Support My Blog

Saturday, September 18, 2021

DURIAN MALAYSIA VS THAILAND KE CHINA

BENARKAH THAILAND
tertekan dengan saingan pasaran durian Malaysia ke China?. Begitulah tajuk sebuah berita akhbar Berita Harian pada 15 September 2021 yang sempat saya baca untuk diulas dan ditulis semula. Kisah ini merupakan satu episod yang baik dibaca buat rujukkan pekebun durian dan peminat durian tempatan mengenai industri durian. Saya ada menulis lebih daripada 500 artikel mengenai durian dalam blog ini dan dibaca jutaan pembaca. Berita ini yang di petik dari Bangkok, Thailand menyatakan dimana pihak Persatuan Durian Thailand berkata produk mereka menghadapi saingan sengit selepas China tandatangani perjanjian import durian beku dengan Malaysia. Menurut paparan di laman Facebook mereka hari ini menyatakan dimana persaingan durian beku Malaysia telah meletakkan Thailand dalam keadaan yang 'mencemaskan'. Dilaporkan ketika ini, China membenarkan import durian segar dari Thailand saja tetapi sekarang durian beku juga boleh datang dari Thailand atau Malaysia dimana ini sekali gus dilapor menjadikan persaingan mereka dalam pemasaran raja buah ini menjadi lebih bersaing. Dilaporkan dimana durian beku dieksport ke China sama ada secara ulas atau sebiji dan menerusi kajian persatuan tersebut negara Malaysia kini sudah mempunyai 16 kilang yang mampu membekukan buah dan isi durian secara keseluruhan untuk pasaran eksport. Dilaporkan juga dimana ketika ini, Filipina, Laos dan Vietnam juga mencari jalan untuk menembusi pasaran durian ke China, meskipun eksport durian mereka belum diluluskan oleh pihak kerajaan China. Tambahan pula ada dilaporkan persatuan telah menerima laporan bahawa wilayah Hainan di Selatan China sudah berjaya menanam durian 'Mon Thong' dari Thailand dan 'Musang King' dari Malaysia dengan menggunakan teknik perladangan yang maju. Kemungkinan pada masa hadapan apabila tanaman tersebut berbuah, durian tempatan itu mungkin menjadi pesaing kepada pengimportan durian dari Malaysia dan Thailand. Kata persatuan itu dimana pelanggan China sebenarnya lebih suka durian yang masak (Durian Malaysia Masak Gugur) berbanding buah muda dimana perkara ini mula mendatangkan cabaran kepada pengeksport Thailand. Durian masak mempunyai hayat yang pendek dan cepat rosak dimana perkara ini memberi kesan kepada imej buah-buahan dari Thailand manakala durian yang dibekukan tidak mempunyai masalah ini. Kini dengan ramainya jumlah  penduduknya yang cukup besar iaitu kira-kira 1.4 bilion memang dijangka China adalah pasaran eksport buah terbesar Thailand dengan 22 jenis buah telah dibenarkan masuk oleh kerajaan negara itu. Buah durian adalah antara pilihan utama pelanggan China dan banyak restoran sudah memasukkan buah ini dalam menu mereka seperti pizza durian, pastri dan pai durian. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya membincangkan beberapa isu mengenai persaingan eksport durian Thailand berbanding dengan durian Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.

