NENAS MD2 merupakan satu varieti nenas atau nanas yang semakin popular ditanam untuk pasaran domestik dan juga eksport di Malaysia. Varieti nenas MD2 ini telah didaftarkan dengan Plant Pariety Listing di Jabatan Pertanian dengan nombor AC9. Nenas MD2 telah didaftarkan dengan nama 'Varieti MD2' pada tahun 2013. Terdapat 8 varieti nenas lain yang telah didaftarkan sehingga kini iaitu Nenas Morris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7) dan Nenas N36 (AC8). Nenas atau Nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika dikelaskan daripada keluarga Bromeliaceae. Daripada seluas 15,561 hektar tanaman nenas yang ditanam di Malaysia pada tahun 2016 dilaporkan seluas 1,743 hektar adalah terdiri daripada jenis nenas MD2. Anggaran pengeluaran nenas MD2 pad tahun 2016 adalah sebanyak 38,762 metrik tan yang bernilai sekitar RM116 juta (Sumber: Laporan Tahunan LPNM, Malaysia 2016). Jumlah pengeluaran nenas negara pada tahun 2016 pula adalah sebanyak 391,714 mt yang bernilai sekitar RM515.34 juta dan ini bermakna sumbangan nenas MD2 dalam jumlah pengeluaran nenas negara sekitar 10% pada waktu ini. Program penanaman nenas MD2 terus dipergiatkan melalui beberapa program dengan sasaran untuk menambah lagi keluasan sehingga melebihi lebih dari 50% daripada jumlah keluasan nenas dalam negara sebelum tahun 2020. Kekangan dalam meluaskan tanaman nenas MD2 dilaporkan seperti kekurangan benih nenas MD2 pada masa ini diatasi dengan skim pawah benih nenas MD2 bagi mereka yang mendapat bantuan penanaman nenas tersebut. Harga benih nenas MD2 telah menurun kepada purata RM1.60 satu benih pada tahun 2017 berbanding dengan sekitar RM2.50 - RM3.00 beberapa tahun dahulu. Dijangka dalam 3-5 tahun akan datang bekalan benih nenas MD2 akan mencukupi untuk penanam yang berminat menanamnya. Kehadiran nenas MD2 telah mengubah persepsi dan kadar penggunaan perkapita nenas dalam negara kepada sebanyak 14.8 biji seorang setahun. Kalau dahulu hanya nenas moris yang telah lama mendominasi pasaran dengan rasa masam manis tetapi kini peengguna hanya berminat makan nenas MD2 segar dan varieti premium nenas lain untuk dimakan segar. Nenas MD2 mendapat harga pasaran baik dimana kini harga ladang adalah purata sekitar RM2.50 - RM3.00 sekilogram. Artikel subuh Sabtu ini saya teruskan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai nenas MD2 sekadar dijadikan bahan rujukan dan bacaan semua.
Nenas merupakan buah tropika yang telah dimakan diseluruh dunia dalam ranking atau kedudukan 5 teratas kepentingannya. Nenas MD2 pula kini semakin mendapat permintaan untuk pasaran domestik dan juga pasaran antarabangsa (Sila lihat foto disebelah). Khasiat buah nenas yang didakwa mampu memberikan impak kesihatan membolehkan buah nenas segar semakin mendapat tempat dikalangan penduduk tempatan. Buah nenas selalu dihidangkan di hotel-hotel berbintang bersama dengan buah pisang, betik, mangga dan juga melon atau tembikai merah. Sejarah Nanas MD2 mula dikaji proses pembiakannya di Institut Penyelidikan Nenas di Hawai pada tahun 1960'an dengan kerjasama beberapa buah syarikat pengeluar utama nenas dunia seperti Del Monte, Maui Land and Pinepple Company selama beberapa tahun. Bagaimana pun hanya pada tahun 1981 nenas MD2 telah dihasilkan dan kemudian dikomersilkan kerana ia mempunyai ciri-ciri yang amat dikehendakki oleh pasaran antarabangsa. Nenas varieti MD2 atau dinamakan sebagai 'Millie Dilard' sempena nama isteri orang berkepentingan ini kekal ssehingga hari ini sebagai salah satu nenas premium untuk dikomersilkan. Dari segi pembiakbakaan nenas, nenas MD2 mempunyai ciri yang unik kerana ianya kompleks yang melibatkan 5 varieti induk nenas yang berbeza dimana ia dikacukkan termasuk daripada kumpulan nenas Smooth Cayene dan beberapa lagi. Dalam ertikata lain kehadiran varieti nenas MD2 telah menjadikan ia pilihan terbaik kepada penanam nenas kerana kini ia dijadikan nenas premium untuk pasaran domestik dan eksport dinegara kita. Potensi buah nenas segar MD kini lebih terserlah apabila protokol pengeskportan nenas segar ditadatangani dengan negara China pada bulan Mei 2017 dengan sasaran eksport bernilai sebanyak RM320 juta sehingga tahun 2020. Penanam nenas dinegara ini memang digalakkan mematuhi 8 semua protokol tersebut termasuk ladang yang menanam nenas perlu ada menerima sijil MyGAP untuk tujuan tersebut.
