Support My Blog

Showing posts with label PENANAMAN TAUGEH. Show all posts
Showing posts with label PENANAMAN TAUGEH. Show all posts

Saturday, June 24, 2017

PENANAMAN TAUGEH (Part 2)

PENANAMAN TAUGEH merupakan satu bidangusaha yang dahulu hanya dimonopoli oleh kaum Tionghua tetapi kini telah ramai usahawan bumiputra yang telah membuatnya. Jabatan Pertanian didalam membuat aktiviti pembangunan industri asas tani telah berjaya melahirkan ramai usahawan bumiputera yang melibatkan pembuatan taugeh, tauhu, mee dan sebagainya. Jabatan Pertanian juga menyediakan garis panduan menanam Taugeh. Pada penulis blog, bahan untuk makanan tauge merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang atau 'bean sprout' sama ada ianya daripada kacang hijau (Vigna radiata) atau Kacang hitam (Vigna mungo) yang diimport dari Thailand atau Cina. Kajian menunjukkan penghasilan tauge merupakan satu bidang usaha yang berdaya maju. Faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan tauge perlu diberi pengamalan dan dilihat pada setiap peringkat proses pengeluaran. Proses membuat taugeh bukanlah sukar tetapi memerlukan ilmu khusus dan juga peralatan serta kemudahan yang perlu disediakan. Kalau dahulu membuat taugeh secara tradsional sahaja dengan menggunakan kacang hijau dikampong-kampong tetapi kini taugeh telah dikomersilkan dan mudah dibeli daripada pasar basah, kedai runcit, pasaraya malahan ada juga dijual dipasar malam. Penggunaan taugeh yang meluas dalam mesu masakan di Malaysia membolehkan makanan sayur yang organik ini mendapat tempat dikalangan rakyat dinegara ini. Bagaimana pun ada dikalangan mereka terutama kanak-kanak yang mengasingkan taugeh ini semasa memakan makanan yang mengandungi taugeh. Artikel malam ini saya teruskan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti dan proses untuk membuat taugeh hasil daripada tinjauan dibeberapa pengusaha membuat taugeh di Muar, Batu Pahat dan di Melaka.


Pertambahan jarak masa siraman dan pemberhentian siraman selepas tengah malam boleh menyebabkan hasil tauge rendah. Pemerhatian yang dijalankan di sebuah premis di Melaka oleh seorang usahawan bumiputra telah menunjukkan jarak antara siraman 3 dan 4 jam memberikan hasil tauge 6.4 kg dan 5.3 kg berbandingan dengan 8.7 kg. taugeh pada jarak masa siraman 2 jam. Hasilnya taugeh yang telah matang boleh diasingkan dari kulitnya dengan mudah dan tauge yang dituai hendaklah terus ditoskan selama satu hari sebelum dibungkus supaya kering kerana taugeh lebih tahan dijual secara kering. Taugeh yang hendak dijual hendaklah dipastikan supaya sampai kepada pengguna dalam keadaan segar. Dalam pengeluaran taugeh secara MANUAL adalah dimana ada antara masalah yang dihadapi ialah ketidak seragaman waktu penyiraman, isipadu air siraman yang tidak konsisten, kegagalan menyiram pada waktu malam, penggunaan buruh yang intensif, hasil tidak konsisten, tempoh pengeluaran yang lebih panjang dan pengasingan kulit biji daripada tauge. Hasil tauge kurang berkualiti iaitu taugeh yang halus, akar panjang, akar pendek, kulit atau testa terlekat pada tauge dan tidak tahan disimpan lama. Kualiti taugeh yang telah dikeluarkan secara manual berubah kerana suhu dalam tong percambahan tidak menentu. Suhu dipengaruhi oleh kekerapan siraman dan kuantiti air. Sebaiknya membuat taugeh hendaklah menggunakan sistem automatik sepenohnya bagi kawalan siraman air seragam (Sila lihat foto disebelah). Cara in akan menghasilkan taugeh yang berkualiti untuk dipasarkan.


Bagi memudahkan kerja menyiram tauge serta meningkatkan hasil dan kualiti taugeh telah ada ciptaan Set Pengeluaran Taugeh Automatik (SepTA) yang membolehkan siraman dijalankan secara automatik dengan kos sebanyak RM500.00 oleh Jabatan Pertanian Johor. Sistem SepTA terdiri daripada tiga (3) komponen asas iaitu sistem utama dalam pengairan, pelaras masa Galcon (timer) dan tong penanaman. Sistem pengairan ini digunakan bagi tujuan memudahkan kerja siraman air secara berjadual dan kuantiti air siraman yang sekata dapat dilakukan secara automatis. Secara umumnya, bahagian dan peralatan bagi sistem ini ialah PVC tubing, injap kawalan (control valves) dan nozel kabus. Punca air diperolehi daripada paip air rumah. Setiap unit asas sistem ini mengandungi empat (4) cabang aliran air keluar di mana setiap satunya mempunyai injap kawalan. Empat aliran air keluar diselaraskan dengan tempoh dimana pengeluaran tauge di dalam tong percambahan iaitu selama 4 hari. Susunan boleh diubahsuai tetapi untuk pengeluaran berterusan (harian) mesti mempunyai 4 arah aliran air keluar. Nozel yang digunakan ialah jenis 'spray jet' dan bersambung kepada 'rigid riser'. Pada tekanan 10-15 psi, nozel ini akan dapat menghasilkan semburan berbentuk kabus (mist) dan menyiram air dengan kadar 50 liter/jam. Nozel jenis ini amat sesuai untuk siraman tauge kerana siramannya sekata, kadar aliran yang tetap dan isipadu siraman yang rendah. Siraman selama 5 minit dengan kekerapan 90 minit sekali, selama 4 hari hanya menggunakan sebanyak 270 liter air sahaja.


