Support My Blog

Friday, April 21, 2023

TANAM BAWANG PUTIH - MUDAHNYA!

MENANAM BAWANG PUTIH
(Allium sativum) merupakan satu aktiviti yang agak mudah dilakukan sama ada ditanam dikebun biasa atau pun didalam bekas disekeliling rumah. Bawang putih merupakan sejenis tumbuhan dari genus bawang yang sama seperti bawang besar, bawang merah, bawang daun dan kucai. Bawang putih apa yang penulis blog lihat memang ada ditanam dan digunakan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu sebagai ramuan masakan dan juga ada dijadikan untuk perubatan dan komestik. Bawang putih agak mudah dikenali umbisinya kerana ia berwarna putih kulitnya. Tumbuhan yang mempunyai daun yang panjang dan juga bebawang yang berada dalam tanah yang cetek mudah dihasilkan dengan teknik tanaman yang betul. Ia berbeza dengan bawang besar yang selalunya hanya mempunyai sebiji bebawang tetapi bawang putih dibentuk dari beberapa ulas bebawang yang membentuk sebiji bawang. Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan, Utara Iran, Afghanistan dan Pakistan dimana sudah dibiakbaka menjadi pelbagai jenis daripada pokok liar.  Penulis blog merujuk rekod di Jabatan Pertanian Malaysia dimana tiada maklumat mengenai wujud tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia sejal lama dulu adalah seperti negara China dengan 10.5 juta metrik tan setahun (kira-kira 77% penghasilan dunia) dan ia diikuti oleh negara India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Sejak dulu memang Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih untuk kegunaan domestik. Asasnya bawang putih ialah tanaman semusim yang mempunyai ciri-ciri morfologi sama seperti sayuran Allium yang lain iaitu mempunyai bebawang, daun terubah, berakar cetek serta mempu mengeluarkan bau yang kurang enak semasa segar. Bawang putih ditanam sepanjang tahun sama ada musim bunga, musim panas, musim luruh dan juga musim sejuk. Bagi penanaman komersil dinegara pengeluar umumnya benih bawang putih yang telah dipilih dimasukkan sedalam 1 cm di dalam tanah atas batas dengan jarak tanaman 0.30 meter x 0.40 meter. Dilaporkan dimana memang tidak banyak serangan serangga perosak dan penyakit kepada tanaman bawang putih kecuali serangan oleh cacing nematod dan penyakit akar putih. Serangga perosa yang menganggu hanya seperti Kutu trip dan hamama. Kawalan menggunakan minyak putih lebih berkesan dimana sebaiknya penanaman bawang putih memerlukan baja organik yang banyak. Umumnya ada terdapat 2 jenis bawang putih yang popular di negara pengeluar utama iaitu varieti bawang putih tangkai keras dan tangkai lembut. Jenis tangkai keras sesuai ditanam pada musim sejuk manakala jenis tangkai lembut sesuai ditanam pada musim panas dan kawasan yang mana ia berhampiran dengan khatulistiwa. Bebawang bawang putih mengeluarkan bau yang kuat ketika dimasak dan memberikan rasa yang enak dalam masakan. Penuaian sering dijalankan apabila daun mulai kering dan dicabut menggunakan tangan. Tanah yang tertinggal pada akar dibuang dengan tangan dan kemudian setiap rumpun diikat untuk dijemur. Bawang putih komersial selalunya akan dibuat penggredan dengan 10 kg seikat mengikut saiz iaitu kecil, sederhana dan besar. Apa pun potensi dan anggaran hasil bawang putih ialah antara 6 - 8 metrik tan satu hektar bagi kebun komersil. Penyimpanan bawang putih sangat penting untuk memastikan bawang berada dalam keadaan rehat (dorman) untuk suatu tempoh tertentu dengan suhu lebih dari 18 °C dan di kawasan yang berkelembapan udara rendah. Dilihat dimana pada masa biasa (musim panas) bawang putih digantung di tepi atap atau rumah petani secara tradisional. Bawang putih dilaporkan  memang ia tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk kerana kelembapan udara yang tinggi boleh mempercepatkan penguraian bawang putih oleh bakteria dan bawang menjadi rosak. Artikel subuh 26 Ramadan 1444H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan teknologi penanaman bawang putih untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Penulis blog memang pernah ditanya bagaimanakah cara menanam bawang putih yang betul dan mudah untuk  penjagaannya. Apa pun ia perlukan komitment tinggi didalam menanam bawang putih sendiri jika ingin berjaya. Ini kerana 
bawang putih merupakan tanaman yang sering digunakan dalam kehidupan manusia sama ada didalam masakan, perubatan disebabkan akan fungsi serbaguna dan dijamin khasiatnya. Bawang putih ataupun tergolong dalam keluarga bawang yang berbentuk serumpun umbisi setelah matang. Walau pun tanaman ini tidak ditanam secara komersial di Malaysia kerana kurang sesuai dari segi iklim tetapi ia masih boleh dicuba. Iklim di Malaysia yang lembap dan hujan sepanjang tahun akan menyebabkan risiko penyakit terhadap bawang putih dan menyebabkan kerugian besar jika ditanam di kebun terbuka. Ini yang menyebabkan Malaysia adalah pengimport tegar  bawang putih terutama dari China dengan kuantiti banyak. Apa pun kalau hendak menanam sendiri dikawasan keliling rumah masih boleh diusahakan. Apa yang penting ada ilmu dan juga pengalaman didalam menanam bawang putih. Dari segi kesesuaian dimana disebabkan iklim Malaysia yang tidak bersesuaian dengan tanaman ini maka cara terbaik boleh dilakukan adalah dengan mengubah persekitarannya. Tetapi jika ingin menanam bawang putih pada skala komersial agak luas maka ianya akan memakan kos yang tinggi dari segi pembuatan Rumah Pelindung Hujan (SPH) dan sebagainya. Apabla kos bagi pengeluarannya tinggi maka bawang putih ditanam perlu dijual mahal sedangkan kos bawang putih import adalah jauh lebih murah. Maka bagi mencuba menanam bawang putih di rumah boleh dilakukan pada skala kecil sahaja agar kos didalam pengeluarannya rendah dan mendapat hasil bawang putih yang segar. Apa pun asasnya tanaman bawang putih dikebun ia memerlukan persekitaran bersuhu tinggi dan kering. Ia juga boleh dilakukan dengan membuat SPH mini dikawasan kecil dikawasan rumah yang mudah dibina asalkan mendapat sinaran matahari. Boleh juga menanam bawang putih ini dengan menggunakan bekas media seperti pasu atau kontena yang mudah diuruskan. Penting 
untuk mengetahui tentang kesesuaian tanah yang sesuai untuk tanaman ini dari jenis loam berpasir dengan nilai pH 5.5 - pH7.