Mengenali buah nenas varieti MD2 tidak lengkap kalau kita tidak mengetahui akan peciriannya. Keistimewaan nenas MD2 memilikki tahap kemanisan yang tinggi dengan warna kuning keemasan yang menyerlah (Sila lihat foto disebelah). Kulit buah nenas ini akan berwarna adalah kekuningan emas apabila cukup masak. Apa yang penting mengenai bentuk buah nenas MD2 adalah bentuk fizikal buahnya yang SELINDER (cylindrical shape) bersaiz daripada sederhana besar kepada saiz besar. Dalam pemantauan penulis blog ke banyak kebun yang menanam nenas MD2 di Selangor, Johor, Perak, Kedah dan Pahang terdapat beberapa penanam nenas lebih berminat untuk menghasilkan buah nenas MD2 dengan berat lebih 3.0 kg sebiji untuk pasaran domestik. Pelanggan tempatan yang mempunyai keluarga ramai lebih suka membeli nenas yang besar ini dengan harga runcit termasuk berat jambul RM2.50 sekilogram sehingga RM3.00 sekilogram. Ada juga penjual atau penjaja yang menjual nenas MD2 dengan harga runcit sehingga RM5.00 sekilogram. Nenas MD2 mempunyai saiz mata yang besar dan rata serta ianya sekata berukuran sekitar 5 - 16 cm. Walau pun dalam keterangan teknikal buah nenas MD2 lazimnya mempunyai berat diantara 1.5 kg - 2.5 kg sebiji tetapi dengan baja tambahan termasuk baja foliar ia mudah membear sehingga beratnya 3.5 kg sebiji. Nenas MD2 yang ditanam diatas tanah mineral lazimnya lebih manis dan teksturnya lebih rangup berbanding dengan nenas MD2 yang ditanam diatas tanah gambut dengan amalan agronomi yang sama. Nenas MD2 yang ditaam diatas tanah mineral lazimnya akan menggunakan penutup batas plastik silversine. Tujuannya adalah untuk mengawal rumpai yang manjadi pesaing kepada tanaman nenas dan kadangkala menjadi perumah kepada patogen perosak dan penyakit. Kini penanaman nenas M2 lebih banyak ditanam diatas tanah mineral dengan kaedah pengurusan lebih komersil.
Nenas MD2 juga mepunyai beberapa ciri khusus pada tumbuhan terutama pada daunnya. Daun nenas MD2 didapati tidak mempunyai urat daun utama dengan warna berkilat dan tiada warna Anthocyanin (warna kecoklatan merah seperti terdapat pada vareti nenas morris). Permukaan bawah daun mempunyai trichomes atau debu putih yang ketara dan daunnya adalah lebih hijau daripada varieti nenas yang lain. Dalam pemeriksaan penulis dikebun mendapati varieti nenas MD2 mudah dkenali dengan memeriksa ciri daun apa lagi melihat ciri buahnya (Sila anda lihat foto disebelah). Varieti nenas MD2 bagaimana pun biasanya memerlukan masa sekitar 14 bulan daripada waktu menanam sehingga sesuai untuk dituai. Nenas moris pula sebagai perbandingan lazimnya hanya perlukan masa hanya 12 bulan untuk dituai. Buah yang masak akan mempunyai isi pulpa lebih manis dan lebih kompleks kurang kandungan serat dan mengandungi kali lebih banyak vitamin C daripada nenas biasa dan kurang keasidannya. Warna buah nenas ini adalah kuning keemasan dengan kadar kandungan gula pula adalah sekitar 13 - 18 darjah Brix. Dari segi ketahanan juga selepas tuai (post harvest) nenas MD2 dilaporkan mampu bertahan sehingga maksima 30 hari dengan rawatan biasa. Keunikkan tersendiri ciiri nenas MD2 membolehkan ia telah menerima permintaan luar biasa dipasaran antarabangsa. Antara negara utama pengeluar nenas MD2 seperti Filipina dengan menguasai peratusan agak tinggi untuk mengeksport nenas ini dipasaran antarabangsa. Malaysia kini telah pun banyak mengeksport nenas dengan jumlah melebihi RM120 juta setiap tahun dan jumlah ini terus meningkat dengan penanaman nenas MD2 ini kenegara Timur Tengah, Korea, Jepun dan beberapa lagi. Diharap tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...
NENAS MD2... ITU NAMA VARIETINYA...
BENIH MAHAL...14 BULAN TANAMYA...
BUAH MANIS... RANGUP TEKSTURNYA...
DITANAH MINERAL... BAIK KUALITINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(21 Syawal 138H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.