Support My Blog

Thursday, September 23, 2021

BILL IMPORT MALAYSIA - RM55.4 BILLION!

BERAPA BANYAKKAH RM55.4 BILLION?
. Jika ditulis dalam angka biasa agaknya adalah RM55,400,000,000 (sila betulkan jika tersalah tulis). Jumlah yang banyak ini jika dibahagikan dengan jumlah penduduk di Malaysia seramai 32.75 juta (Ogos, 2021) maka purata setiap orang menanggung bill import sebanyak RM1,961.6 setahun. Angka ini yang penulis blog hendak kaitkan dengan kenyataan oleh DOSM dimana jumlah nilai import makanan terus meningkat dan kenyataan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan tentang nilai import makanan telah menunjukkan peningkatan sebanyak 22.3 peratus. MAFI nyatakan jumlah import makanan yang masih tinggi membabitkan kopi, koko, teh, rempah, bijirin dan sediaan bijirin serta bahan makanan untuk ternakan. Kebergantungan terhadap import adalah untuk beberapa makanan antaranya makanan ternakan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Malaysia dilaporkan memang masih perlu mengimport komoditi makanan seperti makanan haiwan, baja dan sayur-sayuran beriklim sederhana seperti gandum, bawang dan ubi kentang. Ini kerana dilaporkan dimana komoditi ini tidak ekonomik untuk dihasilkan di Malaysia kerana harganya akan menjadi lebih tinggi daripada import selain faktor cuaca negara yang tidak sesuai. Penulis blog bagaimana pun terfikir dimana produk tanaman tersebut boleh ditanam dan menghasilkan produk sehingga boleh dieksport dari negara jiran Indonesia yang mempunyai iklim dan tanah yang hampir sama dengan Malaysia. Malahan kelapa, kentang, bawang, tempah ratus (cengkih, pelaga, buah pala dsb) mereka merupakan diantara pengeluar terbesar didunia. Kenyataan MAFI dimana peningkatan import makanan juga trend yang tidak dapat dielak jika diambil kira permintaan pasaran tempatan, import bahan mentah untuk tujuan aktiviti pemprosesan dan nilai tambah. Sebagai contoh katanya, keratan ayam masih lagi diimport untuk pemprosesan nilai tambah walaupun tahap pengeluaran Tahap Sara Diri (SSL) untuk daging ayam sudah mencapai melebihi 100 peratus. Dimana silapnya pengimportan masih berterusan dalam kes ini perlu dikelar. Selain itu MAFI melaporkan dimana jumlah pengimportan buah-buahan seperti oren, epal dan anggur dipengaruhi permintaan pasaran tempatan dan citarasa pengguna. Artikel pagi rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya bincangkan daripada beberapa sumber bagaimana wang sebanyak RM55.4 billion melgalir keluar dari Malaysia untuk membeli barangan makanan sedangkan ada potensi untuk iang dikurangkan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.

Bagaimana pun dilaporkan bagi usaha untuk menangani perkara tersebut dimana pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) akan terus melaksanakan beberapa inisiatif untuk meningkatkan nilai produktiviti dan pengeluaran makanan domestik. Saya berkerja dibawah MOA (dulu) selama lebih 37 tahun sehingga sudah 2 tahun bersara tetapi kini masih mendapati jumlah nilai import makanan negara terus meningkat tinggi. Dalam beberapa kali tinjauan ke negara jiran ini ada melihat bagaimana banyak faktur di negara tersebut yang membolehkan penghasilan bahana makanan utama terus dijaga baik dan di hasilkan. Antaranya bagaimana umbi kentang yang banyak dihasilkan dibeberapa lokasi serta tanaman bawang merah yang berjaya dilaksanakan (Sila lihat foto disebelah). Tahun ini 2021 Menteri Pertanian menyatakan dimana usaha meningkatkan pengeluaran padi dan beras melalui Program Pengurusan Nutrien Lokasi Spesifik (SSNM) serta Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) di samping pengenalan varieti baharu rintang penyakit, cuaca selain berproduktiviti tinggi. Memang banyak bantuan diberikan oleh kerajaan dalam bentuk subsidi dalam sektor tanaman seperti subsidi padi untuk menampung pengeluaran beras negara. Dilaporkan dimana MAFI akan tingkatkan lagi pengeluaran tanaman sayur dan buah dengan kaedah seperti membangunkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) atau Agropark menerusi aplikasi teknologi moden seperti teknologi pertanian menegak (vertical farming) dan kilang tanaman (plant factory). Penekanan khusus juga diambil terhadap amalan pertanian baik seperti MyGAP dan juga MyOrganic serta Integrated Pest Management (IPM).

