Support My Blog

Monday, September 27, 2021

IKAN TUNA - IKAN POPULAR

IKAN TUNA
(Tuna Fish) merupakan sejenis ikan air masin didalam kumpulan suku Thunnini dalam keluarga Scombridae yang sangat popular diseluruh dunia. Dari segi saitifik dilaporkan ikan tuna ini terdiri daripada 15 spesis di seluruh dunia dengan ada lima genera dimana ia dibezakan dengan saiz berlainan daripada jenis Tuna Peluru dengan ukuran maksima 50 cm dan berat 1.8 kg kepada spesis Tuna Biru Atlantik (bluefin tuna) dengan ukuran sebenar 4.6 meter panjang dan beratnya mencapai 684 kg. Bagaimana pon direkodkan dimana purata ikan tuna bluefin ini adalah sekitar 2 meter panjang atau 6.6 kaki dengan ia dipercayai boleh hidup sehingga 50 tahun lamanya. Saintis mendapati dimana ikan Tuna, Ikan Opah dan Ikan Jerung T
enggiri adalah satu-satunya spesies ikan yang dapat mengekalkan suhu tubuh lebih tinggi daripada air di sekelilingnya. Ikan jenis pemangsa yang aktif dan tangkas ini memang mempunyai badan yang ramping, dan merupakan antara ikan pelagik paling cepat bergerak didalam air laut. Dilaporkan dimana jenis ikan tuna sirip kuning sahaja mampu berenang dengan tahap kelajuan sehingga 75 km/j (47 mph). Ikan tuna mempunyai habitat seperti di laut hangat dimana ia diburu dengan komersil menggunakan peralatan yang canggih. Ada kalangan penghobi mencari ikan yang menjadikan pemburuan ikan tuna ini sebagai sejenis sukan atau sejenis permainan ikan di laut. komersial, dan popular sebagai ikan permainan. Beberapa negara maju termasuk Jepun dilaporkan media memburu dengan banyak ikan tuna untuk dijadikan makanan mereka dimana pernah dilaporkan beberapa spesis ikan tuna ini semakin pupus akibat pemburuan yang terlalu cekap. Apa pun industri perikanan tuna di Malaysia sedang berkembang dan membangun sebagai salah satu sumber kekayaan baharu negara. Industri tuna Malaysia dilaporkan memang terbahagi kepada dua iaitu Tuna Oseanik dan Tuna Neritik. Terdapat 4 spesies tuna oseanik utama yang ditangkap oleh vesel dalam penangkapan ikan tuna Zon C3 di Lautan Hindi menggunakan vesel peralatan rawai tuna iaitu Jenis Yellowfin Tuna atau  Tuna Sirip Kuning (Thunnus albacares), Bigeye Tuna atau Tuna Mata Besar (Thunnus obesus), Albacore atau Tuna Albakor (Thunnus alalunga) dan Skipjack Tuna atau Aya Jalur (Katsuwonus pelamis). Manakala Tuna Neritik yang terdapat disekitar perairan Malaysia pula terdiri dari spesies Longtail Tuna atau Ikan Aya Hitam (Thunnus tonggol), Kawakawa atau Aya Kurik (Euthynnus affinis), Frigate Tuna atau Aya Selasih (Auxis thazard), dan Bullet Tuna atau Aya Peluru (Auxis rochei) yang ditangkap oleh vesel pukat jerut Zon C dan Zon C2. Bagaimana pun uniknya di perairan Wilayah Persekutuan Labuan nelayan disana menangkap Jongkong Tuna dengan menggunakan peralatan pancing tuna yang biasanya mampu menangkap ikan tuna oseanik dan neritik mengikut musim dan kawasan penangkapan. Artikel pada pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mempaparkan mengenai ikan tuna yang popular diseluruh dunia kerna khasiatnya untuk dijdikan bahan rujukkan anda semua.

