Support My Blog

Thursday, May 30, 2019

BERTANI DIWAKTU MALAM - APA REAKSI

BERTANI WAKTU MALAM merupakan satu perkara yang dikemukakan oleh Perdana Menteri dan mendapat respon yang banyak dari semua golongan. Ia dilaporkan dalam media tempatan, komen-komen dalam media sosial dan perbincangan dikedai kopi dimerata tempat terutama kawasan jelapang padi. Pada penulis blog ini merupakan satu anjakan paradigma kepada golongan petani khususnya dimana ia seakan satu perkara aneh. Apa pun dalam amalan agronomi pertanian bukan semua aktiviti pertanian sesuai dilaksanakan pada waktu malam kerana ada juga yang tidak praktikal. PM Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan akan  memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk pertanian pada waktu malam bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing sebenarnya sudah pun dibuat sejak zaman nenek moyang kita. Bagaimana pun memetik perkara sama oleh Dekan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Abdul Shukor Juraimi beliau ada dalam kalangan ibu bapa kita sendiri pernah mempraktikkannya. Menoreh getah misalnya dahulu dibuat pada pukul 4 pagi dimana orang kampong sudah keluar rumah dalam keadaan gelap gelita. Tujuannya bagi membolehkan susu getah keluar banyak. Lagipun suhu pada waktu itu cukup sejuk membolehkan susu getah lebih tahan lama mengalir berbanding menoreh pada siang hari. Penulis blog memang biasa perkara ini semasa kanak-kanak dahulu satu negeri dengan Prof. Shukor dari Johor. Memanglah ia gelap tetapi pokok getah yang ditanam sederet memudahkan pergerakan penoreh. Penoreh akan gunakan lampu minyak tanah (terbaru guna suluh dengan bateri) yang diletakkan di kepala sudah memadai (Sila lihat foto dibawah). Lazimnya pukul 10 pagi mereka sudah habis kutip susu getah dan kemudian proses getah di bawah teduhan (bangunan). Pukul 11 atau 12 tengah hari selesai semuanya.  Dalam tempoh enam jam selesai semua kerja dan penoreh ini sudah boleh balik rumah dan berehat. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan beberapa laporan akhbar dan kupasan mengenai cadangan bertani waktu malam sekadar membuka minda kita sebagai rujukkan semua.


Dalam pada itu di negara-negara yang mempunyai empat musim di mana ada kala waktu siangnya begitu pendek lazimnya para petani di sana sudah biasa bekerja dalam cuaca gelap (waktu siang atau malam yang panjang). Tiada masalah pun aktiviti ini dijalankan malahan hasil pengeluaran tetap memberangsangkan. Apa yang penting adalah dimana pilih jenis aktiviti pertanian itu sendiri kerana ada yang sesuai dilaksanakan pada waktu malam kerana ada juga yang tidak praktikal. Ia mesti bersifat pertanian moden seperti kaedah pertanian pintar (precision farming), menegak (vertical agriculture - dalam bangunan) atau pertanian bandar (Urban farming)Misalnya petani yang yang mengusahakan rumah hijau dimana lazimnya mereka boleh menuai dan membaja pada sebelah malam. Keadaan di dalam rumah hijau juga terkawal dimana ia cukup segala kemudahan seperti lampu, tertutup dan tiada ancaman merbahaya. Kini di Cameron Highlands memang ada petani yang mengusahakan pertanian sedemikian seperti dibawah SPH, tanaman bertingkat dan tanaman bunga.  Sektor lain yang sesuai adalah pertanian intensif seperti Teknologi Tanaman Fertigasi. Biasa kaedah ini petani akan menanam dalam polibeg yang disusun dalam kawasan bersih tanpa semak samun serta saiz ladang tidak berapa luas. Penulis blog yang pernah menjadi Pengarah Pertanian Pahang sendiri pernah melawat ladang dibawah SPH dan dalam bangunan di Cameroon Highland dan melihat aktiviti pertanian meeka dijalankan diwaktu malam. Selainitu bagi industri tanaman cendawan yang melaksanakan kaedah pertanian pintar memang boleh dilakukan pada waktu malam. Bertani pada waktu malam juga lebih selesa. Kalau siang suhunya antara 33 hingga 37 darjah Celcius, malam pukul 10 atau 11 biasanya 25 darjah Celcius. Sayur juga tahan lebih lama, boleh terus bungkus sebaik sahaja dipetik dan masukkan ke bilik sejuk untuk dipasarkan dalam keadaan segar. 


