Support My Blog

Friday, May 3, 2019

TANAMAN BUAH TIN - BSA FIG GARDEN

TANAMAN BUAH TIN (Ficus carica) kini semakin mendapat perhatian pengusaha tempatan seperti yang diusahakan oleh En Zulkifli di Parit Lapis Semarang, Parit Lapis, Batu Pahat, Johor. Beliau menggunakan BSA Figs Garden didalam usaha menanam buah tin (Figs) sebagai hobi pada mulanya sehingga kini sudah hampir 8 tahun mempunyai kebun buah tin yang dikira sebagai moden di Johor. Beliau yang telah menanam lebih dari 500 pokok buah tin sudah berjaya menjual buah dan anakbenih dengan lebih dari 101 varieti. Pokok tin ditanam didalam bakul berukuran 1,5 kaki x 2.5 kali diisikan dengan tanah camouran. Dakwa Zul beliau pernah menggunakan media cocoapeat akan tetapi prestasi pokoknya kurang memuaskan. Beliau yang sudah bersara kini tinggal di Pasir Gudang. Johor (lebih 150 km jaraknya) dari lokasi projek sering berulangalek setiap hari. Tapak tanah yang diusahakan adalah adalah milik pusaka orang tuanya dan dibina sy=truktur Kalis Serangga (STS) dengan kos sebanyak RM200,000 beberapa tahun dahulu. Antara cabaran diperingkat awal penanaan adalah kos untuk membeli benih dan kos membina infrastruktur STS yang memang tinggi. Dakwanya dahulu beliau menanam buah tin sebagai hobi dikawasan tanah lapang akan tetapi terlalu banyak serangan perosak yang menyebabkan pokok yang ditanam tidak memberikan pulangan lumayan. Dakwanya pada peringkat awal serangan keran dan monyet merosakkan tanaman dan juga plastik STS dan kini telah memasang pagar letrik disekeliling kawasan dimana sudah tidak berlaku lagi serangan monyet tersebut. Tinjauan penulis blog ke kebun En Zul ini membolehkan kami bertukar-tukar maklumat mengenai tanaman buah tin yang kini sudah mendapat tempat dikalangan petani tempatan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis tentang usaha En Zul didalam memajukan tanaman buah tin untuk rujukkan dan bacaan anda.

Pada masa ini tumpuan utama syarikat BSA Fig GArden adalah untuk mereka menghasilkan buah tin segar dan juga anakbenih. Buah tin segar di tuai dengan anggaran sebanyak 15 - 20 kilogram setiap hari dan dijual dengan purata harga RM60 sekilogram. Bergantung kepada varieti juga, ada sesetangah varieti yang mencecah harga sehingga RM80 sekilogram kerana ia adalah jenis premium dan buahnya juga sedikit. Nuah tin masak yang dihasilkan dikebunnya tidak menjadi masaalah pasaran kerana telah ada pembeli tetap kekebunnya dan ada dikalangan pembeli yang datang kekebunnya khusus membeli buah, daun dan sebagainya untuk tujuan perubatan tradisional. Buah tin yang dihasilkan ini dipetik apabila sudah masak dan hampir masak dengan dibantu oleh 4 orang pekerja upahan. Keseluruhan kawasan dipagar rapi agar pokok bernilai tinggi didalam SKS ini tidak dicuri melibatkan kerja menjaga kebun siang dan malam. Selain buah tin, syarikat ini juga banyak menjual benih buah tin yang mana ia dakwanya lebih menguntungkan. Bergantung kepada varieti anakbenih pokok tin ia dijual dengan julat harga diantara RM50 sepokok sehingga RM150 sepokok. Kaedah atau cara pembenihan dilakukan dengan mengetut (marcotting), Kaedh Keratan (Cutting), Keratan Baji (Cleft Budding) dan beberapa kaedah lain yang sesuai. Pelanggan menempah anakbenih tin daripada dekat dan jauh dimana kadang-kadang stok untuk varieti tetentu tidak mencukupi pada masa tempahan. Anakbenih yang dijual juga mengikut saiz pokok, dalam polibeg atau dalam pasu, varieti biasa atau varieti premium semuanya ada perbezaan.


Kini penanaman Pokok Tin tidaklah sesukar mana sekiranya kita sudah biasa menanam pokok di dalam pasu. Cuma perlu tahu asas sifat pokok tin terlebih dahulu dan media yang kita akan kita gunakan untuk menanam pokok. Pokok tin ialah sejenis pokok yang berbatang lembut, pertumbuhan agak cepat dan mempunyai akar rerambut yang banyak. Akar jenis inilah yang akan mengambil nutrien dihantar kedaun dan buah untuk pertumbuhan daun dan pembesaran pokok. Dalam amalan agronomi bagi pertumbuhan yang baik, maka pokok tin memerlukan tanah yang ringan (light soils) dan mesti ia mempunyai saliran yang baik atau air tidaklah bertakung. Medium tanah amat penting bagi pokok tin. Medium tanah yang baik ialah medium tidak terlampau lembab dan air tidak bertakung bila di siram(porous). Pokok tin mudah mati jika banyak air atau di selalu di siram terutamanya peringkat baru tanam. Jika pokok layu di sebabkan oleh kekurangan air sebaiknya ia hanya perlu di siram pokok tersebut bagi memulihkannya dengan segera. Jika pokok layu di sebabkan banyak air ia sukar untuk di pulihkan kembali. Kepada yang berminat menanam penulis blog syorkan agar mendapatkan anakbenih pokok tin dari pembekal yang dipercayai samada benih dari benih jenis keratan atau tut. Pengusaha yang baru dalam penanaman buah tin sebaiknya dipastikan varieti buah tin tersebut adalah diketahui mudah ditanam dan ia juga sesuai ditanam dan cepat dan mampu menghasilkan buah. Antara varieti yang sesuai ialah buah tin varieti BTM6. Sebaiknya dipastikan semasa proses pemindahan anak benih ke pasu atau polibag tanah pada benih tidak terburai agar akarnya tidak rosak. Selepas pemindahan di buat sebaiknya ia siram air sebanyak mungkin dan lihat jika aliran air keluar dengan lancar ia menunjukkan medium tanah adalah dalam keadaan baik (porous)


