Support My Blog

Showing posts with label BENTUK DAUN. Show all posts
Showing posts with label BENTUK DAUN. Show all posts

Saturday, February 8, 2014

BENTUK HUJUNG DAUN

BENTUK HUJUNG DAUN (Leaf Tip Shapes) tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai Bentuk, Saiz, Warna, Susunan, Ketebalan dan fungsi yang berbeza-beza. Memang tidak ramai antara kita yang berminat dengan cerita ini kecuali dipaksa belajar. Memang betul, apa yang saya belajar semasa di universiti dulu memang diajar yang mana kebanyakan bentuk hujung daun sesuai dengan habitat semulajadi tumbuhan tersebut dan berfungsi untuk menjalankan proses penting tumbuhan iaitu fotosintesis. Kebanyakan daun berada dibahagian atas tumbuh-tumbuhan dan dikeluarkan daripada bahagian pucuk dan ranting. Daun yang berada dibahagian bawah merupakan daun tua yang kurang aktif lagi dimana akhirnya ia mati dan akan gugur. Dari segi taksonomi untuk tumbuhan, bentuk hujung daun sangat berkait rapat dalam menentukan pencirian sesuatu jenis tanaman. Walau pun bentuk hujung daun kelihatan agak sama sahaja, tetapi sebenarnya didalam penentuan varieti tanaman ia amat penting dinyatakan untuk membezakan antara spesis tanaman dari kumpulan yang sama. Secara amnya, bentuk asas daun ada 5 bentuk (Lihat rajah dibawah sekali) tetapi ada juga saintis yang telah pun membahagikan kepada lebih 5 bentuk. Artikel subuh Isnin (Cuti ganti Thaipusam) saya gembira untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bentuk-bentuk hujung daun yang sering kita dengar atau kita jumpa tetapi tidak difahami dan artikel ini diharap boleh diguna  dan menambah pengetahuan kita didalam ilmu pengetahuan mengenai sains tumbuhan.


1.  Hujung Daun - ACCUMINATE

Bentuk hujung daun jenis ini 'acuminate' ini mempunyai bentuk tirus lebar daripada bahgian tengah lai daun dan mengecil kepada  kehujung daun dengan bentuk sisi daun rata seolah-olah membentuk tiga segi tajam (Lihat rajah sebelah). Bentuk hujung daun jenis ini mudah dibezakan dengan mudah kalau hendak membuat pencirian. Ini kerana bentuknya yang tajam jelas (sharply pointed) pada daun yang mempunyai bentuk ini. Daun jenis ini banyak pada tumbuhan jenis pokok hiasan atau ornamental trees yang terdapat dimerata lokasi.

2. Hujung Daun -  BRISTLE-TIPPED

Hujung daun jenis 'bristle-tipped' atau dalam bahasa kita mungkin sesuai dikatakan sebagai membulat turus dihujung (Lihat rajah sebelah). Banyak tumbuhan yang  mempunyai bentuk hujung daun seperti ini dikeliling kita. Bentuk daun ini berbeza dengan bentuk 'aciminate' terutama dibahagian tepi laidaun yang membulat tetapi amat tajam dihujungnya (sharply pointed tips). Banyak jenis daun jenis ini pada tumbuh-tumbuhan yang terdapat disekeliling rumah anda. Kalau rajin cuba periksa daun apakah itu.


3.  Hujung Daun - TRUNCATE 

Bentuk hujung daun jenis ini agak pelik sedikit dimana bentuknya seakan 'kotak' dimana hujung daun seolah-olah dipotong dengan gunting hingga rata (Lihat rajah dibawah). Kita jarang dapat jumpa dengan hujung daun jenis ini dikawasan keliling rumah kita. Daun bentuk 'truncate' ini dikatakan sebagai 'squared or abruptly cut-off' sehingga membentuk daun yang amat unik. Jenis hujung daun seperti ini agak sukar kita cari di keliling kita kerana bentuknya yang amat unik.  


4.  Hujung Daun - OBTUSE
Bentuk hujung daun jenis ini adalah seakan separuh bulatan yang dipotong dua. Bentuk melebar daripada bahagian tengah daun dan membulat dengan sisi daun dengan hujung daun yang bulat (round). Bentuk ini mudah kita jumpa terutama beberapa jenus daun pokok hiasan yang ada dikawasan taman bunga atau ditanam dikeliling rumah kita.

5. Hujung Daun - ACUTE

Daun bentuk hujung jenis 'acute' adalah bentuk yang paling biasa kita jumpa. Bentuk ini melebar daripada bahagian tengah dengan sisi laidaun meruncing sehingga kehujung daun (Lihat rajah disebelah). Bentuk daun ini juga agak mudah untuk kita kenal dengan melihat bahagian tengah dan hujung daun.  Banyak pokok saka, pokok herba dan pokok ornamental yang mempunyai bentuk seperti ini.

