Support My Blog

Tuesday, February 7, 2017

NENAS JOSAPINE (AC5) - CIRINYA

NENAS JOSAPINE (Ananas commosus) merupakan satu varieti nenas yand telah didaftarkan dengan nombor rujukkan AC5 di Malaysia. Nenas merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia semenjak lama dahulu. Terdapat 9 varieti nenas yang telah didaftarkan di Malaysia melalui Jabatan Pertanian untuk dikenali oleh pengusaha nenas dan pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Varieti tersebut adalah Nenas Moris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7), Nenas N36 (AC8) dan Nenas MD2 (AC9). Sejal lama dulu kawasan utama tanaman nenas adalah di Negeri Johor terutama dikawasan tanah gambut tetapi kini Pahang telah memperluaskan tanaman nenas dengan projek dibawah LPN dan ECERDC di Daerah Rompin. Walau bagaimana pun industri tanaman nenas negara kini telah berkembang ke Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak dengan pesat terutama untuk beberapa varieti baru nenas. Kita di Malaysia beruntung kerana negara kita merupakan salah satu negara menanam nenas dengan keluasan sebanyak 16,850 hektar pada tahun 2015 yang menghasilkan sebanyak 416,100 metrik tan. Kawasan penanaman nenas di Malaysia adalah di Johor dengan Daerah Pontian (3,686 hektar), Daerah Kluang (2,950 hektar) dan Daerah Muar (1,286 hektar) pada tahun 2012 terutama penanaman nenas di tanah gambut. Buah nenas telah diperdagangkan dipasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk SEGAR, KALENG (Dalam tin) dan JUS. Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang mengekspot nenas dalam ketiga-tiga bentuk tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengekspot nenas didunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat varieti nenas JOSAPINE (AC5) yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda. 

Buah Nenas JosaPine adalah hasil kacukan diantara Nenas JOHOR (JO) dengan Nenas SARAWAK (SA) yang dilakukan oleh saintis di Malaysia dan hujungnya ditambah dengan PINEAPPLE (PINE) menjadikan nama varieti JOSAPINE. Nenas Johor adalah jenis nenas dari kumpulan 'Spanish' dan Nenas Sarawak adalah dari kumpulan Smooth Cayenne. Hasilnya varieti ini mempunyai saiz yang besar dengan purata berat buah dari 1.0 - 1.3 kg sebiji. Penulis memeriksa semasa membuat lawatan teknikal mengenai tanaman nenas varieti ini di Pusat Pembiakan Nenas di Stesyen Alor Bukit, Pontian ,Johor mendapati buahnya berbentuk Selinder dengan warna kulit merah atau jingga. Diteliti lanjut ia mempunyai antara 100 - 120 mata dengan keadaan matanya adalah 'timbul' dengan jelas (Sila lihat foto disebelah). Varieti Josapine mempunyai isi berwarna kuning keemasan dengan rasa manis dimana kanfungan gula adalah 16-17 Brixs. Kadar kandungan asid citrik sekitar 0.5 - 1.2% sahaja. Ia mempunyai saiz empulur yang besar iaitu sekitar 2.5 - 3.8 cm dengan warna permukaan atas braktea adalah hijau. Pada penulis blog anim agro technologu mendapati ia amat sesuai untuk dimakan segar dan juga boleh diproses.


Nenas Josapine ini mempunyai warna dominan pada permukaan atas daun iaitu UNGU GELAP. Warna daun varieti ini amat berbeza dengan kebanyakkan varieti lain dimana memang terdapat antosianin dipermukaan atas daun dengan jelas. Keamatan (intensity) antosianin pada daun varieti ini SANGAT Kuat. Sebaran antosianin ini adalah meluas memanjang dan seragam pada bahagian margin dan juga alur daun (Sila lihat foto disebelah). Masa penulis blog teliti lanjut mendapati terdapat DURI pada bahagian margin daun dengan warna duri yang dominan adalah Merah sama seperti warna daun.  Arah duri juga didapati ujud pada kedua-dua arah dengan saiz duri yang SEDERHANA. Melihat cara pertumbuhan pokok nenas Josapine didapati ia tumbuh dengan SEPARA MENEGAK (Sila lihat foto dibawah) dengan kedudukan buanya adalah menonjol dibahagian atas pokok. Penulis dapat memetik, megupas dan menguji rasa nenas varieti Josapine diladang dengan amat memuaskan. Penulis blog popular anim agro mengesyorkan agar petani menanam dan pengguna dapat membeli nenas varieti Josapine ini. Wasallam!!!.


Penulis ditengah-tengah ladang nenas komersil buat analisis.

NENAS JOSAPINE... MANIS RASANYA...
NENAS JOHOR... SARAWAK KACUKNYA...
BUAHNYA BESAR...BAIK HARGANYA...
INGIN MENANAM...CARI BENIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Dewan Persidangan, Everly Hotel,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(19 RabiulAkhir 1438H)
Hadir Konvensyen MyGAP dan MyOrganis 2017.

Monday, February 6, 2017

NENAS MASPINE (AC4) - CIRINYA

NENAS MASPINE (Ananas commosus) merupakan satu varieti nenas yand telah didaftarkan dengan nombor rujukkan AC4 di Malaysia. Nenas merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia semenjak lama dahulu. Terdapat 9 varieti nenas yang telah didaftarkan di Malaysia melalui Jabatan Pertanian untuk dikenali oleh pengusaha nenas dan pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Varieti tersebut adalah Nenas Moris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7), Nenas N36 (AC8) dan Nenas MD2 (AC9). Kawasan utama tanaman nenas adalah diNegeri Johor terutama dikawasan tanah gambut. Walau bagaimana pun industri tanaman nenas negara kini telah berkembang ke Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak dengan pesat terutama untuk beberapa varieti baru nenas. Kita di Malaysia beruntung kerana negara kita merupakan salah satu negara menanam nenas dengan keluasan sebanyak 16,850 hektar pada tahun 2015 yang menghasilkan sebanyak 416,100 metrik tan. Kawasan penanaman nenas di Malaysia adalah di Johor dengan Daerah Pontian (3,686 hektar), Daerah Kluang (2,950 hektar) dan Daerah Muar (1,286 hektar) pada tahun 2012 terutama penanaman nenas di tanah gambut. Buah nenas telah diperdagangkan dipasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk Segar, Kaleng (Dalam tin) dan Jus (Cordial). Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang mengekspot nenas dalam ketiga-tiga bentuk tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengekspot nenas didunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat varieti nenas MASPINE (AC4) yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda.


