Support My Blog

Saturday, April 15, 2023

PENGELUARAN BENIH PADI SAH 2022 DI MALAYSIA

PENGELUARAN BENIH PADI SAH (Certified paddy seeds) 
di Malaysia merupakan asas kepada industri tanaman padi bagi menjamin benih yang digunakan pesawah adalah terjamin dan berkualiti. Sepanjang tahun 2022 sebanyak 85,784.14 metrik tan benih padi telah dikeluarkan oleh 12 buah syarikat pembekal yang dilantik kerajaan. 
TANAMAN PADI (Oryza sativa) merupakan satu industri tanaman iaitu agromakanan yang ketiga terpenting di Malaysia selepas tanaman kelapa sawit dan getah. Keluasan tanaman padi pada tahun 2022 dilaporkan seluas 647,859 hektar iaitu seluas 38,732 di Sabah dan seluas 83,143 ha di Sarawak. Ia melibatkan seluas 210,288 ha di Kawasan Jelapang Padi dan bakinya diluar kawasan jelapang dan padi bukit (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan di Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Terdapat 12 Jelapang Padi di Malaysia yang masih produktif dalam mengeluarkan padi iaitu MADA, KADA, IADA Kerian, IADA BLS, IADA P. Pinang, IADA Semb Perak, IADA KETARA, IADA Kemasin Semerak, IADA Pekan, IADA Rompin, IADA Kota Belud dan IADA Batang Lupar. KADA merupakan kawasan Jelapang Padi (Grainary Area) yang terluas di Malaysia dengan 100,659 hektar dan IADA Batang Lupar merupakan Jelapang Padi terkecil dengan keluasan 1,121 hektar. Kawasan penanaman padi Luar Jelapang Padi teruas dengan 26,857 hektar dan Selangor serta Pulau Pinang tidak ada kawasan sawah luar jelapang. Data CCS Kebangsaan juga melaporkan dimana intensiti penanaman padi sawah di Malaysia adalah 94.5% dengan dua negeri mencapai 100% intensiti tanaman. Dua negeri tersebut adalah Perlis dan Pulau Pinang. Apa yang selalu menarik minat saintis dan orang ramai adalah purata hasil padi negara. Dilaporkan pada tahun 2022 purata hasil padi negara adalah 3,749 metrik tan sehektar dengan purata hasil padi sawah sebanyak 4,031 mt sehektar. Terdapat 11 jenis varieti padi yang d tanam di Malaysia sepanjang tahun 2022. Semua maklumat ini diperolehi daripada Jabatan Pertanian Malaysia, Ibupejabat Putrajaya pada April 2023 yang saya rujuk. Artikel pada subuh 17 Ramadan 1444H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat mengenai pengeluaran benih padi sah mengikut varieti padidan ia berkait dengan varieti paling popular di tanam di Malaysia sepanjang Musim Utama dan Luar Musim tahun 2022 untuk dijadikan bahan rujukkan.


(1) Varieti MR 297

Varieti ini merupakan varieti yang paling banyak dikeluarkan untuk ditanam kepada pesawah tahun 2022. Dilaporkan sebanyak 43,503 metrik tan benih padi varieti MR297 telah dihasilkan iaitu merupakan 50.82% daripada jumlah kesemuanya. Ia masih varieti padi paling luas dan terpolular di tanam di Malaysia dengan kebanyakan kawasan jelapang padi dan kawasan IADA menanam varieti padi ini. Padi MR297 adalah varieti yang memberikan hasil tuaian yang baik. Kelebihan varieti padi ini adalah didakwa ia rintang kepada penyakit karah dan boleh menjadi salah satu alternatif kepada petani terutama pesawah di kawasan sawah yang selalu ada serangan penyakit karah yang serius. Potensi hasil varieti ini adalah setanding dengan varieti lain terkini dan mempunyai citarasa nasi yang sesuai kepada pengguna tempatan. Sila baca keterangan varieti padi ini dalam blog ini dengan pautan berikut (Sila klik disini). Padi varieti ini yang mempunyai tempoh matang antara 110-115 hari mempunyai potensi hasil maksima sebanyak 8,140 kg sehektar. Varieti MR297 telah diistiharkan pada 2016 dengan nama varieti adalah Padi Siraj 297. Padi ini mempunyai aras ketinggian pokok 74 - 82 cm dengan purata berat bagi 1,000 butir piji adalah 27-29 gram. Bagaimana pun laporan CCS mendapati purata hasil dicapai pada musim tersebut di Malaysia adalah sebanyak 4,436 kg sehektar atau pun 54.5% kadar purata dimana hasil pencapaiannya pada musim tersebut. Beberapa varieti yang mencapai penghasilan tinggi seperti di IADA Ketara sehingga melebihi 8.0 mt sehektar aadalah varieti MR297. Apabila cuaca mengizinkan (tidak banjir), pembajaan dengan baik dan kurang serangan baik memang varieti ini mampu memberikan hasil yang tinggi. 



