MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA merupakan satu peribahasa Melayu yang membawa maksud 'mendidik anak hendaklah hendaklah sejak dari kecil lagi'. Peribahasa in dibuat oleh bijak pandai Melayu sejak dahulu setelah mereka membuat pemerhatian teliti akan sifat-sifat marfologi dan fisiologi tumbuhan buluh. Terdapat beratus jenis buluh diseluruh dunia dimana Buluh Minyak (Bambusa vulgaris) atau Buloh Betong (Dendrocalamus asper L) merupakan dua jenis buluh yang sering tumbuh di negara kita. Tumbuhan buluh sebenarnya merupakan sejenis tumbuhan juga dikenali sebagai aur atau bambu dimana ia merupakan suku bagi tumbuhan saka berbunga daripada keluarga Poaceae. Terdapat 92 genus dan lebih 5,000 spesis pokok buluh yang ujud diseluruh dunia daripada tanaman saka, ornamental sehingga jenis yang kecil. Buluh mempunyai struktur pokok dimana batang buluh iaitu didalamnya ada rongga di bahagian tengah. Jika dibuat keratan rentas berkas vaskularnya terletak bertaburan di seluruh batang. Batang buluh pada saya unik kerana ia tidak mempunyai xilem. Dalam banyak laporan dinyatakan iaitu buluh adalah antara tumbuhan yang paling pantas ianya membesar di dunia disebabkan oleh sistem bersandar rizomnya yang unik. Tumbuhan ini mempunyai kepentingan dari segi ekonomi dan kebudayaan di rantau Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan dimana ia digunakan sebagai bahan binaan, sumber makanan dan juga bahan mentah serbaguna. Di Malaysia sahaja terdapat lebih daripada 50 spesis buloh yang dikenalpasti dan didaftarkan walau pun hanya sekitar 11 spesis yang dikomersilkan atau ada nilai ekonomi yang nyata. Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya adalah bertepatan dari segi marfologi tumbuhan buluh itu sendiri kerana apabila batang buluh sudah matang memang tidak boleh dilenturkan lagi kerana batangnya sudah keras. Kalau hendak melentur buluh semestinya semasa peringkat rebungnya kerana apabila ia dewasa adalah keras dan tidak boleh dilentur lagi. Ia dikiaskan dengan aktiviti mendidik anak mestilah daripada peringkat kecil lagi kerana masih menurut kata ibubapanya. Adalah sukar untuk mendidik anak yang dewasa kecuali dengan pendekatan dan menganggapnya sebagai 'kawan' sahaja. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai rangkap peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya dalam sektor pertanian dan perkara yang berkait dengannya.
Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Batang Buluh yang dewasa memang sejenis batang yang keras strukturnya walau pun dibahagian tengahnya kosong (hollow) kerana ia mempunyai ruas-ruas yang banyak untuk mengukuhkan strukturnya. Batang Buluh apabila dibelah-belah kepada kepingan lebih kecil pula bersifat lembut dan boleh dilentur dengan menggunakan api sederhana panas (layur) semasa membengkokannya. Batang Buluh merupakan komoditi yang memberikan nilai ekonomi kepada tanaman buluh dari spesis terpilih untuk digunakan dlam industri buluh. Batang buluh yang matang akan ditebang dengan memotong bahagian pangkal dan membuang bahagian daun dan pucuknya. Ia juga kemudian dipotong-potong mengikut ukuran panjang yang dikehendakki oleh pihak industri. Buluh juga dahulu memang dijadikan galah untuk memetik tandan kelapa sawit sebelum logam besi aluminium mengambil alih untuk mengait tandan kelapa sawit. Buluh panjang yang kering ini ringan dan tahan untuk memotong tandah sawit dan buang pelepah kelapa sawit. Bagi tujuan membuat rakit pula batang buluh perlu dikeringkan dahulu sebelum diikat dan dijadikan rakit dalam sungai.
Rebung Buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal atau perdu pokok pada dipermukaan tanah untuk tujuan ia membiak dimana isinya masih lembut lagi. Rebung buluh adalah tunas yang keluar secara semulajadi sebelum ia terus memanjang atau meninggi menjadi batang buluh dewasa. Ia mempunyai tekstur yang masih lembut dan boleh dilenturkan jika mahu. Bagaimana pun sebenarnya aktiviti melentur buluh ini amat jarang dilakukan kecuali dikawasan taman bunga untuk tujuan mencantikkan lanndskap sahaja (Sila lihat foto disebelah). Lenturan rebung buluh ini mungkin akan dilakukan oleh pekerja untuk mendapatkan pertumbuhan pokok seimbang, merendahkan pokok buluh selain daripada tujuan lain yang kurang diketahui. Bagaimana pun dari satu sudut kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anak (rebung) akan dikeluarkan daripada perdu pokok buloh. Kiasan untuk melentur buluh diperingkat rebung tepat kerana masa ini jika kita letakkan oblek keras seperti kayu atau logam diatas rebung maka ia akan membengkok atau melentur keatas mencari cahaya matahari. Batang buluh yang matang jika dilentur sama ada tidak boleh melentur atau batang buluh tersebut akan pecah atau pun ia patah. Peribahasa yang digunapakai oleh bijak pandai bahasa sejak dulu saya kurang pasti sama ada mereka adalah ahli botanis yang mahir dalam aktiviti melentur rebung dan cuba melentur batang buluh dewasa. Apa pun maksudnya amat jelas dimana peribahasa ini mengingatkan smeua orang agar mendidik anak-anaknya daripperingkat kanak-kanak lagi. Ini termasuk mendidik anak untuk kuat beribadat, taat kepada orang tua, berbudibahasa dan banyak lagi.
Pada masa artikel ini ditulis ada beberapa pembaca blog bertanya soalan sama ada industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang menguntungkan?. Dalam pada itu saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Betung Hitam (Gigantochloa atroviolacea), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). (Sila klik disini). Buluh yang batangnya boleh digunakan untuk kraftangan dan industri perlu dipilih untuk ditanam dikawasan yang sesuai. Walau pun rumpun pokok buluh kebanyakannya tumbuh liar (kecuali jenis buluh ornamental untuk landskap) tetapi ia masih mempunyai nilai ekonomi juka ditanam dikawasan tanah marginal untuk tanaman makanan lain atau dikawasan tanag terbiar yang sukar dibangunkan. Akhir kalam saya masih menyatakan peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' sebagai tepat dengan ciri-ciri marfologi pokok buluh itu sendiri. Mendidik anak perlu dilakukan mengikut peringkat umur. Semasa kecil kalau di pukul sedikit tidak mengapa tetapi mereka akan melawan jika umur dewasa. Proses mendidik anak dirumah oleh ibubapa memerlukan kesenian, kemahiran, kesabaran, kebijaksanaan, toleransi dan kaunseling sehingga mereka menjadi manusia yang taat dan menghormati ibubapa. Wasallam!.
MELENTUR BULUH...APA GUNA...
BUKAN MUDAH...UNTUK LAKSANA...
MENDIDIK ANAK..KECIL MULANYA...
SUDAH BESAR... SUKAR DITERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(18 Muharam 1437H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.