Support My Blog

Showing posts with label POKOK KETUM AYAM DAN FAKTA DI MEDIA. Show all posts
Showing posts with label POKOK KETUM AYAM DAN FAKTA DI MEDIA. Show all posts

Saturday, August 3, 2024

POKOK KETUM AYAM DAN FAKTA DI MEDIA (PART 2)

DAUN KETUM AYAM
(Trichanthera gigantea) atau dikenali dengan nama lain sebagai 'mandre de agua' merupakan sejenis tumbuhan yang berasal natif dari Amerika Selatan tetapi ada di Malaysia dimana kini ia dikenalpasti sebagai alternatif sebagai makanan ternakan seperti ayam dan ruminan lain. Penulis blog merujuk kepada beberapa laporan dan testimoni dimana daun ketum ayam didakwa memang ia ada mengandungi bahan protein yang tinggi dimana daun segarnya boleh diberi makan terus kepada ternakan atau diproses dimana ianya didapati boleh mengurangkan kos membeli bahan makanan ternakan dan memberikan apa yandidakwa sebagai menjadikan ternakkan yang lebih sihat. Tumbuhan ini juga mudah ditanam di Malaysia dimana ia mampu hidup subur dengan penjagaan amalan agronomi yang baik dan kurang ada masaalah serangan perosak dan penyakit. Banyak juga laporan dan testimoni dalam akhbat tempatan yang menyatakan beberapa penternak ayam dan ruminan yang sudah mengetahui akan kehebatan tumbuhan ini melakukan aktiviti tanaman dan ternakan sebagai satu kombinasi yang menguntungkan. Ada beberapa kes dimana penternak ayam kampong mereka gembira apabila mereka mendapati daun segar ketum ayam ini yang di tanam dikawasan ternakan mampu mengurangkan kos bahan makanan ternakannya. Mudah menanam tumbuhan ini iaitu dengan mengambil keratan dahan untuk dijadikan anakbenih pokok ketum ayam yang mudah di semai dahulu dalam polibeg dan apabila sesuai amat mudah menanamnya iaitu dikawasan rumah atau di kebun berhampiran. pa pun pada penulis blog mungkin agak keliru antara Pokok Ketum Ayam dengan Pokok Ketum yang memabukan itu. Kajian penulis blog mendapati dimana Ketum Ayam merupakan tanaman yang telah digunakan oleh beberapa negara sebagai makanan ternakan. Nama ''Ketum Ayam'' ini sebenarnya tidak sama atau bukan Pokok Ketum Biasa (Mitragyna speciosa) yang ada unsur kimia iaitu bahan Mitragyne yang mana ianya boleh memabukkan dengan kesan seakan mengambil dadah. Pembaca blog ini semua boleh membaca mengenai Pokok Ketum Biasa dalam tulisan blog saya sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan sebagainya. Adalah lebih baik kalau tumbuhan ini ditanam dengan skala sesuai untuk diberikan kepada haiwan ternakan untuk menjadi sebagai rujukkan pembaca blog semua. Artikel malam ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai fakta menarik dalam media tempatan berkaitan sejenis tumbuhan yang dikenali dengan nama 'Ketum ayam' untuk dijadikan bahan makanan ternakan dan sebagai bahan rujukkan.


