Bagaimana tumbuhan durian belanda yang mempunyai banyak daun boleh digunakan dalam kehidupan manusia amat sesuai dikongsikan. Ramai mungkin pernah membaca akan tanaman durian belanda berkhasiat daripada bahagian buahnya, daun, batang, akar dan bijinya. Daun durian belanda yang berwarna hijau tua apabila matang berukuran 3-7 cm lebar dengan 6 - 18 cm panjang mudah diperolehi. Analisa makmal mendapati kandungan nutrisi dalam daun ini termasuk bahan Tanin, Alkaloid, Kalsium, Fruktosa, Protein, Vitamin A, Vitamin B dan Vitamin C. Ia juga didapati mengandungi bahan kompoun seperti acetogenins, annocatacin, annocatalin, annohexocin, dan annonacin. Kandungan kompoun tersebut dipercayai akan dapat memberikan manfaat baik untuk tubuh manusia seperti meningkatkan imuniti dan menyembuhkan berbagai penyakit yang dihidapi. Daun Durian belanda didakwa mampu untuk mencegah Radikal Bebas kerana ia mengandungi bahan antioksidan yang tinggi didalamnya. Antioksidan boleh melawan kompoun yang merbahaya atau yang disebut dengan radikal bebas dalam badan msnusia dimana jika radikal bebas ini sudah tersebar di dalam tubuh maka kesnnya ia akan merosakkan jaringan sel sihat. Khasiat daunnya juga didakwa mampu untuk menurunkan Kadar Kolesterol iaitu hasil dari mengambil air rebusan daun durian belanda yang mempunyai bahan kompoun flavonoid yang dipercaya hebat dalam menghambat pembentukan kolesterol di dalam darah. Paling banyak dibincangkan adalah dimana ia mampu untuk Melawan Kanser seperti dilaporkan dalam kajian di Faculty of Biotechnology and Biomolecular Sciences, Universiti Putra Malaysia dimana ia dapat melawan penyakit kanker lho. Kajian ini mendapati daun durinan belanda dapat melawan sel kanser payudara. Ekstrak daun durian belanda juga ternyata mampu mengecilkan tumor dan membunuh sel kanser. Masih banyak kajian perlu dijalankan dalam kajian ini. Khasiat seterusnya dimana ia mampu merawat masaalah gout. Ini berkait dengan bahan kompoun dalam daun ini yang mampu melawan toksik dalam darah yang menyebabkan gout. Cara amalan rawatan mudah sahaja iaitu dengan merebus daun durian belanda dan diminum semasa suam panas lagi setiap hari sehingga sembuh. Dalam pada itu dilaporkan air rebuan daun durian belanda juga mampu Mengatasi Peradangan kerana ia memiliki kandungan anti reumatik dan neuralgik yang berkhasiat. Ia didakwa mampu mengatasi berbagai peradangan seperti cystitis, disentri, demam, ruam di kulit dan cirit birit.
Didakwa juga dimana khasiat daun durian belanda mempu Mencegah Insomnia (masaalah susah untuk tidur di malam hari) dimana meminum air ini mampu menbantu. Ini kerana air rebusan ini mengandungi bahan triptofan yang mampu membuat otot akan menjadi lebih rileks sehingga tidur jadi lebih nyenyak. Paling kurang di dengar adalah bagaimana daun ini mempu untuk Menyembuhkan Sakit Gigi kerana ia mempunyai zat yang bersifat antibakteria sehingga ia mampu mencegah akan kewujudan bakteria mengancam seperti Streptococcus mutans, Streptococcus mitis, Porphyromonas gingivalis dan juga Candida albicans. Sebagai informasi, jenis bakteri tersebut dapat menimbulkan sejumlah penyakit gigi seperti periodontitis dan gingivitis. Laporan seterusnya menyatakan dimana kehebatan daun durian belanda adalah ia dapat Menstabilkan Tekanan Darah kepada pengamalnya. Kajian mendapati dimana khasiatnya yang mampu untuk menstabilkan tekanan darah sebab dalamn daun tersebut mengandungi bahan potasium dan zat besi yang berfungsi untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Apa pun sebaiknya ia diminum secara rutin. Ia juga didakwa akan Mengurangkan Risiko Diabetes bila kompoun seperti antioksidan di dalam daunnya ternyata dapat mengurangkan risiko seseorang terkena kencing manis. Amalan meminum air rebusan ini pada setiap pagi dan malam sebelum tidur adalah sangat sesuai dilakukan. Percayakan pembaca jika didakwa bahawa khasiat daun durian belanda mampu Menghilangkan Jerawat?. Cara penggunaannya cukup mudah iaitu dengan menyediakan 5 - 6 helai daun durian belanda dan dicuci sampai bersih dan kemudian ditumbuk sampai halus. Langkah selanjutnya adalaj mencampurkan daun lumat tadi dengan dengan sedikit air bersih dan basuh ke seluruh bakagian mua dan sebaiknya digunakan secara teratur pada malam hari sebelum tidur agar jerawat tersebut hilang. Sesiapa yang ingin elakkan atau rawat masaalah Gout boleh amalkan petua ini. Ini kerana air rebusan daun ini mengandungi sejenis zat anti- peradangan yang mampu menghilangkan rasa sakit di dalam tubuh dimana pengamalnya menjadikan ia sebagai ubat alternatif pesakit gout. Ia juga membantu menyembuhkan masaalah Ulcer Mulut dimana cara guna dengan mengambil daun durian belanda yang sudah dibersihkan