Support My Blog

Wednesday, April 12, 2023

JINTAN DAN KISAH MENARIK

JINTAN MANIS
(Carum carvi) dan JINTAN PUTIH (Cuminum cyminum) adalah sejenis herba yang dihasilkan oleh dua jenis tumbuhan dari keluarga Apiaceae yang memang popular dikalangan masyarakat Malaysia dan Indonesia khususnya didalam menyediakan makanan tradisional dalam masyarakat Jawa. Penulis blog telah lama mengenali ada dua jenis jintan dipasaran iaitu jintan manis dan jintan putih. Beberapa jenis makanan menggunakan bahan wajib jintan seperti masakan ayam ungkep, kuih rempeyek, sate, rendang dan pelbagai juadah lain terutama makanan yang dihidangkan semasa sambutan Hari Raya Puasa. Dalam menyediakan ramuan sate peda penulis blog tahu memang perlu dipastikan ada herba rempah ketumbar, jintan dan gula. Jintan dianggap sebagai salah satu ramuan istimewa dan juga salah satu ramuan penting untuk masak 'Ayam Ungkep' selain daripada Ketumbar. Nama lain bagi jintan adalah seperti Karauya (Arab), Ge Lu Zi (China), Caraway (English), Kummel (Germany), Hime Uikyou (Jepun), Kaerowei (Korea) dan Thiam Thakap (Thailand). Tumbuhan jintan ini dipercayai berasal dari Asia Barat, Eropah dan juga Kawasan Afrika Utara. Dilaporkan dimana tanaman Jintan Manis (Carum carvi) ini adalah berbeza dengan Jintan Putih (Cuminum cyminum) dari segi spesis dan juga buahnya walau pun dari keluarga yang sama. Jintan Putih juga di kenali sebagai Cumin (English), Kamun ; Komaun (Arab), Ou shi luo (China), Komijn (Belanda), Jiira ; Zeera (Hindi), Jinten ; Jinten Putih (Indonesia), Cuminho (Portugis), yee ra ; Thian Khao (Thailand) dan Comino (Sepanyol). Jintan putih juga merupakan rempah yang digunakan sama seperti jintan manis cuma bezaya Jintan Putih berwarna cerah dan agak halus sementara Jintan manis berwarna Gelap dan lebih besar. Kalau nak goreng keladi, Goreng ikan bilis memang sedap kalau di tambah jintan sebagai ramuan istimewa. Harga di pasar menunjukkan tidak banyak perbezaan antara jintan manis dengan jintan putih tetapi lazimnya jintan putih agak lebih mahal sedikit. Jintan dijual dalam bungkusan plastik seberat 50-100 gram atau kadang-kadang kita boleh beli secara pukal dengan ditimbang dahulu mengikut kuantiti yang kita hendak. Artikel subuh Selasa 20 Ramadan 1444 Hijrah ini saya terpanggil untuk menulis dalam blog iaitu "Anim Agro Technology" berkaitan beberapa kisah menarik mengenai herba jintan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Ramai kalangan pembaca di Malaysia yang jarang mengetahui dimana tanaman jintan hitam adalah sesuai ia tumbuh di wilayah tropika sebab tanaman ini memelukan sinar matahari penuh. Selain itu juga dimana ada beberapa perkara penting yang perlu untuk dilakukan agar penanaman jintan hitam menghasilkan kualiti yang baik. Langkah pertama adalah proses penyediaan tanah dimana sebelum melakukan penanaman sebaiknya perlu diperiksa pH tanah dua hingga tiga bulan sebelum tarikh tanam untuk memastikan pH sesuai dengan nilai pH6 - pH7 dimana boleh ditambah unsur sulfur (S) ke dalam tanah untuk menurunkan pH jika diperlukan. Biarkan tanah selama dua hingga tiga bukan untuk memberi waktu pada tanah untuk mengubah kadar pHnya dan kemudian dibubuh dengan baja organik seperti baja kompos kelokasi penanaman sehingga kedalaman 20 - 25 cm dimana kompos akan meningkatkan nilai nutrien dalam tanah dan juga berfungsi sebagai baja semulajadi. Penanaman dilakukan dengan cara menaburkan biji jintan hitam di atas lokasi penanaman sebelum ditutup dengan lapisan tanah di atasnya setebal ¼ hingga ½ inci tanah di atas taburan biji dan sedikit padatkan secara lembut agar benih selamat. Seterusnya disiran dengan air sehingga kedalaman 2 - 5 cm tetapi perlu berhati-hati jangan sampai air terlalu banyak dan menghanyutkan bibibenih atau tidak tergenang air. Bila ia sudah tumbuh setinggi 5 - 7 cm maka boleh dijalankan aktiviti penjarangan dengan mencabut anakpokok jintan dimana jarak sesuai untuk tumbuh dewasa adalah sejauh 10 - 15 cm sahaja. Lazimnya pokok j
intan yang tumbuh sepenuhnya akan mempunyai ketinggian sekitar iaitu antara 20 - 60 cm dengan dengan lebar kanopi tumbuhan sekitar 5 - 10 cm diantaranya. Pastikan tanaman jintan mendapat sinaran cahaya matahari sepenohnya sepanjang masa. Lazimnya jangkahayat tanaman jintan selama 3 tahun dan juga berbunga pada tahun ke tiga.  Jadualkan penanaman agar masa menuai adalah semasa cuaca panas dan kering. Ini kerana dalam keadaan ini akan kurang risiko hasil tuaian biji jintan ini diserang oleh kulat. Selalunya biji tua akan berwarna coklat dan boleh dituai dan di jemur sehingga ia kering dibawah sinaran matahari atau boleh juga gunakan mesin pengering jika jumlahnya banyak berskala komersil. Bila sudah cukup kering maka biji jintan ini disimpan didalam bekas atau pembungkus yang kedap udara. Kelembapab yang ada diluar akan merosakkan simpanan biji jinta yang kurang sempurna. 