Varieti Nenas Maspine (AC4) merupakan satu varieti nenas hasil dari aktiviti pembiakan dai PRI (Pineapple Research Instituute) Hawai dari kumpulan nenas Cayenne. Ia istimewa kerana varieti ini mempunyai ciri daun TIDAK BERDURI atau Piping Leaf. Sebenarnya nenas Maspine ini adalah mempunyai komposisi hibrid Cayenne, Smooth Guatamalan, Permanbuco, Queen dan Singapore Canner. Varieti ini dibawa masuk ke Malaysia dibawah kerjasama program janaplasma )germplasm) dengan Maroochy Horticultural Research Institute Australia sejak tahun 1990. Buan nenas Maspine ini berbentuk Selinder dengan mempunyai berat sekitar 1.2 - 1.3 kg sebiji dengan warna kulit buah adalah hijau muda. Buah ini mempunyai sebanyak 120 -140 mata dengan kedudukan matanya adalah 'timbul' (Sila lihat foto disebelah). Penulis semasa membuat penelitian mendapati saiz empulur varieti ini sekitar 2.0 - 2.8 cm dengan warna isi nenas adalah kuning keemasan. Buah yang manis dengan kandungan gula sekitar 12 - 14 Brixs ini mengandungi kadar asid citrik sekitar 0.4 - 0.6%. Buah nenas varieti ini amat sesuai untuk dimakan segar atau pun diproses. Penulis dapat makan nenas ini semasa melawat ladang nenas Maspine di Batu Pahat, Johor. 


Antara beberapa ciri-ciri marfologi nenas Maspine yang perlu dilihat adalah bahagian daunnya. Warna dominan pada permukaan atas daun adalah hijau  dengan ada kandungan antosianin. Keamatan atau intensiti kandungan antosianin adalah sederhana kuat dengan sebarannya adalah dominan memanjang kearah apeks. Apa yang unik pada varieti ini adalah bentuk daun 'Piping' dengan tiada duri. Ia juga menunjukkan ada seperti garisan timbul yang jelas dilihat pada margin daun (Sila anda lihat foto disebelah). Permukaan atas braktea nenas Maspine berwarna merah jambu pudar. Diladang nenas Maspine mempunyai tabiat pertumbuhan yang separa menegak dengan kedudukan buanya yang menonjol (Sila lihat foto dibawah). Nenas Maspine pernah ditanam dengan meluas di Johor dan beberapa negeri lain tatapi varieti ini semakin kurang ditanam kerana petani hanya berminat menanam varieti MD2, N36 dan Moris sahaja. Semuga pembaca blog anim agro ini mendapat info berguna. Wasallam!!!..


Penulis di Ladang Nenas MD2 Anzetco TKPM Lanchang, Temerloh.

NENAS MASPINE... HAWAI ASALNYA...
TIDAK BERDURI... PADA DAUNNYA...
NENAS MANIS... PELBAGAI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL...AMAT SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Nenas Anzetco, 
TKPM Lanchang,
Temerloh, Pahang,
Malaysia.
(21 RabiulAkhir 1438H)

Sunday, February 5, 2017

NENAS GANDOL (AC3) - CIRINYA

NENAS GANDOL (Ananas commosus) merupakan satu varieti nenas yand telah didaftarkan dengan nombor rujukkan pendaftaran AC3 di Malaysia. Nenas merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia semenjak lama dahulu. Terdapat 9 varieti nenas yang telah didaftarkan di Malaysia melalui Jabatan Pertanian untuk dikenali oleh pengusaha nenas dan pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Varieti tersebut adalah Nenas Moris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7), Nenas N36 (AC8) dan Nenas MD2 (AC9). Nenas Gandul ini merupakan nenas yang diminati petani untuk ditanam kerana ia adalah sesuai utuk dimakan segar dan juga di tinkan. Negeri Johor merupakan paling luas menanam nenas dengan varieti ini tetapi ia kini telah berkembang kebeberapa negeri lain seperti Pahang, Selangor dan Kedah. Kawasan utama tanaman nenas adalah diNegeri Johor terutama dikawasan tanah gambut. Walau bagaimana pun industri tanaman nenas negara kini telah berkembang ke Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak dengan pesat terutama untuk beberapa varieti baru nenas. Kita di Malaysia beruntung kerana negara kita merupakan salah satu negara menanam nenas dengan keluasan sebanyak 16,850 hektar pada tahun 2012 yang menghasilkan sebanyak 416,100 metrik tan. Kawasan penanaman nenas di Malaysia adalah di Johor dengan Daerah Pontian (3,686 hektar), Daerah Kluang (2,950 hektar) dan Daerah Muar (1,286 hektar) pada tahun 2012 terutama penanaman nenas di tanah gambut. Buah nenas telah diperdagangkan dipasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk SEGAR, KALENG (Dalam tin) dan JUS. Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang mengekspot nenas dalam ketiga-tiga bentuk tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengekspot nenas didunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat varieti nenas GANDUL (AC3) yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda.