Dalam kes lain tanaman padi mungkin belum sesuai untuk diusahakan pada waktu malam kerana kawasannya luas dan terbuka. Waktu malam juga agak bahaya kerana biasanya haiwan berbisa seperti ular keluar mencari makan dimana ini akan ada sedikit kerisauan dari segi keselamatan pesawah. Dari segi kualiti kecualilah menggunakan kaedah moden seperti rumah hijau biasanya di negara kita padi ditanam di bendang. Tapi di Jepun sudah dipraktikkan penanaman paadi diatas bumbung bangunan dimana mereka boleh bertani pada waktu malam kerana ia selamat, sejuk dan ada lampu (Sila lihat foto disebelah). Bagi tanaman kelapa sawit penulis blog dapati pekebun adalah terdedah kepada serangan haiwan liar seperti babi hutan dan ular pada waktu malam. Lagipun bagi kawasan ladang kelapa sawit sangat luas sudah pastinya ia agak sukar dikawal. Penulis blog dapati memang tidak semesti petani terhad bekerja pada sebelah malam sahaja akan tetapi mereka boleh mengatur jadual kerja mengikut kesesuaian masing-masing. Sebagai contoh dimana petani boleh turun selepas pukul 5 petang semasa matahari mulai terbenam. Ini kerana pada waktu ini suhu tidak panas sehingga pada pukul 7.30 malam berhenti rehat untuk solat maghrib. Kemudian pada pukul 9 berhenti rehat pula untuk makan dan isyak dimana pada jam 1 pagi semua kerja sudah pun selesai iaitu kiraan semala cukup kerja lapan jam. Pukul 2 pagi sudah boleh masuk tidur. Petani juga masih lagi boleh dapat kualiti tidur yang mencukupi. Kini penggunaan teknologi canggih yang melibatkan gajet mampu menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang pertanian pintar. Anak-anak muda pastinya teruja kerana tidak lagi perlu berpanas di bawah terik matahari. Mereka boleh menggunakan telefon bimbit sahaja untuk memantau tanaman, membekalkan air dan baja, mencegah serangan serangga perosak, mengawal suhu dan sebagainya. Kalau hendak sembur racun pun boleh guna dron. Semuanya hanya di hujung jari dan ini juga ada didalam sektor ternakan dalam bangunan atau reban. Kita boleh jaga makan minum haiwan ternakan, pantau makanan serta penyakit dengan guna gajet sahaja. Adalah dicadangkan kerajaan mendirikan ladang pintar contoh untuk dijadikan model pertanian waktu malam seperti di beberapa TKPM dikawasan penempatan penduduk dimana orang ramai boleh melihat sendiri kaedahnya.


Pada saya ini semua tidak mustahil dilakukan dengan jaya jika ada inisiatif daripada kerajaan yang disokong oleh semua sistem-sistem sedia ada. Sudah sampai masanya kita berbuat demikian memandangkan negara sedang memasuki era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Dalam pada itu berkemungkinan dimana hasil pengeluaran makanan negara kita pun boleh ditingkatkan lagi jika aktiviti pertanian ini dijalankan dengan waktu berbeza. Dalam pada itu sebagai contoh dimana bekalan beras kini masih belum cukup dan perlu diimport sebanyak 30% terutama untuk permintaan beras gred pemium seperti beras wangi dan beras basmathi.  Jika ada inovasi menanam padi secara precision farming berkemungkinan pengeluaran padi negara akan dapat ditingkatkan. Pengeluaran daging lembu pun kita hanya 23 % manakala kambing 10 % damana bakinya adalah diimport dari beberapa negara termasuk Australia, India dan sebagainya. Mungkin sektor ternakan dan perikanan memang sesuai dijalankan diwaktu malam. Adalah perlu dinasihatkan agar orang ramai supaya melihat cadangan Perdana Menteri tersebut secara positif. Pertanian waktu malam tidak mustahil diusahakan di negara ini tetapi ianya bergantung juga kepada jenis tanaman tertentu dan cara pengurusan disesuaikan semula. Jangan beri alasan bertani pada waktu malam takut menjadikan seseorang tiada masa bersosial sebab pada hari Sabtu dan Ahad masih ada untuk berbuat demikian. Orang yang kerja syif pun tiada masalah dimana ramai juga petani yang bekerja sendiri. Usahlah fikir semua perkara negatif yang mengganggu fikiran semua.


Lapran akhbar Berita Harian bertajuk ''Tanam padi waktu malam bukan perkara baharu'' dimana berita dari Yan, Kedah oleh wartawan Mustakim nyatakan penanaman padi pada waktu malam bukan perkara baharu, sebaliknya amalan petani pada zaman dahulu dakwa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Oleh itu pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara berkenaan adalah berdasarkan ingatan Perdana Menteri pada waktu muda. Katanya bagi sesetengah orang mungkin ia pelik, di luar kotak. Sebenarnya, itu amalan dulu-dulu. Mungkin Tun (Mahathir) sebagai orang yang paling lama antara kita, beliau ingat perkara itu (tanam padi waktu malam). Dia ingat waktu kecil beliau ke Tokai dekat Pendang memang ada pesawah bekerja pada waktu malam dengan memasang lampu gasolin. Beliau diminta mengulas cadangan Dr Mahathir bahawa kerajaan akan memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi waktu malam dalam usaha membantu mempermudah dan meringankan kerja rakyat. Mukhriz yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), berkata cadangan itu mungkin boleh dipertimbangkan jika membawa manfaat kepada pesawah. MADA akan meneliti perkara itu dengan melihat kesesuaian tempat, keadaan dan masa mengenai cadangan itu. Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) 4 Sungai Limau, Datuk Ismail Arshad, berkata pada tahun 50-an hingga 60-an proses penanaman padi memang dilakukan pada waktu malam. Kerja menuai, memukul (membanting) padi, dilakukan pada waktu malam... kalau bulan terang, kita bergantung pada cahaya bulan, jika tak guna lampu gasolin. Kebiasaannya selepas solat Isyak dah ada turun ke sawah... bergantung pada keadaan cuaca.