(2) Varieti MR315

Varieti padi MR315 merupakan varieti terbaru yang mendapat sambutan terbaik dari pesawah di Malaysia. Pada tahun 2022 sebanyak 9,208.88 metrik tan padi ini dikeluarkan sebagai benih padi sah yang meliputi sekitar 10.73% daripada jumlah keseluruhan benih padi sah. 
VARIETI PADI MR 315 merupakan varieti baharu hasil pembiakbakaan oleh pihak MARDI yang telah dibangunkan menggunakan kaedah kacuk-ulang antara titisan padi Y1512 (MR 256) dan MR 253 sebagai induk ulangannya. Kacukan dilaksanakan pada musim luar pada tahun 2006 dan 2007 diikuti dengan pemilihan pedigri dan penilaian hasil di MARDI Seberang Perai yang kemudiannya dimajukan untuk penilaian G × E di jelapang padi utama. Secara amnya dimana padi varieti MR 315 adalah matang awal (105 - 109 hari), pokok yang rendah (103.3 - 106.3 cm), pengisian biji bernas per tangkainya sekitar 88.3 - 88.6% dan berat seribu biji sekitar 29.5 - 30.0 gram. Saya ada memperincikan ciri variti padi ini dalam blog sama dengan pautan berikut (Sila klik disini). MR 315 dilaporkan mempunyai beras yang panjang dan tirus, kandungan amilosanya sederhana (22.6 - 23.0%) dan penghasilan beras kepala melebihi 80%. Tambahan pula didakwa padi varieti MR 315 menunjukkan kerintangan yang baik kepada karah tangkai serta sederhana rintang kepada penyakit karah daun dan hawar daun seludang. Penilaian di multi-lokasi menunjukkan hasil bersih tertinggi direkodkan di Telok Chengai (Kedah), Arau (Perlis) dan Sungai Besar (Selangor) yang masing-masing menghasilkan 7.16 tan/ha, 7.11 tan/ha dan 6.98 t/ha. Percubaan di penentusahan setempat (LVT) dimanapadi varieti MR 315 merekodkan hasil yang baik di Sungai Besar dan Simpang Lima, Barat Laut Selangor yang mana masing-masing menghasilkan 8.3 t/ha dan 7.5 t/ha. Analisis model AMMI dan GGE menunjukkan MR 315 kurang sensitif dan stabil kepada faktor persekitaran dan oleh itu varieti padi ini dianggap mempunyai adaptasi yang baik dan boleh disyorkan penanamannya di kebanyakan kawasan jelapang padi diseluruh Malaysia.


(3) Varieti MR220CL2

Varieti padi ME220CL2 merupakan ketiga dihasilkan terbanyak dengan sejumlah 9,017.16 metrik tan atau 10.51% daripada keseluruhan benih padi sah di Malaysia pada tahun 2022. Vaarieti ini pernah menjadi varieti padi paling popular dan paling luas ditanam di Malaysia pada tahun 2017 - 2018 dimana mencapai 119,670 hektar atau 44.6% daripada keseluruhan 10 varieti utama yang ditanam pada musim utama 2017/2018. Sila baca tulisan artikel saya dengan pautan berikut (Sila klik disini).  Varieti MR220CL2 ini telah diistihar di Malaysia pada tahun 2010 dengan tempoh kematangan sekitar 97 - 100 hari lepas tanam (HLT). Ciri ketinggian varieti ini adalah 66 - 72 cm dengan panjang tangkai padi 23 cm dan berat bagi 1,000 biji sekitar 26.2 gram. Mempunyai potensi hasil sebanyak 8,617 kg sehektar tetapi purata pencapaian pada musim utama 2017/2018 di Malaysia adalah sebanyak 4,515 kg sehektar. Padi ini paling luas ditanam di Kedah dengan kadar 55.5%(dari semua varieti) diikuti dengan Negeri Kelantan 37.1% dan Perak 47.9%. Padi MR 220CL2 ini ada terus ditanam diseluruh negari dalam Semenanjung Malaysia. Dilaporkan 42.1% kawasan jelapang juga menanam padi varieti ini terutama di MADA, KADA, IADA Kerian dan lain-lainnya. Hanya IADA Rompin, IADA Kota Belud dan IADA Batang Lupar yang melaporkan tidak ada menanam varieti ini. Varieti ni terbukti mempunyai ketahanan tinggi kerana mempunyai ciri khusus iaitu tahan kepada racun rumpai dan sekali gus mengurangkan rumput dalam sawah. Varieti MR220CL2 ini juga mampu mengatasi masalah padi angin yang selama ini menjejaskan teruk petani dan sifat padi angin sebenarnya seperti pokok padi dan biji padi tetapi ia adalah biji padi ringan kerana di dalamnya tiada isi dan mudah relai sendiri atau gugur jatuh terutama apabila ditiup angin. Varieti padi ini yang dikatakan padi ikut pakej khas adalah varieti padi MR220-CL2 yang diistiharkan pada tahun 2010.