Herba Jintan Putih atau Cumin (Cuminum cyminum) ialah tumbuhan berbunga di dalam keluarga Apiaceae yang berasal dari kawasan iaitu sekitar Mediterranean timur ke India. Benihnya (setiap sebutir terkandung dalam buah yang apabila dikeringkan sesuai untuk digunakan dalam masakan pelbagai budaya yang berbeza. Biji Jintan putih adalah benih yang telah dikeringkan dari herba Cuminum cyminum, iaitu ahli keluarga herba tahunan atau perennial dengan daun beraromatik (parsley). Pokok jintan putih tumbuh 30-50 cm (1.0 - 1.6 kaki) tinggi dan dituai dengan menual gunakan tangan. Ia adalah merupakan jenis tumbuhan tahunan herba dengan batang langsing bercabang 20-30 cm tinggi. Daunnya berukuran 5 - 10 cm panjang serta ringan seperti bulu burung dan ia mempunyai daun pada setiap sisi paksi biasa iaitu seperti bebenang. Bunganya kecil, putih atau merah jambu yang terlekat pada umbels. Buahnya terletak sisi condong bercantuman (lateral fusiform) atau bujur memisah dari buah (ovoid achene) 4 - 5 mm panjang dimana lazimnya ia mengandungi biji-biji tunggal. Biji Jintan putih memang menyerupai biji jinten (caraway seeds), berbentuk bujur memanjang dan berwarna kuning-coklat iaitu seperti ahli keluarga lain dalam Umbelliferae sebagaimana jinten (caraway), pasli (parsley). Kegunaan Biji Jintan putih selalu digunakan sebagai rempah kerana rasa dan aroma tersendiri. Ia terkenal di peringkat global dan sebagai bahan perisa terpenting dalam kebanyakan masakan, terutamanya dalam masakan di Asia Selatan, Afrika Utara dan Amerika Latin. Jintan putih juga terdapat dalam keju Belanda, seperti keju Leyden (Leyden cheese), dan dalam beberapa roti tradisional dari Perancis dan dalam masakan tradisional Brazil. Jintan putih juga sebagai bahan ramuan dalam serbuk cili seperti pada kebiasaan cara orang Texas atau Mexico. Bahan herba ini sering didapati dalam campuran achiote, adobos, sofrito, garam masala, curry powder dan bahaarat. Jintan putih boleh digunakan secara kisar atau sebagai keseluruhan tanpa kisar. Ia membantu menambah perisa dan kelazatan dalam banyak jenis masakan serta keenakan dalam penyediaan sup juga dalam kari dan rempah berlada.


