Support My Blog

Friday, May 10, 2019

JENAMA AZAD - KINI POPULAR

PRODUK MAKANAN JENAMA AZAD memang sudah popular setalah hampir 29 tahun bertapak di Malaysia sebagai produk berstatus bumiputra. Syarikat yang bermula pad atahun 1990 kini semakin kukuh dengan beberapa produk berkualiti untuk pengguna di Malaysia khusunya di Selatan Tanah Air kerana kedudukan kilang mereka berada di Kompleks Lot Kilang KSB 1-1, 1-2, 1-3 Kompleks IKS, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Penulis blog diiringi Pengarah Pertanian Johor En Hishamuddin, Pegawai Pertanian Batu Pahat dan Pegawai Pembimbing IAT Daerah turut hadir dalam tinjauan ini. Ini kerana syartiat Azad telah menerima geran pembangunan High Impac Priject (HIP) berupa matching grant pada tahu 2018 dimana mesin tersebut (packaging machine) telah beroperasi sepenohnya. Pengurus AZAD Food Industries Sdn Bhd iaitu Azharazad Abd Rahman memberi penerangan mengenai syarikat dan membawa rombongan melawat operasi kilang yang telah mendapat status HALAL dan MeSTI untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Pada masa ini syarikat telah berjaya mengeluarkan Sos Cili, Kicap, Myonis (Jenama Myo King), Sos Barbekiu dan bermacam lagi produk makanan. Jenama Azad memang sudah lama dipasaran dan merupakan salah satu usahawan gigih dengan tahun 2018 mencapai jualan sekitar RM10 juta dan mensasarkan sebanyak RM12 juta pada tahun 2019. Dibantu dengan lebih 40 pekerja tempatan, syarikat ini menggunakan teknologi moden pemprosesan makanan melalui banyak pembangunan penyelidikan makanan yang menepati citarasa Orang Malaysia. Antara citarasa yang penting dalam resepi produk Azad adalah kombinasi rasa Pedas, Manis dan Lemak didalam kebanyakan produknya. Memang benar apa yang didakwa pemilik syarikat dimana semasa ujirasa makan Sos Cili, Sos Barbeku dan Myinis King kesemuanya menepati citarasa orang Malaysia khusunya di selatan Tanah Air. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis menganai usahawan Azad sebagai pengeluar produk sos bumiputra yang berjaya untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda berdasarkan lawatan penulis kekilang tersebut.


Kilang 3 pintu ini merupakan antara yang terbesar di kompleks IKS Parit Raja dan antara yang paling lama beroperasi disini. Ini kerana unit pengeluaran terus berkembang dengan adanya beberapa produk baru dihasilkan seperti Myonis dan beberapa produk lain lagi. Menuurut Azad semua peralatan yang ada dikilangnya adalah hasil kajian bertahun-tahun syarikatnya dan di fabricate peralatan mengikut spesifikasi tepat yang beliau rekabentuk. Alatan moden ini dibuat oleh fabricator tempatan dan sebahagian sahaja yang diimport. Pada beliau persaingan dalam perniagaan makanan amat sukar kepada sesetangah usahawan tetapi beliau melaluinya sehingga ketahap sekarang. Pada beliau paling utama adalah produk yang berkualiti, enak, harga rendah dipasaran dan bekalan yang tidak pernah putus. Bahan mentah yang berkualiti dan kaedah pemproses yang tepat serta pembungkusan baik menyebabkan pelanggan produk azad berterusan. Kawalan kualiti dijalankan dimana setiap pengeluaran akan disimpan sampel produk untuk sekurang-kurangnya setahun bagi menjamin kawalan mutu dipasaran. Beliau percaya dimana permintaan produk sos dan kichap akan terus meningkat saban tahun dengan pertambahan penduduk dan juga tabiat permakanan yang ada. Apa yang penting dia pastikan harga produk Azad antara yang rendah dipasaran dimana orang biasa mampu membelinya dengan lapang dada. Ini kerana menurut beliau banyak produk tempatan dipunyai oleh orang-orang Eropah yang menggunakan mesih canggih yang diimport dari negara mereka menyababkan harga produk ditawarkan adalah jauh lebih tinggi. Bagaimana pun syarikat Barat ini mempunyai modal besar dan beroperasi diseluruh dunia serta mempunyai dana yang banyak untuk melakukan promosi dan peniklanan di media masa dan TV.