(4) Varieti MR 269

Varieti padi MR269 mendudukki tangga ke 4 terbanyak dikeluarkan sebagai benih padi sah dalam tahun 2022 iaitu sebanyak 7,067.8 metrik tan atau 8.24% daripada jumlah benih padi sah negara. Varieti ini pernah mendudukki tempat ke tujuh (7) dari segi popularitinya di Malaysia dengan keluasan 5,366 hektar atau 2.0% pada musim utama 2017/2018. Varieti MR 269 telah diistiharkan pada tahun 2012 (lebih 7 tahun dulu) dengan tempoh matangnya adalah 104 - 109 hari selepas ditanam. Ia merupakan varieti yang mempunyai potensi hasil maksima sebanyak 6,718 kg sehektar akan tetapi laporan CCS Pkt. Kebangsaan 2018 melaporkan pencapaian sebanyak 4,072 kg sehektar (atau sebanyak 60.6% iaitu antara terbaik). Varieti padi ini memasih ditanam dikawasan yang mana pesawahnya memang suka menanam sejak lama dulu.


(5) Varieti MR219

Varieti padi MR219 mendudukki tangga ke 5 terbanyak dikeluarkan sebagai benih padi sah di Malaysia pada tahun 2022 iaitu sebanyak 5,240.82 metrik tan atau 6.11% daripada jumlah benih padi sah dalam Malaysia. Saya ada menulis artikel bagai mana varieti ini juga pernah menjadi varieti ke tiga terpopular atau terluas ditanam di Malaysia dengan keluasan sebanyak 22,002 hektar atau 8.2% daripada 10 varieti utama ditanam pada tahun 2017/2018 di Malaysia (Sila klik disini). Padi verieti ini diistiharkan di Malaysia pada tahun 2001 (sudah hampir 22 tahun dulu dan didapati masih popular dikalangan pesawah). Tempoh matang varieti ini adalah 105 - 111 hari selepas ditanam dengan hasil potensi didakwa sebanyak 8,323 kg sehektar. Bagaimana pun laporn CCS Kebangsaan mencatatkan purata pengeluaran hasi MR291 pada musim utama 2017/2018 sebenyak 4,604 kg sehektar. Penulis blog sering bersama pesawah di Malaysia didalam industri padi negara dengan varieti ini (Lebih 23 tahun ia ditanam).


Varieti-varieti lain yang ada dikeluarkan oleh syarikat pengenuar benih padi mengikut kuota pengeluaran diberikan kepada mereka adalah kurang daripada 8% dari jumlah pengeluaran. Mendudukki tangga ke 6 pengeluaran benih padi sah di Malaysia pada 2022 adalah varieti MR303 sebanyak 5,114.82 metrik tan atau sekitar 5.96%. Seterusnya adalah varoeti padi MR307 iaitu sebanyak 3,079 metrik tan atau sekitar 3.59% daripada jumlah benih padi sah. Ke 8 merupakan benih pad sah MR152 iaitu sebanyak 2,620 metrik tan atau pun sekitar 3.06% daripada jumlah semua. Seterusnya ke 9 adalah benih padi sah varieti PUTRA2 iaitu sebanyak 666 metrik tan sahaja atau sekitar 0.76% sahaja. Variieti benij PUTRA 2 dan PUTRA 1 adalah hasil penyelidikan oleh Universiti Putra Malaysia. Ia adalah benih yang telah di perkenalkan belum lama dulu. Seterusnya ke 10 adalah varieti padi MRQ76 iaitu sebanyak 92.52 metrik tan sahaja atau 0.11% dari keseluruhan benih padi sah. Terakhir sekali benih padi sah direkodkan ada dikeluarkan adalan varieti PUTRA1 iaitu hanya 82.74 metrik tan atai hanya 0.10% sahaja. Kini industri padi negara semakin terjamin dari aspek penanaman varieti yang disyorkan dan terjaminmutunya. Pihak Jabatan Pertanian Malaysia merupakan pihak yang bertanggung jawab didalam memeriksa dan menentukan kualiti benih padi sah dari peringkat ladang benih padi, rogging sehingga analisa kepada analisa makmal sebelum benih padi sah dipasarkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.. 
BENIH PADI SAH... ADA DIKELUARKAN...
VARIETI MR297... TERBANYAK JUALAN....
VARIETI MR315... TERBARU DIKENALKAN...
BACA ARTIKEL... MENJADI RUJUKKAN...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Ramadan 1144H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...