Support My Blog

Monday, May 25, 2020

DAGING MERAH VS PUTIH - APA DIA? (Part 2)

APAKAH DIA PERBEZAAN DAGING MERAH DENGAN DAGING PUTIH?... Kita orang Malaysia merupakan masyarakat yang dikatakan sederhana didalam memakan daging didalam menu makanan mereka. Bagaimana pun dilaporkan dimana orang Malaysia lebih banyak memakan daging putih berbanding dengan daging merah kerana kita mempunyai bekalan ayam yang melebihi permintaan setiap tahun. Sebenarnya diantara contoh daging merah termasuk Daging Lembu, Daging Kambing, Daging Kerbau, Daging Babi dan sebagainya manakala daging putih termasuklah Daging Ayam, Isi Ikan dan lain-lain. Daripada aspek penternakan lazimnya kebanyakan haiwan boleh dikategori sebagai sama ada daging merah atau daging putih. Secara asasnya memang terdapat banyak perbezaan yang penulis blog dapati diantara kedua-dua jenis daging ini secara fizikal. Ini kerana daging merah ada kepekatan myoglobin yang tinggi dimana pada darah merah dilaporkan amat tinggi kandungan bahan seperti Zinc, Riboflavin, Niacin, Thiamin, Vitamin B6, B12, Zat Besi (Iron) yang selalu ada diwar-warkan kerana kegunaannya dalam pergerakan anaerobik iaitu creatine dan sebagainya. Oleh kerana itu maka faktor kepada keperluan tenaga maka daging merah biasanya akan digunakan semasa proses membesarkan badan. Daging merah juga tinggi lemak tepu dan kolesterol jika ianya hendak dibandingkan dengan daging putih. Daging merah pula jika dimasak dengan suhu tinggi akan meningkatkan karsinogen yang mana boleh jadi penyebab masaalah kanser. Disebabkan lemak tepu yang tinggi daripada laporan saintifik maka pengambilan makanan daging merah selalunya ia dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit. Artikel pada subuh ini di bulan Ramadan saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai perbezaan diantara daging merah dengan daging putih untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Dilaporkan dimana kempen kurangkan menu daging merah agar hidup anda menjadi lebih sihat berterusan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdat banyak kajian yang membuktikan pengurangan pengambilan daging merah dengan diganti dengan daging ayam atau ikan didakwa mampu memanjangkan usia seseorang. Hanya hanya menggantikan satu hidangan daging merah setiap hari bersama kepingan ikan akan mengurangkan risiko kematian awal sehingga 17 peratus disebabkan pelbagai komplikasi penyakit. Penyelidik dari Universiti Harvard telah mendapati sajian ayam tanpa kulit atau sayuran mengelakkan kematian pramatang sehingga 10 peratus. Sekiranya daging digantikan dengan telur pula didakwa ia akan dapat mengurangkan kematian awal iaitu sehingga lapan peratus. Kajian juga mendapati pengambilan bijirin penuh menggantikan daging dapat mengurangkan kematian awal sehingga 12 peratus. Hasil penyelidikan yang diterbitkan Jurnal Perubatan turut melaporkan pengambilan daging merah tidak banyak manfaat kepada kesihatan. Tukar sosej dan kepingan sandwich daging dengan ikan boleh memanjangkan usia sebanyak 25 peratus. Manakala tukar kepada ayam 17 peratus dan sayur-sayuran 18 peratus. Apa pun hasil penyelidikan amalan diet yang membabitkan lebih 81,000 penduduk Amerika Syarikat dengan perubahan tabiat makanan dipantau selama lapan tahun dan tambahan lagi lapan tahun bertujuan mengesan impak diet ke atas tahap kesihatan mereka.

