Akhbar Berita Harian pada 25 Julai 2017 telah mempaparkan satu rencana bertajuk "Peserta Projek Nanas Josapine Raih RM2.5 juta" dalam ruangan satu muka penoh (Sila lihat foto diatas). Caption yang ditulis dibahagian atas akhbar tersebut pada mukasurat 18 dinyatakan sebagai 'Jangkamasa pengeluaran tanaman lebih singkat dan kos yang murah'. Berita yang ditulis oleh wartawan BH iaitu Zuraidah Mohamad ini dipetik daripada Simpang Rengam, Kluang, Johor. Dimulakan dengan ayat hampir 90% daripada tanaman nenas yang diusahakan oleh peserta tanaman nenas Kelompok Kampong Parit Ghani, Kampong Parit Gantong dan Kampong Parit Basri disini adalah daripada Varoeti Josapine iaitu antara nenas terbaik dinegara ini. Penulis blog merujuk blog sebelum ini dimana nenas Josapine merupakan nenas yang didaftarkan dengan kos AC5 (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Dengan kawasan keluasan tanaman nenas 86 hektar, projek nenas yang melibatkan seramai 48 petani dilaporkan kelompok tanaman nenas Josapine Kg Parit Ghani ini adalah yang terbesar di Malaysia dalam satu lokasi. Daripada tinjauan dan laporan secara kasar hasil jualan daripada projek ini akan mencecah sebanyak RM4.2 juta bagi setiap tuaian atau pun purata RM40,000 sehektar bagi tempoh 12 - 13 bulan. Penelitian menunjukkan dimana dengan mengambilkira anggaran kos pengeluaran kasar berjumlah RM1.7 juta bagi keluasan yang sama, pengusaha nenas dikelompok tersebut dijangka menerima pendapatan bersih sekitar RM2.5 juta atau pun purata RM30,000 sehektar. Ini bermakna mereka mampu beroleh keuntungan sehingga 147.5% bagi setiap musim tuaian. Artikel malam Jumaat ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis semula laporan akhbar Berita Harian berkaitan tajuk tersebut untuk rujukkan semua.
Mengenai Insentif Bantuan Nenas yang diberikan, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM), Datuk Mohd Anim bin Hosnan berkata LPNM ada membantu kelompok itu dengan memberikan insentif bantuan berjumlah RM391,450 yang berbentuk bahan tanaman (benih) nenas untuk kawasan seluas 86 hektar pada tahun 2015 dan 2016. Berdasarkan kepada data pengeluaran yang direkodkan, setiap hektar tanaman nenas Josapine disini mampu menghasilkan 18 tan buah nenas dan dengan purata berat 1.2 kg sebiji. Harga purata neas diladang adalah RM1,100 setiap tan atau dikira sebagai RM1.32 sebiji buah nenas Josapine, katanya. Seterusnya beliau menyatakan dimana LPNM kini memberikan bantuan baja dengan nilai RM5,500 bagi kawasan tanaman nenas yang berkeluasan 600 hektar hingga 800 hektar untuk tanaman nenas jenis Josapine di Negeri Johor sahaja setiap tahun," katanya sempena sambutan 60 tahun LPNM. LPNM yang ditubuhkan pada tahun 1957 dimana kini menyambut ulangtahun ke 60 tahun penubuhannya pada tahun 2017. Pelbagai acara sambutan diadakan bagi tujuan tersebut termasuk pertandingan foto nenas terbaik, aktiviti sukan dan rekreasi. pameran, treasure hunt, pertanian masakan berasaskan nenas dan acara kemuncaknya adalah perasmian hari sambutan.