Jika ingin menanam dikawasan terbuka sebaiknya kerja p
enyediaan tanah dengan menggemburkan dulu tanah dengan gunakan alatan sesuai seperti cangkul. Bagaimana pun jika ditanam dalam bekas boleh dapatkan media tanaman daripada kedai nurseri sahaja atau beli di kedai DIY. Tanah yang sudah digemburkan boleh dinaikkan batas setinggi 60 - 150 cm lebar dan 20 - 50 cm tinggi serta panjang ikut kesesuaian tanag agar penanaman mudah dijaga. Penanaman dilakukan sebaiknya setelah tanah disiapkan lebih 1 minggu dan dibubuh baja oranik. Dalam menanam bawang putih sendiri sebaiknya memilih bahan tanaman atau benih sesuai sebelum menanam. Secara teorinya penanaman bawang putih boleh ditanam dengan dua cara sama ada menggunakan biji benih atau pun menggunakan umbusinya. Menanam menggunakan biji semakin susah dilakukan kerana proses yang agak rumit dan disyorkan menggunakan umbisinya sahaja. Sumber benih boleh didapatkan dari kedai dengan memilih bawang merah yang segar, sihat dan didalam rumpunnya. Kemudian setiap bawang ini diceraikan menjadi beberapa ulas. Ia boleh disemai dahulu akan tetapi kalau dikeliling rumah atau dalam pasu boleh ditanam terus sahaja. Bagi kaedah penanaman pada batas sebaiknya menggunakan ulas bawang yang disediakan dimana ulas bawang itu ditanam pada kedalaman 2-3cm dari paras permukaan (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog syorkan agar jarak tanaman bawang putih adalah ja Manakala untuk jarak penanamannya pula adalah 15 cm x 15 cm dengan rapi dan tersusun. Pastikan saiz umbisi melebihi berat 1.5 gram setiap ulas sebelum ditanam. Elakkan menanam benih yang sangat kecil. Cara penanaman betul dan disiram membolehkan ia akan bertunas dalam masa 6 - 8 hari selepas ditanam.