Nenas Gandul merupakan varieti nenas dari kumpulan Spanish yang mempunyai buah dengan berat sekitar 1.0 - 1.5 kg sebiji. Buahnya berbentuk selinder dengan mempunyai warna kulit yang Ungu Gelap (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai mata sebanyak 120 - 160 dengan kedudukan matanya adalah TIMBUL. Mempunyai warna isi yang kuning keemasa varieti gandul mempunyai lebar empulur diantara 1.8 - 2.2 cm. Dinilai dari rasa kemanisan ia mengandungi kemanisan dengan ukuran 8 - 12 Brixs iaitu nilai yang agak rendah berbanding dengan beberapa varieti popular yang lain. Penulis semasa membuat ujian penilaian rasa nenas ini mendapati kandungan asid citrik adalah sekitar 0.15 -0.25% dan ia amat sesuai untuk diproses. Jika dimakan segar ia dikategorikan masam dan kurang manis. Warna permukaan atas braktea nenas Gamdul adalah merah jambu gelap.


Nenas ganduk dari segi marfologi daunnya adalah berwarna hijau pada permukaan atas laidaun tetapi dimargin lazimnya adalah bercampur dengan warna kemerahan. Terdapat kehadiran anthocyanin yang ketara pada permukaan atas daun nenas gandul dengan kadar keamatan (intensity) yang sederhana. Sebaran anthocyanin ini adalah secara memanjang dari bahagian terngah daun keatas. Nenas gandul mempunyai daun yang berduri dengan sebaran duri ini berada pada apeks (Sila lihat foto disebelah). Susunan duri pada margin adalah tidak teratur dengan warna durinya adalah MERAH iaitu menyamai dengan warna daun. Duri yang ada bersaiz kecil sahaja. Warna permukaan atas braktea ventral adalah Merah yang ketara. Ciri tabiat pertumbuhan pokok nenas varieti gandul adalah menegak dengan penghasilan buahnya pada kedudukkan buah terlinding (Sila lihat foto paling bawah). Nenas gandul yang sering diproses atau dikalengkan sering ditanam oleh ladang swasta dengan jumlah keluasan yang tinggi. Tinjauan penulis mendapati nenas ini luas ditanam di Johor. Semuga artikel ini memberi info berguna dalam anim agro untuk rujukkan anda. Wasallam!!!.


NENAS GANDUL... DIPROSES BUAHNYA...
NENAS AGAK MASAM... MUDAH DIJAGA...
KANDUNGAN ANTOCYANIN...TINGGINYA....
INGIN MENANAM... CARILAH BENIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Sg Sarang Buaya,
Muar, Johor, 
Malaysia.
(23 Rabiulakhir 1438H)

Saturday, February 4, 2017

NENAS SARAWAK (AC2) - CIRINYA

NENAS SARAWAK (Ananas commosus) merupakan satu varieti nenas yand telah didaftarkan dengan nombor rujukkan AC2 di Malaysia. Pendaftaran varieti nenas sebenarnya telah dilakukan dengan Jabatan Pertanian Malaysia semenrata pembangunan industri nenas dijalankan oleh agensi LPNM (Lembaga Pembangunan Nenas Malaysia) yang beribu pejabat di Johor. Nenas merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia semenjak lama dahulu. Terdapat 9 varieti nenas yang telah didaftarkan di Malaysia melalui Jabatan Pertanian untuk dikenali oleh pengusaha nenas dan pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Varieti tersebut adalah Nenas Moris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7), Nenas N36 (AC8) dan Nenas MD2 (AC9). Nenas Sarawak memang unik diantara varieti nenas yang didaftarkan di Malaysia kerana ia adalah dari kategori Nenas Besar.  Nenas Sarawak mendapat nama kerana nenas dari Kumpulaan CAYENNE ini dahulu amat popular ditanam di negeri tersebut terutama dikawasan tanah gambut dalam sebagai tanaman penting. Penulis blog memang kenal akan nenas ini keran varieti ini memang ada ditanam di kampong penulis blog dahulu di Muar, Johor. Kalau anda melalui kampung Batu 14 , Air Hitam, Muar dahulu memang nenas varieti ni digantung disepanjang laluan utama ditei jalan sebagai hasil nenas segar. Ia merupakan nenas yang mudah ditanam tetapi mengambil masa lama untuk berbuah.

Buah Nenas Sarawak mempunyai bentuk buah yang berbentuk kon atau 'Kon Selinder' dengan bersaiz besar diantara 2 - 4 kilogram sebiji. Varieti nenas ini selalunya berwarna HIJAU JINGGA atau warna hijau gelap semasa mudanya. Buah nenas ini yang matang akan menjadi Hijau kekuningan. Ia mempunyai lebar empulur iaitu 2.0 - 2.8 cm iaitu memang besar berbanding dengan nenas moris. Ia juga mempunyai mata nenas yang ketara dengan bilangan mata diantara 100 -160 sahaja.  Nenas masak mempunyai warna isi kuning keemasan atau yang agak muda adalah warna kuning pucat. Bagaimana pun tahap kemanisan ninas Sarawak diantara 14 - 17 Brixs dengan sesuai dimakan segar. Kandungan Asid Citrik pula diantara 0.3 - 1.3% iaitu sesekali ada bahagian hujung buah yang masam sedangan bahagian pangkalnya amat manis. Warna bahagian atas Braktea adalah hijau dan lazimnya mata buah tidak timbul (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog memang suka makan nenas ini kerana kemanisannya, warnanya dan aromanya yang tersendiri. 

Mengenali pokok nenas Varieti Sarawak perlu melihat sifat marfologi pokok tersebut pada bahagian daun dan buahnya. Ia mempunya sulur yang separa menegak dengan daunnya adalah dominan berwarna hijau pada permukaan atas dan bawahnya. Nenas Sarawak juga menunjukkan ada kehadiran anthocyanin pada permukaan atas dengan keamatan sederhana. Sebaran anthocyanin adalah secara memanjang sepanjang tengah apeks daun. Nenas Sarawak mempunyai sifat margin atau tepi daun yang BERDURI. Sebaran duri pada margin adalah teratur dengan arah dusri yang sehala sahaja. Warna duri varieti ini lazimnya sama dengan warna daun dimana warna dominan duri adalah puth kekuningan. Tabiat pertumbuhan pokok nenas Sarawak induk atau pokok adalah menegak. Amalan agronomi tanaman nenas ini sama dengan kaedah penanaman nenas lain. Bagaimana pun penuls dimaklumkan nenas Sarawak mengambil masa lama untuk berbuah tidak seperti nenas moris dan ia juga tidak responsif terhadap penggunaan bahan pengalak (Pil ANA) untuk pembungaan. Kekurangan air menyebabkan nenas ini agak sukar berbunga dan berbuah. Semuga artikel ini memberi info kepada pembaca blog anim agro techoloagy kali ini. Wasallam!!!.


