boleh dipungut sebagai halia muda selepas 4 - 6 bulan selepas ditanam dalam polibeg. Manakala halia tua atau matang boleh dituai dalam tempoh 9 bulan selepas dipindahkan ke dalam polibeg. Dalam pada itu diantara tanda-tanda halia sudah matang atau tua adalah berlakunya nekrosis di bahagian hujung daun dan daun halia mulai kering pada usia 7 - 8 bulan. Secara purata setiap rumpun halia di dalam polibeg akan menghasilkan 2.4 sekilo halia muda manakala bagi halia tua pula setelah cukup uumur maka rizomnya mampu mencecah 5.4 sekilo satu polbeg. Penggredan dilakukan berdasarkan saiz rizom atau pun secara timbangan berat dan rasa kepedasan rizom halia. Pengendalian lepas tuai yang teratur bagi halia amat penting untuk mengawal akan kemungkinan akibat kerosakan dan kemerosotan mutu kualiti rizom. Mutu dan harga pasaran halia boleh menurun akibat jangkitan kulat, kehilangan air (kecut dan berkedut-kedut) dan juga percambahan tunas. Lazimnya ada petani yang akan lihat dimana polibeg halia dialihkan ke bangsal atau tempat yang redup pada awal pagi ataupun petang. Halia akan dikeluarkan daripada polibeg dan dicuci dalam keadaan persekitaran yang redup bagi mengelak kehilangan kandungan air yang boleh menyebabkan halia menjadi kecut. Bagaimana pun kesan pancaran matahari dijangka boleh menyebabkan penghijauan yang akan menjejaskan mutu halia. Rumpun halia akan dipotong dan diasingkan daripada beg tanaman. Halia dan medium tanaman akan dikeluarkan daripada beg tanaman. Apa yang penting adalah dimana bahagian rizom akan diasingkan daripada medium tanaman dengan menggunakan semburan air separa kuat supaya tidak menjejaskan rupa dan bentuk halia. Halia yang telah dibasuh dimasukkan ke dalam bakul plastik. Bahan pengalas seperti kertas atau span perlu bagi mengelak geseran antara bakul dan rizom halia. Penuaian hasil halia akan dibawa dengan secepat mungkin ke tempat pengumpulan atau rumah pembungkusan bagi operasi penyediaan yang seterusnya.


Paling penting penulis blog hendak kongsi info sepertimana yang dibuat analisa bersama En Amir (AO Kuantan) berikut dipaparkan analisa kos pengeluaran dan pendapatan tanaman halia fertigasi. En Osman membeli benih halia benting sebanyak RM15,000 dan benih halia Sabah sebanyak RM15,000 menjadikan jumlah kos benih adalah RM30,000. Kos bahan polibeg besar berwarna hitam sebanyak 8,000 polibeg sebayak RM12,800. Kos bahan Cocopeat 4,000 guni  adalah sebanyak RM32,000 dan pembelian Weedmat 6 gulung dan Netting Hitam untuk bumbung dibawah SPH sebanyak RM3,000, Bhan-bhan input kimmia seperti racun kulat dan racun serangga menjadikan jumlah kos pelaburan beliau adalah sebanyak RM70,000.00 untuk bahan input dan RM 18,000 kos tenaga kerja menjadikan jumlah kos pengeluaran sebanyak RM88,000. Selepas 6 bulan maka hasil yang dijangka adalah 2 kg satu polibeg dengan 95% menjadi gred baik menjanjikan jumlah hasil sebanyak 15,200 kg. Harga kontrek halia muda yang ditawarkan oleh PPK kepada En Osman untuk halia fertigasi adalah RM16.00 sekilogram pada harga ladang. Anggaran pendapatan kasar adalah sebanyak RM243,300. Ini bermakna anggaran pendapatan bersih ladang setelah dirtolak kos pengeluaran adalah RM155,000 semusim. Jangkaan pendapatan bulanan dari tanaman fertigasi halia atas kertas adalah sekitar RM25,833 sebulan. Dilihat dari segi kiraan memang agak memberangsangkan akan penanaman halia secara fertigasi ini. Bagaimana pun penulis blog dapati diprojek lain harga halia muda di ladang hanya sekitar RM10.00 sekilogram. Jika ini harga sebenar maka jumlah pendapatan kasar adalah sebanyak jumlahnya RM121,000 dengan pendapatan bersih sekitar RM33,600 (bagi tempoh 6 bulan) atau pun sebanyak RM6,720 sebulan. Penulis blog membuat rujukkan kepada jurnal MARDI mengenai kosting tanaman halis fertigasi diterbitkan pada tahin 2016 dimana untuk halia muda MARDI berjaya hasilkan sebanyak 2.4 kg/pokok/musim dimana dengan bilangan kali penanaman adalah 3 kali setahun menjadikan jumlah pokok halis ditanam 500 pokok/SPH menghasilkan halia muda sebanyak 108,000 kg. Jika pada masa itu harga ditawarkan untuk halia muda adalah RM3.00/kg maka anggaran kasar  pendapatan kasar tahunan (3 kali tanam) adalah sebanyak RM324,000 atau pun RM27,000 sebulan. Seterusnya MARDI dakwa bagi penghasilan halia tua pula mampu menghasilkan sebanyak 5.4 kg satu polibeg dengan sebanyak 500 polibeg/SPH dan 1 kali opusingan setahun menghasilkan sebanyak 81,000 kg hasil. Jika harga ladang halia tua pada 2016 sekitar RM3.60 maka anggaran pendapatan kasar kajian MARDI adalah sebanyak RM291,000 setahun atau sekitar RM24,300 sebulan. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM HALIA.. FERTIGASI CARANYA...
DALAM POLIBEG.. COCOPEAT MEDIA...
HALIA MUDA... 6 BULAN TANAMNYA...
ANALISA KOSTING... TINGGI UNTUNGNYA?...