Menarik fakta dalam portal metro.tv.com bertajuk '
Ketum ayam suburkan ternakan' siap dengan keterangan teknikalnnya. Apa pun  kini kos makanan ternakan antara cabaran utama dihadapi pengusaha industri ternakan di negara ini, malah ia juga antara faktor penentu kepada harga pasaran bagi kambing, lembu, ikan dan ayam. Bagi mengatasi masalah itu terdapat seorang usahawan ayam kampung Supardi Bai, menjalankan kajian selama beberapa tahun mendapati pokok ‘ketum ayam’ atau 'madre de agua'  (Trichanthera gigantea) yang berasal dari Amerika Selatan antara alternatif makanan ternakan. Ketum ayam dilaporkan ia mengandungi protein yang tinggi dan mudah ditanam sementara daun segarnya boleh diberi makan terus kepada ternakan atau diproses sekali gus dapat mengurangkan kos makanan ternakan. Bagi Supardi atau lebih mesra disapa Pak Tam dakwa keratan anak pokok berkenaan dibeli daripada seorang kenalan di Kuching, Sarawak selepas beberapa negara menjadikan daun itu sebagai makanan ternakan. Nama ketum ayam diberi penduduk kampung kerana menyangka pokok yang ditanam ini adalah pokok ketum walhal ia adalah madre de agua. Ia  dinamakan ketum ayam kerana ia mudah diingati. Daunnya tidak beracun dan tiada antinutritif yang membolehkan protein diserap terus ke dalam badan ternakan bagi membantu mempercepatkan proses tumbesaran. Daging ayam yang diberi daun ketum ini kurang lemak sementara teksturnya lebih kenyal dan rasanya juga lebih manis berbanding ayam diberi dedak 100 peratus. Telur ayam yang diberi makan ketum ayam juga mengandungi lebih Omega 3. Kos pengeluaran yang lebih rendah akan menjadi pemangkin untuk pengguna terutama suri rumah beralih kepada ayam organik berbanding ayam daging yang tinggal di di Kampung Sentosa Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Dia yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Okayama, Jepun membuat kajian berkenaan ketum ayam sejak 2012 bermula dengan mengadaptasi cuaca dan persekitaran di Malaysia. Kajian penambahbaikan untuk makanan ayam turut dijalankan. Pelbagai kajian dilakukan antaranya merebus daun dengan ikan masin, perencah sup, kisar dan gaul dengan dedak, kisar untuk minuman, biskut atau cekodok turut dijalankan. Kajian ini diberi kepada sejumlah ayam kacuk di dalam beberapa siri ternakan. Berasaskan keputusan kajian, sampel terdiri daripada campuran daun tua, sedang dan muda sudah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Bahagian Teknologi Makanan Ternakan MARDI.


Dia membuat formulasi makanan ayam menggunakan daun ketum ayam dan menjadi kejayaannya. Dakwanya ha
sil keputusan analisis ini menunjukkan kandungan protein kasar yang tinggi iaitu sebanyak 23.3% sementara nilai lemak kasar adalah rendah iaitu 2.6%. Ditunjukkan juga bagai mana proses  penyediaan formulasi makanan dari pokok ketum ayam (Sila lihat foto disebelah). Kini ia ia bukan satu kebetulan kerana data kajian di luar negara menunjukkan daun ini menghasilkan kandungan protein melebihi 20 peratus. Kandungan protein ini jauh lebih tinggi berbanding napier (14%), daun kelapa sawit (15%) dan dedak (10% hingga 21%). Bagaimanapun, perlu diingat sama seperti semua tumbuhan lain, kandungan nutrisi adalah berkadar terus dengan kesuburan. Apabila melihat kelakuan ayam dewasa sedang makan daun ketum ayam dengan berselera memang menjajikan sesuatu. Buat masa ini, ternakan yang paling sesuai ialah ayam kampung dan juga terrnakan kambing yang tidak lepas bebas, ayam kacuk, itik dan ayam piru, burung puyuh, ikan lampam serta talapia. Apa pun oleh kerana daun ketum ayam ini tidak beracun dan tidak mengandungi bahan antinutritif (tenin dan selulosa), kajian boleh dijalankan untuk mempelbagaikan kegunaan kepada ternakan lain termasuk arnab. Dakwa Supardi bdimana daun segar boleh diberi makan begitu saja kepada ternakan. Pada peringkat permulaan, mungkin ada penolakan disebabkan ternakan sudah biasa dengan makanan rutin dimana daun ketum ayam sesuai juga ia dicampur dengan ubi kayu. Dalam kes lain dinyatakan bagi anak ayam pula, daun berkenaan perlu diracik terlebih dahulu namun bagi ayam besar, ia boleh diberikan begitu saja. Selain diberi dalam bentuk segar, ia juga boleh diproses menjadi sumber protein yang digaul bersama ubi kayu dan lain-lain. Sejak dia menggunakan daun ini, ayam menjadi lebih sihat dengan kadar kematian hanya 0.3%. Kadar tumbesaran meningkat kepada dua kilogram (kg) bagi jantan dan 1.7kg (betina) pada usia 10 minggu. Perkara ini dilihat ia tidak seperti daun ketum yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya, daun ini sudah digunakan sebagai makanan ternakan sejak sekian lama di negara tropika dan tiada simptom negatif seperti keracunan yang dilaporkan. Diberitahu dimana pokok ketum ayam adalah sejenis tumbuhan spesies pokok renek dimana daun muda yang lebar mencecah sekaki dan berat sehelai 10 gram. Sesuai di petik setiap dua hingga tiga minggu dapat membantu mengurangkan pemberian dedak. Ia juga sesuai  ditanam di tanah yang agak lembap, subur dan agak terlindung dimana sistem pengairan yang konsisten dapat membantu kesuburan dan memaksimumkan kandungan protein.


