INDUSTRI PENGELUARAN JAGUNG BIJIRIN (BIJIAN) DI MALAYSIA telah mula di perkatakan pada tahun 2016 oleh bekas Menteri Pertanian iaitu Datuk Shabery Cheek sebagai satu perkara yang perlu diberikan perhatian. Perkara ini adalah respon pihak kerajaan apabila mendapati import bahan makanan ternakan sebenarnya merupakan tertinggi dengan imbangan dagangan makanan negara berjumlah RM18.1 billion pada 2015 dimana sebanyak RM5.6 billion atau 30% adalah import bahan makanan ternakan. Daripada sejumlah RM5.6 billion tersebut dilaporkan sebanyak RM3.1 billion (RM3,100,000,000) atau 3.2 juta metrik tan adalah jumlah import untuk jagung bijian dan sebanyak RM2.2 billion adalah kacang soya. Ini menunjukkan dimana pengimportan makanan ternakan menyumbang sebanyak satu perempat (1/4) defisit imbangan dagangan makanan pertanian di Malaysia. Penulis blog membuat rujukkan dengan Jabatan Pertanian dimana direkodkan Malaysia telah mengimport jagung bijian daripada Argentina sebanyak RM1.637 billon, Brazil (RM1.171 billion), USA (RM0.061 billion), Paraguay (RM0.036 billion), Pakistan (RM0.039 billion) dan Perancis (RM0.037 billion) pada tahun tersebut. Kemudian penulis merujuk data pada tahun 2017 dimana dilaporkan sebanyak RM6.22 billion import bahan makanan ternakan dimana RM6.22 billion (4.06 juta metrik tan) dilaporkan sebanyak RM.62 billion (1.7 juta metrik tan) pula adalah terdiri daripada jagung bijian. Sama dengan tahun-tahun sebelumnya diman MAlaysia masih mengimport daripada negara Argentina, Brazil, USA, Paraqguay, Pakistan dan juga Perancis.Ini menjadikan berlaku ketidak seimbangan perdagangan di negara kita kerana ia juga akan menyebabkan pengaliran wang keluar dengan begiru banyak malahan terus meningkat saban tahun. Langkah kerajaan memperkenalkan program penanaman jagung bijian ini bertujuan untum mengurangkan kadar pengimportan bahan makanan ternakan seterusnya untuk kemajuan negara. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi info mengenai status semasa program industri pembangunan tanaman jagung bijian untuk anda semua.
Dikalangan negara-negara ASEAN dilaporkan Malaysia antara negara pengimport jagung bijian terbesar untuk kegunaan makanan ternakan kecuali Singapura. Pada tahun 2015 Menteri Pertanian memaklumkan Malaysia mengimport sebanyak 4.5 juta metrik tan jagung bijian sedangkan keperluan domestik adalah sebanyak 4.6 juta metrik tan sedangkan tahun tersebut TIADA REKOD PENGELUARAN (Tidak ditanam) jagung bijian dilaporkan. Bagaimana pun ada juga laporan eksport jagung dari Malaysia berjumlah 0.007 juta metrik tan dilaporkan. Berbanding dengan negara jiran Indonesia dimana mereka mengeluarkan sebanyak 19.9 juta metrik tan dan keperluan neraga mereka sebanyak 21.6 juta metrik tan bermakna hanya perlu mengimport sebanyak 1.9 juta metrik tan sahaja. Di Filipina pula dilaporkan mereka menghasilkan sebanyak 7.9 juta metrik tan jagung bijirin dengan kepeluan domestik sebanyak 8.2 juta metrik tan dan hanya perlu mengimport sebanyak 0.2 juta metrik tan sahaja. Di Negara Thailand pula juga mereka mampu menghasilkan sebanyak 5.1 juta metrik tan jagung bijian dengan keperluan domestik sebanyak 4.8 juta dan hanya mengimport 0.3 juta metrik tan sahaja. Malahan Thailand mampu mengeksport jagung bijian sebanyak 0.6 juta metrik tan. Perkara ini amat berbeza dengan Malaysia yang masih tidak menanam jagung bijirin sehingga tahun 2016 apabila ia dimulakan plot kajian awal. Selama ini pihak industri masih bergantung kepada jagung bijian import kerana didakwa mudah diperolehi, harga berpatutan dan tidak ada pengeluaran tempatan.
