Daripada beberapa penyelidikan dan kajian yang dijalankan dimana Alat Penuai Cantas dilaporkan sangat berupaya meningkatkan tuaian buah tandan segar sebanyak 2.8 tan bagi setiap pekerja sehari berbanding 1.5 tan dengan menggunakan alat penuaian secara konvensional. Didakwa dimana secara puratanya jumlah atau bilangan tandan yang dapat dituai sejam berjumlah 75 tandan berbanding 50 tandan yang mampu dituai melalui kaedah konvensional sedia ada. Dalam kaedah ini dilaporkan secara tidak langsung pendapatan pekebun kecil dan peladang mampu ditingkatkan sekali ganda dalam tempoh sebulan dan meningkatkan produktiviti sawit. Kesannya kepada industri sawit negara khususnya untuk pasaran eksport dapat ditingkatkan dan sekaligus sasaran untuk mencapai jumlah pendapatan lebih RM128 bilion dalam indsutri kelapa sawit menjelang 2020 sudah dapat dicapai. Selain itu dilaporkan dimana kaedah pemotongan pelepah sawit juga lebih mudah menggunakan alat ini kerana ianya lebih ringan, lebih mudah dikendalikan serta menjimatkan masa dan tenaga. Meskipun penggunaan Cantas belum dipraktikan secara meluas akan tetapi pihak MPOB giat mempromosikan alat ini melalui Skim Diskaun Cantas (SKIDIC) bagi memudahkan peladang memiliki alat ini dengan harga lebih rendah di pasaran. Apa pun pemotong sawit bermotor yang dikenali sebagai 'Cantas' telah diperkenalkan oleh MPOB pada tahun 2007. Cantas pada ketika itu disasarkan untuk pokok sawit dengan aras tuai di bawah ketinggian 5 meter (Sila lihat foto disebelah). Ia telah dipatenkan di enam buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Brazil, Columbia dan Costa Rica sebagai melindungi harta intelek (IP) teknologi ini. Kajian yang dijalankan di beberapa buah estet di Malaysia mendapati secara puratanya Cantas mampu meningkatkan produktiviti tuaian dari 260 (sabit manual) kepada 450 tandan sehari; dan seterusnya meningkatkan produktiviti seorang pekerja dari 113 (manual) kepada 173 tan BTS sehari iaitu peningkatan kira-kira 50% berbanding penggunaan sabit manual. Sebagai perbandingan, satu kumpulan Cantas (3 orang : 1 penuai dan 2 pembantu) secara puratanya berupaya menuai kawasan seluas 10 hektar sehari (3.3 ha/orang-hari), manakala kumpulan penuai manual menggunakan sabit (2 orang : 1 penuai dan 1 pembantu) hanya berupaya menuai kawasan seluas 4 ha sehari (2 ha/orang-hari). Penggunaan Cantas dapat meningkatkan nisbah pekerja kepada tanah pada kadar kira-kira 50% berbanding kaedah manual. Peningkatan ini seterusnya dapat meningkatkan pendapatan pekerja dan mengurangkan bilangan pekerja di sesuatu ladang yang ketika ini dikuasai oleh pekerja asing.