Merujuk kepada portal suaratv.com yang bertajuk '
Ketum ayam alternatif terbaik ganti dedak' sesuai di kongsikan infonya mengenai tumbuhan ini. Dilaporkan Menteri Sains, Teknologi dan Industri ada memberi maklumat dan memaklumkan terdapat alternatif makanan ternakan,haiwan yang boleh membantu mengurangkan kos bahan berkenaan iaitu pokok ketum ayam atau juga dikenali sebagai 'madre de agua' atau nama saintifiknya ialah Trichanthera gigantea. Dilaporkan pokok ini merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Amerika Selatan serta mudah ditanam seperti tinjauan saya di Johor pada bulan ini (Sila lihat foto disebelah). Tumbuhan ini dimaporkan ia sesuai untuk digunakan dalam alternatif perubatan sebagai tonik untuk melancarkan peredaran darah serta bagi terapi Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan meningkatkan pengeluaran susu ibu. Menteri laporkan dimana selain itu bahagian daun segarnya juga boleh diberikan terus kepada ternakan, haiwan atau diproses untuk mengurangkan kos makanan ternakan haiwan. Pokok ini dikenali sebagai ;Pokok Ketum Ayam' adalah kerana daunnya secara fizikal ia dilihat menyerupai pokok ketum dan digunakan sebagai sumber makanan ganti kepada haiwan seperti ayam. Kini sudh ada cadangan seperti ini dilihat ia menyusul kerana harga dedak sebagai makanan ternakan termasuk makanan dedak dan jagung untuk ternakan ayam semakin hari semakin kini ia semakin melambung tinggi. Didakwa diantara isu dan cabaran utama dalam pertumbuhan subsektor ternakan apabila ternakan haiwan dilihat ia bergantung kepada bahan makanan import. Sebagai salah satu inisiatif bagi mengatasi masalah ini, aktiviti R&D bioteknologi pertanian perlu digiatkan untuk mengurangkan kebergantungan sumber makanan import. Apa pun bagi subsektor ternakan haiwan pada masa kini amat bergantung kepada bahan makanan import yang mudah terdedah kepada ketidaktentuan harga pasaran global. Kos yang tinggi dalam bahan makanan ternakan haiwan import juga telah menyumbang dengan ketara kepada peningkatan import negara. Aktiviti penyelidikan perlu terus dilaksanakan untuk mengenal pasti penggunaan bahan makanan gantian tempatan yang lebih ekonomik bagi mengurangkan isu dan kes kebergantungan kepada bahan makanan import. memang perlu ada kajian yang lebih bersasar dalam subsektor ternakan,haiwan amat penting bagi mengenal pasti formulasi bahan makanan yang tepat serta diperlukan untuk keberkesanan terhadap penukaran bahan makanan bagi varieti lembu yang berbeza. Apa pun dilihat industri ternakan haiwan tempatan perlu dilindungi daripada pelbagai jangkitan dan penyakit (disebabkan oleh virus, bakteria, parasit dan lain-lain) untuk memastikan kelestarian pendapatan penternak dan menghasilkan makanan yang selamat untuk dimakan.


