Support My Blog

Saturday, April 22, 2023

BELAJAR TENTANG TUMBUHAN (PART 1)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2023...
TUMBUHAN (Plants) merupakan salah satu alam hidupan eukariot yang terdapat di alam semesta dengan ia terletak dalam kumpulan Plantae. Tumbuh-tumbuhan mendapatkan tenaganya dari cahaya matahari dengan menjalankan proses fotosintesis melalui kloroplas lalu menghasilkan kanji. Unsur udara, air dan juga nutrien merupakan keperluan asas bagi setiap tumbuhan untuk hidup. Hidupan tumbuhan apa yang penulis blog belajar merupakan hidupan yang merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan sendiri dengan menggunakan klorofil (zat hijau) untuk ianya menjalankan proses fotosintesis. Sel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa kajian dimana didapati yang sel tumbuhan mempunyai dinding sel. Apa pun saintis telah membahagikan tumbuhan kepada Tumbuhan Yang Berbunga (sama ada ia pokok berbuah atau pokok tidak berbuah) dan Tumbuhan Tidak Berbunga. Ilmu untuk belajar tentang tumbuhan ini sudah diajar diperingkat sekolah rendah di Malaysia lagi. Apa pun dari perspektif biologi dimana  tumbuhan memang ia merujuk kepada organisma hidup dalam alam tumbuhan. Tumbuhan vaskular sama ada herba atau berkayu dimana umumnya tumbuhan berkayu selalunya pokok dengan satu atau beberapa batang dan dahan yang tumbuh jauh dari tanah atau pun jenis tumbuhan renek tanpa batang yang jelas dan dahan yang hampir dengan permukaan tanah. Dalam pada itu ada dikenali Tumbuhan Saka Vaskular yang mana ia mungkin malar hijau, daun kekal sepanjang tahun, atau daun luruh berlaku pada musim luruh dalam setahun. Kebanyakan tumbuhan luruh diman aia biasanya dijumpai di kawasan beriklim sederhana dan sesetengah tumbuhan dikawasan tropika dan subtropika meluruhkan daun mereka pada musim kemarau (Seperti pokok getah). Apa pun penulis blog ingin kongsikan asas pembahagian jenis tumbuhan dimana ia mengikut penggunaan ia dalam kehidupan manusia. Paling penting adalah jenis Tanaman Makanan (food crop) termasuk buah-buahan, bijirin, sayur-sayuran, herba, rempah ratus dan sebagainya. Bagaimana pun Tumbuhan Bukan Makanan tetap penting dari segi ekonomi. Jangka hayat tumbuhan juga ada dijadikan asas pengkelasan tumbuhan iaitu jenis Tumbuhan Semusim, Tumbuhan Dwimusim, Tumbuhan Herba Saka dan Tumbuhan Berkayu Saka.  Kebanyakan tumbuh-tumbuhan hidup di darat dimana ada juga tumbuh yang menumpang pada pokok kayu lain. Ia juga terbahagi kepada efifit dan parasit. Terdapat juga tumbuhan yang hidup di atas air seperti keladi bunting dan alga. Pokok teratai sebagai contoh  walaupun hidup di air tetapi akarnya tertanam di dalam tanah. Tumbuh-tumbuhan membiak untuk mengekalkan kemandiriannya dimana ada tiga cara proses pembiakan tumbuhan iaitu melalui biji benih, keratan batang, tunas dan spora. Komponen tumbuhan penting dipelajari iaitu terdiri daripada bahagian Akar, batang, Daun, Bunga dan Buah untuk dirujuk. Artikel pada pagi Rabu 27 Ramadan 1444H ini saya gembira menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan dan maklumat berkaitan untuk dipelajari sebagai bahan rujukkan semua.


AKAR TUMBUHAN
(Roots) dari segi marfologi merupakan satu organ yang paling penting dalam tumbuhan berada dibahagian bawah tanah untuk memaut dan mebolehkan pokok berdiri tegak. Ia berfungsi untuk menyerap air dan nutrien untuk proses tumbesaran tumbuh-tumbuhan melalui proses penyerapan. Organ akar berbeza daripada satu jenis tumbuhan kepada jenis tumbuhan yang lain sama ada dari fungsi dan sistem akar berkenaan. Penulis blog dapati b
agi pokok vaskular dimana akar adalah organ tumbuhan yang pada kebiasaannya terletak di bawah permukaan tanah. Bagaimanapun ia juga bukannya satu kemestian kerana terdapat juga akar udara (aerial root) atau tumbuh dipermukaan air. Elakkan terkeliru dengan batang tumbuhan yang biasa terdapat di bawah tanah yang mana ia perkara yang biasa seperti Rizom. Dua fungsi utama akar adalah untuk penyerapan air dan nutrien bukan organik dan mengikat pokok kepada tanah. Secara umumnya ada dua jenis akar tumbuh-tumbuhan iaitu Akar Tunjang dan Akar SerabutAkar tunjang biasanya berada pada jenis  tumbuhan jenis kayu yang tumbuh tinggi dan berbatang besar. Umumnya hanya sedikit daripada tumbuhan penutup bumi yang mempunyai akar tunjang. Akar tunjang akan menjunam jauh ke dalam tanah untuk menambahkan kekuatan dan mengelakan pokok daripada rebah terutama semasa diiup angin. Antara pokok yang ada akar tunjang termasuk pokok durian, pokok ramabutan, pokok getah, pokok jambu batu, kebanyakan pokok kayu balak dihutan dan sebagainya. Jenis kedua iaitu akar serabut yang tumbug berserabut dan banyak serta berada diperdu tumbuhan. Tumbuhan akar serabut biasanya tumbuh sebagai tutup bumi dimana akarnya selalu menjalar beberapa kaki sahaja dari pokoknya. Contoh bagi jenis tumbuhan berakar serabut ialah seperti rumput, padi, kelapa, kelapa sawit, nanas dan banyak lagi.


