Support My Blog

Tuesday, May 12, 2020

KELAPA RAMBAI - KENALI DIA

KELAPA RAMBAI atau juga dipanggil sebagai KELAPA RIBU (Cocos nucifera var. spicata) merupakan salah satu varieti kelapa renek (dwarf) yang ramai tidak mengenalinya di Malaysia. Terdapat sebanyak 16 varieti kelapa yang telah didaftarkan didalam National Plant Vaiety Listing di Jabatan Pertania akan tetapi kelapa rambai ini belum ada didaftarkan. Pada pendapat penulis blog mungkin memang ramai tidak  pernah melihat keunikan yang terdapat pada pokok kelapa rambai atau kelapa ribu. Bagaimana pun nama saintifiknya apabila ditaip didalam dalam web Wikipedia ia ada artikel dinyatakan sedikit untuk dibuat rujukkan. Kajian saintis pertanian mendapati dimana pokok kelapa rambai adalah sejenis pokok kelapa yang mengeluarkan banyak bunga betina berbanding bunga jantantidak sama dengan pokok kelapa biasa yang lain. Sebagai rujukkan penulis blog beberapa kali berkunjung ke Pusat Pertanian Kelapa di Teluk Baru, Bagan Datuh milik Jabatan Pertanian yang mempunyai beberapa pokok untuk saya membuat rujukkan. Tanaman kelapa adalah yang ke 4 terpenting dalam sektor pertanian di Malaysia selepas tanaman Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Seluas 84,500 hektar tanaman kelapa masih memberikan hasil sekitar 550 juta boji setahun untuk kegunaan domestik dan sedikit dieksport. Bagaimana pun Malaysia masih mengimport sebanyak 100 -150 juta biji kelapa tua untuk kegunaan kilang memproses kelapa melalui kawalan AP import yang dikawal kerajaan. Tanaman kelapa semakin berkurang sedangkan permintaan kelapa meniingkat saban tahun dan perlu dibuat sesuatu terhadap industri kelapa di negara kita. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini membuat laporan mengenai kelapa rambau atau kelapa ribu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Antara kelainan didalam kelapa rambai adalah bahagian bunganya. Didapati lazimnya didalam seludang yang dilihat, hanya terdapat satu jejari sahaja yang dipenuhi oleh bunga jantan, manakala pada teras utama terdapat susunan bunga-bunga betina yang padat. Bunga jantan hanya berada dicelah-celah bunga betina berkenaan (Sila lihat foto diseelah). Diteliti dimana apabila dilakukan pengiraan bunga betina pada salah satu seludang dibuat dan akak mendapati ada 240 kuntum bunga betina pada satu seludang pada seludang berkenaan. Sebenarnya pokok kelapa rambai adalah tergolong dalam kumpulan pokok kelapa jenis SPICATA dimana pokok kelapa ini mengeluarkan bilangan bunga betina yang banyak tetapi bilangan bunga jantan yang sedikit berbanding bunga pada pokok kelapa yang biasa. Penghasilan bunga betina spicata adalah diantara 50 ke 500 kuntum, berbanding kelapa biasa diantara hanya 15 ke 50 kuntum bunga betina. Penghasilan bunga jantan pada kelapa spicata jauh lebih rendah berbanding penghasilan bunga jantan pada kelapa biasa. Pokok kelapa spicata mempunyai 100 ke 1000 kuntum manakala pada kelapa biasa terdapat dalam 5000 ke 8000 kuntum bunga jantan. Apa pun lazimnya pada pokok kelapa spicata, kedua-dua jenis bunga jantan dan betina terdapat pada sepanjang teras seludang, tetapi pada seludang pokok kelapa biasa, bunga betina terdapat dibahagia bawah jejari manakala bunga-bunga jantan terdapat pada bahagian atas jejari.


Kulit yang membaluti seludang kelapa spicata juga lebih liat dan sukar untuk terbuka berbanding seludang pada kelapa biasa. Ini adalah salah satu faktor pendebungaan sukar dilakukan secara proses semulajadi. Pokok kelapa rambai adalah jenis kelapa spicata mempunyai jumlah bunga betina yang tinggi, namun penghasilan buah adalah amat rendah hanya diantara 15 ke 20 biji sahaja. Buah yang dihasilkan juga kecil. Lazimnya keadaan ini berlaku kerana bilangan bunga yang banyak tetapi bilangan bunga jantan yang sedikit menyukarkan didalam proses pendebungaan. Keadaan bunga betina yang padat dan juga terdapat bunga-bunga yang abnormal juga menyebabkan bunga gugur. Dari seludang yang dibuka, saya turut mendapati bahawa bunga jantan lebih cepat matang berbanding bunga betina. Keadaan bunga betina yang lambat matang dan menyebabkan keadaan reseptif yang lewat. Pendebungaan pada pokok kelapa rambai banyak berlaku hasil dari penerimaan debunga dari kelapa yang lain. Maka anak benih yang terhasil dari pokok rambai tidak akan menyamai induk yang asal. Pokok kelapa didalam keluarga Arecaceae memang kebanyakannya ada masaalah pendebungaan dan perlu diteliti bagamana kaedah tambahbaik yang boleh dilakukan didalah pengurusan tanaman kelapa.


