TANAMAN KOPI (Coffea spp) merupakan satu aktiviti penanaman yang semakin kurang dilaksanakan di Malaysia. Bagaimana pun penulis blog mendapati penanaman kopi dunia adalah seluas 11.12 juta hektar dengan negara Brazil yang merupakan salah sebuah negara pengeluar kopr terbesar dunia dengan kawasan seluas 2.15 juta ha (19%) diikuti oleh Negara Vietnam (1.057 juta hektar) dan Colombia 0.88 juta ha. Di Malaysia dilaporkan dimana pengeluaran kopi mentah adalah rendah iaitu kurang 3% dari keperluan domestik dimana angka tersebut adalah untuk hanya untuk tujuan keperluan koli lokal. Ini bermakna negara mengimport sebanyak 97% biji kopi mentah iaitu bersamaan dengan 97,500 - 100,000 mt setiap tahun dari Indonesia (48%) dan Vietnam (26%). Jenis Kopi Arabica berasal dipercayai sejenis kopi premium berasal dari kawasan pergunungan di Yaman dan kawasan tanah tinggi Barat Daya Ethiopia. Kopi Robusta pula dipercayai berasal dari bahagian tengah dan barat sub-Sahara Afrika. Manakala kopi Liberica pula adalah berasal dari Afrika barat dan tengah dari Liberia ke Uganda dan Angola. Penulis blog yang telah menlis beratus-ratus artikel mengenai kopi mendapati dimana 70% penanaman kopi dunia adalah dari jenis Kopi Arabica diikuti Kopi Robusta sebanyak 28% dan kopi Liberica (2%). Di Malaysia pula dari pemantauan penilis blog semasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia mendapati hanya kopi Robusta (75%) dan Liberica (15%) diusahakan di Sabah dan selebihnya di Negeri Johor. Penulis blog merujuk kajian oleh Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati terdapat perbezaan kandungan kafein pada jenis-jenis kopi dipasaran dimana makluumat dinyatakan bagi Kopi Robusta ia mengandungi kafien sekitar 2.26 g/100 gram, bagi Kopi Arabica sekitar 1.61 g/100 gram dan bagi Kopi Liberica ia mengandungi kafien sekitar 1.23 g/100 gram. Seterusnya dari hasil satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di USA ada mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari akan hidup lebih lama berbanding orang yang tidak meminum kopi. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok. Artikel tengahari ini pada Hari Rata Aidilfitri ke 2 tahun 2020 sempena duduk rumah akibat Covid19 didalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai status industri kopi yang perlu anda tahu berdasarkan kepada buku SPBT Jabatan Pertanian untuk rujukkan anda semua.
Industri penanaman kopi di Malaysia kini memang sangat kecil berbanding dengan penggunaannya dan keperluan untuk pasaran eksport. Malaysia memang antara negara yang terhebat didalam mengeluarkan prosuk minuman 3-in-one termasuk paket kopi untuk pasaran domestik dan eksport. Kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bull ex Hiern) dan Kopi Robusta (Coffea canephora Pierre ex Froehner) mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1870an. Kedua-dua kopi tersebut sesuai ditanam di Malaysia dengan daya pengeluaran selama 25-30 tahun. Kopi Liberica menjadi pilihan kerana hasilnya lebih tinggi, penyelenggaran lebih mudah, kurang masalah serangan perosak serta harga pasaran yang lebih baik. Bagaimana pun kopi robusta hanya meluas ditanam di Sabah tetapi tidak di Semenanjung kerana beberapa masaalah penurusan dan penyakit. Pokok kopi Robusta adalah tumbuhan jenis renek dimana pokok kopi ini tumbuh seperti belukar. Pokok jenis ini mempunyai beberapa batang. Walaupun pokok kopi boleh mempunyai sama ada satu batang ia juga cenderung untuk mempunyai lebih. Selain itu diantara ciri-ciri batangnya adalah berbeza di kalangan pelbagai spesies kopi. Pokok kopi Arabica (Coffea arabica) pula berbatang tegak dengan dahan berpasangan dan dahan yang lebih rendah cenderung untuk terasa berat ke bawah. Buah muda berwarna hijau, masak berwarna merah. Mengandung 2 butir biji, mempunyai permukaan yang datar (perut) dan bidang yang cembung. Ia terdiri dari daging buah dan biji. Daging buah terdiri atas 3 bahagian lapisan kulit luar (eksokarp), lapisan daging (mesokarp), dan lapisan kulit tanduk (endokarp) yang tipis tetapi keras (Sila lihat rajah diatas). Buah kopi umumnya mengandung 2 butir biji, tetapi kadang kadang hanya mengandung satu butir saja. Biji kopi ini disebut biji kopi lanang atau kopi jantan atau kopi bulat.
Pokok kopi umumnya merupakan sejenis tanaman saka yang boleh hidup melebihi 25 tahun dengan kaedah penjagaan yang baik. Pokok kopi biasanya boleh tumbuh menegak dengan paras ketinggian sehingga ia boleh mencapai 6 - 15meter. Bagaimana pun bagi tujuan penanaman dan memudahkan pengurusan agronomi biasanya pokok kopi dibuat cantasan untuk jadikan ketinggian pokok sekitar setinggi 180 - 185 cm. Biasanya tanaman kopi yang dijaga baik akan berbunga selepas 30 bulan ditanam dan mula buah selepas 8 -13 bulan selepas berbunga. Antara faktur pembungaan bagi tanaman kopi berbeza mengikut jenis kopi dimana bagi kopi Arabica dan Robusta ia memerlukan suhu kering dan sejuk yang lama untuk membolehkan kopi berbunga dengan baik dan serentak. Selalunya pada peringkat vegetatif maka pokok kopi akan membesar secara menegak atau secara Ortotropik dan mendatar atau pun secara Pplagiotropik. Daun kopi adalah berbentuk eliptik dan tumbuh berpasangan berlingkaran mengelilingi batang.dan ia mempunyai jenis cabang dann ranting-rantingnya pula akan tersusun berdampingan pada ketiak dahan (Sila lihat foto disebelah). Panjang daun kopi yang matang berukuran diantara 10 - 16cm dan lebar cm 15-30 cm dengan selalunya mempunyai 7-10 pasang urat. Dalam pada ada kelainan pada daun matang jenis Liberica yang selalunya berwarna hijau tua dan lebih tebal.