Produk utama syarikat ini yang berada dipasaran adalah Sos Cili dengan botol kaca 150 gram, 1 kg, 3 kg dan botol plastik 5 kg. Produk sos cili antara yag banyak dikeluarkan untuk dijadikan bahan pencicah makanan dan juga untuk sos burger. Is juga dilaporkan sangat sesuai untuk dijadikan ramuan resepi masakan ayam masak tomato. Hanya menggunakan bahan cili merah berkualiti, ia diproses dengan sistem yang mengikut teknologi moden. Penulis blog rupanya tanpa disedari selalu juga membeli sos cili Azad dan produk lain untuk digunakan dirumah. Walau pun sesekali agak terkeliru dengan produk sos cili daripada jenama Bumi Hijau kerana keduanya menggunakan warna hijau. pada logo. Terdapat dua jenis sos cili yang dihasilkan iaitu Sos Cili Biasa dan Sos Cili Premium untuk kegunaan yang berbeza dan masakan berlainan. Sos Biasa agak cair sesuai untuk masakan seperti masak ayam merah sementara sos cili premium sesuai digunakan sebagai penyedap cicah nugget, burger, keropok dan sebagainya. Kesemua produk sos cili ini dihasilkan dari kilang IKS disini dan operasi berterusan dua kali sehari. 


Produk kedua yang agak baik diterima dipasaran ada Kicap Azad dan Juga Sos Babekiu. Kicap Azad ini merupakan kicap yang dibotolkan dalam beberapa saiz untuk keperluan pasaran. Ada didalam botol 150 liter, botol plastil 1 liter dan botol paling besar lagi. Kicap ini amat sesuai untuk dijadikan ramuan masakan dan kegunaan lain. Harga kicap jenama Azad juga antara yang murah dipasaran akan tetapi kualitinya adalah tetap premium. Dikalangan masyarakat Malaysia kicap merupakan sos yang paling banyak digunakan seperti untuk masak daging kicap, makan telur separuh masak, buat sambal kicap, ramuan membuat mee hailam, masakan ala Thai dan banyak lagi kegunaan. Produk kicap di Selatan Tanah Air yang juga popular dipasaran adalah seperti Kicap Cap Kipas Udang (Habhall), Kicap Jalen dan beberapa lagi. Kicap ini dibotolkan di kliang IKS di Parit Raja dan telah diedarkan keseluruh negara. bagi produk Sos Babekiu memang amat sesuai dengan citarasa orang Malaysia yang kini semakin suka makanan BBQ dalam majlis keramaian. Sos BBQ Azad ini mempunyai rasa pedas semulajadi lada hitam, manis dan lemak yang menyedapkan makanan BBQ.


Produk terkini yang menjadi kebangaan Azad adalah produk MYONIS. Kini makanan myinis hanya dikeluarkan oleh beberapa syarikat bukan bumiputra sahaja dengan teknologi yang diimport dari luar negara juga. Bagaimana pun Azad Food Industries telah berjaya merekabentuk peralatan proses makanan khusus untuk produk myonis.  Produk Myonis Azad diberi nama 'MYO KING" dengan pembungkusan 3 kg satu paket (Sila lihat foto disebelah). Pembungkusan menggunakan mesin yang diberi bantuan oleh Jabatan Pertanian melalui program batuan Matching Grant High Impact Project (HIP) pada tahun 2018. Penulis blog diberi penghrmatan syarikat untuk menampalkan tanda khas bantuan mesin ini iaitu pelekat khas. Syarikat ada juga bercadang membuat pembungkuasn myonis dalam paket lebih kecil untuk luang pasaran berbeza. Dalam ujirasa dijalankan dibilik taklimat, penulis blog dapati myonis buatan Azad amat enak dan berbeza dengan myonis buatan tempatan lain kerana ada rasa pedas didalamnya. Myonis ini hanya membekal 1% sahaja daripada jumlah pemasaran produk myonis dalam negara yang mana dimonopolioleh syarikat antarabangsa. Dakwanya myonis ini diperbuat daripada susu dan telur dengan formulasi khusus yang komplikated untuk ianya tahan lebih lama. Semuga syarikat ini akan llebih berjaya dimasa akan datang. Diharap artikel ini telah memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
SYARIKAT AZAD... SYARIKAT BUMIPUTRA...
PENGELUAR SOS.. BANYAK JENISNYA...
PRODUK BERKUALITI... MASA UJICUBA...
SEMUA PEMBACA... MESTI MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 306, Hotel Imperial,
Kluang, Johor,
Malaysia.
(28 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...