Dalam pada itu lebih baik kita teruskan perbincangan mengenai status industri jagung bijian dikalangan keliling negara kita. Salah satu pengeksport jagung ke Malaysia adalah Pakistan dimana negara mereka merupakan ke enam terpenting didalam pengeluaran jagung bijian didunia. Penulis telah berpeluang melawat ladang jagung bijian di Faisalabad, Pakistan bagaimana penanaman dan pengeluaran jagung bijian ini menjadi tulang belakang ekonomi di sana (Sila lihat foto disebelah). Produktiviti jagung bijian merupakan faktur penting untuk kita bincangkan bsgi dijadikan perbandingan industri ini. Ini kerana hasil daripada plot pemerharian yang dijalankan Jabatan Pertanian di beberapa lokasi mendapati hasil purata tanaman jagung bijian di Malaysia adalah sangat rendah sekitar 1.67 - 2.34 metrik tan sehektar. Di Argentina produktiviti jagung bijian mereka adalah sebanyak 6.6 mt sehektar (pada tahun 2006 0 2011) tetapi terkini mereka telah mencapai sehingga 7.8 mt/hektar. Dikalangan negara ASEAN pula negara Indonesia dilaporkan mempunyai nilai produktiviti tertinggi iaitu sebanyak 5.3 - 5.4 mt sehektar walau pun produktiviti menurun sedikit hanya 3.4 mt sehektar pada tahun 2017/2018 akibat cuaca El-Nino. Nilai produktiviti jagung bijian di Thailand pula sebanyak 2.74 mt/ha (199) dan meningkat kepada 3.49 mt/ha (2000) dan sebanyak 4.45 mt/ha pada tahun 2017 merupakan satu peningkatan terbaik di sana. Dalam pada itu di Filipina pula nilai produktiviti mereka adalah sebanyak 1.3 mt/ha (1999), 1.8 mt/ha (2000) dan terkini sebanyak 3.08 mt/ha (2017).
Kita berbalik kepada analisa pilot projek penanaman jagung bijian yang telah dijalankan dibeberapa lokasi pada 2016. Bagi kawasan tanaman jagung bijian di Kg Dadong, Kemaman , Terengganu dilaporkan kos benih dan input adalah sebanyak RM1,595.90, Kos Tenagakerja RM1.052.36, Kos Pelbagai RM412.36 menjadikan jumlah kos pengeluaran sehektar sebanyak RM3,060.62 sehektar. Purata hasil di Kg Dadong ini sebanyak 3.7 mt sehektar dengan anggaran kos untuk pengeluaran sebanyak RM0.83 sekilogram. Kalau dianalisa info diatas menunjukkan dimana Malaysia masih setandning dengan beberapa negara jiran dari segi pengeluaran dan juga harga sekilogram jagung bijian dihasilkan. Dilokasi ini antara isu dan masaalah dihadapi semasa penanaman adalah keadaan saliran (berlaku air bertakung), serangan perosak, penyesesuaian dan jadulan giliran penanaman dan kemudahan mekanisasi (separa). Baagi kajian kes ke 2 yang dijalankan di Kg Sg. Batu, Merbok, Kedah pula berbeza keluasan dan jenis tanah dimana dilaporkan kos benih dan bahan input adalah RM496.40, kos tenaga kerja RM3,880 dan kos pelbagai sebanyak RM638.92 menjadikan jumah kos pengurusan sebanyak RM5,017.32. Penghasilan dituai adalah sebanyak 8 mt dengan analisa kos bagi setiap kilogram jagung bijian dikeluarkan dan kering sekitar RM0.63 sekilogram. pihak industri menetapkan kelembapan jagung bijian mestilah pada MC14% iaitu sesuai untuk diproses menjadi makanan ternakan sepertimana jagung bijian diimport. Pada penulis bloh beberapa insentif untuk tanaman jagung bijian perlu diteliti dan dikajji semula seakan insentif untuk penanaman padi jika perlu.
