Portal berita bharian.com laporkan dimana 'Bintangor Terkenal dengan Limaunya' iaitu kisah dari Sarikei sesuai dikongsikan. Dilaporkan rasanya lebih masam berbanding limau Mandarin, namun 'Limau Bintangor' atau lebih dikenali sebagai 'Gi Giang' dalam bahasa Foochow mendapat permintaan tinggi di pasaran kerana dipercayai mengandungi pelbagai khasiat. Penulis blog yang pernah bertugas di Jabatan Pertanian Sarawak ada beberapa kali ke Sarikei bagi membuat tinjauan teknologi tanaman limau ini dahulu. Dilaporkan biarpun saiznya kecil berbanding limau Mandarin, limau Bintangor digemari kerana antara lain mempunyai kandungan Vitamin C lebih tinggi. Memang tidak menghairankan apabila tanaman itu muncul antara produk pertanian utama di wilayah tengah Bumi Kenyalang, khususnya di Bintangor, termasuk Sarikei dan kawasan sekitarnya, dengan kebanyakannya diusahakan secara tradisi oleh masyarakat Cina. Sesiapa yang ke pekan Bintangor seolah-olah tidak lengkap tanpa membeli buah limau berkenaan sebagai buah tangan, sekali gus ianya akan memperlihatkan potensinya dalam membantu didalam cara mempromosikan pekan itu sebagai tarikan pelancongan. Salah seorang pengusaha Limau Bintangor, Elizabeth Chiew Peng (43) mendakwa limau berkenaan hanya berbuah pada musim panas dari Mac hingga Jun setiap tahun dimana dengan hasil tuaian diperoleh bukan hanya bagi menampung pasaran tempatan dimana bahkan dieksport ke beberapa negara jiran. Strategi untuk melariskan jualan dimana mereka tidak perlu pergi jauh dan hanya mendirikan pondok kecil di tepi jalan bagi menarik perhatian pelanggan. Limau Bintangor sentiasa mendapat permintaan tinggi pengemarnya walaupun sedikit masam. Sepanjang Mac hingga Jun setiap tahun biasanya di pekan Bintangor masih berubah wajah dengan kehadiran pondok jualan seolah-olah berlangsungnya `Pesta Limau Bintangor'. Ada yang membelinya untuk kegunaan sendiri, tidak kurang pula yang membeli dengan jumlah banyak untuk dijual di tempat lain. Harga ditawarkan antara RM3 - RM6 sekilogram bergantung kepada kualiti dan saiz buah. Bagaimanapun, jika mahu lebih murah, pelanggan boleh membelinya terus dari kebun, Bagi seorang lagi pengusaha iaitu Lim Hi Peng (32) dimana limau berkenaan mendapat namanya kerana ia hanya boleh diperoleh di pekan ini malah sudah pun ia menjadi ikon pekan Bintangor (Sila lihat foto disebelah). Ia mudah ditanam, boleh daripada semaian biji benih atau keratan batangnya dimana menjaganya juga tidak rumit, cuma pastikan cukup air dan sinaran matahari. Apa pun dakwanya lagi ia perlu memberikan perhatian pada peringkat awal tanaman kerana anak pokok mudah diserang penyakit. Walaupun Limau Bintangor amat popular dalam kalangan penggemarnya masih tidak ramai memiliki kemahiran memilih buah yang baik dan manis. Ada ramai 'terkena' buah yang terlalu masam kerana tidak tahu akan rahsianya. Justeru itu sebelum membeli kena pastikan terlebih dahulu bahagian bawahnya cengkung. Ini kerana, bahagian bawah yang rata menandakan buah itu sebenarnya amat masam. Itu petua untuk membeli limau Bintangor.