NENAS SARAWAK... BESAR SAIZNYA...
RASANYA MANIS...MASAM PUN ADA...
DI SARAWAK...NENAS PAUN NAMANYA...
ARTIKEL DITULIS ... MENGENALKANNYA... 
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Bt 14, Air Hitam, Muar,
Johor, Malaysia.
(18 RabiulAkhir 1438H)

Friday, February 3, 2017

NENAS MORIS (AC1) - CIRINYA

NENAS MORRIS (Ananas commosus) merupakan satu varieti nenas yand telah didaftarkan dengan nombor rujukkan AC1 di Malaysia. Nenas merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia semenjak lama dahulu. Terdapat 9 varieti nenas yang telah didaftarkan di Malaysia melalui Jabatan Pertanian untuk dikenali oleh pengusaha nenas dan pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Varieti tersebut adalah Nenas Moris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7), Nenas N36 (AC8) dan Nenas MD2 (AC9). Nenas Moris adalah nenas dari kumpulan QUEEN dengan mempunyai berat buah sekitar 0.5 - 1.5 kg sebiji. Buah nenas moris yang matang berbentuk kon ke bentuk Kon Selinder dengan mempunyai warna kulit yang hijau gelap. Penulis yang memeriksa beberapa kebun nenas moris mendapati bilangan bebuah adalah 100 - 120 dengan purata lebar empulur buah sekitar 2.0 cm. Nenas moris mempunyai isi yang berongga dengan tekstur yang rapuh dan berwarna kuning. Daripada analisa mendapati tahap kemanisan nenas moris diantara 15-17% iaitu dikira sebagai varieti buah yang manis sesuai untuk dimakan segar. Kandungan asid citrik 0.4 - 0.7%. Warna permukaan atas braktea adalah merah jambu gelap dengan mempunyai ciri khusus iaitu mata bebuah timbul. Buah nenas moris merupakan varieti yang sesuai dimakan segar dan juga serng digunakan untuk masakkan seperti paceri nenas dan makan lemak ikan masin. Artikel malam Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ciri-ciri varieti nenas moris dan kaedah menganai bahan tanaman yang sesuai untuk ditanam.



Dalam mengenal nenas moris sebaiknya diterangkan akan ciri-ciri marfologi varieti pokok nenas moris. Tabiat pokok ini adalah dimana ia tumbuh secara menegak dengan biasanya kedudukkan buah nenas adalah 'terlindung' ditengahnya (Sila lihat foto paling atas). Jika diteliti akan dilihat buahnya berbentuk kon ke kon selinder dengan warna dominan pada kulit hijau kekelabuan (Green to grey) seperti foto disebelah. Penulis dapat lihat bentuk nnas moris adalah berbentuk 'Kon' atau 'Kon Selinder' dengan jelas. Warna dominan kulit nenas moris adalah Hijau Kekelabuan (Green greyish) dan ia juga mempuyai warna pedunkel permukaan atas sebagai Merah Jambu Gelap. Nenas moris adalah jenis nenas yang dahulu sangat popular ditanam oleh petani kerana ia merupakan jenis nenas yang lasak. Negeri Johor terutamanya telah menanam nenas moris sebagai varieti yang sesuai untuk kawasan tanah gambut. Pokok nenas moris juga mudah dijaga berbanding dengan varieti lain seperti MD2 dan beberapa jenis lagi. Walau pun kini ramai petani telah menukar varieti kepada nenas MD2 dan Nenas Gandul atau Nenas N36, masih ramai petani yang masih setia dengan tanaman nenas morris.


Daun nenas moris adalah dominan berwarna hijau pudar dengan warna dominan pada permukaan atas (adaxial). Foto diatas menunjukkan terdapat kehadiran anthocyanin pada permukaan atas daun dengan jelas (Sila lihat foto diatas). Tahap keamatan bagi varieti nenas moris yang mempunyai bahan anthocyanin juga pada tahap sederhana dengan sebarannya secara memanjang terutama kearah apeks. Bagaimana pun jelas dilihat bahawa tidak ada sebarang bahan anthocyanin dibahagian bawah daun. Sifat pada margin daun varieti nenas moris adalah berduri (thorny) dikedua-dua belah kiri dan kanan laidaun. Susunan duri pada daun adalah teratur dengan arah duri mengikut arah sama dan sekata. Lazimnya warna duri adalah sama dengan warna daun. Bagaimana pun jika diteliti akan kelihatan warna dominan duri iaitu berwarna merah. Saiz duri nenas moris dikelaskan sebagai sederhana. Bahagian daun juga ada menunjukkan ada kehadiran anthocyanin pada permukaan atas dengan keamatan (intensity) sederhana. Terdapat sebaran anthocyanin yang secara memanjang terutama kepada arah apeks. Didapati sifat mardin dan tepi daun adalah BERDURI. Durinya yang berwarna merah ini adalah berwarna merah dengan saiz duri sederhana.