dan kemudian ditumbuk sampai halus. Setelah itu daun tersebut direbus dan diminum selagi masih hangat sehingga ia sembuh. Hebatnya daun ini dimana ada laporan ia juga mampu mengubati masaalah Reumatik iaitu dengan meminum air rebusan daun durian belanda secara teratur yang membantu sakit reumatik cepat sembuh. Agak sukar untuk mengukur imuniti seseorang tetapi daun durian belanda mampu Meningkatkan Kekebalan Seseorang. Ini kerana ada kandungan antioksidan di dalam daun ini yang ternyata berguna untuk melawan berbagai jenis virus di dalam tubuh sehingga mampu meningkatkan imuniti. Terakhir adalah dakwaan dimana mengambil daun durian belanda akan membantu Menurunkan Berat Badan. Rutin meminum air rebusan daun ini dipercayai ia akan dapat melancarkan sistem pencernaan. Namun begitu sebaiknya individu itu juga agar berat badan cepat turun disarankan juga untuk melakukan olahraga dan menjaga cara permakanan yang sihat. Bagaimana pun dilaporkan ada kesan sampingan jika diambil terlalu banyak. Sebaiknya jika seseorang itu ada mengambil ubat darah tinggi atau ubat kencing manis perlu dikawal pengambilannya. Ini kerana dilaporkan jika mengambil terlalu banyak secara ritin ianya juga berpotensi merosakkan buah pinggang dan fungsi hati serta akan mengganggu sistem saraf. Pada penulis blog sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor perubatan.
Kini sudah ada produk TEH DAUN DURIAN BELANDA sudah banyak dikomersilkan sebagai produk kesihatan yang tidak murah harganya dipasaran. Penulis blog dapati sudah ada berpuloh-puloh syarikat yang mengusahakan produk teh ini dengan pelbagai iklan sehingga ia juga ada dijual secara on-line sahaja. Ia juga mudah didapatikan dikedai-kedai ubat dan juga sesetengah farmasi. Bagaimana pun jika pembaca semua ada menanam sendiri pokok durian belanda di rumah sama ada diatas tanah atau didalam pasu besar atau dikebun sendiri tidak ada masaalah untuk membuatnya sendiri. Penulis blog akan kongsikan beberapa cara dalam membuat teh ini. Walau pun ramai yang berpendapat bahawa daun durian belanda yang terbaik untuk dijadikan teh adalah daun tua segar yang masih hijau, namun dari beberapa testimoni ramai juga orang yang tidak sanggup meminumnya kerana ada rasanya yang kurang sedap. Sebaiknya disarankan adalah dengan cara mengeringkan dahulu daun tua segar yang masih hijau tadi sehingga seakan menjadi Teh di dalam rumah selama 3 hari atau lebih dan elakkan dijemur di bawah sinaran matahari yang terus. Sebaiknya daun yang disimpan hendaklah ia digunakan dalam masa tidak lebih dari 40 hari selepas diambil dari pokoknya. Ini adalah untuk memastikan khasiatnya masih pada tahap yang diharapkan apabila digunakan. Dikongsikan bagaimana cara cara paling mudah menysediakan produk teh daun durian belanda sendiri dirumah. Bahan-bahan yang diperlukan jika untuk sekali minum untuk seorang adalah terdiri dari 250 ml air minum dan 3 helai daun durian belanda yang telah dikeringkan. Seterusnya dipanaskan air minum hingga mendidih. Bilas daun durian belanda yang hendak digunakan dengan air bersih untuk menanggalkan kotoran seperti habuk dan sebagainya. Kemudian digunting halus (lebih kurang ½ cm lebar seperti gambar di bawah) daun durian belanda tadi dan masukkan ke dalam mug yang hendak digunakan. Seterusnya tuang air yang telah mendidih tadi ke dalam mug dan dibiarkan teh sejuk atau suam untuk diminum. Disyorkan untuk dos biasa boleh amalkan sekali sehari sebelum tidur malam. Sekiranya dicuba untuk merawat penyakit seperti kanser maka boleh diamalkan minum 5 atau 6 kali sehari. Pada hari pertama boleh amalkan 2 atau 3 kali sehari kemudian tambah beransur-ansur. Kesan rawatan selalunya akan mula dirasai selepas 2 atau 3 hari. Kesakitan akan mula dirasai berkurangan. Jika kesakitan masih tiada perubahan selepas seminggu maka rawatan ini mungkin tidak berkesan untuk penyakit yang dirawat. Teh dari daun durian belanda (soursop) dilaporkan ada khasiat anti kanser. Ia sesuai dan boleh rebus daun basah atau kering. Sebsanyak 10 - 15 helai daun masukkam kedalam sau liter air mendidih selama 15 - 30 minit. Sejukkan dan tapis air. Minum satu cawan 2- 3 kali sehari dimana untuk selama sebulan dan check balik tumbuhan. Adalah dicadangkan mereka yang ada ovarian cyst dan endometriosis khususnys lepas bedah utk amalkan. Pokok Durian belanda mudah ditanam dikawasan rumah dan pembaca blog juga boleh membuat industri air teh. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENGUBATI PENYAKIT... BANYAKNYA...
DIBUAT TEH... DITUNJUKKAN CARANYA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...
By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Ramadan 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.