Artikel ini diharap memberikan ilmu pengetahuan kepada pembaca mengenai beberapa bentuk hujung daun. Beberapa saintis atau ahli botanis lain memberikan bentuk lain hujung daun mengikut fahaman dan kategori masing-masing. Di antara bentuk-bentuk lain pada hujung lain seperti Bentuk mucronate, Bentuk aristate, Bentuk retuse, Bentuk emarginate, Bentuk Caudate, Bentuk Cuspidate dan sebagainya. Kepakaran kita mengenal bentuk hujung daun ini boleh digunakan untuk mempastikan maklumat pencirian varieti tumbuhan dapat dipastikan. Semuga artikel ini memberikan maklumat berguna kepada anda pembaca blog ini. Alhamdullilah hari ini dari subuh sampai petang saya dapat membaca banyak buku serta menulis sebanyak 5 artikel untuk diposting selama 5 hari berturut-turut.

Wasallam!



HUJUNG DAUN... UNIK BENTUKNYA...
ADA 5 BENTUK.. BUKAN SEMUANYA...
PALING BUASA.... ACUTE NAMANYA...
PALING PELIK ... 'TRUNCATE' KATANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Econsave Kajang,
Jalan Semenyih,
Kajang, Selangor,
Malaysia.
(16 RabiulAwal 1434H)    

Sunday, February 2, 2014

BENTUK DAUN (PART 6)


BENTUK DAUN (Leaf Shapes) tumbuh-tumbuhan memang mempunyai pelbagai Bentuk, Saiz, Warna, Susunan, Ketebalan  dan fungsi yang berbeza-beza. Kebanyakan bentuk daun sesuai dengan habitat semulajadi tumbuhan tersebut dan berfungsi kebanyakannya untuk menjalankan proses fotosintesis. Kebanyakan dun berada dibahagian atas tumbuh-tumbuhan dan dikeluarkan daripada bahagian pucuk. Daun yang berada dibahagian bawah merupakan daun tua yang kurang aktif lagi dan akhirnya ia akan gugur. Dari segi taksonomi tumbuhan, bentuk daun sangat berkait rapat dengan menentukan pencirian sesuatu jenis tanaman. Walau pun bentuk daun kelihatan sama sahaja, tetapi sebenarnya didalam penentuan varieti tanaman ia amat penting dinyatakan untuk membezakan antara spesis dari kumpulan yang sama. Terdapat banyak artikel yang membincangkan mengenai bentuk daun. Saya merujuk kepada beberapa buah buku dan juga laman web seperti lamanweb yang ada iaitu lamanweb http://theseedsite.co.uk dan lamanweb http://cite. nwmissouri. edu. Secara amnya, bentuk daun pada asasnya ada 9 bentuk (Lihat rajah diatas) tetapi banyak juga yang membahagikan kepada 18 - 24 bentuk. Artikel subuh Isnin (Cuti ganti Thaipusam) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bentuk-bentuk daun dari definasi saintis lain serta susunan daun (leaf arrangment) yang jarang-jarang kita dengar atau jumpa tetapi iang berguna untuk menambah pengetahuan kita didalam beberapa bahagaian.


19. BENTUK CORDATE
Bentuk Cordate adalah bentuk daun yang mempunyai bentuk seperti HATI (Heart shaped  leaf). Bsntuk seperti hati dimana ada lekukan pada pangkal daun dan terus membulat serta tirus dihujung daun (Lihat foto sebelah). Susunan urat daun adalah jelas dan nyata pada daun seperti ini. Lazimya daun bersaiz kecil, sederhana dan sebahagian kecil sahaja yang bersaiz besar. Daun cordate banyak pada tumbuhan herba yang menjalar dan kurang pada pokok jenis parrenials.


20.  BENTUK - ROUND
Bentuk daun ini adalah bulat walau pun bentuk bulat tersebut tidak berapa ideal. Bentuk bulat ini terbentuk daripada pangkal daun (dekat tangkai daun - petiol) membulat sehingga kehujongnya (Lihat foto sebelah). Susunan urat daun juga agak ketara dan bersistem. Bentuk daun bulat ini agak mudah kita kenali kerana memeng agak mudah untuk diklasfikasikan dengan melihat bentuknya sahaja. Anda mungkin kenal daun tumbuhan seperti dikawasan anda.



21.  BENTUK - ELLIPTIC
Daun jenis ini memang mudah juga dikenali kerana memang banyak jenis tumbuhan dikeliling kita yang ada bentuk seperti ini. Pada asasnya bentuk daun adalah jenis oval tetapi ianya adalah bersaiz pendek (Lihat foto sebelah). Terdapat banyak saiz daun jenis eiliptik ini dimana ada yang sainya kecil, sederhana dan juga berdsaiz besar. Susunan urat daun pada bentuk jenis ini agak kemas. 


22.  BENTUK - OVATE
Bentuk ini merupakan satu bentuk asas pada daun tumbuhan yang mudah kita jumpa. Semasa kita belajar buat lukisan di sekolah rendah dulu, rupanya kebanyakan kita memang terfikir akan bentuk daun jenis ininiaitu asasnya daun berbentuk oval tetapi meruncing pada bahagian hujung (Lihat foto sebelah). Lazimnya susunan urat daun jenis ini adalah kemas dan mudah untuk dikenali oleh pakar tumbuhan.


