
Dalam akhbar Berita Harian pada tahun 2016 pernah dilaporkan kisah berkaitan 'Haram ketum penuhi konteks syariah' yang ditulis oleh Prof Madya Dr Nurdeng Deuraseh Mohd Mahyeddin yang saya tulis semula kali ini. Ia berikutan dari cadangan oleh Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) masa itu iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin yang memohon kebenaran kerajaan untuk menanam pokok ketum secara komersial bagi menambah lagi pendapatan pekebun getah dimana ia telah menjadi topik hangat dan viral. Ini juga adalah berikutan dalam kenyataannya di Kuala Nerus, Terengganu, dimana dia dakwa daun ketum yang mana mempunyai nilai perubatan tinggi itu boleh dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah kerana mendapat permintaan tinggi syarikat farmasi di sana. Risda telah menganggarkan pendapatan jualan ketum boleh mencecah RM22,800 sebulan untuk satu hektar tanaman. Bagaimana pun, cadangan ini mendapat reaksi pelbagai pihak dalam kalangan pemimpin negara, agamawan mahupun semua lapisan masyarakat. Ada yang menentang dan tidak kurang menyokong. Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penanaman pokok ketum secara komersial di negara ini seperti kata Timbalan Perdana Menteri masa itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dimana dia yang turut disokong Kementerian Kesihatan yang mendapati daun ketum lebih banyak memberi kesan buruk kepada kesihatan berbanding kebaikan. Dalam pada itu menariknya dimana merujuk Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan yang amat responsif dan sensitif dengan isu di atas telah mengeluarkan fatwa mengharamkan penanaman pokok ketum oleh umat Islam. Berdasarkan kepada isu dan penelitian penulis Prof Dr Nurdeng terhadap fatwa itu dia telah memberikan hujahnya adalah disebabkan unsur mafsadah (kerosakan) dan mudarat yang lebih besar berbanding manfaat. Sekalipun niat baik dan tujuan yang jelas bagi tujuan farmaseutikal atau perubatan akan tetapi isu tahap kawalan agar tidak terarah kepada penyalahgunaannya begitu mencabar untuk dipertahankan.
Apa yang lebih penting adalah masaalah kesukaran dalam membasmi kes salah guna daun ketum. Kini dalam negara ada satu keadaan atau suasana amat sukar untuk menangani isu dadah dan bahan seumpamanya apa lagi kalau pokok ketum ditanam secara berleluasa. Jika berlaku dijangka ia boleh menyukarkan proses pembasmian salah guna dadah sedia ada dan seolah-olah menempah bala lain pula. Bagaimana yang halal dalam syariah boleh menjadi haram? Pokok ketum, juga dikenali sebagai pokok biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung serta di selatan Thailand. Daun ketum sememangnya diakui herba yang ada khasiat untuk melancarkan perjalanan darah dan penawar sakit urat. Aktiviti meminum air ketum dijadikan amalan orang tua dahulu akan tetapi amalan dan khasiat daun ketum sebagai penawar diabetis tidak begitu dikenali seperti herba mas cotek dan misai kucing. Selain itu dilaporkan daun ketum adalah herba paling mujarab antara herba ubatan alternatif yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah. Ada dua perkara yang boleh bawa kepada pengharaman. Pertama dari segi bahan asal, iaitu sesuatu bahan yang sememangnya diiktiraf haram di sisi syarak. Kedua, dari sudut perbuatan atau tindakan, yang memungkinkan bahan yang asalnya halal berubah menjadi haram. Sebagai contoh, buah anggur yang asalnya halal boleh berubah menjadi haram apabila ditanam untuk hasilkan arak. Penanaman pokok ketum pada asalnya harus dan halal, selagi mana digunakan untuk tujuan baik. Tetapi jika ia digunakan untuk tujuan khayal yang ditegah dalam Islam, maka ketika itu secara automatik ia berubah kepada hukum haram. Mengulas lanjut Prof Dr Nurdeng menyatakan dimana selari kaedah fiqh dimana dalam kes fatwa pengharaman ketum secara komersial, aspek kerosakan yang bakal berlaku turut diambil kira. Meskipun daun ketum dikatakan mampu menjana hasil lumayan, namun aspek negatifnya lebih besar terutama risiko meluasnya budaya ketagihan ketum dalam kalangan masyarakat. Ia selari kaedah fiqh iaitu 'apabila berlaku pertembungan antara kemudaratan dan kemaslahatan, maka perlulah diutamakan aspek kemudaratan'. Pengeksportan tanaman ketum yang membabitkan kuantiti banyak dan dikhuatiri memberi implikasi lebih buruk. Kesan negatif penanaman ketum jelas dapat dilihat berlaku di Golden Triangle (sempadan tiga negara antara Myanmar, Laos dan Thailand), kawasan tanaman ganja yang didakwa bagi tujuan perubatan, namun akhirnya menjadi aktiviti mengaut keuntungan semata-mata. Walaupun belum ditanam secara meluas, sudah ada pelajar terbabit dalam penyalahgunaan minuman berasaskan daun ketum. Langkah kerajaan keluarkan arahan rasmi mengharamkan penanaman pokok ketum adalah amat realistik dan tepat. Fatwa yang dikeluarkan juga amat relevan bertujuan mengekang tentang penyalahgunaan tanaman ketum yang boleh memudaratkan kesihatan jika tidak dikawal.
