LENGKUAS (Alpinia galanga) merupakan sejenis sayuran umbisi yang dicari terutama di musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Qurban untuk dibuat rendang. Apa pun bahan ini hanya ada dipasar atau dijual dengan kuantiti yang banyak semasa dua musim perayaan ini dan hanya sedikit dijual pada hari-hari biasa. Memang tidak ramai yang menanam lengkuas sendiri sebab kegunaannya juga adalah bermusim dan sedikit sahaja. Bagaimana pun penulis kali ini pada subuh hari raya puasa ke 2 berkelapangan untuk menulis teknologi menanam lengkuas sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dengan pembaca. Ini kerana dua hari lepas penulis blog membeli sepotong lengkuas di Pasaraya FS di Melaka dengan harga RM4.20 yang telah dibungkus. Lengkuas ini perlu dibeli untuk membuat rendang daging lembu bersama kerisek, daging lembu segar, santan kelapa paket dan pelbagai ramuan lain. Apa pun bagaimanakah cara menanam lengkuas dengan yang baik dan betul?. Anda mungkin telah tahu dimana proses pembiakan lengkuas ini boleh dilakukan menggunakan keratan umbisi atau pun biji. Bagaimana pun kaedah paling mudah dan sesuai dilakukan adalah dengan keratan umbisi. Bahagian umbisi atau pun dinegara jiran Indonesia dipanggil 'Rimpang' yang baik untuk dihjadikan benih adalah dibahagian hujungnya yang ada matatunas. Kerja menyediakan tanah dilakukan dengan menggemburkan tanah dan dibuat batas terutama dikawasan yang rendah. Jenis baja asas yang digunakan meliputi baja organi seperti tahu ayam, kompos dan baja buatan. Antara bahan lain diperlukan seperti racun rumpai untuk kawal rumput. Aktiviti menuai lengkuas boleh dilakukan pada semasa tanaman lengkuas berumur 2.5 - 3 bulan dengan tahap penjagaan optima. Penuaian lewat menghasilkan lengkuas lebih tua menyebabkan dimana ia mengandungi banyak serat kasar yang tidak sesuai di pasarkan. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan rencana mengenai teknologi menanam lengkuas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Kerja penyediaan kawasan untuk penanaman lengkuas komersil perlu dijalankan dengan betul. Antara aktiviti menyiapkan kawasan penanaman untuk mendapatkan penuaian yang baik adalah pemilihan tanah yang sesuai dan subur. Faktur keasidan tanah membolehkan ia menjejaskan kualtiti penghasilan. Bagi mengatasi masaalah ini aktiviti pengepuran perlu dijalankan menggunakan kapor GML atau bahan lain yang sesuai. Semasa pembukaan kawasan penanaman dimulakan dengan memibajak sedalam kurang lebih dari 30 cm dengan tujuan untuk mendapatkan kesesuaian tanah yang gembur, rata dan membuang semua rumpai yang mengganggu. Setelah itu tanah dibiarkan 2-4 minggu agar semua gas-gas beracun mengwap serta benih rumpai dan patogen penyakit dan serangga akan mati akibat terkena sinaran matahari. Jika tanah kawasan penanaman masih dirasakan belum juga gembur sebaiknya pengolahan tanah yang kali kedua dilalukan 2-3 minggu sebelum aktiviti menanam dan sekaligus diberikan baja organik dengan kadar sekitar 1.5 - 2.0 mt sehektar. Pada kawasan kebuh yang rata dan rendah dan tiada sistel sliran baik digalakkan membuna batas tanaman. Batas dengan ukuran tinggi 20-30 cm dan lebar 80-100 cm dimana panjangnya disesuaikan dengan keadaan kebun dan kontor.
Aktiviti seterusnya adalah MENGAPOR. Kerja pengaporan pada tanah dengan pH rendah, sebahagian besar unsur nutrien didalamnya terutama Posforan (p) dan Kalsium (Ca) dalam keadaan tidak tersedia atau sukar untuk diserap. Keadaan tanah yang masam ini menjadika media berlaku aktiviti pertumbuhan beberapa jenis kulat penyebab penyakit seperti kulat penyebab iaitu Fusarium sp dan Pythium sp. Aktiviti pengapuran juga berfungsi menambah unsur Kalium (K) yang sangat diperlukan tanaman untuk mengeraskan iaitu bahagian tanaman yang berkayu, merangsang pembentukan bulu-bulu akar, menebakan dinding sel bahagian umbisi dan merangsang pembentukan biji. Pada kadar kemasaman pH4 iaitu paling berasidik maka keperluan kapor Dolomite sebanyak 10 mt/ha dapan pH5 perlukan Kapor Dolomit sebanyak 5.5 mt/ha. Selepas iatu pH 6 atau agak asidik perlukan kapor Dolomit 0.8 mt/ha. Penanaman lengkuas secara monokrop lengkuas dinilai cukup rasional disebabkan ia mampu memberikan penghasilan yang tinggi.Walaupun kaedah penanaman ini agak jarang dilakukan, kaedah tanaman lengkus secara monokultur kurang dapat diterima disebabkan selalu akan menyebabkan kerugian. Penanaman secara bercampur atau intergrasi dengan tanaman lain kini mempunyai kelebihan tersendiri. Antara kelebihan didalam penanaman lengkuas secara intergrasi adalah ia dapat untuk mengurangkan kerugian yang disebabkan naik turunnya harga. Ia juga mengurangkan kos tenagakerja seperti tenaga kerja penjagaan tanaman (Sila lihat foto disebelah). Cara ini juga akan meningkatkan produktiviti kebun dan mampu untuk memperbaiki sifat fizikal dan mkuurangkan pertumbuhan gulma rumpai dikebun.
