BUAH PISANG (Musa accuminata) merupakan sejenis buah-buahan tropika daripada keluarga Musaceae yang mana banyak bahagian yang boleh digunakan daripada buah pisang, daun pisang, jantung pisang dan juga batangnya (umbut). Pisang merupakan antara jenis pokok buah yang luas di tanam di Malaysia iaitu 35,156 hektar dengan hasil sebanyak 376,690 metrik tan pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia). Negeri yang luas menanam pisang adalah Johor (11,826 ha), Pahang (5,288 ha) dan Sabah (3,458 ha). Dalam Islam pisang disebut didalam Surah al-Waqiah 56:29 yang memberi maksud ''... dan pokok pisang yang tersusun rapi buahnya.''. Pisang bukan sahaja di tanam akan tetapi ia kini telah dijadikan komoditi penting dunia dimana sebanyak 153.1 juta metrik tan dikeluarkan pada tahun 2017 (Sumber: FAOSTAT). Negara India dilaporkan paling banyak menanam dan menghasilkan pisang iaitu sebanyak 30.5 juta mt, diikuti China (11.2 juta mt) dan juga Filipina (9.2 juta mt). Negara Equador dan Filipina bagaimana pun negara pengeksport yang terbesar pisang dunia. Buah pisang masih menjadi makanan ruji dibeberapa negara tropika terutama dikawasan negara belum membangun dan mundur. Pisang ini dimakan segar atau diproses untuk dijadikan pelbagai jenis masakan berasaskan pisang sebagai makanan utama mereka. Penulis blog memang suka makan buah pisang sama dengan buah betik, jambu batu dan nanas yang sentiasa membelinya. Pisang Cavendish merupakan jenis pisang yang paling banyak didagangkan diseluruh dunia dimana pisang ini adalah jenis pisang yang enak dimakan, banyak khasiat dan diterima penduduk dunia. Nama arab bagi pisang adalah ''Mawz'' yang mana mereka merupakan pengguna pisang. Sepertimana yang disebutkan dalam al-quran buah pisang adalah sejenis buah-buahan Syurga. Pisang adalah Buah Klimaterik yang sesuai hidup di negara beriklim tropika dan sub-tropika. Pisang Plantain biasanya dipetik semasa buah hijau dan ia dimasak sebelum dimakan dinegara ketiga. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info mengenai buah pisang dalam masyarakat Islam dan kehebatan buah itu sendiri untuk bahan rujukkan.
Pisang merupakan buah yang ada ciri-ciri perubatan dan ia digunakan sebahagian dari perubatan tradisional. Pisang boleh dimakan sebar atau diproses menjadi kuih, kerepak dan minuman. Di Malaysia buah pisang ada yang dijual digerai tepi jalan (Sila lihat foto disebelah), Pasaraya, Kedai 24 jam, Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Tamu, Pasar Besar dan juga kedai runcit. Pendek kata dimana-mana sahaja kita bertuah kerana amat mudah mendapatkan buah pisang dengan harga yang berpatutan. Antara beberapa jenis pisang yang popular di Malaysia adalah Pisang Cavendish (Tempatan dan Import), Pisang Berangan, Pisang Tanduk, Pisang Nangka, Pisang Nipah, Pisang 40 hari dan beberapa lagi. Kajian saintis menyatakan dimana setiap 100 gram pisang mengandungi 84 kcal tenaga, 4.8 g kanji, 6.4 g sukros, 4.4 g glukos, 13.5 g gula, 1.8 g serat, 0.4 g lemak, 1.1 g protin, 11.6 g sterol, 1.7 mikrogram Vitamin A, 0,05 mg, Vitamin B1, 12 mg dan banyak zat galian seperti Kalium, Magnesium, Kalsium, Ferum dan Iodin. Bagaimana pun lain jenis pisang, indeks kematangan dan amalan agronomi memeinkan penting kandungan diet pisang. Dilaporkan dimana pisang dapat merangsang penghasilan haemoglobin dalam darah dimana ini akan mengatasi masaalah anemia. Pisang juga di dakwa oleh USDA mampu mengelakan risiko tekanan darah dan stroke. Ada laporan kajian dimana pelajar sekolah yang diberikan pisang pada waktu pagi , wantu rehat dan makan tengahari didapati lebih bertenaga dan cerdas minda mereka. Kenapa di negara kita yang banyak pisang tidak jual buah pisang di sekolah dan dijadikan makanan waktu sarapan pagi?.