Nenas morris adalah daripada jenis kumpulan QUEEN. Kaedah pembiakannya adalah dengan menggunakan sulur dan keratan batang umbisi. Lazimnya varieti nenas moris ini kecil sahaja iaitu sekitar 0.8 - 2.0 kg sebiji bergantung kepada cara pengurusan tanaman dan faktor yang lain. Ia mempunyai diantara 100 - 200 mata nenas setiap biji yang menonjol ketara. Buah nenas moris juga apabila dibelah mempunyai isi berwarna kuning dengan berongga dan mepunyai tekstur yang rapuh (crunchy). Saiz empulur nenas ini sekitar 2 cm dimana nenas ini sering digunakan sebagai nenas segar. Walau pun kehebatan nenas ini ini adalah tahap kemanisannya tetapi ia hanya sekitar 12 - 14 darjah Brixs yang dianggap nenas segar yang sesuai dimakan. Kandungan asid citriknya pula adalah sekitar 0.4 - 0.7% dan merupakan nenas yang lama menjadi permintaan ramai sebelum kehadiran varieti Nenas MD2. Ia dijual dengan harga ladang diantara RM 0.80 - RM2.00 sebiji bergnatung kepada musim, saiz buah, gred buah dan lokasi penanaman. Lazimnya nenas moris yang ditanam di tanah mineral adalah lebih manis daripada nenas moris yang ditanam di tanah gambut. Aemuga artikel dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna keada pembaca semua. Wasallam!!!.

Penulis sedang membuat penelitian nenas di kebun nenas.

NENAS MORIS... TERKENAL LAMA ...
BUAHNYA SEDANG...MANIS RASA...
MUDAH DITANAM... CEPAT HASILNYA...
DIMAKAN SEGAR... DIMASAK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Nenas Moris,
Kg Parit Lapis, Sg Balang,
Muar, Johor, Malaysia.
(16 Safar 1438H)

Thursday, February 2, 2017

PENGELUARAN SUSU SEGAR NEGARA

SUSU LEMBU merupakan makanan yang amat penting untuk penduduk diseluruh dunia termasik di Malaysia. Dari laporan jabatan terlibat pada masa ini terdapat sebanyak 714 usahawan penternak lembu tenusu di seluruh negara yang terdiri daripada 10% penternak komersial dan 90% penternak kecil. Jumlah pengeluaran dalam negara pada tahun 2009 adalah sebanyak 62 juta liter. Sebenarnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berperanan dalam kepastian kualiti dan keselamatan susu segar dari ladang ke kilang selain memberikan perkhidmatan teknikal kepada para penternak melalui Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) di seluruh negara dan juga menyediakan khidmat penghantaran susu ke kilang. Ia juga mengambilkira senario keperluan susu di bawah Program Susu Sekolah (PSS) sebanyak 25.08 juta liter pada tahun 2007. JPV menyambut baik cadangan menjayakan Program Susu 1Malaysia kerana pengeluaran susu dalam negara semakin meningkat setiap tahun dan ini membuka pasaran baru untuk susu segar tempatan. Namun pelaksanaannya perlulah diperkemas dan diselaraskan dengan lebih terperinci supaya isu keracunan makanan berpunca dari kerosakan susu semasa proses pelaksanaan Program Susu Sekolah tidak lagi berlaku.  Oleh itu JPV menyarankan agar penglibatan pengilang-pengilang susu utama dalam negara diberi keutamaan bagi tujuan untuk menjayakan Program Susu 1Malaysia ini kerana memandangkan mereka memiliki kemahiran dalam urusan pemprosesan, pembekalan dan pengendalian susu yang boleh menjamin kualiti dan keselamatan susu tersebut. Susu segar diperolehi daripada penternak tenusu tempatan yang mengamalkan Amalan Penternakan yang Baik seperti yang disyorkan oleh JPV dengan kualiti susu pada tahap Gred AA dan A serta selamat daripada ‘antibiotic residue’ dan bahan-bahan kimia berbahaya. Artikel subuh in saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenao aktiviti pengeluaran susu lembu segar di negara daripada beberapa siri lawatan penulis dan beberapa kenyataan pihak berwajin serta akhbar tempatan.


Kini melalui Program Susu 1Malaysia, kilang-kilang pemprosesan susu segar yang berwibawa dan berpengalaman serta mempunyai pengiktirafan Veterinary Health Mark (VHM) JPV dan Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP) Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja dibenarkan memproses dan membungkus susu-susu untuk program ini. Hanya pengedar-pengedar susu yang berdaftar dengan pengilang-pengilang susu segar yang diiktiraf oleh pihak JPV sahaja dibenarkan membuat penghantaran ke sekolah-sekolah. Keperluan susu segar untuk sekolah-sekolah di Malaysia adalah sebanyak 55 juta liter setahun. Susu segar tempatan dilaporkan hanya dapat menampung sebanyak 21 juta liter setahun sahaja dimana selebihnya iaitu sejumlah 34 juta liter susu segar setahun perlu diimport dari negara-negara pengeluar susu yang dibenarkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Penggunaan susu tempatan untuk program ini akan ditingkatkan dari tahun ke tahun mengikut peningkatan pengeluaran susu tempatan sementara susu segar import akan dikurangkan selaras dengan peningkatan pengeluaran susu segar tempatan. Terdapat beberapa usaha kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan penghasilan susu lembu dalam negara dengan beberapa projek dibawak NKEA. Kini penanaman rumput napier dan jagung bijirin mendapat sentuhan menteri pertanian untuk dimajukan bagi tujuan penghasilan makanan ternakan dalam negara dan kurangan kebergantungan kepada pasaran import yang nilai importnya amat tinggi.