23.  BENTUK - LANCE SHAPED
Bentuk daun ini adalah umumnya panjang atau pun memanjang (elongated leaf. Bezanya dengan daun dibawah adalah kerana bentuk daun yang memanjang ini agak lebar dibahagian tengah laidaun (Lihat foto sebelah). Susunan urat daun agak jelas daripada urat ditengahnya dan menyusun sehingga kehujung daun. Mungkin anda semua akan kenal akan tumbuhan apa yang termasuk didalam kumpulan daun 'Lance-shaped'.

24.  BENTUK - SWORD SHAPED
Daun jenis ini berbentuk seperti sebilah 'Pedang' atau Sword-shaped dimana ia panjang, nipis dan hujungnya sangat tirus (pointed). Daun lalang mempunyai ciri bentuk daun seperti ini yang mempunyai urat daun yang lurus dan selari sepanjang daun. Kebanyakan tumbuhan jenis rumpai dan herba sahaja mempunyai daun bentuk ini dan jarang-jarang pokok berkayu besar yang mempunyai bentuk daun seperti ini.

DAUN LALANG ... MACAM PEDANG ...
BENTUK OVATE ... DIJUMPAI SENANG...
DAUN ELLIPTIK... DIJUMPAI JARANG...
MEMBACA ARTIKEL ..SEMANGAT JUANG...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Presint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(16 RabiulAwal 1434H)
-Telah ditulis setahun lalu baru dipostkan

Sunday, March 17, 2013

BENTUK DAUN (PART 5)



BENTUK DAUN (Leaf Shapes) tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai Bentuk, Saiz, Warna, Susunan, Ketebalan dan fungsi yang berbeza-beza. Apa yang saya belajar di universiti, kebanyakan bentuk daun sesuai dengan habitat semulajadi tumbuhan tersebut dan berfungsi untuk menjalankan proses penting tumbuhan iaitu fotosintesis. Kebanyakan daun berada dibahagian atas tumbuh-tumbuhan dan dikeluarkan daripada bahagian pucuk dan ranting. Daun yang berada dibahagian bawah merupakan daun tua yang kurang aktif lagi dtmana akhirnya ia mati dan akan gugur. Dari segi taksonomi untuk tumbuhan, bentuk daun sangat berkait rapat dalam menentukan pencirian sesuatu jenis tanaman. Walau pun bentuk daun kelihatan sama sahaja, tetapi sebenarnya didalam penentuan varieti tanaman ia amat penting dinyatakan untuk membezakan antara spesis tanaman dari kumpulan yang sama. Terdapat banyak artikel yang saya baca dan membincangkan mengenai bentuk daun. Saya juga merujuk kepada beberapa buah buku dan juga laman web seperti berkaitan. Secara amnya, bentuk asas daun ada 9 bentuk (Lihat rajah diatas) tetapi banyak juga saintis yang membahagikan kepada lebih 9 bentuk sehingga 24 bentuk. Artikel subuh Isnin (Cuti ganti Thaipusam) saya gembira menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bentuk-bentuk daun dari definasi beberapa saintis lain serta susunan daun (leaf arrangment) yang jarang-jarang kita dengar atau kita jumpa tetapi ianya berguna untuk menambah pengetahuan kita didalam sains tumbuhan.

13. Bentuk - Pinnatisect
Bentuk daun jenis ini adalah seperti bentuk hujung anak panah berlapis-lapis dengan bentuk seakan dipotong dibahagian bawah lai daun ditengah-tengahnya (Lihat foto sebelah). Saya pelik juga dengan bentuk daun jenis ini dan beberapa kali jumpa tumbuhan seperti ini dahulu iaitu semasa saya melawat Taman Herba Perak. Kebanyakan tumbuhan jenis pakis dan herba serta sesetengah rumput mempunyai bentuk daun seperti ini. 


14.  Bentuk -   Spear-shaped
Daun berbentuk seperti hujung lembing ini juga memang pelik kelihatannya. Tangkai daun memanjang dari bawah dan daunnya membentuk seperti hujung lembing dengan lekuk dipangkal daun dan tirus tajam dihujungnya (Lihat foto disebelah). Apa yang saya lihat pokok dari kumpulan pokok keladi dan bunga hiasan banyak tergulung dan mempunyai bentuk daun seperti ini. Saya pun ada tanam spesis pokok bunga yang mempunyai daun seperti ini dalam pasu dahulu ketika bertugas di Mersing, Segamat dan Johor Bahru.


15.  Bentuk - Lobed
Daun bentuk 'lobed' adalah berbentuk 'lobata' iaitu seakan 3 helai daun yang mempunyai beberapa hujung uang tajam (Lihat foto sebelah). Daun jenis ini banyak pada tumbuhan saka dan renek dan mudah untuk mengenalpasti berdasarkan bentuknya. Terdapat beberapa jenis tumbuhan disekeliling kita yang mempunyai bentuk daun seperti ini. 