Komponen BATANG (Stem) pada banyak tumbuhan penting dimana lazimnya b
atang merupakan bahagian tumbuhan pembuluh yang amat penting selain akar. Kebanyakan batang tumbuhan berada di atas tanah namun ada juga batang berada dibawah tanah. Penulis blog faham dimana secara umumnya komponen batang mempunyai sifat-sifat yang berbentuk panjang bulat seperti silinder atau dapat juga mempunyai bentuk lainwalau pun ia selalu bersifat aktinomorf. Ada batang yang terdiri atas ruas-ruas yang masing-masing dibataskan oleh buku-buku (nodes) dimana pada buku-buku inilah terdapat juga daun.  Batang tumbuhan akan tumbuh ke atas menuju cahaya atau matahari (bersifat fototrop atau heliotrop). Batang lazimnya akan bertambah panjang di bahagian hujungnya dimana ia juga berlaku iaitu batang mempunyai pertumbuhan yang tidak terbatas. Bahagian batang selelu bercabang atau mempunyai dahan, ranting dalam pelbagai saiz, bentuk dan keunikan yang tersendiri. Warna batang berbagai tetapi kebanyakan pokok saka berkayu seakan coklat kelabu dan bagi tanaman singkat masa ia berwarna hujau. Warna batang juga boleh berlainan semasa pokok vegetatif dengan pokok yang matang (reproduktif). Saintis membahagikan jenis batang kepada 2 kategoti iaitu Batang Berkayu dan Batang Tidak Berkayu. Jenis batang berkayu ia mempunyai struktur kayu seperti pokok kayu balak, pokok buah-buahan, pokok bunga raya dan banyak lagi. Pokok berkayu mempunyai jangka hayat yang lebih lama daripada tumbuhan tidak berkayu. Pokok berkayu mampu bersaiz besar, mempunyai akan tunjang yang besar dan menjunam jauh ke dasar tanah dan jauh dari permukaan tanah terutama pokok balak yang besar berumur ratusan tahun. Ia juga mampu menahan tiupan angin, hakisan, tanah runtuh dan menambahkan kekukuhan kawasan tanah yang terletak dikawasan lereng. Sementara itu  batang tidak berkayu memang tidak ada struktur kayu pada batangnya seperti rumput, sayur-sayuran, betik, pisang, kelapa sawit, krlsps, psdi, paku-pakis dan lumut. Tumbuhan tidak berkayu mempunyai saiz pokok yang lebih kecil berbanding dengan tumbuhan berkayu. Tumbuhan jenis ini tidak tegap, mudah patah, mudah rosak dan tumbang apabila terkena angin yang kencang dan secara umumnya tempoh hayatnya juga pendek.


Komponen DAUN (Leaves) juga pada penulis blog merupakan organ penting bagi tumbuhan. Apa pun d
alam bidang botani daun adalah sebuah organ yang bersambung kepada batang dan dhan tumbuhan berada di atas tanah dan yang menjalankan aktiviti fotosintesis. Daun biasanya berbentuk leper sesuai bagi menghasilkan permukaan yang luas supaya sel-selnya yang mengandungi kloroplas bukan sahaja dapat didedahkan kepada cahaya akan tetapi juga untuk membenarkan cahaya sampai sepenuhnya ke bahagian tisu-tisunya. Daun-daun juga merupakan bahagian tumbuhan bagi proses Respirasi, Transpirasi dan gutasi. Daun memang ia boleh menyimpan makanan dan air dimana ia kemudian boleh diubahsuai oleh sesetengah jenis tumbuhan untuk kegunaan lain. Struktur yang sama untuk tumbuhan jenis paku-pakis dirujuk sebagai "pelepah". Daun  merupakan salah satu sumber makanan manusia yang penting sebagai sayur-sayuran berdaun dan juga haiwan ternakan ruminanDaun mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan tekstur yang berbeza. Daun yang luas dan rata dengan urat daun tumbuhan berbunga yang rumit dimana ia dikenali sebagai megafil. Kebanyakan tumbuhan daripada  spesies yang memiliki ciri ini adalah tumbuhan berdaun lebar atau Megafil. Dalam kategori tumbuhan lumut dengan asal perkembangan yang berbeza, daunnya sederhana (hanya mempunyai satu urat) dan dikenali sebagai mikrofil. Bentuk daun tumbuhan menambahkan lagi keunikan tumbuhan tersebut dimana umumnya dilihat terdapat beberapa bentuk daun yang biasa dilihat seperti bujur, tirus memanjang,  bercabang, bulat dan jenis jarum. Daun tumbuhan hibiscus seperti bunga raya biasanya ia berbentuk bujur. Bagi daun pokok buluh dan bunga pagar berbentuk tirus memanjang dan bagi daun Pokok Pain pula seperti jarum. Sebenarnya bentuk daun mempengaruhi kekuatan tumbuhan. Contohnya daun halus seprti jarun (daun pkok pain) tidak mudah rosak oleh angin kencang. Dalam pada itu daun yang lebar dan nipis seperi daun pisang mudah rosak terutamanya ketika tiupan angin kencang. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam !!!..
NAMA TUMBUHAN... BANYAK CIRINYA...
AKAR TUNJANG... SERABUT PUN ADA...
BATANG MENEGAK... MENJALAR JUGA...
DAUNNYA HIJAU... PELBAHAI BUNGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
28 Ramadan 1444H.
Selamat Berpuasa!!..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...