Laporan Akhbar 1: 
Salah satu Akhbar Tempatan telaporkan "Tambahan 10,000 ekor lembu tenusu tingkat pengeluaran susu negara" yang diterbitkan pasa 6 Mac, 2016  Berita yang di petik dari JOHOR BAHARU mrmulsksn laporan dengan menyatakan pengeluaran susu cair negara akan ditingkatkan menerusi tambahan ternakan 10,000 ekor lembu tenusu. Mengumumkan perkara yang demikian, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu bermatlamat mengurangkan kebergantungan kepada import bahan itu. Katanya, langkah itu juga akan menghasilkan pertambahan susu sebanyak 20 juta liter bagi memenuhi keperluan 100 peratus kadar sara diri susu cair. “Buat masa ini, keperluan susu cair negara adalah 50 juta liter setahun di mana sebanyak 34 juta liter dihasilkan dalam negara,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat program tenusu Syarikat Allied Dairy Sdn Bhd di Larkin, di sini semalam. Baki sebanyak 16 juta liter susu cair pula diimport dari mana sebanyak 92 peratus dari Australia, satu peratus dari New Zealand manakala tujuh peratus lagi dari beberapa negara lain. Ahmad Shabery berkata program tambahan lembu tenusu itu dijangka boleh dimulakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM200 juta.nMenurutnya, buat masa ini, Malaysia hanya mempunyai antara 20,000 hingga 30,000 lembu tenusu.nKini permintaan bagi produk itu meningkat sekitar lima peratus setahun. Kerajaan turut memperkenalkan program projek permulaan (EPP) 13-Kluster Tenusu pada 2011 dalam usaha mengurangkan kebergantungan import. Menerusi program di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian itu, katanya, sebanyak tiga syarikat peneraju dilantik iaitu Allied Dairy di Johor; Evergreen Livestock Sdn. Bhd. (Sabah); dan ADMC Dairy Farm Sdn. Bhd. di Kedah. “Di bawah program itu, penternak susu kluster syarikat peneraju menerima pelbagai bentuk bantuan seperti lembu tenusu, tangki susu dan pemanas air solar dan susu yang dihasilkan dibeli semula syarikat peneraju sebelum diproses,” katanya. Kini nilai eksport bagi susu dan produk tenusu pada 2013 ialah sebanyak RM957.35 juta dan nilai import bagi susu dan produk tenusu adalah RM3.27 bilion. 

Laporan Akhbar 2:
Laporan mengenai susu lembu bertajuk "Pahang bakal jadi hab pengeluaran susu segar negara". Ini satu laporan akhbar tempatan dimana menjelang 2019, Pahang akan bakal berupaya membekalkan antara 10 juta hingga 15 juta liter susu setahun.  Ini kerana  Oahang bakal menjadi hab utama pengeluaran susu segar negara dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan keupayaan membekalkan antara 10 juta hingga 15 juta liter susu setahun. Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Sharif Haron berkata, walaupun kini Pahang hanya membekalkan tidak sampai lima peratus daripada 60 juta liter keperluan susu segar negara, namun dengan adanya projek ternakan tenusu baharu usahasama MARDI Holding Sdn Bhd dan Touch Milk, hasrat itu mampu direalisasikan. "Kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat menjadikan Pahang sebagai hab utama pengeluaran susu segar negara. "Menteri sendiri mahukan Muadzam Shah menjadi lembah tenusu dengan turut melibatkan kawasan Rompin dan sebahagian dari Segamat," katanya. Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas lawatan kerja Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ke MARDI Muadzam Shah di sini hari ini. Lawatan kerja berkenaan turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI Datuk Mohd Fadhil Osman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safiyan Ismail. Pada majlis itu, Tengku Abdullah turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara MARDI Holding Sdn Bhd dan Touch Milk mewujudkan satu lagi ladang tenusu baharu di Muadzam Shah melibatkan kawasan seluas 250 hektar milik MARDI.

Pada masa ini mengulas lanjut, Sharif berkata pada masa kini katanya, Pahang menjadi antara negeri ketiga terbanyak menyumbangkan pengeluaran susu segar negara selain Sabah dan Johor. "Di Pahang, kami mempunyai empat ladang tenusu di sekitar kawasan Gambang dan Muadzam yang setiap satu mampu mengeluarkan antara satu hingga empat juta liter susu segar setahun. "Ladang tenusu baharu ini yang dijangka bakal beroperasi tahun depan mampu menyumbangkan sehingga empat juta liter susu segar setahun melibatkan antara 1,000 ekor sehingga 1,200 ekor ternakan lembu tenusu di ladang itu," katanya. Sementara itu, Mohd Fadhil berkata perjanjian antara MARDI Holding Sdn Bhd dan Touch Milk itu adalah manifestasi sebahagian daripada beberapa inisiatif MARDI untuk memasuki era pengkormesilan dalam industri tenusu. "Ia memberi satu kesempatan untuk MARDI mengembangkan kepakaran, pengetahuan dan teknologi dalam bidang ternakan di lapangan secara komersil dan dengan adanya perjanjian ini, ia diharap dapat menyerlahkan lagi peranan agensi di dalam pembangunan ternakan di Muadzam," katanya. 

Laporan Akhbar 3:
NSDF hasil 650 liter susu segar sehari

Kehijauan dan panorama indah di NSDF 
pasti memukau pengunjung yang datang.

KUALA PILAH, OKTOBER - Disebaik tiba di ladang ternakan lembu tenusu, NS Dairy Farm (NSDF), mata penulis telah pun tertancap melihat kehijauan dan panorama indah yang seakan-akan berada di bumi New Zealand (Sila lihat foto diatas). Pemandangan bentuk muka bumi yang berbukit bukau dipenuhi lembu tenusu yang sedang meragut rumput, landskap NSDF saling tidak tumpah seperti negara pengeluar susu segar terbesar dunia itu. Terletak di Kampung Rembang Panas, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, ladang seluas 53 hektar yang diluluskan kerajaan negeri itu beroperasi sejak tahun 2008. Pengusahanya, Datuk Mohd. Nor Abdul Wahid, 64, atau lebih mesra dipanggil Pak Lang itu mempunyai latar belakang dalam bidang perbankan dan kewangan. Anak jati Negeri Sembilan yang dilahirkan di Kampung Terachi, Tanjung Ipoh itu, pernah menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan, Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum meninggalkannya pada tahun 1998. Siapa sangka, hutan belantara yang diteroka sejak lapan tahun lepas itu mampu bertukar menjadi seluas mata memandang. Selain aktiviti tenusu, ladang tersebut turut memberi fokus kepada aktiviti lain seperti penternakan lembu daging, agropelancongan dan produk pengeluaran susu berperisa sendiri. Mengingati kepayahan yang pernah dilalui, Mohd. Nor berkata, beliau pernah tidur dalam hutan bagi memantau pekerja-pekerja melakukan kerja pembersihan yang memakan masa kira-kira setahun. Ia bagi menyediakan tapak ladang, kandang, bangunan rumah pekerja dan pastura (padang rumput yang ditanam bagi ternakan bebas meragut). “Perkara pertama yang saya buat ialah rangka kedudukan prasarana untuk keseluruhan bagi penternakan lembu tenusu.