Dalam pada itu dilaporkan dimana Ikan Tuna adalah spesies ikan yang banyak dijumpai di perairan negara kita. Ikan tuna termasuk dalam salah satu jenis makanan tersihat di dunia dengan permintaan dan harga yang sentiasa tinggi. Terdapat banyak laporan menyatakan dimana banyak manfaat kepada sesiapa yang makan ikan tuna. Di sebalik daging ikan yang lembut berwarna merah gelap terdapat nutrisi yang berkhasiat sama ada dimakan mentah atau apa juga cara memakannya (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog jug amat suka makan ikan tuna atau ikan tongkol dimana memang setiap masa membeli dan menyimpan stok dalam peti sejuk. Dilaporkan dimana ikan t
una merupakan sumber vitamin B12 yang berperanan penting dalam pembentukan sel darah merah. Tuna juga merupakan jenis ikan berlemak yang mengandung asid lemak omega-3 yang sangat diperlukan manusia. Dari segi khasiatnya dimana ia mmpu mencegah penyakit jantung. Ini adalah kerana ada bahan terkandung dalam ikan tuna iaitu Asid Lemak Omega-3 yang tinggi dapat mengurangi kadar kolesterol jahat yang berkumpul di arteri jantung. Kajian menunjukkan, kandungan Omega-3 yang tinggi dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit kardiovaskular, termasuk serangan jantung. Ikan tuna juga mampu melindungi mata kerana omega-3 dalam ikan tuna juga bermanfaat untuk kesihatan mata. Kajian yang dijalankan terhadap 40 ribu orang menunjukkan bahwa orang yang makan lebih banyak ikan tuna setiap minggunya memiliki risiko 68% lebih rendah terkena masalah mata kerana zat omega-3 juga baik untuk kesihatan retina. Terbaik adalah kehebatannya dimana ia mampu mencegah kanser dimana zat omega-3 dapat memperlambatkan proses pertumbuhan sel tumor. Sifat ant iinflamasi pada omega-3 juga mengurangi peradangan di dalam tubuh yang banyak dikaitkan dengan kanker. Dakwaan kerana ikan tuna mampu menurunkan berat badan disebabkan ikan ini rendah kalori dan kaya akan protein yang dapat membantu menurunkan berat badan. Studi menunjukkan, remaja yang makan ikan tuna selama beberapa minggu kehilangan berat badan sekitar 1 kilogram jika hendak dibandingkan dengan yang tidak makan ikan tuna. Hebatnya juga dimana ia akan meningkatkan imuniti tubuh apabila dilaporkan tuna kaya akan manganese, zink, selenium dan vitamin C yang semuanya membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh. Semua nutrisi tersebut memiliki sifat sebagai antioksidan yang dapat melawan patogen termasuk virus dan radikal bebas. Ia juga boleh memperkuatkan tulang kerana kandungan vitamin B dan protein yang tinggi juga bakal memperkuat tulang. Nutrisi ini juga mencegah cedera dan kerusakan pada tulang. Akhir sekali khasiatnya didakwa boleh meremajakan kulit kerana kandungan vitamin B dalam ikan tuna juga membantu menjaga dan meremajakan kesehatan kulit. Sifat antiinflamasi membuat kulit awet muda dan lebih halus bercahaya. Mengambil ikan tuna dalam pola makan harian dimana bagi orang dewasa disyorkan memakan 2-3 kali ikan tuna seminggu. 

Kerajaaan Malaysia telah ujudkan 'Pelabuhan tuna dinaik taraf' di Jeti LKIM, Batu Maung, Pulau Pinang sebagai stratrgi aktiviti penangkapan tuna di lautan Hindi. Terbaru krajaan akan menaik taraf dan meningkatkan infra kemudahan di dua pelabuhan khas bagi pendaratan ikan tuna di Pelabuhan Pulau Pinang di sini dan di Langkawi, Kedah supaya ianya setanding dengan pelabuhan antarabangsa dan di negara jiran (Thailand agaknya). Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dakwa usaha itu bagi menarik lebih banyak banyak vesel ikan tuna yang beroperasi di Lautan Hindi mendaratkan hasil tangkapan mereka di pelabuhan tersebut. Dalam masa samausaha itu juga bagi mewujudkan lebih banyak industri hiliran berkaitan industri ikan tuna seperti pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan sekali gus menyumbang kepada kerancakan ekonomi negara. Ketika ini kedua-dua pelabuhan itu disifatkan tidak begitu kompetitif untuk menarik vesel-vesel tuna khususnya pemain ikan tuna antarabangsa untuk berlabuh dan mendaratkan hasil daripada tangkapan mereka. Terdapat pengusaha  ikan tuna yang mendaftar vesel ikan tuna mereka di luar negara seperti di Maldives boleh mendaratkan ikan disini. Terkini terdapat sebanyak 19 vesel dan sebuah kapal pengangkut ikan tuna yang membawa bendera Malaysia beroperasi di Lautan Hindi dengan hasil tangkapan sebanyak 3,005 tan metrik dengan anggaran nilai RM40 juta. Daripada jumlah itu di Pelabuhan Pulau Pinang mencatatkan jumlah pendaratan sebanyak 1,944 tan metrik dengan anggaran nilai RM28 juta manakala selebihnya didaratkan di Pelabuhan Langkawi. Kerajaan menggalakkan lebih banyak pihak swasta melibatkan diri dalam perusahaan tangkapan ikan tuna di Lautan Hindi yang masih belum diterokai pengusaha tempatan sepenuhnya. Setakat ini daripada kira-kira 200 lesen yang diperuntukkan bagi vesel penangkapan ikan tuna dimana hanya 10 peratus yang dikeluarkan kerajaan iaitu masih jauh daripada sebanyak 70 buah vesel seperti disasarkan menjelang 2030. 