Biasanya diladang sawit disaran meningkatkan penggunaan mekanisasi kejenteraan bagi melakukan urusan kerja ladang menggantikan tenaga buruh manusia atau binatang untuk tujuannya meningkatkan produktiviti. Penggunaan mekanisasi kejenteraan di samping mengamalkan amalan baik agronomi perladangan terbukti menghasilkan impak berkesan kepada penghasilan tanaman sawit. Ladang sawit di Malaysia dilaporkan telah mula menggunakan mekanisasi kejenteraan dengan penggunaan traktor mini pada tahun 1980-an dan ini adalah titik mula bagi era mekanisasi. Matlamat utama penggunaan mekanisasi di ladang sawit adalah bagi meningkatkan kecekapan sekali gus meningkatkan produktiviti dan pada masa sama menangani masalah kekurangan tenaga buruh. MPOB sejak tahun 1982 lagi mula membangunkan jentera untuk kegunaan ladang dan diguna pakai syarikat perladangan sawit. MPOB juga telah pun mewujudkan Pusat Penjenteraan Ladang (PPL) untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mencipta dan mengubah suai jentera serta peralatan kegunaan di ladang sawit. Kebanyakan jentera hasil reka cipta MPOB telah diguna pakai syarikat perladangan sawit seluruh negara dimana sehingga kini, sejumlah 30 jentera berjaya dibangunkan PPL antaranya Galah Penuai Aluminium, Pemungut Tandan Buah Sawit, Treler Motosikal dan yang terbaru, CANTAS atau Penuai Buah Sawit Bermotor. MPOB juga berkeyakinan ladang sawit akan terus meningkatkan penggunaan mekanisasi kejenteraan dalam operasi ladang selepas terbukti berupaya memudahkan kerja. Berdasarkan hasil kajian tahun 2008 menunjukkan 82 peratus ladang sawit menggunakan mekanisasi jentera dalam kerja pemungutan dan pengangkutan buah sawit berbanding 62 peratus pada 1995. Bagi kerja aplikasi pembajaan pokok sawit juga telah meningkat daripada 37.3 peratus pada tahun 1995 kepada 58.4 peratus pada tahun 2008 melalui penggunaan alat iaitu ‘mechanical fertilizer spreader’. Aktiviti pengangkutan tandan buah sawit (TBS) sudah 100 peratus dijalankan secara mekanisasi manakala R&D bagi aktiviti penuaian TBS masih giat dijalankan bagi mencapai tahap berkesan. Kerajaan mengenal pasti penggunaan mekanisasi dalam aktiviti di ladang sawit sebagai satu Projek Permulaan (EPP) Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang digariskan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Mesin Penuai Tandan Sawit merupakan antara mekanisasi yang sering dibincangkan dan dijalankan kajian. Dilaporkan dimana Alat Pemotong Sawit Bermotor lebih tahan lasak dengan pengenalan versi baru (CANTAS MK-III) yang dibangun dan ditambah baik daripada versi terdahulu hasil penyelidikan MPOB didapati lebih tahan lasak dan mudah dikendalikan (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan alat pemotong sawit bermotor sangat diperlukan bagi menangani masalah genting kekurangan buruh penuai buah yang dialami oleh sektor perladangan sawit pada masa ini. Dianggarkan kini sekitar 380,000 orang atau 80 peratus daripada keseluruhan pekerja di sektor perladangan sawit adalah pekerja asing. Kerajaan semakin berharap agar penggunaan mekanisasi ini adalah langkah proaktif dan strategi kerajaan bagi menangani masalah kebergantungan kepada pekerja asing. Aktiviti ladang yang dilakukan secara manual tidak lagi menarik minat ramai pekerja khususnya pekerja tempatan. Pekerja tempatan banyak pilihan lain untuk bekerja seperti disektor perkilangan yang lebih selesa dan berikan pendapatan lebih baik. Dengan penggunaan mekanisasi ini akan meningkatkan keberkesanan dan kemampuan bekerja dalam tempoh yang lebih lama. Dilaporkan dimana tahap kecekapan alat penuaian buah menggunakan CANTAS terbukti meningkatkan produktiviti melebihi dua kali ganda iaitu dari 300 tandan secara manual kepada 700 tandan sehari. Aplikasi alat ini dilaporkan sekali gus berupaya meningkatkan pendapatan penuai dari RM30 kepada RM70 sehari. Pemotong sawit CANTAS MK-III adalah teknologi baru hasil penyelidikan MPOB yang mempunyai ciri-ciri yang dipertingkatkan terutama tinggi daya tahan dan lebih efisyen. Berbeza dengan versi lama dimana CANTAS MK-III mempunyai kepala pemotong lebih tahan, sabit dengan reka bentuk baru dan lebih ringan, mempunyai pelaras ketinggian dan mekanisma pemasangan sabit atau pahat yang lebih mudah. Pengendalian alat pemotong itu didapati lebih efisyen, ringan, tidak bergegar dan sesuai digunakan penuai wanita dan warga tua. Didakwa dimana Teknologi CANTAS mendapat pengiktirafan dan menerima Anugerah Penyelidikan Bersama Sektor Swasta 2008 (AIFB), Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 (AKSA), The Very Best Award, Malaysian Technology Expo (MTE 2006), Anugerah Emas Kecemerlangan Penyelidikan MPOB 2007 dan Gold Award MTE 2006. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MPOB KAJI... PERALATAN DICIPTA....
MUDAH KAN KERJA... JIMAT TENAGA,,,
SUMBANG KDNK...RM128 JUMLAHNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Safar 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.