Pelaras masa (Timer) jenis Galcon ialah alat yang mengawal masa bagi tujuan membolehkan sistem pengairan dapat membuat siraman secara automatik. Dengan berbekal kuasa dua biji bateri 9V, pelaras masa Galcon mempunyai kawalan masa minimum sehingga 5 minit. Jangka hayat minimum bateri ialah 15 bulan. Kuasa bateri hanya diperlukan untuk membuka 'solonoid valve' sahaja. Penutupan semula berlaku dengan tolakan spring. Alat kawalan ini amat mudah digunakan. Hanya 2 pelarasan sahaja perlu dibuat iaitu tempoh siraman dan kekerapan siraman. Tong Penanaman yang digunakan ialah tong plastik berwarna hitam berukuran 30 liter dengan ketinggian 60 cm (seperti tong sampah). Bahagian penutup tong ditebuk untuk memasukkan nozel penyembur. Bahagian bawah tong, dibuat 20-30 lubang bergaris pusat 4-5 mm. Lubang ini bertujuan mengalir air siraman keluar. Tong yang digunakan mesti berwarna hitam kerana keadaan gelap dalam tong diperlukan untuk percambahan tauge.Dengan tong ini, kuantiti benih kacang yang boleh dimasukkan ialah 1.5 - 2.0 kg dan kapasiti pengeluaran tauge ialah 10 - 15 kg setiap tong. (Setiap 1 kg. benih kacang boleh menghasilkan 7-9 kg. tauge). Operasi SePTA secara ringkasnya, operasi SePTA adalah dengan menyambungkan sistem pengairan SePTA kepada paip bekalan air rumah. Laraskan kekerapan dan ulang siraman (watering time No. 1, waterring cycle No. 2 (maksudnya: Siraman selama 5 minit setiap 90 minit). Pasangkan 2 biji bateri 9V dan kemudian menekan butang operasi (di bahagian bawah 'timer'). Pastikan penunjuk kawalan berada di tengah (auto). Siraman berlaku mengikut pelarasan (tempoh menyiram: 5 minit setiap 2.0 kg. kacang). Set model pengeluaran tauge automatik memudahkan pengeluaran taugeh secara komersil, murah dan menguntungkan. Penggunaan alat pelaras masa Galcon mengurangkan penggunaan air untuk siraman. Dengan rekacipta SePTA, penjimatan masa dilihat daripada aspek menyiram air, membersihkan tauge daripada kulit benih dan pusingan pengeluaran. Sistem SepTA ini didapati praktikal digunakan dalam penghasilan taugeh secara komersil. Semua artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM TAUGEH... TEKNOLOGI SepTA...
PEGAWAI BERINOVASI...SISTEM DICIPTA...
HASIL SERAGAM.... BERKUALITI PULA...
SATU KEJAYAAN... MEMANG TERUJA GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1438H)

Friday, June 23, 2017

PENANAMAN TAUGEH (Part 1)

PENANAMAN TAUGEH merupakan satu bidangusaha yang dahulu hanya dimonopoli oleh kaum Tionghua tetapi kini telah ramai usahawan bumiputra yang telah membuatnya. Jabatan Pertanian didalam membuat aktiviti pembangunan industri asas tani telah berjaya melahirkan ramai usahawan bumiputera yang melibatkan pembuatan taugeh, tauhu, mee dan sebagainya. Jabatan Pertanian juga menyediakan garis panduan menanam Taugeh. Pada penulis blog, bahan untuk makanan tauge merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang atau 'bean sprout' sama ada ianya daripada kacang hijau (Vigna radiata) atau Kacang hitam (Vigna mungo) yang diimport dari Thailand atau Cina. Kajian menunjukkan penghasilan tauge merupakan satu bidang usaha yang berdaya maju. Faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan tauge perlu diberi pengamalan dan dilihat pada setiap peringkat proses pengeluaran. Proses membuat taugeh bukanlah sukar tetapi memerlukan ilmu khusus dan juga peralatan serta kemudahan yang perlu disediakan. Kalau dahulu membuat taugeh secara tradsional sahaja dengan menggunakan kacang hijau dikampong-kampong tetapi kini taugeh telah dikomersilkan dan mudah dibeli daripada pasar basah, kedai runcit, pasaraya malahan ada juga dijual dipasar malam. Penggunaan taugeh yang meluas dalam mesu masakan di Malaysia membolehkan makanan sayur yang organik ini mendapat tempat dikalangan rakyat dinegara ini. Bagaimana pun ada dikalangan mereka terutama kanak-kanak yang mengasingkan taugeh ini semasa memakan makanan yang mengandungi taugeh. Artikel malam ini saya teruskan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti dan proses untuk membuat taugeh hasil daripada tinjauan dibeberapa pengusaha membuat taugeh di Muar, Batu Pahat dan di Melaka.