Kaedah pemberian nutrien kepada pokok tin oleh Syarikat BSA ini adalah secara fertigasi. Media digunakan adalah tanah campuran yang perlu diganti apabila pokok sudah habis tinggi dan perlu ianya untuk ditanam semula. Menurut Zul, adalah lebih ekonomik dan cepat menanam semula pokok baru didalam tanag campuran baru dan bakul tanaman sedia ada daripada membuat keratan untuk ratoon. Buah yang dihasilkan jika pokok diratoon juga kecil dan kurang berkualiti berbanding dengan pokok baru tanam. Apa yang penulis blog dapat perhatikan ada beberapa varieti buah tin yang mamou memberikan hasil tinggi (Sila anda lihat foto disebelah). Apabila batang pokok buah tin sudah mencapai ketinggian maksima maka ia berhenti mengeluarkan pucuk baru dan buah dimana ia akan dipotong untuk dijadikan benih. batang ini perlu disemai didalam tapak semaian sebelum dialihkan kedalam polibeg atau pasu sebelum ianya sesuai untuk ditanam semula atau untuk dijual. Lazimnya selepas beberapa minggu peringkat penyesuaian anak benih kepada cuaca yang panas secara berperingkat maka keadaan pokok sudah stabil. Semasa peringkat ini selalunya keadaan pokok tin telah mengeluarkan tunas dan daun. Kini proses pembajaan boleh dilakukan pada peringkat ini dengan memberikan baja yang sesuai. Kekerapan proses pembajaan amat di galakkan untuk mempercepatkan proses pembesaran pokok. Pastikan baja tersebut sesuai untuk tanaman sma ada baja NPK yang dibeli dari kedai atau yaja foliar yang disembur kepada bahagian daun. Bagaimana pun jenis baja yang disyorkan adalah seperti baja organik dan Baja cecair jenis Set A dan Set B boleh digunakan mengikut formula yang diberikan. Lazimnya pokok tin akan tumbuh subur jika dijaga dengan baik. Ia akan mengeluarkan bunga sebaik sahaja pokok matang secara berperingkat.


Buat masa kini dan menerusi strategi pemasaran di Facebook maka syarikat ada mengiklankan pembekalan anakbenih tin. Kini melalui penjual­an anak pokok, beliau telah memperoleh pendapatan sehingga RM7,000 sebulan mengikut musim dan bergantung kepada hasil tuaian benih anak pokok. Dalam pada itu penanaman dan penjagaan pokok tin ini turut dibantu pekerjanya yang juga tinggal didalam kawasan penanaman. Bagi perancangan masa depan En Zuk juga ingin membuka sebuah ladang pokok tin di lain diatas tanah yang baru diberi kebenaran oleh rakan kongsinya dengan kaedah penanaman yang sama bertujuan untuk memberi tumpuan kepada penghasilan buahnya. Buah tin boleh dihasilkan sepanjang tahun jika dijaga de­ngan elok kerana cuaca dan iklim di negara ini sesuai untuknya berbanding di negera asalnya yang mengikut musim. Tahap pengeluaran buahnya memang terhad dan tidak menumpukan kepada pemasaran buah tin akan tetapi dia juga sebaliknya banyak bersedekah terutamanya kepada pelanggan yang datang membeli anak benih dan akan merasai buahnya. Kepada mereka yang ingin unutk mencuba tanam pokok tin syarikat ini jud=ga menyatakan mereka akan membe­kalkan medium diperlukan bagi memastikan anak pokok yang dijual pada harga RM100 ke atas dapat ‘hidup’. Susah menanam pokok tin ini didakwa cuma pada pering­kat awal akan tetapi apabila batang pokok jadi berkayu maka pokok dapat hidup berpuluh tahun lamanya. Tinjauan penulis ke ladang BSA Figs Garden ini banyak memberi info berguna mengenai industri buah tin yang semala ini amat kurang (mungkin tiada) mendapat insentif daripada kerajaan. Artikel malam ini dalam blog anim agro technology diharap memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
MENANAM BUAH TIN... DIBATU PAHAT ADA...
DIDALAM STRUKTUR... MAHAL HARGANYA...
BANYAK VARIETI... PELBAGAI RASANYA...
KEPADA USAHAWAN...SEMUGA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Room 1001, Junior Suite,
Hotel Katerina, Jalan Zabedah,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(28 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...