16.  Bentuk - Rhomboid
Kalau tidak faham akan perkataan 'Rhomboid' tidak mengapa. Bentuk ini sebenarnya adalah seperti bentuk berlian (Diamond) sahaja bentuk daunnya sekilas pandang (Lihat foto sebelah). Banyak tumbuhan yang mempunyai daun bentuk ini adalah daripada pokok renek dan juga pokok saka. Bentuk daun ini mempunyai susunan urat daun yang agak jelas dan bersistem.


17.  Bentuk Spathulate
Lagi satu nama yang agak aneh uuntuk kita faham iaitu kata asas latin sebagai 'spathulata'. Sebenarnya bentuk daun ini adalah bentuk seperti SUDU (Spoon shaped) dimana tirud dari bahagian pangkal daun dan membentuk seperti bentuk sudu dibahagian hujung (Sila rujuk foto sebelah). Kebanyakan daun jenis ini terdapat pada tumbuh-tumbuhan renek dan sayur-sayuran dimana ia bersail kecil dan sederhana. Daun ini juga lazimnya agak lembut dan agak rapuh pada sesetengah tumbuhn.


18. Bentuk - Oblanceolate
Merujuk kepada foto sebelaah kita mungkin agak keliru dengan bentuk daun Spathulate yang berbentuk sudu. Daun jenis ini bentuknya akan kelihatan lebar dibahagian atas daripada bahagiann pangkal daun atau dekat tangkai daun. Susunan urat daun (veins) ketara dilihat daripada pemukaan atas atau bawah daun. Daun jenis ini banyak pada tumbuhan ornamental, pokok hutan dan juga jenis tanaman jangkapendek lain.

DAUN POKOK.... BANYAK BENTUKNYA...
PINNATISECT...MATA LEMBING RUPANYA...
ADA RHOMBOID... DIAMOND SEBENARNYA...
MACAM SUDU ... SPATHULATE NAMANYA...

By,
M Anem
Bilik BIMA
Adya Nalendra Hotel,
Jl. Tn. Margo Kulon 9A,
Jogjakarta DIY
Indonesia
(16 Mac 2013)
Melawat Gunong Merapi di Jogja dengan famili.

Saturday, March 16, 2013

BENTUK DAUN (PART 4)



BENTUK DAUN (Leaf Shapes) tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai Bentuk, Saiz, Warna, Susunan, Ketebalan  dan fungsi yang berbeza-beza. Kebanyakan bentuk daun sesuai dengan habitat semulajadi tumbuhan tersebut dan berfungsi kebanyakannya untuk menjalankan proses fotosintesis. Kebanyakan dun berada dibahagian atas tumbuh-tumbuhan dan dikeluarkan daripada bahagian pucuk. Daun yang berada dibahagian bawah merupakan daun tua yang kurang aktif lagi dan akhirnya ia akan gugur. Dari segi taksonomi tumbuhan, bentuk daun sangat berkait rapat dengan menentukan pencirian sesuatu jenis tanaman. Walau pun bentuk daun kelihatan sama sahaja, tetapi sebenarnya didalam penentuan varieti tanaman ia amat penting dinyatakan untuk membezakan antara spesis dari kumpulan yang sama. Terdapat banyak artikel yang membincangkan mengenai bentuk daun. Saya merujuk kepada beberapa buah buku dan juga laman web seperti lamanweb http:// theseedsite .co.uk dan lamanweb http://cite nwmmissouri. edu. Secara amnya, bentuk daun pada asasnya ada 9 bentuk (Lihat rajah diatas) tetapi banyak juga yang membahagikan kepada 18 - 24 bentuk. Artikel subuh Isnin (Cuti ganti untuk Thaipusam) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bentuk-bentuk daun untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita didalam beberapa bahagaian daun.

7.  Bentuk - Trifoliate
Daun yang mempunyai bentuk trifoliate mempunyai 3 helai daun yang bercantum pada pangkal tangkai daun. Lazimnya 3 helai daun ini (3 leaflets) akan terbit dengan tangkai setiap 3 helai daun tersebut pada satu tangkai daun (Lihat foto sebelah). Apa yang saya dapat perhatikan, kebanyakan saiz daun jenis ini adalah kecil, sederhana kecil dan jarang-jarang bersaiz besar kecuali beberapa spesis pokok hutan. Cuba anda kenalpasti tumbuhan yang ada dikeliling anda yang mempunyai bentuk daun seperti ini.


8.  Bentuk - Tripinnate
Bentuk ini lebih kompleks lagi daripada bentuk trifoliate diatas. Tangkai daun mempunyai beberapa tangkai lagi daun berbentuk pinnate yang bercantum pada satu tangkai daun asas yang lebih nyata kelihatan (Lihat foto sebelah). Agak sukar hendak kenalpasti tumbuhan yang mempunyai bentuk daun jenis ini kalau kita berjalan-jalan dikeliling kawasan rumah kita. Kalau boleh kena pergi taman bunga awam yang mempunyai banyak simpanan pokok tanaman hiasan. 


