'MEE BODOH' merupakan satu gelaran mengenai mee goreng iaitu makanan berasaskan mee kuning yang popular di Melaka. Ada dikalangan peniaga yang mengatakan ia sebagai 'Mee Telur'. Kalau makanan mee memang ada banyak jenis sama ada ianya Mee Bandung, Mee Tonggek, Mee Rebus, Mee Kari, Mee Kenduri, Mee Udang, Mee Kerang, Mee Goreng Mamak, Mee Kolok, Mee Racun, Mee Tomato, Mee Calong dan banyak lagi yang penulis tidak dapat nyatakan disini. Bagaimana pun dua jenis mee ini amat 'pelik' bunyinya berbanding dengan beberapa jenis mee yang dihidangkan di Malaysia iaitu "MEE BODOH" dan "MEE RACUN". Kalau Mee Bandung sangat popular di Muar, Mee Racun popular di Batu Pahat kini telah ujud sejenis mee yang popular di Melaka pula iaitu Mee Bodoh. Ini kerana mee bodoh ini merupakan sejenis makanan yang sangat simpel dan enak dimakan terutama untuk sarapan pagi dan minum petang. Penulis yang suka juga makan mee bodoh ini berpendapat gelaran terhadap mee ini juga menarik untuk dipromosikan oleh penduduk di Melaka. Mee Bodoh ini bukan sahaja mudah dijumpai di sekitar Bukit Beruang, malahan ia juga dijual di Klebang, Bandar Hilir, Semabok, Bukit Baru, Alor Gajah dan sekitar Air Keroh. Bagaimana pun 'orang luar' mungkin tidak berapa kenal akan mee bodoh ini kerana ia macam kelihatan sama dengan mee goreng biasa. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis makanan yang agak popular di Melaka iaitu 'Mee Bodoh' sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua.
Penulis Blog masih tercari-cari bagaimana gelaran nama "Mee Bodoh" ini timbul pada mulanya. Ia berkemungkinan cara membuatnya yang sangat simpel dengan hanya bahan yang diggunakan beberapa ramuan sahaja dan cepat prosesnya. Pada penulis kali pertama mendengar akan makanan mee bodoh ini amat teruja dengan namanya kerana mungkin ada keunikan pada namanya. Tidak mungkin mee ini disediakan oleh tukang masak yang bodoh atau sesiapa yang hendak memakannya pula akan menjadi bodoh. Ia cua perkataan paling mudah diberikan oleh orang lain yang lebih pandai menyediakan mee goreng dengan pelbagai ramuan lain seperti daging, cili boh, bilis, daun sup, sos tomato, sos kicap, udang, telur dan bermacam lagi untuk menyediakan mee goreng yang enak. Bagaimana pun mee bodoh hanya menggunakan beberapa bahan asas yang amat simpel dan murah juga kos. Kalau dahulu harga mee bodoh seingat saya cuma RM0.80 sahaja tetapi kini dijual dengan harga RM2.50 sepinggan (Sila lihat foto disebelah). Ia memang masih murah jika hendak dibandingkan dengan mee goreng biasa yang dijual sekitar RM5.00 - RM6.00 sepinggan. Malahan penulis yang sering makan di Precint 9 Putrajaya membayar sehingga RM7.00 sepinggan untuk mee goreng. Harga yang murah ini adalah disebabkan ia hanya mempunyai beberapa ramuan asas yang murah dan mudah disediakan.
Makanan mee bodoh ini amat mudah disediakan dimana ia menggunakan bahan-bahan seperti mee kuning, cili boh, garam, minyak masak, telur ayam dan taugeh sahaja. Kuali dipanaskan dan diletakkan sedikit minyak dan apabila panas dimasukkan sedikit cili boh. Keluarkan mee kuning daripada bungkusan plastik dan basuh dengan air paip. Kemudian masukkan mee kedalam kuali panas dan digoreng sehingga sebati. Masukkan taugeh dan tutup api sebelum dihidangkan. Kemudian sebiji tellur ayam di goreng ala 'telur mata kerbau' dan diletakkan diatas mee tersebut. Makanan mee bodoh sudah sedia untuk dihidangkan. Selalunya sedikit sambal tumis akan dituang diatas mee bodoh untuk menambah kepedasannya jika cili boh tidak digunakan semasa mula memasak tadi (Sila lihat foto disebelah). Ia bukan sahaja mudah disediakan malahan ianya sangat cepat dimasak iaitu sekitar 3-5 minit sahaja untuk siap. Mee bodoh enak dimakan semasa panas lagi dimana kita akan dapat merasa taugeh yang masih mentah dan rangup dimakan. Mee bodoh yang dihidangkan digerai yang saya sering makan hanya sedikit sahaja isipadunya dan selalu dimakan dengan makanan lain seperti mee hoon soup, roti canai atau kuih muih lain yang ada dijual. Resepi mee bodoh juga ada dihidangkan oleh jiran saya semasa berkunjung untuk berhariraya yang baru ini. Kata jiran saya menyediakan mee bodoh dilakukan semenjak hari raya pertama sehingga seminggu kepada sanak saudara yang berkunjung kerumahnya. Ini kerana ia memang mudah disediakan, dimakan oleh semua gulungan daripada yang muda sehingga dewasa dan cepat. Katanya ia merupakan makanan yang setiap tahun dihidangkan kepada mereka yang berkunjung kerumahnya sejak dulu.
Mungkin jenama 'Mee Bodoh' ini kurang enak didengar dari segi Psaikologi. Ini kerana ada kemungkinan ia sukar diterima oleh 'orang luar' yang takut dimana sesiapa yang makan mee ini akan menjadi 'bodoh'. Itu sebab kakdang kala saya akan nyatakan 'mari kita cari makan mee pandai hari ini' untuk mengalihkan perkataan 'bodoh' tersebut. Bagaimana pun yang pasti makanan ini tetap enak dan mendapat pengiktirafan daripada penduduk tempatan terutama di Melaka. Belum ada pun gerai 'mee bodoh' dibuat semasa jamuan Hari Raya Aidilfitri TYT Melaka yang diadakan di MITC Melaka baru-baru ini. Puas juga penulis merayau mencari menu mee bodoh tetapi tidak dihidangkan. Ada juga kemungkinan pihak tertentu mempromosikan mee bodoh ini dimasa akan datang (Sila lihat foto disebelah). Selesai sahaja makan mee bodoh ini saya teus menulis blog ini. Semuga rencana kali ini memberi sedikit informasi berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MEE BODOH... ITU GELARANNYA...
MEE KUNING...DOGORENG BIASA....
ADA TAUGEH... TELUR DIATASNYA...
IA SIMPEL...SENANG MEMBUATNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Gerai Makanan Tmn Bkt Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(9 Syawal 1438H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.