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Room 1009, Kinta Waterfront Hotel,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(1 Muharam 1441H).

Sunday, September 1, 2019

KOPI - GUARANA CAPPUCCINO

PRODUK MINUMAN GUARANA CAPPUCCINO merupakan satu produk baru di Malaysia yang penulis blog dapat merasa hasil pemberian tanda ingatan daripada rakan dari Pulau Pinang. Penulis terkejut dengan sekotak kopi ini yang mana kotaknya berwarna coklat kekuningan dengan tulisan dihadapannya adalah 'Guarana Cappuccino' dan memang menarik perhatian penulis blog kerana tanaman tersebut telah disensasikan dalam media utama dalam negara apabila larangan membawa masuk benih daripada negara Amerika Selatan ini 'diharamkan' oleh pihak kerajaan. Di Malaysia memang terdapat banyak produk kopi yang berasaskan herba dikomersilkan seperti Kopi Jantan, Kopi Cucur Atap, Kopi Nanas, Kopi Tongkat Ali, Kopi Kacip Fatimah, Kopi Herba, Kopi Halia, Kopi Barli dan banyak lagi. Bagaimana pun apabila membaca jenama kotak kopi yang diterima ini menarik pembaca kerana didakwa dibuat daripada tanaman bah dari pokok guarana yang kini telah mula ditanam di Malaysia oleh pihak tertentu. Melihat kepada kotak pembungkusan dan paket didalamnya memang amat menarik semua peminat kopi untuk menikmatinya apa lagi dengan adanya bahan caffien daripada kopi dan bahan lain daripada biji guarana. Produk ini merupakan keluaran daripada Syarikat Terang Bulan Food Industries (M) Sdn Bhd yang beroperasi dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Menariknya dihadapan kotak jelas dinyatakan caption berbunyi 'Whie Coffee Arabica' dan juga 5-in-One Premix dengan ada 10 sachet didalamnya seberat 30 gram satu sachet.  Artikel malam Ahad ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai produk Kopi Guarana Cappuccino untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan. 