Dalam kes lain sinarharian.com laporkan dimana 'Perak di galak rakyatnya menanam Ketum Ayam' wajar dikongsikan. Dilaporkan dimana orang ramai khususnya penduduk di Perak digalakkan meneroka potensi baharu sebagai usahawan pertanian termasuk menanam madre de agua atau lebih dikenali sebagai daun ketum ayam. Apa pun menurut Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak dakwa tanaman tersebut kini dilihat ia mempunyai potensi tersendiri memandangkan ia mendapat permintaan dalam kalangan penternak ayam. Dakwanya dimana para penternak ayam menjadikan tanaman berkenaan sebagai alternatif kepada pelet yang kini semakin mahal bagi mengurangkan kos makanan ternakan mereka. Kini digalakkan orang kampung menanam ketum ayam kerana hari ini masalah mereka yang terlibat dalam ternakan ialah pemakanan. Harga pelet mahal, jadi ketum ini antara alternatif untuk pengusaha ternakan khususnya ternak ayam, arnab, malah ternakan lembu. Apa pun pepetah 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' sesuai dilakukan kerana ada banyak potensi yang terdapat di dalam pertanian ini yang perlu kita manfaatkan. Peluang dan ruang yang diberikan ini kita kena perlu manfaatkan. 
Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua para pembaca setia blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KETUM AYAM... MUDAH TANAMNYA...
MENCARI BENIH... PASTIKAN JENISNYA...
DAUN DI KUTIP... MAKANAN AYAM JADINYA...
TERNAKAN SIHAT... UNTUNG BERGGANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya, 
Malaysia.
(24 Muharam 1446H).

Friday, August 2, 2024

POKOK KETUM AYAM DAN FAKTA DI MEDIA (PART 1)

DAUN KETUM AYAM
 (Trichanthera gigantea) atau dikenali dengan nama lain sebagai 'mandre de agua' merupakan sejenis tumbuhan yang berasal natif dari Amerika Selatan tetapi ada di Malaysia dimana kini ia dikenalpasti sebagai alternatif sebagai makanan ternakan seperti ayam dan ruminan lain. Penulis blog merujuk kepada beberapa laporan dan testimoni dimana d
aun ketum ayam didakwa memang ia ada mengandungi bahan protein yang tinggi dimana daun segarnya boleh diberi makan terus kepada ternakan atau diproses dimana ianya didapati boleh mengurangkan kos membeli bahan makanan ternakan dan memberikan apa yandidakwa sebagai menjadikan ternakkan yang lebih sihat. Tumbuhan ini juga mudah ditanam di Malaysia dimana ia mampu hidup subur dengan penjagaan amalan agronomi yang baik dan kurang ada masaalah serangan perosak dan penyakit. Banyak juga laporan dan testimoni dalam akhbat tempatan yang menyatakan beberapa penternak ayam dan ruminan yang sudah mengetahui akan kehebatan tumbuhan ini melakukan aktiviti tanaman dan ternakan sebagai satu kombinasi yang menguntungkan. Ada beberapa kes dimana penternak ayam kampong mereka gembira apabila mereka mendapati daun segar ketum ayam ini yang di tanam dikawasan ternakan mampu mengurangkan kos bahan makanan ternakannya. Mudah menanam tumbuhan ini iaitu dengan mengambil keratan dahan untuk dijadikan anakbenih pokok ketum ayam yang mudah di semai dahulu dalam polibeg dan apabila sesuai amat mudah menanamnya iaitu dikawasan rumah atau di kebun berhampiran. pa pun pada penulis blog mungkin agak keliru antara Pokok Ketum Ayam dengan Pokok Ketum yang memabukan itu. Kajian penulis blog mendapati dimana Ketum Ayam merupakan tanaman yang telah digunakan oleh beberapa negara sebagai makanan ternakan. Nama ''Ketum Ayam'' ini sebenarnya tidak sama atau bukan Pokok Ketum Biasa (Mitragyna speciosa) yang ada unsur kimia iaitu bahan Mitragyne yang mana ianya boleh memabukkan dengan kesan seakan mengambil dadah. Pembaca blog ini semua boleh membaca mengenai Pokok Ketum Biasa dalam tulisan blog saya sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan sebagainya. Adalah lebih baik kalau tumbuhan ini ditanam dengan skala sesuai untuk diberikan kepada haiwan ternakan untuk menjadi sebagai rujukkan pembaca blog semua. Artikel malam ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai fakta menarik dalam media tempatan berkaitan  sejenis tumbuhan yang dikenali dengan nama 'Ketum ayam' untuk dijadikan bahan makanan ternakan dan sebagai bahan rujukkan.