Sebelum ini akhbar sama melaporkan dengan tajuk fishy '
Musang King Malaysia semakin laris di China' yang pembaca agak suka mendengarnya dan membacanya. 
Berita daripada Hangzhou, China menyatakan dimana terdapat syarikat pemborong milik Alibaba Group Pagoda yang berhasrat memperkukuhkan pasaran import durian dari Malaysia bagi memenuhi permintaan industri di China. Percaturan oleh syarikat pemborong hasil pertanian rentas sempadan yang berpangkalan di timur republik itu diambil selepas mendapati kualiti ‘raja buah’ dihasilkan Malaysia mempunyai potensi tersendiri jika dibanding dengan buah durian dari Thailand. Memperincikan perkara itu merujuk kepada Pengarah dan Rakan Kanan Jabatan Barangan Segar Pagoda dikenali Encil Sun Peng berkata nilai pasaran import durian ke China dari Asia Tenggara ketika ini adalah sekitar 3 bilion renminbi (RM1.77 bilion)Dua negara di rantau Asia Tenggara yang menjadi pembekal utama permintaan pasaran domestik di China adalah Malaysia dan Thailand dengan masing-masing mempunyai kelebihan kualiti buah mengikut cita rasa pengguna. Berdasarkan perangkaan semasa, nilai import durian dari Malaysia adalah sekitar 500 juta hingga 700 juta renminbi (RM295 juta hingga RM414 juta) bergantung kepada kadar penghasilan mengikut musim. Syarikat tersebut dilaporkan akan terus pacu kerjasama dengan Malaysia dalam sektor import durian, malah Pagoda ketika ini mempunyai kaedah saringan tersendiri di lokasi pengumpulan bagi tujuan memastikan hanya buah berkualiti akan diambil. Bagi tujuan melancarkan aspek operasi dimana mereka juga mempunyai kemudahan penyimpanan sendiri iaitu seiring pertumbuhan kadar permintaan durian dari Malaysia untuk kegunaan pelbagai sektor  termasuk untuk industri hiliran. Mengulas keunikan durian Malaysia, Peng berkata dimana buah dari baka paling laris dan semakin mendapat permintaan luar biasa di China ketika ini ialah varieti ‘Musang King’ atau D197 yang sememangnya terkenal dengan faktor rasa serta warnanya. Apa pun lapornya jika dibandingkan dengan Thailand yang turut menghasilkan jenis buah sama dimana durian Malaysia dikatakan mempunyai kelebihan berikutan kaedah penanaman dan penuaian. Sebenarnya syarikat tersebut tidak boleh bandingkan durian dari Malaysia dan Thailand kerana masing-masing mempunyai ciri tersendiri dan justeru itu ia sebenarnya bergantung kepada permintaan di pasaran China. Durian  Musang King yang dihasilkan dari Malaysia lebih berkualiti kepada syarikat pengimport di China ini suka kerana buahnya dibiarkan sampai masak pada pokok sebelum dituai apabila jatuh ke tanah. Durian dari Thailand pula berbeza rasa dan kualitinya kerana mereka petik buah berkenaan lebih awal serta dibiarkan masak menggunakan kaedah tersendiri.

Dalam kes lain penulis blog merujuk portal berita di Bangkok, Thailand dimana negara Thailand kini dilapor m
erupakan pengeksport buah durian segar terbesar didunia terutama ke China sejak lama dulu. Bukan sahaja buah durian mereka dihantar kebanyak negara tetapi juga ke Malaysia dan Indonesia yang mana kita ada menanam luas pokok durian. Saya ada menulis lebih dari 600 artikel mengenai durian dalam blog Anim Agro Technology semenjak 13 tahun lalu dan banyak dirujuk oleh ramai orang. Terkini dimana minat China yang tinggi terhadap durian Thailand kekal kukuh dan tidak terjejas walau pun berlaku kes pandemik Covid-19 apabila negara itu mengimport durian bernilai RM2.56 bilion dari Thailand dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2020. Merujuk kepada Kementerian Perdagangan Thailand yang melaporkan dimana jumlah eksport durian negara Asia Tenggara ke China dari Januari hingga April tahun 2020 telah meningkat sebanyak 78.05% dari segi tahun ke tahun. Dalam pada itu eksport durian sejuk beku ke China dalam tempoh itu turut meningkat kepada  RM127 juta daripada RM94.05 juta dalam tempoh sama dari tahun sebelumnya. Kenyataan dari Pengerusi Persatuan Pengeksport Durian dan Manggis Thailand iaitu Panuwat Maikaew menyatakan kadar permintaan yang semakin meningkat terhadap durian Thailand adalah dari produk durian segar dan durian beku. Permintaan yang amat menggalakkan pada tahun 2020 ini kerana popularitinya yang luar biasa di pasaran China dimana pandemik Covid-19 gagal memutuskan rantaian bekalannya. Kadar pertumbuhan permintaan yang kukuh terhadap ‘Raja Buah’ itu telah menaikkan harga durian untuk dieksport kepada antara RM18 dan RM21 sekilogram  (kg) pada tahun 2020 ini berbanding hanya sekitar RM11 hingga RM15 sekilogram pada tahun 2019. Thailand asalnya semakin bimbang dari kesan pandemik tersebut yang akan menjejaskan eksport durian. Bagaimanapun apa yang berlaku bukan hanya ia memberi impak yang kecil malahan jumlah eksport ddurian turut meningkat. 