9. Bentuk - Bipinnate
Daun jenis ini mempunyai daun berbentuk pinnate yang bersusun sama rata diantara susunan utama dan susunan dalam tangkai didalamnya (Lihat foto sebelah). Setiap helaian daun mempunyai daun pinnate sendiri yang tersusun sama saiz dan bentuknya. Antara tumbuah daripada keluarha paku pakis dan tanaman hiasan seumpamanya mempunyai susunan dan bentuk daun seperti ini.


10.  Bentuk - Whorled
Bentuk ini agak lain daripada betuk daun yang telah disebutkan diatas. Terdapat batang atau tangkai atau vine yang akan dikelilingi oleh beberapa helai daun (Lihat foto sebelah). Bentuk daun seperti ini banyak terdapat pada tumbuhan jenis rumpai dan ornamental dimana saiz daunnya agak kecil. Daun akan erbit pada pangkal ruas (nodes) dengan bilangan bergantung kepada 3 - 5 helai daun mengelilingi batang tersebut.


11.  Bentuk - Rosette
Bagi daun jenis ini adalah bentuk rosette iaitu daun-daun bersusun bulat dan sangat rapat mengelilingi pusat seperti bentuk roset(Lihat foto sebelah). Kebanyakan tumbuhan yang mempunyai daun bentuk ini adalah jenis sayur-sayuran dan tanaman ornamental yang bentuknya agak lembut. Saiz daun selalunya kecil, amat kecil atau sederhana sahaja. Anda boleh agak apakah tumbuhan yang mempunyai bentuk daun kenis ini.


12.  Bentuk - Pinnate
Daun jenis ini mempunyai beberapa helai daun pinnate yang tersusun dalam dua barisan yang seragam (Lihat foto sebelah). Lazimnya daun bentuk ini terbit dimana pangkal tangkai daun keluar dari tapak yang sama di kiri dan kanan tangkai atau ranting daun. Daun yeng mempunyai bentuk seperti ini mudah kita jumpa dikawasan kebun seperti beberapa jenia pokok buah-buahn dan tanaman jangkapandek yang lain. 
BERSAMBUNG SETERUSNYA (Part 5)!

BENTUK DAUN... ADA BANYAK LAGI...
PINNATE DAN BIPINNATE... SATU CIRI...
BENTUK ROSETTE... MEMANG PASTI...
TRIFOLIATE PULA... 3 DAUN SEKALI...

By,
M Anem
Room BIMA
Adya Namendra Gotel
Jalan Tn Margo Kulon 9A,,
Jogjakarta DIY,
Indonesia.
(15 March 2013)
Lawatan ke Borobodur dan Dieng dengan keluarga.

Thursday, March 14, 2013

BENTUK DAUN (PART 3)



BENTUK DAUN (Leaf Shapes) tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai Bentuk, Saiz, Warna, Susunan, Ketebalan  dan fungsi yang berbeza-beza. Kebanyakan bentuk daun sesuai dengan habitat semulajadi tumbuhan tersebut dan berfungsi kebanyakannya untuk menjalankan proses fotosintesis. Kebanyakan dun berada dibahagian atas tumbuh-tumbuhan dan dikeluarkan daripada bahagian pucuk. Daun yang berada dibahagian bawah merupakan daun tua yang kurang aktif lagi dan akhirnya ia akan gugur. Dari segi taksonomi tumbuhan, bentuk daun sangat berkait rapat dengan menentukan pencirian sesuatu jenis tanaman. Walau pun bentuk daun kelihatan sama sahaja, tetapi sebenarnya didalam penentuan varieti tanaman ia amat penting dinyatakan untuk membezakan antara spesis dari kumpulan yang sama. Terdapat banyak artikel yang membincangkan mengenai bentuk daun. Saya merujuk kepada beberapa buah buku dan juga laman web seperti lamanweb http://theseedsite.co.uk dan lamanweb http://cite. nwmissouri. edu. Secara amnya, bentuk daun pada asasnya ada 9 bentuk (Lihat rajah diatas) tetapi banyak juga yang membahagikan kepada 18 - 24 bentuk. Artikel subuh Isnin (Cuti ganti Thaipusam) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bentuk-bentuk daun dari definasi saintis lain serta susunan daun (leaf arrangment) yang jarang-jarang kita dengar atau jumpa tetapi iang berguna untuk menambah pengetahuan kita didalam beberapa bahagaian.



1. Bentuk - Peltate

Daun jenis ini jarang saya jumpa di negara kita tetapi saya agak memang ada. Daun jenis ini mempunyai tangkai daun yang agak panjang dan dihujungnya ada bentuk daun yang bulat (rounded) dengan sisi daun yang rta atau bergelombang (Rujuk foto sebelah). Panjang tangkai selalunya amat jelas sehingga ia menjadi identiti kepada daun bentuk ini. Kebanyakan daun jenis ini bersaiz kecil dan sederhana sahaja dan jarang yang bersaoz sangat besar. 



2. Bentuk - Perfoliate
Bentuk ini agak unik kerana ia terdiri daripada beberapa helai daun yang membentuk satu kumpulan (Lihat foto disebelah). Saya agak jarang terjumpa daun berbentuk seperti ini. Terdapat batang sepanjang tumbuhan kelompok daun yang terkumpul dibahagian hujung batang (stems).  Bentuk setiap helai daun juga berbeza-beza bergantung kepada kedudukaan daun tersebut dan kedudukan susunannya. 