Sementara itu Pengerusi Projek Tanaman Nenas Berkelompok Kg Parit Ghani, Encik Mohd Apandi Kasimon, 30 tahun berkata tanaman nenas disini yang diusahakan kelompok semenjak 30 tahun lalu sebenarnya telah menjadi sumber utama pendapatan keluarganya. Menurutnya dahulu nenas varieti Morris sangat popular ditanam dan dipasarkan dikampong dan diluar tetapi selepas ujudnya nenas baru Josapine dan beberapa varieti lagi kini penanaman nenas morris semakin berkurangan. "Lagi pun jangkamasa pengeluaran nenas Josapine lebih singkat selain tidak membabitkan kos yang tinggi berbanding dengan nenas Morris" katanya yang mana beliau menanam seluas 12 hektar tanaman nenas Josapine. Bagi pengurus Pemasaran Projek Tanaman Nenas Berkelompok Kg Parit Ghani ini, Encik Sarjiman Surip, 60, ladangnya mampu membekalkan sehingga 30,000 biji nenas setiap minggu bagi memenuhi permintaan pasaran disekitar Johor Bahru sahaja. Apa yang lebih menarik dimana syarikatnya iaitu Syarikat NS Fruit Trading menjadi pemborong utama nenas Josapine yang dikeluarkan oleh kelompok ini dan beberapa kelompok lain yang berhampiran. Kawasan pemasaran kini telah lebih meluas meliputi beberapa daerah lain seperti Kota Tinggi dan Negeri Melaka. Seorang peserta projek, Robiah Kosni, 68, yang mendapat Persijilan Amalan Ladang Baik Malaysia daripada Jabatan Pertanian (MyGAP) berkata, menanam nenas semakin jadi lebih mudah dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini apabila pelbagai input dan teknologi diperkenalkan oleh pihak LPNM. Sisipan fakta info akhbar dinyatakan dimana Nenas Josapine sebenarnya ketika ini dijual dengan harga ladang RM1.80 sekilogram bagi gred A, RM 0.40 sekologram bagi gred E. Jika dibandingkan harga nenas Morris untuk gred A dijual dengan harga RM1.40 sekilogram dan RM0.35 sekilogram bagi gred D. Begitulah laporan akhbar BH yang saya tulis semula.
Buah Nenas JosaPine adalah hasil kacukan diantara Nenas JOHOR (JO) dengan Nenas SARAWAK (SA) yang dilakukan oleh saintis di Malaysia dan hujungnya ditambah dengan PINEAPPLE (PINE) menjadikan nama varieti JOSAPINE. Nenas Johor adalah jenis nenas dari kumpulan 'Spanish' dan Nenas Sarawak adalah dari kumpulan Smooth Cayenne. Hasilnya varieti ini mempunyai saiz yang besar dengan purata berat buah dari 1.0 - 1.3 kg sebiji. Penulis memeriksa semasa membuat lawatan teknikal mengenai tanaman nenas varieti ini di Pusat Pembiakan Nenas di Stesyen Alor Bukit, Pontian ,Johor mendapati buahnya berbentuk Selinder dengan warna kulit merah atau jingga. Diteliti lanjut ia mempunyai antara 100 - 120 mata dengan keadaan matanya adalah 'timbul' dengan jelas (Sila lihat foto disebelah). Varieti Josapine mempunyai isi berwarna kuning keemasan dengan rasa manis dimana kanfungan gula adalah 16-17 Brixs. Kadar kandungan asid citrik sekitar 0.5 - 1.2% sahaja. Ia mempunyai saiz empulur yang besar iaitu sekitar 2.5 - 3.8 cm dengan warna permukaan atas braktea adalah hijau. Pada penulis blog anim agro technology ada mendapati nenas varieti ini amat sesuai untuk dimakan segar dan juga boleh diproses.
Nenas Josapine ini mempunyai warna dominan pada permukaan atas daun iaitu UNGU GELAP (Sila lihat foto disebelah). Warna daun varieti ini amat berbeza dengan kebanyakkan varieti lain dimana memang terdapat antosianin dipermukaan atas daun dengan jelas. Keamatan (intensity) anthocyanin pada daun varieti ini SANGAT Kuat. Sebaran antosianin ini adalah meluas memanjang dan seragam pada bahagian margin dan juga alur daun (Sila lihat foto disebelah). Masa penulis blog teliti lanjut mendapati terdapat DURI pada bahagian margin daun dengan warna duri yang dominan adalah Merah sama seperti warna daun. Arah duri juga didapati ujud pada kedua-dua arah dengan saiz duri yang SEDERHANA. Melihat cara pertumbuhan pokok nenas Josapine didapati ia tumbuh dengan SEPARA MENEGAK (Sila lihat foto dibawah) dengan kedudukan buanya adalah menonjol dibahagian atas pokok. Penulis dapat memetik, megupas dan menguji rasa nenas varieti Josapine diladang dengan amat memuaskan. Penulis blog popular anim agro mengesyorkan agar petani menanam dan pengguna dapat membeli nenas varieti Josapine ini. Wasallam!!!...
NENAS JOSAPINE...BAIK VARIETINYA...
KELPMPOK DITINJAU...BAIK HASILNYA...
INSENTIF DIBERI...PENANAM GEMBIRA...
LAPORAN AKHBAR.. RAMAI MEMBACA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(5 Zulkaedah 1438H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.