Akhirnya penulis blog paparkan satu analisa untuk 6 lokasi kawasan buat penanaman jagung bijian seperti laporan Jabatan Pertanian. Kawasan Kampong Dadong, Kemaman, Terengganu yang bertanam 2 tahun iaitu pada 2016 dan 2017 dimana seluas 13.1 ha berjaya menghasilkan sebanyak 3.7 mt/ha jagung bijian. Pada tahun 2017 pula penanam dibuat seluas 30 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 0.8 mt/ha sahaja (sangat rendah akibat cuaca, serangan penyakit dsb). Pada tahun 2018 dan 2019 kawasan tersebut tidak menanam jagung bijian lagi. Kes penanaman jagung bijian di Kg Sg Batu, Merbok, Kedah pula pada tahun 2016 menanam seluas 6 ha berpenghasilan sebanyak 8mt/ha. Pada tahun 2017 masih menanam dilokasi ini dengan keluasan 51 hektar dan produktiviti sekitar 6 mt/ha diteruskan penanammnya pada tahun 2018 seluas 21 ha dengan produktivitinya sebanyak 7 mt/ha. Kawasan disini antara pengeluar jagung bijian terbanyak dalam negara direkodkan. Dalam pada itu penanaman jagung bijian juga dibuat di Stesyen Pertanian Titi Gantung Perak selama 3 kali berturut2. Pada tahun 2016 ditanam seluas 2 ha dengan 7.7 ha mt/ha (Plot Jabatan Pertanian) dan 5.9 mt/ha (Plot GWG). Pada tahun 2018 pula ditanam seluas 0.4 ha dengan jumpah produktiviti sebanyak 0.25 mt/ha (musim hujan). Pada tahun 2018 ditana seluas 2 ha dengan produktivitinya sebanyak 7 mt/ha. Kajian penanaman di Stesyen Pertania di Ajil, Terengganu dijalankan pada tahun 2016 (sekali sahaja) iaitu kawasan seluas 1.8 ha dengan produktiviti sebanyak 5.2 mt/ha. Di TKPM Rhu Tapai, Terengganu plot pemerhatian yang dijalankan untuk kawasan seluas 0.6 ha menghasilkan biji jagung bijian sebanyak 6.7 mt/ha (2016), sebanyak 1.2 mt/ha (2018 - musim hujan) dan sebanyak 2.7 mt/ha (2018) untuk Fasa 1 dan 5.87 mt/ha untuk Fasa 2. Bagaimana pula prestasi di kg Gapam, Melaka dengan keluasan 1 ha menghasilkan produktiviti sekitar 0.9 mt/ha (2016), keluasan 10 ha dengan produktiviti 2.78 mt/ha (2017) dan pada tahun 2018 seluas 13 ha ditanam dengan produktiviti sekitar 3.1 mt/ha. Semua kajian diatas menunjukkan kepada kita bahawa penanaman jagung bijain di Malaysia masih lagi berpotensi dijalankan dengan produktiviti daripada yang rendah sehingga yang tinggi. Usaha untuk meneruskan penanaman jagung bijian ini perlu diteruskan bagi mengimbangi dagangan impport bahan makanan yang tidak seimbang bali=i mengelakan pengaliran wang keluar dari Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
JAGUN BIJIAN.. PERLU DITANAMNYA...
PROJEK PILOT.. BARU 3 TAHUN SAJA...
PERLU DITERUSKAN... DEMI NEGARA...
KURANGKAN IMPORT.. SASARANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1001, Junior Suite,
Horel Katerina, Batu pahat,
Johor, Malaysia.
(25 Syaaban 1440H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.