Pokok Guarana atau Guaraná dengan nama saintifiknya sebagai Paullinia cupana adaah tanaman yang tiada di Malaysia sebelum ini. Ia juga mempunyai nama saintifik lain sebagai Paullinia crysan dan Paullinia sorbilis daripada famili Sapindaceae. Pokok guarana ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil. Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya dimana ia terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi (Sila lihat foto disebelah). Daripada tulian asal saya ada menunjukkan pokok ini menghasilkan buah yang berwarna kemerahan dan ada 'mata' dimana ia jelas dapat dilihat apabila cukup matang (Sila klik disini). Biji buah guarana yang diproses didakwa boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh. Bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi(lebih kurang 2-4.5% kafein di dalam biji Guarana berbanding dengan hanya sekitar 1-2% untuk biji kopi (Coffea spp). Sepertimana tumbuhan lain yang mampu untuk pokok ini menghasilkan bahan kafein (caffien) dimana ada kajian dimana sebenarnya ada bilangan tinggi konsentrasi kafein pada buah dan biji guarana menjadi pertahanan semula jadi bagi menghalau herbivor. Kegunaan buah daripada tumbuhan ini memang masih belum diketahui dikalangan orang Malaysia kecuali mereka yang pernah berkunjung dinegara dimana pokok itu ditanam. Apakah ia sesuai untuk ditanam di negara kita bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dan menjadikan produk kopi guarana ini menjadi komersil?. Apakah tumbuhan ini tidak membawa penyakit dan perosak yang merbahaya kepada tanaman lain dinegara kita iaitu penyakit South American Leaf Blight (SALB) yang menbahaya. Bagaimanakah nanti jika pokok ini berbuah dan amalan agronominya. Penulis kurang pasti kalau pihak tertentu di Malaysia mempunyai simpanan bahan tanaman pokok guarana ini. Saya ada menulis mengenai tumbuhan ini pada 17 Oktober 2016 apabila ada pihak iaitu RISDA yang ingin membawa masuk tumbuhan ini untuk dikomersikan.

Produk kopi Guarana Cappuccin ini dibengkus dengan paket menarik seberat 30 gram satu sachet yang sesuai untuk dijadikan secawan kopi pekat dan manis (Sila lihat foto disebelah). Produk ini mempunyai tanda 'HALAL' dengan jelas dimana ia merupakan produk 5 dalam satu yang mengandungi bahan Kopi Segera Arabica, Gula, Krimer, Koko dan pastinya Guarana. Kopi yang dijual dengan harga kilang RM13.00 satu paket ini mengandungi 10 sachets bermakna satu sachet dijual dengan harag RM1.30. Saiz hidangan yang sesuai bagi 1 sachet atau berat 30 gram adalah satu cawan mengandungi aur 160 ml. Daripada keterangan pada label dinyatakan kopi ini mengandungi  tenaga sebanyak 119 Kcal bagi setiap hidangan dan khasiat lain adalah seperti bahan kabohiderat (278 gram), Protin (0.09 gram) dan juga lemak (0.75 gram). Cara menyediakan kopi 5 dalam satu memang sangat mudah dengan memasukkan serbuk kopi guarana dari sachet kedalam cawan dan kemudian dituangkan dengan air panas sebanyak 160 ml. Kacau sehingga sebati dan sedia untuk diminum. Memang kalau paling ideal adalah mengambil satu sachet dalam 160 ml air panas untuk rasa yang optima dan jika terlebih air menjadi kurang ummph!.. Apa yang penting jika dibuat sendiri dirumah maka kos secawan kopi guarana adalah sebanyak RM1.30 sahaja.

Penulis blog memang 'excited' apabila membuat ujirasa serbuk kopi. Sebelum ini memang penulis blog ada membuat promosi 'kopi nenas' sebagai minuman yang berkhasiat dan ada nilai komersil. Antara kopi nanas popular seperti Kopi Nanas Pheewit (Amu Search), Kopi Nanas Ngences (Muar), Kopi Nanas Gantang (Baling, Kedah) dan beberapa jenis kopi nanas lain seperti kopi nanas Jutawan (Pontian). Kopi Arabika Segera yang digunakan untuk paket kopi guarana ini memeng memberikan bau atau aroma yang kuat berbanding dengan kopi dri biji kopi robusta dan kopi dari biji kopi liberica. Apa yang penulis blog dan tulis menganai kopi arabica ianya merupakan kopi premium yang paling popular di dunia (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa tulisan saya lagi. Penulis blog percara penuh dimana bijii kopi mentah arabica ini adalah diimport dari luarnegara memandangkan di Malaysia kita tidak menanam kopi jenis ini. Malaysia hanya menanam kopi Liberica dengan keluasan sekitar 3,200 hektar dan sedikit Kopi Robusta sekitar Sabah. Malaysia merupakan negara pengimport biji kopi dengan jumlah yang banyak daripada Indonesia dan Vietnam.