Dalam hmetro.com ada laporan bertajuk 'Ketum ayam alternatif popular' berkaitan dengan tajuk perbincangan kali ini. Dilaporkan dimana tumbuhan ini mampu menjimatkan sehingga 40 peratus kebergantungan kepada dedak atau palet, menjadikan tanaman ketum ayam sebagai sumber makanan alternatif yang popular dalam kalangan para penternak haiwan ternakan. Daun ketum ayam atau nama saintifiknya Trichanthera gigantea turut dikenali dengan 'mandre de agua' adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan. Apa pun menurut Pengasas Changloon Agro Farm di Changlun, Kedah dikenali sebagai Azuwan Azlan dimana dia mula mengusahakan tanaman renek itu bermula pada 2018 sebagai sumber alternatif kepada ayam ternakan kacukan kampung miliknya. Hasratnya pada mulanya untuk membantu penternak yang begitu terkesan dengan kenaikan harga palet setiap tahun. Situasi harga palet yang kini mahal dilihat ia juga dikatakan mempengaruhi harga ayam tempatan terutama menjelang musim perayaan. Isu ini bagi ramai [enternak melihat ia adalah kos untuk makanan dimana kini ia boleh 'menelan' sehingga 70% dari keuntungan dan menjejaskan pendapatan mereka peroleh semusim. Jadi adalah lebih baik bagi penternak memerlukan sumber makanan ternakan alternatif bagi membantu mengurang kebergantungan kepada dedak atau palet ternakan. menurutnya dia sendiri menternak ayam kampung kacuk dimana pada awalnya diberi makan ketum ayam dan hasil dari pengamatan sendiri mendapati yang ayamnya bukan sahaja lebih sihat malah kualiti daging juga lebih baik. Dia  juga turut melakukan eksperimen atau pemerhatian sendiri mengenai cara pemberian daun ketum ayam kepada ternakan kambing milik bapa saudaranya selain ayam dewasa yang berusia lebih 30 hari. Dakwanya bukan sahaja ayam akan tetapi ternakan kambing dan lembu juga boleh diberi makan ketum ayam (Sila lihat foto disebelah). Biasanya dia juga akan campurkan daun ketum itu dengan napier bersama adunan larutan organik serba guna yang mengandungi bahan Mikrob Berfaedah (EM). Tanaman pokok ketum ayam diusahakan bagi membantu penternak yang mahu mencari makanan alternatif untuk haiwan ternakan masing-masing yang di tanam di kebunnya (Sila lihat foto paling bawah sekali). Dia dapati tumbuhan ketum ayam yang ditanamnya diatas tanah lebih cepat membesar. Setakat ini dia dapati memang tidak mengesan sebarang masalah pada haiwan ternakan seperti kembung perut atau sebagainya. Malah kambing atau lembu ternakan bertambah sihat dan kualiti daging hampir menyamai kualiti organik. Bagaimana pun cabaran mengenai penghasilan sumber daun ketum ayam sebagai makanan ternakan ketika ini ialah hanya boleh dituai segar (fresh leaves) untuk diberi kepada haiwan yang masih diternak. Apa pun apabila penternak memilih untuk memberi haiwan ternakan mereka dengan ketum ayam dimana sebaiknya mereka hanya ada dua pilihan sama ada beli bekalan daun segar kepada penanam ketum ayam atau dengan cara menanam sendiri. 