Buah Pisang mengandungi bahan Triptofan iaitu sejenis bahan protin yang yang dihadam dan ditukar menjadi serotanin yang memberikan kepada rasa tenang, peningkatan emosi dan juga menyebabkan pemakan pisang akan merasa gembira. Penulis blog memang rasa gembira selepas makan pisang mas di Pusat Pertanian Lekir, Perak beberapa tahun dulu semasa membuat pemeriksaan status serangan Penyakit Moko di Perak (Sila lihat foto disebelah). Apa tidaknya kerana pisang yang diberi makan masih segar, manis dan percuma pula... pasti mengenyangkan dan gembira. Kemungkinan benar khasiat pisang berjaya akan mengembirakan pemakannya kena buat ujian lagi. Kepada mereka yang kurang selesa selepas makan sebaiknya ambil buah pisang kerana ia mampu kesan antasid didalam badan. Makan buah pisang diantara waktu makan mampu didalam mengawal kadar gula dalam darah dan mengurangkan alahan peringkat awal wanita mengandung. Vitamin B dalam darah juga didakwa mampu mengawal sistem saraf dan juga vitamin B6 mampu mengawal paras glukosa didalam darah. Apa yang pasti dimana selepas kulit pisang dikopek dan ia didedahkan kepada angin maka isinya akan menjadi warna kemerahan. Perkara ini berlaku disebabkan tindakbalas enzim fenolik yang teroksidasi.
Dalam petua perubatan tradisi dan Islam ada banyak kelebihan makan buah pisang. Antara kehebatan buah pisang dimana ia mampu merawat ulser, sakit kerongkong, luka dalam perut, cirit birit, paru-paru kotor, kulit muka yang mengelupas, pendarahan pada kulit, luka berdarah, kulit yang melecur, kudis dan juga buasir. Dalam pada itu dilaporkan dimana buah pisang juga mampu merawat buah pinggang yang lemah, merawat sakit dada, mengawal tekanan darah tinggi dan kawal kolesterol. Dalam pada itu buah pisang yang dimakan mampu atasi masaalah gusi bengkak, jantung lemah, masaalah sesak nafas atau asthma atau lelah serta masaalah bisul biasa atau bisul pada leher. Apa yang unik didakwa pisang mampu merawat masaalah penyakit Kayap dan kudia serta kulit yang melecur. Dalam kecantikan pula kulit pisang yang dijemur sehingga kering dan kemudian dibakar dan direndam selama 2 malam dan airnya yang ditapis digunakan untuk mencuci rambut mempu menghilangkan kelumumur. Buah pisang yang mudah kita dapat di sekeliling kita memang banyak khasiatnya. Daun pisang pula memang selalu digunakan dalam bungkusan nasi lemak dan pembungkus banyak jenis kuih. Umbut batang pisang pula memang dijadikan gulai kawah batang pisang yang enak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERKHASIAT, MINERAL...VITAMIN ADA...
DIMAKAN SELALU... SIHAT SEJAHTERA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Wilayah Persekutuan,
Putrajaya,
Malaysia.
(17 Safar 1441H).

BUAH PISANG ... MUDAH TANAMNYA...
153.1 JUTA TAN... KELUARAN DUNIA...BERKHASIAT, MINERAL...VITAMIN ADA...
DIMAKAN SELALU... SIHAT SEJAHTERA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Wilayah Persekutuan,
Putrajaya,
Malaysia.
(17 Safar 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.