Banyak khasiat dan kegunaan jintan putih iaitu sejensi herba yang merupakan salah satu rempah yang kerap digunakan untuk menyedapkan makanan. Jintan putih memberi rasa khas pedas dan hangat untuk hidangan seperti kari atau gulai. Ada dua jenis jintan yang diketahui seperti penerangan diatas iaitu jintan putih dan jintan manis dipasaran Malaysia. Pada umumnya jintan putih lah yang kerap digunakan dalam campuran masakan. Jintan putih juga telah lama digunakan dalam pengubatan tradisional di beberapa wilayah Asia. Kajian moden telah mengesahkan ada beberapa manfaat kesihatan yang secara tradisional dikenalpati dari herba biji jintan termasuk membantu dalam proses pencernaan dan mampu mengurangkan infeksi yang mungkin merebak melalui makanan. Kajian makmal seperti kemampuannya untuk meningkatkan berat badan dan meningkatkan kawalan paras gula darah dan kandungan kolesterol. Menggunakan jintan putih pada masakan tidak hanya sekadar melazatkanmakanan sebaliknya ia juga memang menyihatkan. Jintan didakwa mampu untuk ianya melancarkan pencernaan. Penggunaan jintan putih secara tradisional yang paling umum adalah untuk gangguan pencernaan. Fakta dimana hasil kajian telah dapat mengesahkan bahawa jintan putih dapat membantu untuk ia meningkatkan pencernaan normal. Jintan putih dapat juga meningkatkan aktiviti enzim pencernaan dan berpotensi mempercepat pencernaan. Jintan putih juga meningkatkan pelepasan hempedu dari hati. Hempedu membantu mencerna lemak dan nutrisi tertentu dalam usus. Kajian terhadap 57 pesakit dengan sindrom Radang Usus Besar (IBS) mendapati gejala sembuh setelah mengambil jintan putih pekat selama dua minggu. Komponen jintan putih menunjukkan manfaat mengubati diabetes. Satu kajian klinikal ada menunjukkan suplemen jintan putih pekat mendukung indikator awal diabetes pada individu yang kelebihan berat badan. Jintan putih juga mengandung beberapa komponen yang melawan beberapa kesan jangka panjang dari diabetes. Salah satu cara diabetes merusak sel-sel dalam tubuh adalah melalui Advanced Glycation End product (AGE). AGE dihasilkan secara spontan dalam aliran darah ketika kadar gula darah tinggi dalam jangka waktu yang lama pada pesakit diabetes. AGE dibuat ketika gula yang telah melekat pada protein dan mengganggu akan fungsi normalnya. AGE kemungkinan bertanggung jawab atas kerusakan mata, ginjal, saraf, dan pembuluh darah kecil pada diabetes. Kajian ada menunjukkan dimana suplemen jinten putih pekat dimana jika diambil secara rutin dalam bentuk ramuan masakan atau suplemen akan dapat membantu mengawal gula darah pesakit diabetes. Kajian mendapati dimana jintan putih dapat menstabilkan kolesterol. Dalam beberapa kajian mendpati kadar kolesterol LDL teroksidasi "buruk" menurun hampir 10% pesakit menggunakan ekstrak jintan lebih dari satu setengah bulan. Jintan Putih juga didakwa membantu untuk penurunan berat badan dan pengurangan lemak. Suplemen jintan putih pekat telah membantu mendorong penurunan berat badan dalam beberapa studi klinis. Satu studi terhadap 88 wanita kelebihan berat badan menemukan bahwa yogurt yang mengandung 3 gram jintan mampu meningkatkan penurunan berat badan. Herba ini juga mampu untuk mencegah Keracunan Akibat Makanan. Hasil dari kajian mendapati peranan tradisional jintan putih dalam ramuan masakan menjamiankeselamatan makanan. Banyak ramuan yang digunakan termasuk jintan dilihat memiliki sifat anti-microbe yang dapat mengurangkan risiko infeksi yang ditularkan melalui makanan. Jintan boleh mengurangkan pertumbuhan bakteria yang ditularkan melalui makanan dan beberapa jenis kulat toksik. Ketika dicerna maka jintan putih melepaskan komponen yang disebut megalomicin yang memiliki sifat antibiotik. Jintan juga mampu mencegah masaalah peradangan. Ekstrak jintan putih menghambat peradangan iaitu dari komponen jintan yang mungkin memiliki efek anti-inflamasi akan tetapi para saintis belum tahu mana yang paling penting. Semuga artikel ini membei info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HERBA BERGUNA... IANYA ADALAH JINTAN...
JINTAN HITAM... JINTAN PUTIH BERLAINAN...
MALAYSIA IMPORT... DARI NEGARA LAIN....
MASAKAN KITA... BANYAK DIGUNAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Ramadan 1444H).
SELAMAT BERPUASA RAMADAN...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...