TEKNOLOGI PENANAMAN PADI SPRI (System of Probiotic and Rice Intensification) merupakan satu teknologi yang melibatkan penggunaan probiotik. Teknologi ini didakwa boleh menghasilkan ekologi dan mengawal mikroorganisma bagi mewujudkan keadaan tanah yang lebih subur untuk meningkatkan hasil tanaman. Teknologi SPRI ini juga didakwa akan menghasilkan tanaman padi berkualiti tinggi, mesra alam dan menjimatkan penggunaan air. Penulis blog ada mendengar perkara ini semasa membuat lawatan ke Tokyo, Jepun dan semasa berkursus di Saraburi, Thailand lama dulu. Probiotik akan ditambah ke dalam sistem pengairan tanaman padi sedia ada untuk mengaktifkan mikrob dalam tanah dan ini akan menjadikan akar pokok padi menjadi sihat dimana kesannya ia akan menghasilkan tahap pengeluaran lebih tinggi. Beberapa negara maju seperti di Jepun, Korea dan Taiwan dilaporkan telah mengaplikasikan teknologi SPRI ini dengan jayanya dan mereka membuat penyelidikan sejak lama dulu. Apa pun di Taiwan mereka lebih agressif dimana ada kalangan mereka yang ingin memperkenalkan teknologi SPRI ini ke negara kita. Terkini ada beberapa kumpulan yang ingin membawa teknologi ini dan dalam perbincangan lanjut dengan pihak berkaitan di Malaysia. Walau di Malaysia telah lama di amalkan kaedah penanaman padi SRI terutama di Selangor akan tetapi ia belum luas berkembang kelokasi lain. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai teknologi SPRI yang didakwa baik untuk penghasilan tanaman padi sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Di Taiwan penanaman padi adalah sangat penting walau pun dinegara tersebut masih kekurangan kawasan tanah, pulangan yang terhad, persaingan penggunaan air untuk domestik dan masaalah mengenai kekangan tenagakerja. Teknologi SRI didakwa mampu menjimatkan air dan mengoptimakan penghasilan yang lebih baik. Pengamalan penggunaan baja dan racun kimia yang berterusan dilaporkan merosakkan kesuburan anah dan ia juga menyebabkan kekebalan patogen musuh dan penyakit. Kini mereka mengamalkan kaedah SPRI untuk melestarikan pertanian dan lebih mesra alam serta selamat. Sejak tahun 2008, Prof. Yu-Chuan Chang dari Hsing Wu University dan Prof Yu-Min Wang dari Pingtung University (NPUST) bergiat aktif didalam mempromosikan teknologi SPRI ini. Kajian kali pertama dilakukan pada 2008 menunjukkan peningkatan hasil sebanyak 4% - 99% dengan jarak tanaman 20-25 cm dikurangkan kepada 30 cm dengan ada bahan probiotik. Dalam beberapa kajian berikutnya pada tahun 2010 - 2012, hasil temuan mendapati penting digabungkan teknologi SPRI ini dengan melibatkan pengurusan bersasar yang akan menentukan penghasilannya. Antara keputusan awal mereka laporkan dimana ia menunjukkan hasil tinggi dicapai untuk musim pertama penanaman tetapi memerlukan kos buruh lebih tinggi dan kos pengurusan air lebih cekap. Bagaimana pun pada pusingan seterusnya akibat berubah cuaca dan suhu rendah menyebabkan serangan perosak dan penyakit telah mengurangkan hasil. Akhirnya kajian yang dijalankan di University Pingtung pada 2017 berjaya menghasilkan tuaian hasil padi tertinggi hanya dengan menggunakan suku dan separuh sahaja penggunaan air disawah daripada kaedah penggurusan konvensional.
Dalam dakwaann mereka, antara faedah yang boleh didapati dengan teknologi SPRI ini adalah penggunaan air disawah yang minima yang digunakan oleh tanaman padi untuk tempoh pertumbuhan pokok vegetatif. Dengan ini air dapat dikurangkan dan pokok padi hanya menerima jumlah air yang hanya diperlukan sahaja sekitar 3cm lapisan air untuk padi. Teknologi ini juga mengurangkan keadaan anearobik dan ini akan meningkatkan pertumbuhan akar. Keadaan ini juga menyebabkan akan kepelbagaian organisma tanah aerobik hidup dan akan meningkatkan pertumbuhan mikrob didalam tanah. Kesannya adalah dimana mikrob ini akan membanu lebih banyak nutrien dapat dipegang di zon pengakaran tanag dimana berlaku 'nitrogen fixation' dengan aktif. Dalam pada itu nutrien boleh terurai apabila ia diperlukan dimana ia sekali gus boleh mengurangkan penggunaan baja. Walau pun penerangan diatas agak teoritikal tetapi ia perlu dilihat dalam aspek lebih meluas mengenai SPRI.
Antara ciri-ciri positif SPRI ini yang didakwa mereka berdasarkan data yang dibangunkan di Taiwan dimana mereka dakwa SPRI ini menjimatkan sekurang-kurangnya 15% daripada jumlah pengggunaan air sawah. Kalau untuk kawasan luas anda boleh mengira jika sebanyak 15% dapat dijimatkan secara totalnya memang banyak jumlah air yang dapat dijimakan. SPRI juga didakwa mampu mengurangkan pelepasan Karbon Dioksid (CO2) keudara dimana ini adalah mesra alam. Teknologi ini didakwa akan menjimatkan kos untuk penggunaan baja nitrogen (N) dalam penanaman padi sebanyak 50%. Jika harga baja Urea sudah dapat dijimatkan sebanyak 50% cuba kira akan kebaikannya. Memang teknologi ini dianggap sebagai teknologi mesra alam sekitar. SPRI juga akan meningkatkan interaksi probiotik, mikrob tanah dan juga akar tanaman. Apabila tanaman padi mempunyai akar sihat dan banyak maka tidak mustahil ia akan menyumbangkan kepada hasil dan kualitinya. Teknologi ini juga didakwa mampu mengurangkan kos tenaga buruh disawah padi. Dalam padi teknologi penggunaan dron (UAV) akan dapat membantu pemantauan dan penanaman surveilance padi dengan lebih cekap. Kemudian data daripada drone akan dimasukkan dalam sistem komputer dan boleh didnalisa untuk tujuan lain. Bagaimana pun sumber dan jenis probiotik yang digunakan mereka tidak didedahkan kepada pihak lain. Penggunaan baja chitosan dilaporkan memberi kesan yang signifikan kepada kesan penggunaan air yang berkurangan disawah. Sebarang kemasukkan mikrob termasuk 'probiotik' kedalam negara perlu diluluskan oleh MOBO sebelim teknologi ini dibawa masuk secara rasmi. Sebenarnya teknologi SRI ini telah lama diamalkan di Selangor .Semuga tulisan ini sedikit sebanyak memberi info berguna mengenai teknologi SPRI yang diwarwarkan di Taiwan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TEKNOLOGI PROBIOTIK... SUDAH ADA...
TANAMAN PADI... SASARAN UTAMANYA...
BOLEH DILAKSANA...PERLU WASPADA...
KAJIAN LANJUT... PERLU DIPERIKSA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Prrcint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Ramadan 1440H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.