Terdapat banyak kaedah dan teknologi membuat taugeh daripada yang paling asas secara tradisional skala kecil-kecilan sehingga kepada perusahaan taugeh komersil yang mempunyai sistem automasi canggih. Ini belum lagi jika pengusaha tersebut menggunakan teknologi penghasilan taugeh organik sehingga mendapat persijilan MyOrganik. Walaupun proses penghasilan taugeh nampak mudah tetapi perlu diingat dimana hampir setiap peringkat pemprosesan mempunyai kesan kepada kualiti dan produk taugeh yang dihasilkan. Paling asas adalah berkaitan dengan pemilihan lokasi yang betul dari segi sumber air. Pengalaman penulis dengan pasukan daripada Kementerian Kesihat pernah membuat pemeriksaan terhadap beberapa buah premis yang memproses membuat taugeh dimana mereka menggunakan air tasek yang tercemar dengan najis ternakan. Perkara ini amat mengejutkan dan pejabat kesihat terus menyita premis tersebut kerana terdapat banyak bakteria E. coli didalam sampel air yang digunakan. Ada pengusaha yang menggunakan air bersih daripada paip yang disediakan tetapi kos air memang tinggi. Penting juga usahawan taugeh mempastikan luang pasaran taugeh untuk memastikan projek taugeh tersebut berterusan. Bahan asas membuat taugeh adalah kacang yang diimport dimana bekalan mestilah mencukupi dan berterusan. Apa yang penting adalah kualiti benih kacang mestilah bernas dan bersaiz besar bagi mendapatkan hasil yang baik. Pengusaha sentiasa menyimpan stok mencukupi dimana ia mesti boleh diperolehi secara berterusan dengan harga yang berpatutan.


Pertama dilakukan adalah aktiviti untuk mengasing dan membasuh perlu dibuat dengan teliti sebelum kacang direndam. Tempoh rendaman 6-8 jam dengan larutan hormon pembesaran Sontoso sudah memadai dan menggaul dengan Siako (selepas mengetos kacang) sebelum peringkat mencambah (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini selalunya akan boleh memberikan hasil taugeh yang paling tinggi di mana 11 kg benih menghasilkan 8.7 kg taugeh. Apa yang penting adalah keperluan air siraman menjadi lebih rendah dibandingkan dengan hanya menggunakan hormon. Bagi percambahan, penggunaan tong-tong plastik yang telah digunakan atau recycle container yang tebal dan tidak lut cahaya lebih baik kerana ia tahan lasak dan memberi lindungan yang secukupnya pada tauge untuk bercambah. Tong-tong ini disusun dalam barisan dengan disambung dengan sistem pengairan separa automatik atau automatik sepenohnya. Pengurusan membuat taugeh yang sistematik ini mampu menghasilkan taugeh yang berkualiti mengikut matrik jadual pengeluaran. Bagaimana pun dibawah ini saya paparkan carta alir proses membuat taugeh yang biasa dilakukan. 



Proses Pengeluaran Taugeh

Menyediakan persekitaran dan lokasi

|
Mendapatkan bahan mentah

 (kacang hijau / kacang hitam)

|
Mengasingkan benih 

(benda asing, kacang rosak, batu dan sampah)

|
Membasuh (hingga kacang benar-benar bersih)
|
Merendam (6-8 jam menggunakan 

larutan hormon jika mahu, 1.5% Sontoso)

|
Mengetos (digaul dengan 1% Siako)
|
Mencambah (4-6 hari dalam bilik yang gelap

 dan suhu rendah serta tong bersesuaian)

|
Menyiram (2-4 jam sekali)
|
Mengasingkan kulit
|
Membungkus
|
Menjual


Proses membuat taugeh untuk pengeluaran komersil memerlukan komitment tinggi dari segi pamasaran. Ini kerana taugeh adalah sayuran yang tidak tahan lama seperti sayuran lain. Penghantaran kepasar perlu dilakukan dengan kerap untuk mempastikan hanya taugeh yang segar sahaja yang dibekalkan kepada pelanggan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...
MENANAM TAUGEH... BAGAIMANA CARA..
KACANG DIBELI... DIMPORT SEMUANYA...
TEKNOLOGI MODEN...AUTOMATIK JUGA...
PASARAN DICARI... PASTIKAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1438H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...