POKOK SELASIH (Ocimum basilicum) merupakan sejenis tumbuhan renek daripada keluarga Lamiaceae yang terdapat di kawasan beriklim tropika. Pokok Selasih di percayai natif atau berasal dari India dan sekitarnya. Nama Selasih ada berbagai seperti Kemangi, Holy basil, Sweet basil dan juga dipanggil sebagai Thulasi. Pokok selasih dan kemangi ini memang banya berbeza. Kajian menunjukkan daun kemangi banyak digunakan dalam masakan di Malaysia dan juga di Indonesia. Penulis dapati diantara ciri uniknya ialah baunya seperti bau serai yang meningkat selera hendak makan. Pokok selasih ada banyak jenis diantaranya sebagai nama 'English' atau 'Sweet Basil' yang termasuk dalam resepi masakan ala-barat (western cooking). Pemerhatian juga menunjukkan bahawa terdapat Jenis Selasih Hijau(ruku hijau, thulasi, holy basil) yang selalu ditanam oleh kaum India. Sementara itu juga terdapat Jenis Selasih Hitam dimana daunnya adalah kerinting dengan warna batang hitam merahan. Jenis Selasih Hijau adalah yang sering digunakan untuk menguatkan jantung. Sementara itu ada selasih ungu yang selalu dijual sebagai ulam. Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan berbentuk ovat. Di negara ini biasanya tanaman dari biji benih berbunga selepas lebih kurang 75 hari selepas ditanam di ladang. Bunganya terdapat di bahagian hujung batang dan dahan pokok. Keseluruhan bahagian tumbuhan selasih boleh mengeluarkan bauan yang sangat beraroma. Mengenai khasiat dan kegunaan tanaman selasih digunakan dalam kehidupan harian masyarakat tempatan semenjak lama dulu. Di Malaysia tumbuhan ini digunakan dalam masakan dan dikatakan mempunyai khasiat perubatan tertentu dan memberikan aroma untuk membahkan selera. Di negara Amerika pula disebabkan kecantikan dan bau yang menarik beberapa baka terpilih telah dijadikan sebagai tanaman landskap dan tanaman hiasan. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tentang tumbuhan selasih dan akan menerangkan selasih secara umum sebagai satu jenis tumbuhan yang dikategorikan berkhasiat.
Penanaman selash amat mudah dilakukan sendiri dirumah dan juga dikebun asalkan kita mempunyai benih, kawasan sesuai dan juga ilmu pengetahuan yang mencukupi. Mereka yang tinggal dikawasan bandar boleh menanam pokok selasih untuk kegunaan sendiri. Penulis blog pun pernah menanam pokok ini akan tetapi disebabkan sering berpindah maka banyak pokok yang telah mati dan pasunya akan ditinggalkan. Biasanya pokok selasih ini hidup subur merimbun dan kadang-kadang dijual juga pucuk selasih ini oleh individu yang serius mengusahakannya. Pokok selasih mudah ditanam menggunakan keratan batang dan ianya boleh juga disemai melalui biji benihnya. Ia boleh ditanam di dalam polibeg atau pasu selain di atas tanah atau batas. Pokok selasih adalah tumbuhan herba yang banyak akan kandungan khasiatnya. Keseluruhan bahagian pokok selasih boleh digunakan sebagai bahan perawatan pelbagai jenis penyakit seperti batuk dan mencairkan kahak, perawatan malaria, mengurangkan panas badan, merawat demam, sebagai bahan tahan sakit da mengurangkan stress. Ia juga mengandungi antiseptik, melawaskan sistem pencernaan dan dapat menambah selera makan. Pokok selasih juga adalah sayuran kampung yang enak dimakan kerana baunya yang wangi dan harum. Pucuk selasih biasa dijadikan ulaman/lalapan yang dimakan bersama sambal belacan dan ikan goreng. Daunnya boleh ditambahkan di dalam sop atau masakan daging, ayam atau ikan untuk menambahkan aroma masakan tersebut.