3. Bentuk - Alternate

Daun jenis ini sama ada bentuk apa juga tersusun dalam keadaan bersilang (alternate) diantara sehelai daun dengan helaiaian yang lain (Lihat foto sebelah). Dari segi saintifik bentuk susunan daun ini dipanggil sebagai 'alernifolia leaf' yang banyak terdapat pada tumbuhan dikeliling rumah kita. Susunan daun berbentuk bersilang diantara kiri dan kanan  


4. Bentuk - Opposite

Bentuk dan susunan daun jenis ini adalah bertentangan diantara dua helai daun pada ranting pokok yang sama (Lihat foto sebelah). Banyak jenis tumbuhan di negara kita yang mempunyau bentuk susunan seperti ini iaitu bertentangan (opposite arrangement)  diantara pada pangkal ruas batang atau ranting. Bentuk ini memberikan keseimbangan kepada daun dan juga mudah untuk kita menjalankan pengiraan jumlah daun. 

5. Bentuk - Digitate

Daun jenis digitate ini mempunyai bentuk sangat menarik diantara bentuk daun (Lihat foto sebelah). Daun ini membentuk 5 lekukan (Lobes) dengan setiap lekukan akan membentuk seakan sehelai daun yang bercantum. Antara yang mudah kita hendak kenal adalah daun maples yang dijadikan logo pada bendera Kanada.  Daun ini banyak terdapat pada tumbuhan di kawasan temperate dan juga banyak pada kawasan hutan hujan tropika.


6. Bentuk - Palmate

Bentuk daun ini adalah agak unik dimana terdapat beberapa banyak lekukan (lobes) pada pangkal daun yang mana lai daun akan memanjang keluar seakan-akan secara individu. Nama daun ini adalah 'palmata' seperti agaknya daun pokok ubi kayu yang keluar dari tangkai daun dipangkalnya dan membentuk belaian daun dengan pangkalnya bercantum. 
BERSAMBUNG- Part 4 !

KITA BELAJAR.... DAUN DAN BENTUKNYA...

SUSUNAN ALTERNATE... OPPOSITE LAWANNYA...
ADA YANG PELTATE.... ADA PERFOLIATA...
DAUN PALMATE... UBI KAYU KAH DIA?...

By,

M Anem
Room 127, Hotel Sri Malaysia,
Air Keroh, Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(16 RabiulAwal 1434H)

Wednesday, March 13, 2013

BENTUK DAUN (PART 2)


BENTUK DAUN (Leaf Shapes) tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai Bentuk, Saiz, Warna, Susunan, Ketebalan  dan fungsi yang berbeza-beza. Kebanyakan bentuk daun sesuai dengan habitat semulajadi tumbuhan tersebut dan berfungsi kebanyakannya untuk menjalankan proses fotosintesis. Kebanyakan dun berada dibahagian atas tumbuh-tumbuhan dan dikeluarkan daripada bahagian pucuk. Daun yang berada dibahagian bawah merupakan daun tua yang kurang aktif lagi dan akhirnya ia akan gugur. Dari segi taksonomi tumbuhan, bentuk daun sangat berkait rapat dengan menentukan pencirian sesuatu jenis tanaman. Walau pun bentuk daun kelihatan sama sahaja, tetapi sebenarnya didalam penentuan varieti tanaman ia amat penting dinyatakan untuk membezakan antara spesis dari kumpulan yang sama. Terdapat banyak artikel yang membincangkan mengenai bentuk daun. Saya merujuk kepada beberapa buah buku dan juga laman web seperti lamanweb pada capaian seperti http://theseedsite.co.uk dan lamanweb http://cite. nwmissouri. edu. Secara amnya, bentuk daun pada asasnya ada 9 bentuk (Lihat rajah diatas) tetapi banyak juga yang membahagikan kepada 18 - 24 bentuk. Artikel subuh Isnin (Cuti ganti Thaipusam) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bentuk-bentuk daun untuk menambah pengetahuan kita didalam beberapa bahagian.

1. BENTUK DAUN - LINEAR


Bentuk linear atau Lurus ini mempunyai rupa yang memanjang. Daun jenis ini sama ada tumbuh secara individu (seperti lalang) atau dalam rumpun yang banyak (mungkin seperti pakis) lazimnya memanjang dari pangkal daun hingga kehujong daun (Lihat foto sebelah). Susunan urat daun jenis ini sama ada daripada bahagian tenah irat daun ketepi atau daripada pangkal lai daun terus keatas seperti daun lalang. 

2. BENTUK DAUN - OVAL


Bentuk daun oval membentuk seperti bulat (round) daripada pangkal daun, tengah daun sehingga kehujong daun. Pada pandangan sisi atas ia kelihat hampir bulat (Lihat rajah sebelah). Susunan urat daun bermula dari pangkal menuju kehujong daun dengan susunan yang membentuk bulat. Cuba anda teka daun jenis ini yang terdapat disekeliling kita. 