Selepas ditanam selalu perlu perhatikan amalan agronomi dengan menyiramnya tetapi jangan terlalu berlebihan. 
Seperti dengan tanaman lain, bawang putih juga perlu disiram secara berkala sebanyak 2 kali sehari. Namun begitu penyiraman perlu secara beransur dikurangkan dalam tempoh 2-3 minggu terakhir kepada sekurangnya 1 kali sehari sebelum penuaian. Periksa benih yang tidak tumbuh dan disulam dengan benih lain dselepas seminggu ditanam. Daun yang tumbuh perlu diperiksa selalu dari serangan perosak dan penyakit. Pembajaan tanaman ini dengan berikan baja yang terbaik bagi tanaman bawang putih adalah baja organik kerana ianya lebih murah, mudah didapati dan selamat untuk tanaman. Penggunaan baja organik berasaskan tahi ayam. Pemberian baja perlu dijalankan iaitu secara berperingkat iaitu pada masa awal penanaman, pada pertumbuhan tunas dan peringkat pertumbuhan isi. Kadar yang diperlukan adalah lebih kurang 20-30g sepokok bagi setiap peringkat tersebut. Ada kalanya bunga akan keluar pada tanaman bawang putih berwarna putih dimana ia memang perlu dicantas segera atau dibuang disebabkan ia akan mendominasi penyerapan nutrien dimana ini akan menyebabkan pertumbuhan umbisi bawang terjejas. Selain itu memang secara teknikal tanaman bawang putih amat sensitif terhadap kelembapan yang tinggi dan disyorkan agar tanaman ini ditutupi bahagian permukaannya dengan sungkupan bagi mengawal kelembapan berlebihan. Antara jeni serangan yang paling umum terhadap bawang putih adalah oleh Nematod  dan White root disease. Cara pencegahan daripada masalah tersebut adalah dengan amalan pertanian baik dari segi operasi dan kebersihan. Kebiasaannya petani yang arif tentang kesihatan lebih cenderung menggunakan pendekatan yang lebih organik bagi menghasilkan tanaman yang sihat dan selamat untuk dimakan iaitu dengan semburan menggunakan white oil. Penyakit tersebut berpunca daripada virus dan kulat dimana amalan menggunakan racun kulat pada kadar yang bersesuaian masih relevan untuk digunakan. Daripada kajian dan pemerhatian dimana proses menuai bawang putih ini selalunya mempunyai 2 peringkat iaitu peringkat menuai daun dan peringkat mengambil umbisinya. Penuaian daun bawang putih ini sesuai dilakukan selepas 1 bulan penanaman dimana daun bawang yang masih hijau dipotong dengan pisau tanam untuk pelbagai kegunaan. Manakala untuk menuai umbisi bawang putih sesuai dilakukan dalam tempoh 6-8 bulan selepas penanaman. Apabila dilihat banyak daun yang bertukar kekuningan, jaly atau hampir kering menunjukkan yang bawang tersebut diperingkat matang dan sesuai dituai dengan mencabutnya dengan tangan. Menudian bawang ini perlu dibersihkan dari ptanah dan dijemur sehingga kering. Sebaiknya semua hasil bawang putih perlu disimpan pada kawasan yang kering sekurangnya lebih daripada 18°C bagi melanjutkan jangka hayat penyimpanan. Kalau menanam dan menuai sendiri bawang putih dikeliling rumah boleh mencabut serumpun dua sahaja sesuai dengan keperluan untuk menggunakannya. Semuga artikel ini memebri info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!!!...
BAWANG PUTIH... MUDAH TANAMNYA...
BATAS DISEDIA... DALAM PASU JUGA...
BENIH DITANAM...DISIRAM DAN DIJAGA...
SUDAH MATANG... DICABUT MENUAINYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Ramadan 1444H).
Esok Hari Raya 1 Syawal 1444H

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...