Kisah unik dimana '
Kaki pancing ‘jerat’ ikan tuna seberat 328kg' di Gibraltar, Sepanyol memang menarik dikupas kali ini. Beberapa media antarabangsa dan media tempatan menyatakan dimana sekumpulan pemancing dilapor berjaya menangkap ikan tuna sirip biru seberat 328 kilogram (kg) di perairan Gibraltar, Sepanyol. Mereka adalah Kyle Cavilla, Gareth Valarino dan Shawn Desoisa menangkap ikan sepanjang 2.9 meter (m) itu yang didakwa memecah rekod tahunan selain merupakan ikan kedua terbesar yang pernah ditangkap di perairan tersebut. Berita ini merupakan satu pertarungan di mana tiga lelaki perlu bertungkus-lumus menarik ikan itu ke arah bot. Ketika tarikan mencapai kira-kira 35 kg dimana ril pancing terpaksa disejukkan menggunakan air disebabkan kekuatan ikan tuna gergasi itu. Ketiga-tiga kaki pancing itu kemudiannya menjual beberapa bahagian ikan tuna tersebut pada harga £5,000 (RM29,435) manakala beberapa bahagian lagi disimpan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Mereka menganggarkan bahagian yang dijual itu berpotensi mencecah £20,000 (RM117,730) sekiranya ia dijual di pasaran Jepun. Dalam pada itu dilaporkan dimana pada tahun 2019, seorang hartawan dari Jepun yang digelar ‘raja tuna’ berjaya menangkap ikan tuna sirip biru seberat 278 kg yang dijual pada harga £2.5 juta (RM14.7 juta) dalam satu acara lelongan di Tokyo.

Berita '
Raja Tuna bayar RM7.3 juta untuk seekor ikan' di Tokyo, Jepun telah menggemparkan dunia kerana berita viral tersebut adalah salah satu perkara jarang berlaku. Bagi Kimura ikan tuna bernilai RM7.3 juta dengan berat 276kg pada lelongan tahun baru di Pasar Toyosu, Tokyo dimana dia adalah seorang pengusaha sushi Jepun yang terkenal. Kini dia diberi dengan jolokan 'Raja Tuna' telah membayar sebanyak AS$1.8 juta (RM7.3 juta) untuk seekor tuna gergasi pada lelongan tahun baru di salah sebuah pasar ikan utama di ibu kota negara itu (Sila lihat foto diebelah)Kiyoshi Kimura yang mempunyai rangkaikan restoran sushi terkenal sanggup mengeluarkan jumlah itu bagi mendapatkan tuna bluefin seberat 276 kilogram (kg). Dilaporkan dimana ikan tuna tersebut ditangkap di perairan Aomori yang terletak di utara Jepun. Ini merupakan (tuna) terbaik dan harganya cukup mahal dimana dia mahu pelanggan menikmati makanan yang paling lazat tahun 2020 ini. Sebelum ini Kimura pernah membuat bidaan dengan harga cukup tinggi untuk ikan dalam acara lelongan yang sama. Pada tahun 2019 dia membayar AS$3.1 juta bagi seekor tuna seberat 278kg. Acara lelongan tersebut merupakan aktiviti tradisional yang dijalankan di sebuah pasar baharu yang dipanggil Toyosu. Jika sebelum ini ia terkenal di Tsukiji yang menjadi pasar ikan utama sehingga menjadi lokasi tumpuan pelancong kerana restoran dan kedai tetapi ia telah ditutup pada 2018. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
IKAN TUNA... POPULAR DIDUNIA...
IKAN MAHAL... BAIK KHASIATNYA...
DIMAKAN MENTAH... JEPUN SUKA...
IKAN TONGKOL... ADA DI MALAYSIA...  

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...