Tanaman ini mudah kerana ia ditanam menerusi keratan batang dan biasanya dengan penggalak akar, ia boleh disemai serta kerja menanam boleh dimulakan. Aspek penjagaan juga mudah iaitu hanya memerlukan baja daun dan siraman air yang mencukupi. Jika kebetulan musim hujan, kerja menanam lebih mudah. Apa pun pada kebiasaan pokok ketum ayam yang ditanam sedia dituai seawal usia tiga bulan dengan tempoh menuai berjarak iaitu dua minggu sekali. Pada usia pokok ketum ayam tiga bulan sebenarnya penternak sudah boleh menuai dan memberi makan kepada haiwan ternakan mereka. Mereka boleh menuai dua minggu sekali. Bagaimanapun disyorkan apabila usia pokok menjengah usia enam hingga tujuh bulan, ia boleh tuai lebih kerap iaitu sehari sekali, tetapi lebih baik jika anda mula menanam secara plot dan menuai mengikut giliran dalam memastikan bekalan daun yang stabil serta pokok juga sihat. Dia kini menanam mengikut sistem plot dan melakukan semaian 1,000 pokok setiap bulan bagi memastikan akan kelangsungan bekalan dalam nurseri miliknya. Kapasiti setiap bulan dia mampu bekalkan bagi tanaman ketum ayam ialah 5,000 hingga 10,000 pokok dimana sementara permintaan setiap bulan sekitar 2,000 hingga ke 3,000 pokok. Dalam kes untuk penghasilan daun ketika ini sekitar 800 kilogram sebulan dan dia juga turut membekalkan keratan batang untuk benih tanaman kepada petani yang berhasrat untuk mampu menanam. Dia kini melihat penerimaannya baik dan pernah mendapat permintaan sehingga ke Sabah serta Sarawak yang mahu memperkenalkan sumber makanan ternakan alternatif kepada haiwan ternakan masing-masing. Mengenai perancangan masa depan dalam pembangunan produk itu, kata Azuwan, dia berharap dapat kerjasama daripada pihak berkaitan seperti universiti dan pertubuhan tertentu dalam merealisasikan ia dalam bentuk palet. Makanan ternakan berasaskan ketum ayam ini hanya dapat dilakukan segar dan itu satu kekangan buat penternak. Dia amat berharap ada pihak sudi menjalin kerjasama terutama universiti tempatan untuk proses ke dalam bentuk palet. Selain dapat kekalkan nutrisi terbaik iaitu sumber protein dalam kandungan daun terbabit untuk haiwan, ia juga diharap dapat dikomersialkan dan menjadi penyelesaian kepada masalah penternak yang selama ini terpaksa menanggung bebanan harga palet tidak menentu.


Akhbar sama laporkan 'Bagi ayam dan kambing makan ketum' apabila isu harga dedak ternakan yang naik mendadak mencetuskan idea bagi seorang penternak dengan menjadikan pokok ketum ayam sebagai ganti makanan ternakan
. Dilaporkan dimana bagi seorang pesara kerajaan Jamalludin Mohd Isa (59) yang menetap di Kampung Kuala Pah di Jelebu, Negeri Sembilan ada memberitahu yang dia menternak 250 ekor ayam kacukan kampung dan 115 ekor itik nila selain 14 ekor kambing di belakang rumahnya. Kalau dulua dia ada  berdepan masalah utama apabila kos bahan makanan untuk ternakan meningkat mendadak sejak awal tahun ini. Dahulu dia ada membeli dedak berharga RM154 bagi satu guni seberat 50 kilogram (kg) dan juga membeli bahan dedak jagung berharga RM73 bagi satu guni 40 kg. Bahan makanan ini memang dibeli bagi kegunaan makanan ternakan dimana dulau memang dia memerlukan 10 guni dedak dan empat guni jagung setiap bulan dengan kos yang agak tinggi baginya. Justeru itu dia mula berfikir dan berusaha bagaimana bagi mengurangkan kebergantungan kepada dedak mahal ini dimana dia kemudian bergiat menanam pokok ketum ayam sebagai makanan alternatif bagi ternakannya. Dakwanya dimana ketika ini sebanyak 20 batang pokok ketum ayam ditanam tidak mencukupi berikutan ia sangat digemari haiwan ternakan terutama kambing. Diakwanya lagi dimana daun ketum ayam lebih berkhasiat dan mempunyai protein lebih tinggi berbanding rumput napier malah pokok berkenaan mudah hidup. Apa pun hasil pemerhatian terhadap ayam yang diberi makan daun berkenaan dia kini mendapati ia lebih sihat sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan kepada dedak. Tambahnya dimana jika daun ketum ayam ini dilihat yang ia sesuai diberi kepada ternakan ruminan yang memerlukan makanan berkhasiat untuk pembesaran sperti kambung dan lembu. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua para pembaca setia blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KETUM AYAM... MUDAH TANAMNYA...
MENCARI BENIH... PASTIKAN JENISNYA...
DAUN DI KUTIP... MAKANAN AYAM JADINYA...
TERNAKAN SIHAT... UNTUNG BERGGANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya, 
Malaysia.
(24 Muharam 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...