Penulis blog mendapati dimana jenis kopi yang banyak ditanam di negara ini ialah jenis Liberica dimana ia jadi asas kepada permintaan kopi di Malaysia yang tinggi masa kini pula adalah daripada jenis Arabica dan jenis Robusta. Program penanaman kopi terus dipinggirkan oleh petani disebabkan pelbagai faktor antaranya tiada insentif kepada penanam kopi sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan RMK-10. Faktur harga biji kopi yang tidak menentu juga serta jumlah penghasilan kopi yang rendah menyebabkan industri penanaman dan penghasilan biji kopi di Malaysia terus merudum. Kes-kes serangan musuh perosak serta masalah tenaga kerja terutama untuk memetik kopi berterusan. Memang telah lama Malaysia menjadi sebuah negara pengimport biji kopi mentah dimana semanjak tahun 2016 ada pertukaran polisi kerajaan dalam kawalan import kopi telah diliberalisasikan dan perkara ini mengakibatkan peningkatan import, eksport kopi dan produk berasaskan kopi. Harga kopi di pasaran tempatan juga telah dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman seperti gred kopi, kaedah pemprosesan dan margin pemasaran. Manakala faktor luaran ialah seperti status penawaran dan permintaan di peringkat antarabangsa. Pengubahsuaian Bajet 2016 memaklumkan bahawa kebenaran mengimport biji kopi mentah telah diliberalisasikan berkuat kuasa serta-merta. Hal ini lebih memudahkan proses mengimport biji kopi mentah apabila syarikat tidak perlu mendapatkan kelulusan kuota import. Tanaman kopi telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada komoditi pertanian yang diberi perhatian oleh kerajaan dalam RMK-11 (2016-2020). Kini permintaan kopi yang tinggi, pengeluaran kopi negara perlu ditingkatkan lagi untuk menampung permintaan itu. Bagi mencapai tujuan tersebut, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk tempoh RMK seterusnya bagi tujuan untuk memperkasakan lagi industri kopi negara.
Umumnya penulis blog dapati walaupun industri kopi Malaysia secara relatifnya sangat kecil dan pengeluaran kopi tidak dapat menampung permintaan kopi yang terus meningkat. Terdapat kesan daripada kadar peningkatan jumlah penduduk dan juga permintaan pengguna yang mana ia dipengaruhi oleh perubahan gaya hidup minum secawan kopi (Sila lihat foto disebelah). Kajian menunjukkan dimana ada didakwa bahawa permintaan kopi yang tinggi bukan sahaja daripada negara-negara maju akan tetapi di negara membangun dan mundur. Malaysia juga mempunyai tahap kadar permintaan yang tinggi terhadap kopi. Perkara ini berlaku kerana Malaysia merupakan negara pengimport kopi dan bukanlah negara pengeksport yang terbesar. Malaysia berada di kedudukan ke-60 dunia dengan hanya mampu untuk menyumbang 0.16% daripada pengeluaran kopi dunia. Pengeluaran tempatan yang rendah juga disebabkan oleh kawasan penanaman yang terhad dan mutu buah kopi yang berbeza telah mendorong Malaysia untuk mengimport kopi. Berlaku juga perubahan harga kopi ditentukan oleh teori permintaan dan penawaran. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keluk penawaran beralih seperti cuaca yang buruk, pendapatan jatuh, kenaikan harga gula, serta ada berkurangnya aktiviti penanaman kopi itu sendiri. Apa pun penulis blog setuju kenyataan terdapat dua penentu iaitu penawaran adalah jangkaan penjual dan bilangan penjual. Pertumbuhan kopi dipengaruhi oleh suhu, kelembapan, kerosakan oleh serangga kecil dan cuaca. Begitu juga tahap permintaan kopi yang terus meningkat di peringkat domestik dan antarabangsa telah mendorong kepada perkembangan industri pemprosesan dan kemunculan kepada perusahaan kecil dan sederhana (IKS) dalam produk kopi. Kini produk kopi pra campuran dan produk nilai tambah berasaskan kopi. Didapati jumlah permintaan dan penawaran juga turut dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu apabila terdapat kenaikan harga kopi maka permintaan kopi akan terus berkurangan namun hal ini tidak mempengaruhi permintaan kepada sesetengah penggemar kopi yang setia. Semuga kerajaan terus menggalakkan penanaman kopi di Malaysia dan mengurangkan kebergantungan import sangat tinggi dimasa akan datang. Artikel ini diharap mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN KOPI... BERKURANG LUASNYA...
IMPORT KOPI... BERJUTA-JUTA BIJINYA...
KOPI DI GUNA... TERBANYAK ROBUSTA...
KERAP MINUM KOPI.. LANJUT USIA KITA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(2 Syawal 1441Hijrah.
Selamat HAri Ray Aidilfitri...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.