Dalam pada itu terkini juga MAFI telah mengumumkan dimana kerajaan akan menubuhkan Lembaga Ruminan Negara bagi meningkatkan pengeluaran ternakan khususnya daging lembu. Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi akan pengeluaran perikanan pula dimana ia dibuat melalui pendekatan Ecosystem Approach Fisheries Management (EAFM) dan perluasan Monitoring, Control and Surveillance (MCS) dengan penekanan kepada pengurusan perikanan secara mampan. Pernah juga projek ternakan lembu dibawah kelapa sawit, projek perintis tenusu, projek skim pawah lembu, projek fidlot lembu dan sebagainya dilaksanakan akan tetapi bekalan daging segar dan susu segar masih lagi diimport dari luar negara untuk keperluan domestik. Isu kebergantungan daging dan susu masih jauh daripada SSL untuk satu jangkamasa lebih lama nampaknya. Ternakan ruminan lain seperti kambing dan bebiri pun masih bergantung kepada pengimportan. Dalam pada itu pihak MAFI terus menggalakkan penyertaan golongan muda melalui Program Agropreneur Muda dan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan. MAFI melalui beberapa jabatan dan agensinya terus membantu meningkatkan akses usahawan kepada sumber kewangan melalui pelbagai skim pembiayaan di bawah Agrobank dan kerjasama strategik dengan institusi kewangan lain. Inisiatif dipergiatkan melalui projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12). Menteri MAFI juga nyatakan dan menjelaskan pandangan umum bahawa pengeluar produk makanan tempatan tidak cukup pantas bagi menyediakan bekalan untuk warga tempatan dan kerana itu ia terpaksa diimport adalah kenyataan kurang tepat. Pada masa kini dia dakwa negara berupaya menghasilkan kebanyakan bahan makanan asas diperlukan termasuk beras, sayur-sayuran, buah-buahan, daging ayam, itik, lembu, kerbau, telur ayam, itik, susu segar dan ikan. 
Berdasarkan statistik kadar pengeluaran makanan negara, Tahap Sara Diri bagi daging ayam/itik, telur ayam/itik dan ikan melebihi 90 peratus. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan, Malaysia sudah mencapai Tahap Sara Diri melebihi 100 peratus kecuali bagi buah mangga, kelapa, kubis, cili dan halia. Beberapa bahan makanan lain seperti daging lembu, beras, sayur-sayuran dan buah-buahan beriklim sederhana seperti kubis, bawang, epal, oren, untuk ini negara masih bergantung kepada import bagi memenuhi keperluan domestik. Bagi komoditi pada tahap pengeluaran rendah seperti daging lembu dengan Tahap Sara Diri sekitar 22.3 peratus, tumpuan khusus dan penekanan diberikan melalui pelbagai inisiatif. Antaranya seperti Projek Taman Kekal Pengeluaran Ruminan (TKPR), Program Pembangunan Industri Ruminan (PROPER), Skim Rezeki Ternak; penambahbaikan infrastruktur dan perluasan aktiviti pengembangan serta perkhidmatan teknikal. Inisiatif ini akan diterajui Lembaga Ruminan Negara kelak serta digariskan dalam Pelan Strategik Pembangunan Industri Pedaging Negara yang sedang dilaksanakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV).

Ada juga dilaporkan media tempatan dimana '
Hasil terhad gagal penuhi permintaan' yang menyatakan dimana kalangan petani mengakui berdepan masalah untuk memenuhi permintaan pelanggan kerana hasil pertanian yang terhad. Mereka juga berpandangan dimana masalah tanah terhad serta kekurangan individu yang mahu terbabit dalam bidang pertanian menyebabkan bekalan sangat terhad. Oleh itu ada dalam kalangan mereka terpaksa mengimport bekalan dari luar negara untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. Bagaimana pun penulis blog mendapati jumlah Tanah Terbiar dan Tanah Tidak di Usahakan Optima di Malaysia jumlahnya puluhan ribu hektar. Merujuk kepada portal Jabatan Pertanian Malaysia dimana pada Ogos 2021 sahaja terdapat seluas 119,273 hektar tanag terbiar di Semenanjung Malaysia yang melibatkan sebanyak 2,075 lot diseluruh negara. Di Pahang sahaja ada seluas 34,293 hektar diikuti dengan Johor (17,855 ha) dan juga Terengganu (12,309 ha) dan data ini tidak termasuk dari Sabah dan Sarawak. Anda boleh mendapatkan info lanjut isu inidalam blog saya dengan pautan berikut (Sila klik disini). Dilaporkan dimana secara puratanya keperluan tahunan beras bagi rakyat Malaysia adalah 2.5 juta tan metrik manakala pengeluaran beras negara pula sekitar 70 peratus daripada keperluan itu. Kini negara mengimport sebanyak 700,000 hingga 900,000 tan metrik beras setiap tahun atau sekitar 30 peratus. Kerajaan terkini telah bersetuju untuk Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) mengkaji semula kemampanan industri padi dan beras negara termasuk mengoptimumkan produktiviti di kawasan sawah sedia ada. Bagi mencapai hasrat itu dan menjadikan industri padi dan beras negara lebih kompetitif serta berdaya saing di sepanjang rantaian nilai industri, Mafi memperkenalkan program Smart Sawah Berkala Besar (Smart SBB). Program Smart SBB satu daripada inisiatif menyatukan tanah sawah secara pertanian kontrak atau sewaan melalui satu pengurusan. Ia sekali gus akan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber dan meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman serta pengeluaran hasil lepas tuai. Dilaporkan majoriti pesawah dalam industri padi dan beras negara masih mengusahakan tanah sawah bersaiz tidak ekonomik iaitu kurang dua hektar. 