MOHD. NOR amat menitikberatkan aspek kesihatan dan keselesaan haiwan ternakan. “Apabila sudah ditentukan kawasan mana hendak dibina kandang, kolam dan bangunan lain, barulah boleh mulakan kerja penanaman pastura selari dengan pembinaan prasarana,” kongsinya ketika ditemu bual Kosmo! baru-baru ini. Apabila pastura yang ditanam mula matang, barulah lembu tenusu peringkat pertama berjumlah 50 ekor daripada baka Jersey dari Australia dibawa masuk ke ladang. Bagi menjimatkan kos pembinaan keseluruhan ladang, segala reka bentuk prasarana, pembinaan dan pembelian bahan pembinaan dikawal selia oleh beliau sendiri. Dalam pada itu, Pengurus Ladang, Mohd. Kamarozaman 59, berkata, selain daripada pengeluaran hasil produk tenusu, NSDF juga menghasilkan lembu-lembu baka atau fidlot jantan, betina daripada baka Jersey atau Jersey Fresian dan kambing Boer. Seekor lembu tenusu mengeluarkan susu sehingga 7.3 liter sehari dan pihaknya mampu memproses susu segar sebanyak 600 hingga 650 liter dalam sehari. Pada peringkat awal, susu segar yang dikeluarkan setiap hari dihantar terus ke Pusat Pungutan Susu di Kuala Pilah dan seterusnya dijual kepada sebuah kilang memproses susu segar di Johor Bharu, Johor. “Pada pertengahan tahun 2015, kami mula memproses sendiri susu segar berperisa setelah terbinanya sebuah kilang di dalam kawasan ladang kami,” katanya yang kini mengeluarkan lima perisa susu iaitu keladi, coklat, jagung, strawberi dan biasa yang boleh didapati di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur.


Sebagai pengiktirafan, NSDF telah dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia sebagai ladang kluster tenusu di bawah Program EPP 13 MOA, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Mohd. Kamarozaman berkata, di ladang tersebut, proses pembiakan akan bermula setelah 45 hari lembu betina melahirkan anak. Terdapat tiga cara pembiakan yang digunakan di ladang NSDF iaitu kaedah permanian berhadas (AI), pembiakan secara AI serentak (15 hingga 20 ekor menggunakan mani lembu jantan di ladang) dan pembiakan semula jadi. Menerusi ketiga-tiga kaedah itu, ia menghasilkan kejayaan yang begitu memuaskan. Dalam aktiviti Agropelancongan, JUASSEH AGRO PARK juga ada menawarkan penginapan dan aktiviti lain iaitu berkonsepkan agropelancongan. Menyediakan penginapan farmstay untuk seisi keluarga dan berkumpulan dengan tawaran pelbagai aktiviti riadah, NSDF hampir melengkapkan beberapa fasa pembangunan ladangnya dengan jenama Juasseh Agro Park (JAP). Menerusi agro pelancongan, para pengunjung berpeluang melihat ladang lembu dan menyertai pelbagai aktiviti riadah antaranya, memanah, flying fox, futsal, berbasikal, memanjat dinding dan melawat ladang menaiki trem. Pengunjung juga boleh menaiki menara anjung bagi mendapatkan pemandangan menarik di sekeliling ladang. Rumah farmstay yang dibina adalah fasa ketiga dalam perancangan ladang bapanya bagi mengembangkan lagi perniagaan NSDF. “Terdapat empat bilik perdana dan bilik asrama berkumpulan yang boleh memuatkan sehingga 350 orang dalam satu-satu masa. Kami juga dalam proses menyediakan tapak perkhemahan bagi para pelajar sekolah, kolej dan universiti melakukan aktiviti-aktiviti di sini,” jelasnya. Pihak NSDF mengalu-alukan mana-mana syarikat korporat yang berminat untuk mengadakan program team building, hari keluarga dan kem motivasi di lokasi tersebut. Malah, sehingga kini sambutan yang diterima amat menggalakkan. Pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat kaedah penternakan lembu tenusu secara profesional dan intensif serta pemprosesan susu segar dan aiskrim di kilang susu berperisa yang terletak dalam kawasan ladang. Dibantu dua lagi kakaknya, dia berharap dapat mengembangkan lagi produk tenusu di ladang itu. “Banyak lagi yang kami rancang, tetapi biarlah dilakukan mengikut kemampuan,” katanya dalam perancangan membina sebuah lagi kilang memproses susu segar di ladang itu. Sementara itu, salah seorang pengunjung, Mohamad Afiq Mohd. Khir, 22 mengakui NSDF mempunyai tarikan yang tersendiri sehinggakan membuat dirinya berasa tenang dan damai tatkala berada di ladang itu. “Saya merupakan seorang penggemar aktiviti luar dan pencinta alam semula jadi. “Disebabkan faktor keterbatasan waktu akibat kekangan kerja, aktiviti luar ini tidak dapat dibuat sekerap dahulu,” ujarnya sambil tersenyum. Katanya, peluang untuk dia melawat kawasan sekitar NSDF sambil ditemani keindahan panorama ladang berkenaan sudah cukup melepaskan rindunya terhadap alam sekitar yang mendamaikan. Ternyata, kedatangannya ke ladang tersebut amat berbaloi kerana di samping itu juga, dia dapat melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama dengan rakan-rakannya. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology ksli ini. Wasallam!!!.
SUSU LEMBU... KHASIAT DIPERLUKAN...
KANAK-AKANK PERLU...TUMBESARAN...
SANGAT KURANG... HASIL TAMPATAN...
PELBAGAI USAHA ....AKAN DIMAJUKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pekan Diary Farms,
Chini, Pekan,
Oahang, Malaysia.
(3 JamadilAwal 1438H)