Dalam portal utusanborneo.com dilaporkan bagaimana 'Pengusaha limau mampu menjana pendapatan lebih RM2,000 sebulan' yang menarik kisahnya. Petani dari Limbang, Sarawak nyatakan dimana setelah berbudi kepada tanah maka nyata membawa tuah kepada seorang petani apabila mampu menjana pendapatan lebih RM2,000 sebulan selepas nekad meng-usahakan tanaman limau manis dan limau madu di kebunnya di Kampung Sebetung Tubai, Limbang. Pengusaha berjaya dikenali sebagai Encik Ballang Pelita mengusahakan tanaman itu seluas dua hektar secara sepenuh masa sejak 2014 yang kini menjadi kerjaya tetapnya selain dia menanam tanaman buah-buahan lain. Ballang dakwa dimana usaha itu dilakukan sejak lima tahun lalu dan kini beliau memiliki 700 pokok limau jenis limau manis dan madu. Tambahnya lagi selepas melihat hasil yang diperoleh itu maka dia mengambil keputusan untuk meperluaskan lagi tanaman miliknya. Kini hasil buah yang diraih akan dijual di tamu pada Khamis dan Jumaat dengan harga RM10 sekilogram untuk limau madu dan juga RM8 sekilogram untuk limau manis. Jabatan Pertanian sentiasa berusaha membantu menjana pendapatan rakyat melalui sektor pertanian. Penulis blog beberapa kali ke Limbang dahulu semasa bertugas di Jabatan Pertanian Sarawak untuk membuat tinjauan teknologi pembanguna sektor tanaman. Apa pun melihat kegigihan pengusaha limau manis dan madu di daerah ini dimana Ballang turut mendapat bantuan benih dan baja daripada Jabatan Pertanian Limbang pada peringkat awal beliau memulakan projek tersebut pada 2014. Bantuan baja juga diteruskan pada 2017 iaitu selang tiga tahun daripada bantuan yang pertama. Kebun limaunya yang diusahakan adalah terletak di Kampung Sebetung Tubai. Galakkan dari kerajaan adalah untuk memperbesarkan projek tanaman limau tersebut memandangkan keluasan kawasan yang dimilikinya membolehkan tanaman tersebut diperba-nyakkan lagi. Kini dilihat sektor pertanian sesuai sebagai perniagaan untuk meraih pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga.
Kisah bagaimana 'Penduduk Samarahan digesa kembali menanam limau manis' agak menarik untuk dikongsikan. Ini kerana kawasan terbabit pernah menjadi kawasan utama penanaman limau manis dahulu dimana kini tanaman kelapa sawit, nanas dan tanaman kontan lain sudah mula mengambil alih corak pertanian di sini. Kini harga buah limau manis jauh lebih tinggi berbanding dengan kelapa sawit dan beberapa tanaman lain. Gesaan dibuat oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan yang menyatakan kini harga ladang buah limau manis diantara RM5 - RM7 sekilogram dan akan meningkat lagi jika kualitinya terbaik. Petani di Kota Samarahan pernah dulu menanam limau manis dengan luas dimana buahnya dihantar ke Muara Tuang dengan kaedah menggunakan bot pada harga cuma RM0.50 - RM1.00 satu kilogram. Penulis blog pernah melawat projek tanaman limau manis ini pada tahun 1988 semasa bertugas di MIADP Melaka bersama rombongan dan cukup mengagumkan tanaman limau manis ketika itu. Kini sudah ada akses jalanraya dan jambatan baru yang membolehkan petani menghantar hasil tanaman mereka kebandar dengan lebih cepat dan segar kepada pengguna. Ahli Parlimen juga menyatakan sudah meluluskan peruntukkan sebanyak RM50,000 untuk tujuan pembangunan tanaman makanan termasuk penanaman limau manis. Dinyatakan juga bajet sebanyak RM200,000 untuk pembinaan infrastruktur jalan dan perparitan terutama dikawasan pertanian yang berdayamaju. Penanaman limau manis adalah paling luas di Negeri Sarawak iaitu 94.8% daripada jumlah keluasan tanaman limau manis di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
94.8% KELUASAN... KELUASAN MALAYSIA....
HARGA MAHAL... BERKUALITI BUAHNYA...
PERLU DITINGKATKAN... KELUASANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 15711, Hotel Ramada,
Bandar Iskandar Puteri,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(14 Ramadan 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.