Dilaporkan di Thailand dimana ramai petaninya telah menanam sebanyak 80 peratus daripada durian premium iaitu  varieti Durian Monthong dimana ia juga dikenali sebagai 'Bantal Emas' di negara Thailand kerana isinya yang tebal, rasa manis berkrim dan ia kurang aroma. Dilaporkan seterusnya dimana sekitar 20 peratus lagi durian yang ditanam adalah jenis durian lain seperti Durian Chanee, Durian Kanyao, Durian Kradum dan Durian Puang Manee. Berdasarkan persaingan yang sengit dimana ada pemborong durian segera membuat pesanan untuk tujuan mengeksport ke China dimana terkini jumlah pemborong durian telah meningkat daripada 100 orang - 300 orang kepada kira-kira 700 orang berbanding tahun 2019. Pejabat Ekonomi Pertanian Thailand menjangka pengeluaran durian di negara ini akan mencecah sebanyak 1.15 juta tan metrik pada tahun 2020 berbanding hanya sebanyak 1.02 juta tan metrik pada tahun lepas. Penulis blog telah merujuk data di Malaysia iaitu pada tahun 2020 Malaysia mempunyai seluas 70,356 hektar dengan pengeluaran sebanyak 405,536 metrik tan (35% dari penghasian durian di Thailand) dimana hanya varieti Durian Musang King yang telah di eskport ke China (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2020). Lima wilayah utama di Thailand yang berjaya menanam durian adalah disekitar kawasan Chantaburi, Chumporn, Rayong, Nakhon Si Thammarat dan Yala yang  menghasilkan sebanyak 766,000 tan metrik durian pada tahun 2019 dengan Chanthaburi sahaja menghasilkan 339,292 tan metrik durian untuk menjadi wilayah pengeluar durian terbesar di Thailand. Pekebun durian dari wilayah Chumporn di Selatan Thailand bernama Raveewat Kittisuppamongkol (38 tahun) beritahu wartawan dimana dia telah menanam durian jenis Monthong kerana popularitinya dalam kalangan rakyat China. Penanaman durian Monthong berpotensi untuk menjana lebih banyak pendapatan dengan satu pokok menghasilkan 10 hingga 20 buah durian atau 40 kg hingga 80 kg untuk kali pertama selepas empat tahun dan lebih banyak buah akan dihasilkan apabila pokok mencapai 10 tahun dan ke atas.  
Durian Thailand memasuki era kegemilangan dimana ia mempunyai masa depan cerah berikutan permintaan yang meningkat di China. Pada tahun 2019 Thailand menghasilkan kira-kira 1.02 juta tan metrik durian dimana sebanyak 80 peratus daripadanya dieksport dan 20 peratus lagi dijual di pasaran tempatan. Penanaman durian di Thailand meliputi 115,957 hektar pada 2019 dan ia dijangka meningkat kepada 120,120 hektar tahun 2020. Bagaimana pun sebenarnya proses rawatan buah durian Thailand untuk eksport adalah merupakan salah satu faktur penyumbang kejayaan industri durian di Thailand. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
DURIAN KE CHINA...THAILAND UTAMA....
DURIAN MALAYSIA...CHINA LEBIH SUKA....
DIEKSPORT KE CHINA... RAMAI BELINYA...
MUSANG KING... IA MASIH JADI JUARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Safar 1443H).  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...