Dalam pada itu pemilihan bahan seperti kekacang dan bahan bijirin didakwa merupakan sumber protein terbaik. Kajian mendapati dimana keputusan menunjukkan mereka yang menambah pengambilan daging merah sekurang-kurangnya setengah saiz hidangan selama lapan tahun mengurangkan risiko kematian awal sehingga 10 peratus.  Namun bagi yang mengurangkan pengambilan daging tetapi menukarkan kepada ayam, ikan dan telur, berjaya didalam menurunkan risiko peratus kematian. Menurut kajian ketua Penyelidik Prof Frank Hu mendapati, kajian menunjukkan daging merah dan makanan proses berkait rapat dengan risiko penyakit kencing manis, jantung dan kanser usus. Didapati pengurangan pengambilan daging merah dan penambahan pengambilan kekacang, ayam tanpa kulit, susu, telur, bijirin penuh dan sayuran selama lapan tahun, mengekalkan kecergasan selain menikmati hidup lebih sihat. Hasil dari penemuan ini mencadangkan umum menukar protein mahupun sayuran dan kekacang didakwa ia boleh memanjangkan usia. Pakar mencadangkan dimana diet 'mediterranean' iaitu memilih ikan sebagai sumber protein selain kekacang dan sayur adalah pilihan terbaik dalam mengekalkan kesihatan sekali gus membantu meningkatkan jangka hayat seseorang. Sebenarnya untuk membaiki tahap kesihatan dan alam semula jadi adalah sangat penting mengamalkan cara diet mediterranean lain yang menekankan pemakanan sihat.

Masaalah penyekit banyak bergantung kepada permakanan, gaya hidup dan juga faktor lain termasuk persekitaran tempat tinggal mereka. Adalah disyorkan agar pihak kerajaan dapat mengambil langkah dan memperkenalkan polisi seperti subsidi harga ke atas makanan sihat seperti sayur dan buah-buahan bagi membolehkan orang ramai menikmati sajian berkhasiat pada harga berpatutan. Adalah dicadangkan agar jangan ambil lebih dari tiga hidangan daging merah setiap minggu. Ini memberikan keseimbangan antara kelebihan daging merah sebagai sumber nutrien. Bagaimanapun, kami mencadangkan jangan makan langsung daging yang sudah diproses. Digalakan agar sajian tinggi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan mengekalkan kecergasan selain melancarkan sistem pencernaan. Sebaiknya didapatkan sumber karbohidrat daripada roti bijirin penuh, beras perang dan kentang. Amalkan memakan 30 gram serat sehari seperti makan semua lima bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk bijirin gandum, dua keping tebal roti gandum dan kentang panggang berkulit. Selalu pilih alternatif tenusu (seperti minuman soya) bagi mendapatkan lemak rendah dan pilihan gula rendah. Sumber sumber protein lain seperti ikan, telur atau daging setiap minggu dan setiap satunya perlu berminyak. Amalkan memilih jenis minyak tidak tepu untuk menu harian dan sentiasa meminum enam hingga lapan gelas air putih sehari. Bagi orang dewasa harus dia mempunyai kurang enam gram garam dan 20 gram lemak sehari.