Apabila menghidu aropa kopi guarana yang berasaskan Kopi Arabica Segera memang menyegarkan. Penulsi blog ujirasa sendiri satu sachet kopi guarana didalam secawan mengandungi 160 ml air panas. Sebaik sahaja air panas dituang dilihat ia menghasilkan buih menunjukkan ciri-ciri kopi cappuccino yang sebenar (Sila lihat foto disebelah). Meminumnya dengan teliti amat harum baunya dan rasa kopi arabika yang kuat menusuk hidung. Kopi Arabika merupakan jenis kopi yang paling popular ditanam dibeberapa negara termasuk di negara jiran Indonesia. Kajian pasaran mendapati kopi arabika menguasai 70% pasaran dunia dan ia amat diminati oleh para peminat kopi dan amat menghargai jenis kopi arabika berbanding jenis kopi lain. Dari kajian yang saya buat mendapati jumlah pengeluaran kopi di negara-negara ASEAN adalah sebanyak 153,268 metrik tan pada tahun 2013 yang merupakan 26% daripada jumlah pengeluaran kopi dunia. Antara faktor penentu nilai pada mutu kopi arabika kerana habitat pertumbuhannya, teknik amalan agronomi, proses pasca tuai dan cara menyediaan atau pengolahan biji. Kopi Arabika (Coffea arabica) merupakan jenis kopi yang paling ditanam petani kerana ia mempunyai nilai rasa yang dinilai paling baik. Jenis kopi ini disyorkan untuk ditanam di tanah dengan tahap ketinggian antara 1,000-2,00 meter dari paras laut (Agak sejuk). Ini bermakna ia perlukan cuaca sejuk didataran tinggi dibeberapa negara pengeluar kopi arabika popular. Bagaimana pun ada juga dilaporkan bahawakopi arabika juga akan juga hidup dengan baik pada ketinggian diatas 800 meter walau pun sistem pengurusan berbeza dan kualiti kopi juga berbeza. Ada kajian mendapati jika ia ditanam di dataran yang lebih rendah maka jenis kopi ini sangat rentan terhadap penyakit yang dinamakan Karat Daun (HV disease).Kopi Arabika akan tumbuh pada keadaan yang optimum pada suhu sekitar antara16 - 20 Celcius dimana terutama dikawasan tanah tinggi. Bagaimana pun untuk mendapatkan hasil tuaian yang baik maka pokok kopi arabika perlukan suasana beberapa bulan kering sekitar 3 bulan dalam setahun. Pokok Kopi Arabika mula dituai setelah berumur 4 tahun. Anggaran produktiviti kopi ini purata antara 350 - 400 kg/ha/tahun bergantung kepada pengurusan dan umur pokok. Cara pengurusan tanaman secara intensif lazimnya boleh menghasilkan hasil kopi basah diantara 1,500 - 2,000 kg/ha/tahun. Lazimnya bila buah telah masak maka warna buah arabika menjadi merah terang (Sila lihat foto diatas). Buah yang telah matang mudah sekali gugur bila masak jika dibiarkan diatas pokok. Buah tersebut akan jatuh ketanah dan menyerap bau-bauan yang ada pada tanah sehingga mutu aroma turun. Kopi Arabika sebaiknya dituai apabila masak sebelum buah gugur ke tanah. Kadar pertukaran berat buah biji basah (green beans) dengan biji kering (kopi beras) sekitar 18-20%. Para petani yang menanam kopi arabika biasanya akan masa untuk mereka memproses sendiri buah kopi dengan proses basah. Meski memerlukan kos dan waktu lebih lama akan tetapi ia mampu untum menghasilkan mutu biji kopi yang jauh lebih baik. Diharap penulisan mengenai produk kopi guarana kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SEKOTAK KOPI... ITU KOPI GUARANA... 
POKOK GUARANA...MASIH BERBAHAYA...
BIJI DILARANG MASUK... ADA YANG CUBA...
MINUM KOPI GUARANA... ENAK RASANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 941, Ixora Hotel,
Seberang Perai,
Pulau Pinang,
Malaysia.
(28 Ogos 2019).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...