Pelaksanaan inisiatif akan membuka peluang kepada pemain industri untuk memainkan peranan dalam keseluruhan atau mana-mana peringkat rantaian nilai industri padi dan beras negara pasca pandemik Covid-19. Program ini turut menyasarkan peningkatan purata hasil tanaman padi sehektar nasional daripada purata hasil semasa 3.5 tan metrik pada 2019 kepada 7.0 tan metrik dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12). Sebahagian kecil kawasan dalam jelapang mencatatkan pengeluaran melebihi 10.0 tan metrik per hektar pada masa ini. Kawasan jelapang dan keseluruhan kawasan luar jelapang hanya mencatatkan purata hasil per hektar masing-masing 4.4 tan metrik dan 2.5 tan metrik pada 2019. Kini ada 11 syarikat peneraju sudah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama Mafi. Negara menyasarkan untuk mencapai sasaran Tahap Sara Diri (SSL) beras ditetapkan dalam tempoh RMK-12 iaitu 75 peratus. Pada tahun 2019 dilaporkan dimana jumlah import beras sebanyak 890,101 tan metrik bernilai RM1.5 bilion dengan kuantiti beras diimport pada 2019 berkurangan berbanding 2015 iaitu penurunan 7.4 peratus. Dalam pada itu masalah tanah pertanian yang semakin berkurangan di negara ini boleh memberi kesan kepada keselamatan makanan negara. Kalau dulu ada banyak tanah pertanian subur diusahakan dengan pelbagai aktiviti pertanian termasuk sawah padi, kebun buah-buahan dan sebagainya tetapi terkini sebaliknya berlaku apabila tanah sebelum ini dipenuhi tanaman berubah sekelip mata menjadi hutan batu dan perbandaran (urbanization). Dilaporkan ada luas tanah termasuk tanah pertanian terpaksa dikorbankan untuk pelbagai projek pembangunan seperti rumah, sekolah dan sebagainya. Kawasan jelapang padi seperti di Kedah, Selangor dan beberapa lokasi lain antara yang terjejas dengan isu ini untuk diatasi. Ada pendapat pakar akademik apabila bercakap mengenai keselamatan makanan negara maka ia memerlukan pengeluaran berskala besar untuk menampung keperluan rakyat. Ini amat berbeza dengan pendekatan di beberapa negara jiran yang mempunyai kawasan kebun kecil tetapi produktiviti mereka tetap tinggi seperti di Indonesia dan Thailand. Isu kekurangan petani terutama membabitkan golongan muda turut menyumbang kepada permasalahan tanah pertanian semakin berkurangan saya amat setuju. Kini ramai tidak berminat menceburi bidang ini dan ia telah pun mengakibatkan banyak tanah pertanian terbiar dan ditukar status pembangunan. Walau pun ada banyak inisiatif diambil kerajaan untuk melahirkan usahawan tani sebagai pengganti dengan terutama membabitkan golongan muda namun jumlahnya masih belum mencukupi dan masih kecewakan. Belum ada banyak penggunaan teknologi pertanian baharu dapat membantu mengatasi masalah pengeluaran hasil pertanian walau pun teknologi baharu ini penting untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan perkara ini dibuktikan di luar negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
IMPORT MAKANAN... BESAR JUMLAHNYA...
KENAPA JADI BEGITU...RAMAI BERTANYA... 
RM55.5 BILLION... JUMLAH BESARNYA...
PELU DIATASI... STRATEGI DI LAKSANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...