3. BENTUK DAUN - OBLONG

Daun berbentuk oblong mempunyai saiz bujur daripada pangkal daun sehingga kehujong dengan rta dibahagian tengah (Lihat foto sebelah). Daun jenis ini mempunyai bentuk pangkal daun dan hujong daun yang membulat dengan jelas. Ia sama dengan bentuk 'burger oblong' yang ada dijual dimana-nama iaitu berbentuk oblong dagingnya. Memang sedap burger oblong ini. Diantara daun berbentuk oblong yang ada dikeliling kota apa agaknya?

4. BENTUK DAUN - OVAT

Bentuk asas bagi daun seterusnya adalah Ovat iaitu mempunyai pangkal bulat lebar dipangkal daun dan melebar dibahagian tengah laidaun seterusnya tirud dibahagian hujong daun (Rujuk rajah sebelah). Bentuk daun ini sebenarnya adalah agak berlawanan dengan bentuk daun obovate. Kedudukan permukaan daun paling lebar pada suku pangkal daun. 

5. BENTUK DAUN - OBOVATE

Bentuk daun ini adalah runcing dari pangkal tangkai daun dan membesar seterusnya membulat menuju kehujung daun (Lihat rajah sebelah). Bentuk daun ini  mempunyai urat daun yang jelas daripada bahagian tengah dan sekari kehujung daun. Bentuk daun ini terbalik bentuknya daripada duun jenis ovat seperti diatas.  

6. BENTUK DAUN  - DELTOID

Bentuk daun ini merupakan satu bentuk daun asas yang agal pelik. Bentuknya adalah tiga segi seperti bentuk piramid dengan bahagian pangkal laidaun rata dan membentuk tirus kehujong daun (Lihat rajah sebelah). Susunan urat daun bentuk jenis ibi amat jelas daripada pangkal lai daun kepada hujong daun dengan susunan sempurna. Beberapa jenis daun berbentuk ini banyak pada tanaman jenis ornamental.

7. BENTUK DAUN - CORDATE

Daun berbentuk Cordate adalah daun yang mempunyai lebar pangkal daun dan menjadi tirus menuju kehujong daun tetapi yang unik adalah bahagian pangkal daun yang da membentuk lekukan (Lihat rajah sebelah). Banyak tumbuhan yang mempunyai bentuk daun seperti ini disekeliling kita. Susunan urat daun bermula dari pangkal daun dengan membentuk tulang daun sehingga kebahagian hujong daun. Cuba anda teka tumbuhan apa yang tergulong didalam bentuk daun jenis ini. 

8.  BENTUK DAUN - ELLIPTICAL

Bentuk daun jenis ini merupakan bentuk daun asas paling mudah kita jumpa. Bentuk elliptikal adah bentuk daun dimmana lebar pada suku pangkal daun dengan suku hujong daun mempunyai saiz lebar yang sama dan bahagian tengah daun sangat lebar (Lihat rajah disebelah). Daun ini juga paling banyak dan mudah untuk kita jumpa sama ada pad pokok saka atau pokok tanaman herba. susunan urat daun juga sangat cantik dan bersistem. Bentuk daun ini merupakan bentuk daun paling ideal.  

9.  BENTUK DAUN - LANCEOLATE

Daun bentuk ini juga dikategorikan sebagai daun popular kerana ia mudah dijumpai. Bentuk daunnya membujur tirus daripada suku pertama pangkal daun sehingga meruncing dibahagian hujong daun (Rujuk rajah sebelah). susunan urat daun juga bersistem dengan ianya menjulur dari bahagian tengah vein kesisi lai daun dengan jelas. Saya agal mengkin daun kesom mempunyai bentuk daun seperti ini. Jika hendak kepastian lagi, sila petik sehelai daun dewasa dan padankan dengan foto rajah diatas.

Belajar dan membaca mengenai bentuk-bentuk daun ini menyebabkan kita akan lebih takjub dengan kejadian alam ciptaan Allah swt mengenai tumbuh-tumbuhan. Setiap jenis daun sama ia mempunyai bentuk apa pun tetap merupakan komponen penting bagi tumbuh-tumbuhan artikel ini akan bersambung pada Part 3. Wasallam !


BENTUK DAUN .... ADA 9 ASASNYA.....

BENTUK OVAL ... JARANG JUMPA...
BENTUK  OVATE ...ADA DIMANA-MANA...
BENTUK DELTOID...SEDIKIT SAHAJA...
BENTUK ELLIPTICAL... SIAPA ADA...
LANCEOLATE ... MEMANG ADA JUGA...