Pokok kelapa rambai ini lazimnya mampu mencapai ketinggian sehingga 20 kaki dengan saiz batang yang lurus dan kecil daripada pokok kelapa tinggi dan tiada bentuk 'kaki gajah'. Pokok kelapa ini mempunyai saiz daun yang mana kecil daripada biasa dengan panjang pelepah beberapa kaki dan ia memang dikelaskan sebagai kelapa renek. Apa pun dilaporkan dimana kelapa ini tahan dari serangan penyakit kuning. Ia mudah ditanam dikawasan tanah subur yang mana akarnya akan masuk kedalam tanah untuk ia tegak tumbuh diatas tanah (Sila lihat foto disebelah). Pokok renek yang berbuah selepas 4 tahun ditanam ini biasanya berbuah rendah. Pokok ini tahan dari tiupan angi kencang apa lagi kalau ia ditanam dikawasan tepi pantai atau dikawasan terbuka. Kawasan penanaman kelapa ini sebaiknya tanah pamah yang subur dan diberikan baja organik dalam lubang penanaman. Pastikan ada sistem saliran baik dengan program pembajaan dilakukan mengikut jadual sepertimana keperluan pembajaan pokok dari semua keluarga Arecacee. Baja NPK !*N;16K dan 16Ksebaiknya digunakan untuk penghasilan bunga dan buah yang berkualiti. Buah kelapa rambai juga sama dengan kelapa lain memerlukan penjagaan daripada serangan penyakit dan perosak kelapa dan dikawal dengan baik.


Kelapa Rambai ini adalah dari kategori Monotypic dimana ia kini telah disyorkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia sebagai alternatif terbaik selain daripada kelapa hibrid yang sukar untuk mendapatkan benih tulinnya. Ini kerana kelapa jenis renek seperti ini mudah mendapatkan benih yang tulin dan juga cepat berbunga seawal 3 tahun penanamannya. Penulis blog pernah jumpa dimana 3.5 tahun lepas tanam kelapa renek sudah mula berbuah dan pselalunya pada tahun ke 4 akan banyak buahnya yanag tua untuk dituai. Pokok kelapa memunyai ciri akan mengeluarkan bunga (infloresence) setiap bulan dan bermakna jika semua didebungakan akan mengghasilkan satu tandan setiap bulan atau 12 tandan setahun. Pengalaman penulis blog dapati kelapa rambai ini iaitu sejenis kelapa renek mampu mengeluarkan hasil sebanyak 250 biji sepokok setahun walau pun puratanya adalah 160 biji sepokok setahun. Walau pun ada dakwaan dimana saiz buah kelapa renek agak kecil daripada kelapa jenis tinggi akan tetapi jumlah buah setandan adalah lebih banyak. Kepada peminat minuman air kelapa boleh memilih kelapa renek seperti Kelapa Pandan, Kelapa Renek Hijau (MGD), Kelapa Renek Kuning (MYD), Kelapa Renek Merah (MRG), Kelapa Renek Rambai, Kelapa Renek Tacunan dan beberapa lagi. Kelapa Pandan didakwa mempunyai aroma pandan yang wangi dan memberikan rasa manis jika dituai pada kematangan yang betul. Penulis blog dapati ada sedikit kekeliruan diantara Kelapa Renek Kuniing dengan Kelapa Rambai atau Kelapa Ribu dari segi pokok dan warna serta bentuk buahnya. Bagaimana pun sebenarnya ada sedikit perbezaan jika dianalisa marfologi yang boleh dirujuk daripada pakar kelapa. Semuga anda semua mendapat info berguna khususnya pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!!...
KELAPA RAMBAI.. KELAPA RIBU SAMA...
IA KELAPA RENEK...RENDAH POKOKNYA....
CEPAT BERBUAH... MUDAH MEMETIKNYA...
BACA ARTIKEL... BERMINAT TANAM JUA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(18 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...