Pucuk selasih biasanya dicampurkan dalam masakan gulai nangka muda, masak lemak labu atau masak lemak udang atau ketam dan masakan ayam berkuah (Sila lihat foto disebelah). Manakala biji selasih amat sesui untuk ia dijadikan minuman khusus untuk menyejukkan badan. Ada kalangan pengguna yang mana mereka akan menggunakan daun selasih sebagai menu makanan yang beroleh pelbagai khasiat herba untuk kesihatan badan kita yang memang akan berpanjangan. Apatah lagi penanamannya amat mudah dan tidak perlu menggunakan bahan kimia (racun makhluk perosak) untuk menjaganya. Dalam beberapa testimoni saya dapati diantara kegunaan atau khasiat dari tumbuhan ini adalah dalam perubatan. Ia didakwa boleh merawat demam kerana ia dipercayai boleh meningkatkan daya ketahanan badan terhadap penyakit. Khasiatnya juga baik kerana ia akan meredakan muntah-muntah dan loya jika diambil pada dos dan masa yang betul. Kesan yang nyata adalah selasih ini dapat mengubat kecacingan terutama kepada kanak-kanak. Ia juga boleh digunakan sebagai antiseptic yang berkesan dan sering juga digunakan juga sebagai analgesic (ubat tahan sakit). Ia juga didakwa menolong atau membantu untuk memperkuatkan hati dan seterusnya akan dapat mengurangkan ketegangan (stress) dan tekanan. Dalam kes lain ia mampu digunakan sebagai ubat batuk yang berkesan dengan mudah dan serasi. Kepada mereka yang ada masaalah mengenai kualiti darah pokok selasih didakwa diguna sebagai herba pencuci darah. Akhirnya yang mungkin kurang atau jarang dengar adalah kehebatan pokok selaseh dimana ia boleh digunakan untuk melegakan penyakit kurap (ringworm) dan boleh di tampal pada luka (setelah ianya dihancurkan) untuk melegakan luka. Kajian secara saintifik akan mengesahkan testimoni yang dinyatakan diatas. Tumbuhan ini mempunyai bau atau aroma yang kuat dan sering digunakan dalam bahan masakan, bahan perubatan tradisional, ulam segar dan bau daun digunakan untuk mengurangkan bau busuk yang kurang enak. Biji selasih yang kering direndam dalam air minuman setelah kembang dikenali sebagai "Air Biji Selasih" yang sangat sedap diminum terutama pada bulan puasa. Dari segi perubatan selaseh pula air perahan daun selaseh dapat menyejukkan suhu badan dan juga menghilangkan penyakit batuk.
Pokok selasih untuk ditanam di ladang perlu mengambil kira faktor cuaca. Adalah digalakkan penanaman dilakukan pada permulaan musim hujan. Jarak tanaman sebagai pengesyoran awal ialah 30 cm dalam baris dan 60 cm di antara baris (Sila lihat foto disebelah). Kepadatan tanaman dengan jarak seperti ini memberikan jumlah 55,556 pokok sehektar. Di negara India yang merupakan antara negara yang luas menanam selasih menggunakan jarak tanaman yang digunakan ialah 40 cm x 60 cm. Pengeluar bersekala besar di dunia menggunakan kepadatan antara 70,000-80,000 pokok sehektar. Tanaman selasih di negara kita mula berbunga setelah berumur lebih kurang 2 bulan di ladang. Pembajaan tanaman selasih ad lah bergantung kepada jenis tanah dan sejarah tanaman di kawasan penanaman. Sebagai pengesyoran awal di tanah mineral maka baja yang digunakan ialah sebatian NPK (15:15:15) pad a kadar 1.67 tan sehektar (30 g sepokok). Pemberian dilakukan dengan dua pecahan yang sama iaitu pada bulan pertama dan kedua selepas penanaman di ladang. Pembajaan dengan urea sebagai sumber Nitrogen (N) pada kadar 60 kg sehektar dilakukan dalam tempoh seminggu selepas setiap penuaian. Aktiviti kawalan rumpai perlu dilakukan dalam tempoh 1-2 bulan sekali bergantung kepada populasi rumpai yang ada. Kawalan pad a peringkat awal pertumbuhan pokok digalakkan secara menajak kerana keadaan pokok masih ked!. Kawalan selanjutnya secara semburan dengan racun rumpai. Pada kebiasaannya masalah rumpai mulai berkurangan apabila pokok mulai merimbun. Pengurusan airperlu dibuat terutama diperingkat awal pertumbuhan dimana tanaman ini memerlukan air yang mencukupi. Pastikan air diberikan kepada tanaman melalui penyiraman. Walau bagaimanapun secara teknikalnya pada peringkat pertumbuhan kemudian ia boleh bergantung kepada curahan hujan sahaja. Bagi tanaman di kawasan yang mengalami musim kemarau yang panjang sistem pengairan diperlukan sekurang-kurangnya 2-3 hari sekali. Pengairan sistem renjis berputar (sprinkler) boleh digunakan.