By,

M Anem
Room 127, Hotel Sri Malaysia,
Air Keroh,
Melaka,
Malaysia
(29 RabiulAkhir 2013)

Tuesday, March 12, 2013

BENTUK DAUN (PART 1)

BENTUK DAUN (Leaf Shapes) tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai Bentuk, Saiz, Warna, Susunan, Ketebalan  dan fungsi yang berbeza-beza. Kebanyakan bentuk daun sesuai dengan habitat semulajadi tumbuhan tersebut dan berfungsi kebanyakannya untuk menjalankan proses fotosintesis. Kebanyakan dun berada dibahagian atas tumbuh-tumbuhan dan dikeluarkan daripada bahagian pucuk. Daun yang berada dibahagian bawah merupakan daun tua yang kurang aktif lagi dan akhirnya ia akan gugur. Dari segi taksonomi tumbuhan, bentuk daun sangat berkait rapat dengan menentukan pencirian sesuatu jenis tanaman. Walau pun bentuk daun kelihatan sama sahaja, tetapi sebenarnya didalam penentuan varieti tanaman ia amat penting dinyatakan untuk membezakan antara spesis dari kumpulan yang sama. Terdapat banyak artikel yang membincangkan mengenai bentuk daun. Saya merujuk kepada beberapa buah buku dan juga laman web seperti lamanweb http://theseedsite.co.uk dan lamanweb http://cite. nwmissouri. edu. Secara amnya, bentuk daun pada asasnya ada 9 bentuk (Lihat rajah diatas) tetapi banyak juga yang membahagikan kepada 18 - 24 bentuk. Artikel subuh Isnin (Cuti ganti Thaipusam) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bentuk-bentuk daun untuk menambah pengetahuan kita didalam beberapa bahagaian.


Bahagian daun terdiri daripada Petiol (Tangkai Daun), Bahagian Tengah Daun (Midrib), Lai Daun (Blade), Urat Daun (Vein) dan Ruas (Node). Tangkai daun adalah merupakan bahagian yang melekat pada ranting atau dahan dengan saiz berbeza-beza antara jenis daun. Terdapat tangkai daun yang panjang, sederhana dan pendek. Bahagian tengah daun adalah bahagian tengah daun yang lazimnya ada urat tengah daun (Lihat foto sebelah). Lai Daun atau permukaan daun daripada pangkal sehingga hujong daun. Urat daun pula merupakan struktur yang berfungsi sebagai tulang daun dan organ menyalur bendalir. Susunan urat-urat daun membentuk corak yang menarik dan menentukan keunikkan pada daun. Lazimnya kedudukan daun adalah berada atau terletak berhampiran dengan ruas pada ranting pokok (stems). Semasa peroses tumbesaran pokok, tunas dicelah ruas atau ketiak akan menghasilkan tunas daun atau putik bunga. 


Bentuk Daun dibahagikan kepada 9 pada asasnya. Bentuk tersebut adalah LINEAR, OVAL, OBLONG, OVATE, OBOVATE, DELTOID, CORDATE, ELLIPTICAL dan juga bentuk LANCEOLATE. Bentuk asas ini merupakan cara pencirian asas kepada kebanyakan jenis daun untuk mudah kita faham. Saya mula minat akan tajuk ini setelah hadir dalam satu perbincangan mengenai marfologi tumbuh-tumbuhan dalam menentukan pencirian didalam aktiviti atau pun untuk pemeriksaan DUS (Distinctness, Uniformity and Stability) untuk mengenal suatu varieti tumbuhan. Ciri dan bentuk daun walau pun pada tumbuhan yang sama ada perbezaan dan persamaan diantara varieti yang berlainan. Sebagai contoh, bentuk daun durian Varieti D197 (Durian Kunyit atau Musang King) ada sedikit perbezaan dengan daun durian varieti D24 (Bukit Merah). Kriteria seperti ini akan di jadikan satu daripada ciri untuk membezakan diantara kedua-dua varieti tersebut. 


Selepas ini kita akan faham yang daun lalang bentuknya adalah Linear , Daun Getah bentuknya adalah Lanceolate dan Daun Sireh sebagai bentuk Cordate. Walau pun bentuk daun hampir sama, beberapa ciri lain penting juga di fahami didalam membuat pencirian untuk daun tumbuhan. Warna daun kebanyakannya adalah Hijau tetapi banyak warna-warna lain seperti kuning, merah, ungu (Terutmanya untuk tanamann ornamental) dan sebagainya. Saiz daun juga amat berbeza walau pun mempunyai bentuk yang sama daripada daun bersaiz sangat kecil, kecil, sederhana, besar dan sangat besar mengikut jenis tumbuhan. Daun Telinga Gajah contohnya yang saya jumpa di Hutan Simpan Endau, Mersing amat besar saiznya (Lihat foto dibawah) mempunyai persamaan dengan beberapa jenis daun lain.  Daun ini sering digunakan untuk membuat atap dan dinding rumah orang asli. Kalau sesiapa berminat mengkaji bentuk daun, bolehlah seterusnya membaca blog ini dalam Part 2, 3, 4, 5 dan Part 6 seterusnya. Wasallam!    


Daun Telinga Gajah. (Macaranga gigantea)

BENTUK DAUN... BANYAK JENISNYA...
BENTUK ASAS... BANYAK BILANGANNYA...
KITA BELAJAR... BANYAK FAEDAHNYA...
BILA MENELITI... DAPAT MENAFAATNYA...

By,
M Anem
KLIA Airport,
Sepang, Selangor,
Malaysia.
(14 RabiulAwal 1434H)
Tunggu Anak balik Checzoslavakia dan Taiwan

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...