Bagaimana pun beberapa akhbar pada tahun 2021 melaporkan apakah dia rasional negara Thailand ‘halalkan’ ketum. Dimaklumkan dimana ada ramai yang teruja selepas mendapat berita Thailand mula ‘menghalalkan’ ketum sejak 24 Ogos 2021. Sudah tentu laporan demikian mendapat perhatian meluas masyarakat kita di Malaysia terutama golongan petani dan ‘pengguna’ tegar ketum. Di kawasan utara tanah air dimana ketum bukan sahaja boleh didapati dengan mudah kerana selain tumbuh secara semula jadi dimana ia juga sudah sebati dengan penggunaan masyarakat setempat. Satu laporan berita lain bertajuk 'Thailand ‘halalkan’ ketum, dikeluarkan dari senarai dadah bahaya' adalah berkaitan. Berita dari Bangkok menyatakan dimana Thailand sudah mengeluarkan ketum dari senarai dadah yang berbahaya digunakan di negara tersebut. Jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri berkata dimana perubahan tersebut menyaksikan orang awam boleh menggunakan atau menjual ketum secara sah di sisi undang-undang. Selain itu, Anucha memberitahu wartawan dimana kini ada lebih 1,000 tahanan penjara yang didakwa atas kesalahan berkaitan ketum akan dibebaskan. Kajian yang dilakukan oleh Institut Pembangunan Penyelidikan Thailand menganggarkan peraturan baharu itu dapat menjimatkan kos pendakwaan oleh pihak berkuasa sehingga 1.69 bilion baht (RM2.11 bilion). Ketum atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa merupakan sebahagian daripada spesies pokok kopi yang sering digunakan di Asia Tenggara dan Papua New Guinea sebagai ubat alternatif merawat penyakit. Ketum juga dilaporkan terkenal di Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) memberi amaran kerana dikhuatiri boleh menyebabkan ketagihan dan penyalahgunaan. Daun pokok ketum boleh merangsang reseptor otak sama seperti dadah jenis morfin, cuma kesannya lebih ringan. Tumbuhan itu sering digunakan oleh penduduk di selatan Thailand sebagai ubat tahan sakit. Thailand hari ini mengeluarkan ketum, yang sekian lama digunakan sebagai ubat herba daripada senarai dadah berbahaya dimana sekali gus membolehkannya digunakan secara terbuka. Bagaimanapun, tindakan itu dikritik pengawal selia perubatan beberapa negara lain sebagai tidak selamat kerana wujud risiko ketagihan dan penyalahgunaan. Alhbat lain juga nyatakan ketum kini semakin popular di Amerika Syarikat (AS), di mana Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memberi amaran mengenai bagaimana penggunaannya kerana risiko menyebabkan ketagihan dan salah guna. Kini dengan pindaan undang-undang di Thailand itu bermakna ketum kini boleh digunakan, dimakan, diminum atau dijual beli secara sah. Penggunaan ketum tidak dikenakan sekatan antarabangsa walaupun pada bulan lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan ia sedang memeriksa sama ada ia perlu dikawal. Pemerhati Hak Asasi Manusia, Phil Robertson, pula berkata tindakan 'menghalalkan' ketum dari Thailand, Malaysia, Indonesia dan Papua New Guinea disambut baik dan sudah lama ditunggu. Dilaporkan dengan kelulusan untuk penggunaan ketum di Thailand menamatkan legasi penyalahgunaan hak terhadap ubat itu, yang sekian lama digunakan secara tradisional oleh masyarakat luar bandar. Bagaimana pun di Malaysia masih belum dibenarkan menjalankan aktiviti mengenai pokok ketuk dan perkara berkaitan dengannya dimana jika sabit kesalahan boleh didakwa. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anin agro technology kali ini. Wasallam!!...
KELUAR FATWA... HARAM DIGUNA...
DI THAILAND... DIBENARKAN PULA...
JANGAN DICUBA... ANDA SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11,
Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Muharam 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.