Penuaian selasih boleh dilakukan apabila tanaman selasih telah pun berbunga sepenuhnya dan daun-daun di bahagian bawah mulai kekuningan (Sila lihat foto disebelah). Pemotongan batang pokok dilakukan pada aras 15-20 cm dari tanah. Oi kawasan Mediterranean dan negara-negara yang mempunyai iklim yang sama, selasih ditanam sebagai tanaman saka jangka pendek dan penuaian sebanyak 3-5 kali boleh dilakukan dalam tempoh setahun. Oi kawasan beriklim sejuk pula (temperate zone) penuaiannya adalah hanya sebanyak 1-3 kali setahun. Penilaian terhadap beberapa aksesi baka selasih tempatan di tanah mineral memberikan potensi jumlah hasil herba segar antara 38-62 tan sehektar. Hasil ini diperoleh dari empat kali penuaian setahun (hasil utama dan tiga ratun). Kekerapan antara penuaian adalah antara 12-14 minggu. Alat penyulingan digunakan bagi mengeluarkan minyak pati dari daun dan bunga tanaman selasih. Hasil minyak pati yang diperoleh dari proses penyulingan herba segar ini adalah antara 77-182 kg sehektar. Kadar peratus perolehan minyak pati dari herba segar ialah 0.19-0.35%. Aksesi yang paling berpotensi dari penilaian ini ialah baka BM 14. Hasil herba segar, hasil minyak pati dan kadar peratus perolehan minyak patinya masing-masing ialah 50 tan sehektar, 182 kg sehektar dan 0.35%. Penilaian yang dilaksanakan di tanah berpasir bris dengan menggunakan baka tempatan memberikan hasil herba segar sebanyak 23 tan sehektar. Kadar pembajaannya dengan menggunakan baja sebatian NPK (12:12:12:17:2 + Te) adalah agak tinggi iaitu sebanyak 2.5 tan sehektar. Manakala peratus perolehan minyak pati adalah lebih rendah antara 0.15-0.20% sahaja. Kadar peratus perolehan minyak pati bagi kedua-dua kawasan tanah di negara ini adalah lebih rendah berbanding dengan India iaitu dengan penggunaan baka-baka yang terpilih peratus perolehannya adalah antara 0.40-0.50%. Hasil bagi herba segar dan minyak patinya masing-masing ialah 40-60 tan sehektar dan 160-300 kg sehektar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK RENEK ... SELASIH NAMANYA...
BERDAUN HIJAU...IA MUDAH DIJAGA...
BILA BERBUNGA.. ADA BIJI DALAMNYA...
BANYAK KHASIAT... KALAU ANDA GUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1440H).
POKOK RENEK ... SELASIH NAMANYA...
BERDAUN HIJAU...IA MUDAH DIJAGA...
BILA BERBUNGA.. ADA BIJI DALAMNYA...
BANYAK KHASIAT... KALAU ANDA GUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.