Aktiviti seterusnya adalah membuat Lubang Penanaman. Ia perlu dilakukan agar aktiviti penanaman lengkuas dilakukan dengan cara kemas dan sesuai dengan kemungkinan oleh serangan perosak dan penyakit berkaitan dengan saliran yang kurang sempurna. Jika ada batas tanaman lazimnya sesuai untuk ditanam diatas batas dengan barisan betul. Cara penanaman lengkuas dilakukan dengan cara meletakkan benih secara rebah ke dalam lubang disediakan atau alur yang sudah disiapkan. Penanaman sebaiknya dilakukan pada awal musim hujan sekitar bulan September dan Oktober. Ini penting kerana peringkat awal penanaman memang memerlukan sejumlah air yang cukup banyak untuk pproses pertumbuhannya. Kerja menyulam perlu dilakukan sekitar 2-3 minggu setelah tanam dimana menyulam ini hendaklah dibuat bagi menggantikan benih yang mati. Proses untuk menyulam ini mesti segera dilaksanakan agar pertumbuhan benih sulaman itu tidak jauh tertinggal dengan tanaman yang awal. Pengawalan rumpai (weeding) kali pertama dilakukan ketika tanaman lengkuas berumur 2-4 minggu kemudian dilanjutkan 3-6 minggu sekali. Bergantung pada keadaan pertumbuhan rumpai selalunya tanaman pengganggu yang tumbuh menyebabkan lengkuas terjejas. Namun setelah berumur 6-7 bulan digalakkan untuk dibuat kawalan rumpaikerana kadar naungan mencukupi untuk menghalang pertumbuhan rumpai baru.
Penanaman lengkuas tumbuhan jenis umbisi yang memerlukan aktiviti menimbus tanah dipangkal perdu. Tanaman ini memerlukan tanah yang peredaran udara dan air dapat berjalan dengan baik dimana bahagian tanah dipangkal perdu pokok harus digemburkan. Disamping itu tujuan menimbus perdu pokok lengkuas membolehkan anak benih lain bolrh timbul dipermukaan tanah. Semasa tanaman masih muda bagaimana pun masih cukup tanah dicangkul tipis di sekeliling rumpun dengan jarak kurang lebih 30 cm. Pada bulan berikutnya kerja menimbus tanah ini perlui didalamkan atau diperlebar setiap kali kerja memnaikkan tanah sehingga membentuk seakan ada busut. Kerja ini sebenarnya akan membantu proses tanaman didalam mengambil baja dan mendapat membaikii proses saliran untuk menyalurkan kelebihan air. Antara petani memberi tips dimana kerja membubuh tanah dipangkal ppokok lengkuas ini perlu dilaukan pada waktu malam hari. Pastikan memberi baja dibawah kanopi tanaman buah-buahan apabila terdapat sebanyak 4 - 5 batang pokok lengkuas. Pemberian baja seterusnya umumnya dilakukan 2-3 kali selama umur tanaman. Namun tergantung kepada keadaan cuaca seperti ada cuaca dan ujian tanah tanah dan banyaknya hujan. Semuga anda pembaca blog anim agro technology kali ini mendapat info berguna, Wasallam...
MENANAM LENGKUAS... LUAS SAIZNYA...
BENIH PERLU DISEDIA... ADA PROSESNYA...
DALAM KOTAM... BATAS DIPERLUKAN JUGA...
TUAI LENGKUAS... YANG BERKUALITI SAJA...
BENIH PERLU DISEDIA... ADA PROSESNYA...
DALAM KOTAM... BATAS DIPERLUKAN JUGA...
TUAI LENGKUAS... YANG BERKUALITI SAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cencana 2. Taman Cendana,
Jalan Istana off Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(2 Syawal 1437H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.