Pada masa ini sesungguhnya ada banyak jenis pilihan untuk makanan berasaskan daging yang dapat dijadikan sebagai sumber protein. Manusia tidak perlu mengambil daging lembu sahaja untuk memenuhi keperluan terhadap protein. Terdapat berbagai jenis daging yang dapat dimakan dengan aspek pemiliahan daging ini berdasarkan warnanya sahaja. Ini kerana daging dikelaskan kepada jenis daging merah dan daging putih. Kelompok daging merah adalah daging yang berasal dari aktiviti penternakan besar seperti haiwan lembu, kerbau, domba, kambing, kuda, babi dan sebagainya. Kini diketahui kjenis daging putih adalah daging yang berasal dari unggas, burung, kalkun, ayam hutan, berjenis ikan dan hasil laut termasuk spesis udang (lobster, udang, kepiting) serta kerang-kerangan. Terdapat juga haiwan reptilia seperti jenis buaya, biawak, ular dan labi-labi serta penyu yang dimakan. Ada pula daging dari haiwan Amphibian seperti katak (kecil) dan kodok (besar) yang dikelaskan sebagai sebahagian daripada jenis daging putih. Walau pun warna daging merah itu unik akan tetapi ada jenis-jenis ikan yang mempunyai warna daging merah seperti ikan tongkol atau ikan tuna. Ada pula jenis daging merah apabila ia dimasak akan bertukar warna menjadi merah. Kejadian ini berlaku kerana ia dipengaruhi oleh protein bernama mioglobin yang terdapat di semua otot termasuk daging. Mioglobin sala juga seperti hemoglobin adalah protein yang mengikat oksigen dalam darah. Hemoglobin mengangkut oksigen dari paru-paru ke sel-sel di seluruh tubuhbadan sementara mioglobin pula akan menyimpan oksigen di dalam sel. 

Pada umumnya kelompok daging merah memiliki mioglobin lebih banyak. Secara purata didakwa dimana bagi daging lembu ia mengandung lebih banyak mioglobin didalamnya iaitu sekitar 8 miligram per gram. Bagi daging kambing ia didakwa mengandungi purata sebanyak 6 miligram sahaja (rendah daripada lembu) dan bagi daging babi hanya mengandungi 2 miligram sahaja (jauh lebih rendah). Apa pun daging putih daripada unggas (seperti ayam) hanya mengandungi sebanyak 1-3 miligram mioglobin. Oleh itu bagi memenuhi keperluan zat permakanan yang seimbang, sebaiknya mengambik kedua-dua jenis daging ini secara seimbang. Jangan memilih hanya daging merah sahaja, atau daging putih saha untuk mendapatkan sumber protin bagi permakanan yang sihat. Ini kerana daging putih mempunyai kadar protein lebih tinggi dibandingkan dengan daging merah namun dilaporkan bagi daging merah memiliki kadar lemak  tepu dan kolesterol yang lebih tinggi dibandingkan dengan daging putih. Pilihan bagi mendapatkan daging yang baik adalah penting menentukan kualitinya semasa membeli dipasar. Antara perkara yang perlu diperhatikan seperti faktur warna, kelembutan dan tekstur, rasa dan aroma termasuk bau atau rasa, keadaan kecairan, serta pH daging sendiri. Secara mudahnya bagi mengukur kualiti daging dengan menentukan ciri kelembutannya yang mudah dikunyah. Apa pun bagi daging ayam perlu diteliti beberapa ciri yang harus diperhatikan termasuk daging tersebut memiliki warna putih kelabu dan cerah. Warna kulit ayam pula biasanya putih kekuning-kuningan dan bersih diman jika ia disentuh maka akan didapati daging terasa lembab dan tidak melekit. Daging ayam juga sebaiknya ada tekstur halus, mudah dikunyah  atau mudah dicerna, serta memiliki rasa lembut. Aroma daging ayam tidak menyengat, tidak berbau hamis dan tidak busuk. Adapun untuk daging lembu antara ciri-ciri yang baik adalah berwarna merah terang atau cerah, berkilat, tidak pucat dan pastika ia tidak kotor. Secara fizikal pula ia adalah mempunyai ciri elastik, sedikit keras dan tidak lembik. Jika dipegang pula daging tersebut masih terasa basah dan tidak melekit  di tangan dan memiliki aroma atau pun bau yang enak. Artikel ini ada dua part iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro tehnology kali ini. Wasallam!!...
DAGING MERAH... BANYAK ZATNYA...
DAGING PUTIH... AYAM CONTOHNYA...
CARA MEMASAK... AMAT PENTINGNYA...
MAKANAN SEIMBANG.. SASARANNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(19 Ramadan 1441H).
STAY HOME Semasa perintah ini...Elakkan Covid19..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...