Laporan lain bertajuk ''Sekarang boleh tanam padi waktu malam'' itu yang duidakwa sebaga sidiran  Tun Dr M yang agak sesuai dijadikan tajuk perbincangan kali ini. Beliau juga berkata demikian dipercayai menyindir sikap sesetengah orang Malaysia yang memilih-milih pekerjaan sehinggakan ada yang tidak sanggup berpanas di bawah terik matahari.  Ini kata beliau menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada pekerja asing. Kerajaan fikir bahawa kalau kita fikir pada siang hari dan panas terik tak selesa kerja. Kerajaan kini sedang fikir sama ada kita boleh alih masa kerja pada siang hari, waktu panas tapi lakukan malam hari. Memanglah gelap pada masa malam. Tapi sekarang ini kita boleh melihat orang kaya main golf malam dimana dipadang golf biasanya akan dipasang lampu cerah-cerah. Ada kemungkinan jika hendak menanam padi pada malam hari sesuai dilakukan dengan memasang lampu dan waktu itu tak ada panas terik," perlinya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam tautan muhibbah parti Bersatu bahagian Segambut, Kuala Lumpur. Pemimpin berusia 94 tahun yang terkenal dengan sikap sinisnya itu berkata rakyat akan dapat membiasakan diri walaupun pendekatan menukar waktu kerja pada sebelah malam itu sukar untuk diterima pada mulanya. "Kita tahu di sesetengah negara apabila datang bulan puasa, mereka siang tidur, malam kerja. "Jadi kerja sebelah malam ni bukan satu luar biasa untuk kita. Supaya kita selesa. "Sekarang ini lampu boleh pakai LED, tak makan elektrik banyak. Pada masa sama katanya terus menyindir, cadangan itu akan mengurangkan tekanan berbanding bekerja di siang hari. Tambahnya lagi beliau berharap supaya rakyat bekerja keras untuk diri sendiri tanpa hendak mengharapkan wang secara percuma. "Amatlah hina kalau kita dapat duit tanpa kerja. Sebaliknya, kalau kita kerja dan dapat upah, adalah mulia dan halal. "Kalau cuma terima duit percuma mungkin dari punca yang tidak baik. Dakwanya terkini jumlah warga asing yang datang bekerja di negara ini mencecah 7 juta orang dan setiap tahun mereka membawa keluar wang pendapatan sebanyak RM60 bilion balik ke negara asal mereka. 


Berita dari Sinar Harian dari Terengganu bertajuk ''Menanam padi waktu malam dianggap mustahil, tak masuk akal'' juga dijadikan rujukkan. Secara tradisinya padi di tanam sekali setahun di kawasan Batu Rakit mengikut laporan akhbar Sinar Harian. Berita dari Batu Rakit, Terengganu ini melaporkan dimana pesawah menyifatkan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan penanaman padi pada waktu malam sebagai satu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan di sini. Seorang pesawah dengan nama Mamat Engah berumur 67 nyatakan beliau sudah menjadi kebiasaan bersawah dan mengusahakan tanaman itu pada waktu siang dan berehat pada waktu malam selepas seharian bekerja. Jika ada cadangan menanam padi pada waktu malam juga akan menambah kos kerana kami perlu memasang lampu. Selain itu dakwanya pesawah juga terdedah bahaya kerana pada waktu malam ular dan haiwan berbisa lain keluar dari sarang. Beliau seorang bapa sembilan anak dari Padang Maras itu dakwanya secara tradisinya tanaman padi di tanam sekali setahun di kawasan itu walaupun menghadapi masalah sistem pengairan. Beliau melihat cadangan tanam padi waktu malam tidak sesuai di sini walaupun masalah pengairan diatasi. Kos akan meningkat dan kami tidak mampu menampung kos tambahan. Dalam pada itu seorang lagi pesawah iaitu En Mohamad Rani dakwa mereka sudah lama bekerja di bawah panas terik matahari dan tidak menjadi masalah untuk meneruskan tradisi nenek moyang mereka itu. Dakwanya lagi mana boleh tanam padi waktu malam. Waktu malam tidak sesuai berada di sawah. Cadangan ini mustahil dan agak tidak masuk akal. Dia telah mengusahakan tanaman padi lebih 10 tahun lalu. Sebelum ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memaklumkan bakal memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi pada waktu malam dalam usaha membantu meringankan kerja rakyat. Pengerusi PH dakwaa inisiatif itu juga sekali gus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan dijangka akan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing.
Semuga tulisan kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERTANI MALAM... SATU PENDEKATAN...
SATU SINDIRAN...PM SUDAH NYATAKAN...
BOLEH DILAKSANA.. BANYAK PILIHAN...
BACA ARTIKEL... DAPAT KEFAHAMAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...