Wednesday, February 1, 2017

POKOK DAUN KARI

POKOK DAUN KARI (Murraya koenigii) adalah sejenis tumbuhan jenis renek yang diambil daunnya untuk djadikan bahan masakan terutamanya masak kari. Tumbuhan tropika dari keluarga Rutaceae ini dipercayai natif di India dan Sri Lanka tetapi ia juga sesuai untuk tumbuh di negara kita Malaysia sebagai tanaman keliling rumah yang sangat penting. Boleh dikatakan tanaman ini menjadi salah satu daripada tanaman yang popular untuk program 'edible landscape' atau 'Program Bumi Hijau' yang ditanam diatas tanah keliling rumah atau dalam pasu atau bekas khas. Daun kari yang dipetik mempunyai bau yang sangat kuat dan ia mempunyai rasa yang pahit jika dimakan segar. Saya dapati daun kari dahulu hanya digunakan oleh kaum India di negara kita tetapi kini telah diterimapakai oleh semua kaum terutama orang-orang Melayu. Selain daripada digunakan sebagai campuran dalam masakan gulai kari, daun kari juga digunakan dalam masakan lain seperti rasam, chutney, maruku dan banyak lagi. Saya memang sentiasa menanam pokok kari dikawasan rumah dimana-mana saya tinggal. Ini kerana ia tidak perlu dibeli dikedai atau pasar untuk mengambil daun kari sebelum memasak. Lazimnya saya tanam satu pokok dalam pasu dan beberapa pokok lagi diatas tanah yang sesuai. Artikel pada tengahmalam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman pokok kari (Curry tree) untuk dijadikan bacaan dan rujukkan pembaca semua.


Pokok Kari adalah jenis tumbuhan renek yang tumbuh menegak dengan beberapa cabang dan boleh mencecah ketinggian sehingga 4 - 6 meter. Bagaimana pun ketinggian ini dapat dikawal dengan menanamnya dalam pasu yang mudah kita petik dan dijadikan macam tanaman 'bonsai' (Lihat foto sebelah). Batangnya berkayu dengan ukurlilit batang mampu membesar sehingga 40 cm dan mempunyai kulit berwarna coklat kehijauan bergantung kepada kedudukan batang atau cabang. Daun pokok kari berada dalam tangkai daun dengan bentuk daun dikenali sebagai 'pinnate' dan susuna bertentangan pada tangkai. Warna daun adalah hijau dan agak berkilat. Kajian dan pemerhatian yang saya buat mendapati bilangan laidaun setiap tangkai adalah sekitar 11 - 21 helai daun (satu helai daun berada dihujung sekali). Ukuran saiz daun sekitar 1-2 cm lebar dan 2-4 cm panjang. Bahagian daun ini adalah bahagian paling penting pada tumbuhan untuk diambil dan digunakan.


Pokok kari dewasa mempunyai bunga bersaiz kecil dengan kedudukannya didalam jambak bunga. Bunganya berwarna putih dan ia mengeluarkan bau harum yang kuat apabila kembang penoh (Sila lihat foto sebelah). Bunga ini ada yang dikutip untuk dijadikan pelbagai tujuan tetapi apabila berlaku proses pendebungaan, maka pokok kari akan menghasilkan buah berbentuk buah berry kecil berbentuk bulat yang lazimnya berwarna kehitaman. Didalam buah tersebut terdapat beberapa biji halus yang dikatakan beracun dan tidak boleh dimakan. Biji ini boleh dikutip dan dijadikan benih untuk penanaman walau pun ia jarang-jarang dibuat sendiri dirumah. Lazimnya pembiakan pokok kari boleh dibuat dengan 'keratan batang' atau pun paling mudah dengan mengambil anak pokok yang terdapat disekeliling pokok kari. Kalau lebih mudah beli sahaja pokok kari yang dijual dipasar malam atau kedar nurseri yang berhampiran. Harga jualan anak pokok kari murah sahaja diantara RM 2.00 - RM 5.00 sepokok bergantung kepada saiz dan kualiti pokok yang dijual.


Daun kari yang matang boleh dipetik dengan mengambil setiap helai daun dan meninggalkan tangkai daun atau memotong sahaja pelepah daun yang terdapat pada pokok (Lihat foto sebelah). Kita tidak perlu bimbang pokok kari akan mati apabila diambil dunnya kerana ia sejenis pokok yang lasak dan mudah tumbuh dahan dan ranting baru kalau pokok tersebut subur. Daun yang dipetik boleh terus digunakan dalam masakan atau tujuan lain tetapi jika kita hendak menyimpannya, sila masukkan daun tersebut didalam plastik jernih dan simpan dalam peti sejuk (Bahagian sayuran). Saya dapati ia boleh tahan melebihi 2 minggu dalam keadaan yang masih segar dan aroma yang kuat. Apakah masakkan yang sedap menggunakan daun kari?.... Sudah tentu masakan Kari Ayam, Kari Ikan, Kari Daging atau pelbagai jenis kari lain yang dimakan dengan nasi, roti canai atau pun roti bertambah enak dengan aromadari daun kari. Tanpa daun kari saya fikir hilang sedikit kelazatan gulai kari tersebut. Semuga pembaca blog anim agro ini mendapat info. Wasallam!..
Daun kari dijadikan hiasan pada ayam goreng berempah.
DAUN KARI.... IA DAUN BERGUNA...
PENYEDAP MASAKAN...KARI UTAMA...
SENANG DITANAM....DIMANA SAJA....
DIDALAM PASU... DI RUMAH KITA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Melaka Tropical Fruit Farm,
Sungai Udang, Melaka,
Malaysia.
(26 Jun 2013)  
Revised on 1 Febuari 2017

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...