TANAH (Soils) merupakan satu lapisan paling atas pada permukaan bumi. Ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa. Dalam keadaan semulajadi lapisan tanah bolehh dikelaskan kepada 3 iaitu (1) Tanah Atas (2) Tanah Bawah dan (3) Batuan (Sila lihat foto diatas). Tanah Atas merupakan lapisan yang ada sisa tumbuhan dan haiwan. Lazimnya tanah atas mempunyai ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur untuk tanaman dan kehidupan lain. Tanah ini juga mempunyai sistem pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi. Ini merupakan dimana akar dapat tumbuh dengan baik untuk menyerap air dan zat galian serta merupakan tempat tinggal organisma tanah. Tanah Bawah pula berada di bawah tanah atas dimana ia adalah jenis tanah lebih padat dan keras dimana ini selalunya akan menghalang pertumbuhan akar dan sistem pengaliran air. Ia mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap dan hanya sedikit organisma tanah tinggal di sini. Bagi lapisan ke 3 iaitu Batuan merupakan lapisan bahan induk tanah. Ia akan mengalami proses luluhawa yang lama untuk menjadi tanah lapisan atas. Kepentingan tanah adalah amat penting dalam sektor pertanian yang akan menghidupkan tanaman dan sumber makanan kepada manusia dan haiwan serta organisma lain. Tanah memberi sokongan kepada akar dimana akar mencengkam tanah dan dapat tumbuh tegak. Ini menyebabkan pokok yang tumbuh menegak ia akan dapat menerima cahaya. Tanah juga membekalkan nutrien dam tempat menyimpan nutrien. Bahan organik yang reput menjadi nutrien pada tanah boleh digunakan sebagai sumber makanan pada tumbuhan dan baja yang beri juga terkumpul di dalam tanah. Tanah akan membekalkan oksigen dan air kepada tumbuhan dimana udara dalam tanah serlalunya mengandungi gas karban dioksid (CO2) dan Oksijan (O2). Gas CO2 lebih banyak dalam tanah disebabkan oleh proses respirasi akar, organisma dan pereputan bahan organik. Selain itu ada kandungan air tanah dalam bentuk lapisan air, wap air dan cecair. Artikel subuh ni saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bertajuk 'Tanah' dan perkara penting mengenai tanah dalam kehidupan manusia.
Tanah berkait rapat dengan berlakunya penyakit tumbuhan. Lazimnya tanah pada pH rendah boleh menyebabkan kulat (Fungi) mudah membiak sementara tumbuhan sukar memperoleh nutrien dan pertumbuhan akar terjejas apabila pH tanah terlalu tinggi atau rendah. Ini menyebabkan tumbuhan akan mudah terkena penyakit. Terdapat beberapa unsur perlu untuk pertumbuhan tanaman dalam tanah. Unsur tersebut adlah MAKRONUTRIEN (Macronutrient) iaitu terdiri daripada O,C,H,N,P,K dan MIKRONUTRIEN iaitu Fe, B, Mn, Zn, Cu, Mo dan Cl. Jika dalam tanah tiada atau tanpa bahan nutrien ini akan menyebabkan tumbuhan tidak membesar dengan sempurna dimana ada fungsi spesifik sesuatu nutrien tidak boleh diganti dengan nutrien lain. Fungsi unsur Nitrojen (N) adalah untuk menjadi komponen proteín untuk menghasilkan klorofil dan mempercepatkan tumbesaran tumbuhan Kerana kadar fotosíntesis tinggi. Unsur Fosforus (P) pula berfungsi sebagai unsur untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan akar, mencepatkan kematangan bunga, buah dan pokok, menguatkan tangkai buah dan bagi tujuan untuk menghasilkan tenaga diperingkat awal tumbesaran. Unsur Kalium (K) pula berfungsi untuk mempercepatkan proses pengeluaran bunga dan buah, memberi ketahanan terhadap penyakit, tujuan diperlukan untuk metabolisme kanji dan protein dan mengaktifkan enzim.
Di Malaysia terdapat beberapa jenis Tanah Bermasaalah iaitu terdiri daripada Tanah Asid Sulfat, Tanah Gambut, Tanah Bris, Tanah Bekas Lombong dan Tanah Lempung (Liat). Jenis Tanah Asid Sulfat adalah berciri sebagai tanah liat dengan nilai pH kurang daripada 3.5 iaitu kategori tanah tidak subur, toksik aluminium, Fe dan Mn. Kedua adalah Jenis Tanah Gambut (Peat) dimana cirinya ia mempunyai bahan organik tinggi, sistem saliran tidak baik, tidak menyokong akar, tanah berasid serta lazimnya kurang nutrien Cu, Mn, Zn, Fe, Mo dan Bo. Tanah Bris merupakan jenis tanah dengan kandungan pasir tinggi, ia tanah tidak berstruktur dengan ada lapisan keras dibawahnya. Tanah Bris juga mempunyai daya simpanan air rendah, kurang air pada musim panas dengan nilai diantara pH 4.3- pH 5.8. Ke 4 adalah Tanah Bekas Lombong (Tin tailing) dimana ia mempunyai kandungan Pasir sebanyak 80%, tiada struktur, mengandungi mineral kuarza dan tiada air. Jenis Tanah Lempung pula mengandungi bahan liat tinggi dengan sistem saliran kurang baik, agak sukar dikerjakan dan selslu melekit bila basah dan akan menjadi keras bila kering. Kesemua jenis tanah yang dinyatakan diatas terdapat di negara kita dengan taburan di seluruh negeri.
Beberapa teknologi atau amalan untuk membaiki keadaan tanah boleh dibuat. Antaranya melalui aktiviti Pembajaan, Pengapuran, Pemugaran serta Mencegah dan Mengawal Hakisan. Pertama adalah aktiviti Pembajaan dimana gred baja ialah kuantiti nutrien utama yang terdapat dalam baja.( % N, P2O5 dan K). Antara jenis-jenis baja sesuai digunakan seperti Baja Campuran iaitu baja yang dicampur secara fizik antara beberapa unsur tetapi tidak disebatikan. Sementara itu Baja Sebatian adalah sejenis baja mengandungi beberapa bahan nutrein yang disebatikan secara kimia dibuat di kilang. Baja Lengkap pula adalah kombinasi semua nutrien utama, mikro nutrien, enzim dan pengawal atur (Growth regulator). Baja Terus (Straight fertilizer) adalah jenis baja yang membekalkan satu jenis atau satu nutrien sahaja yang aplikasinya untuk tujuan tertentu sahaja. Akhirnya adalah Baja Organik daripada najis (tinja) ternakan dan sisa ladang seperti kompos. Cara untuk membaja lazimnya dilakukan melalui 4 kaedah iaitu Secara Tabur, Secara Alur, Secara Poket dan Secara Semburan adun. Membaca Secara Tabur dilakukan dengan menabur baja dengan sekata atau digaul dalam tanah atau pun diletak disekeliling pokok (Dibawah kanopi daun). Jenis baja sesuai untuk ditabur sebaiknya dari jenis baja butiran halus atau granule. Membaja Cara Alur bilamana baja akan diletak di kiri dan kanan tanaman atau pun dibarisan biji benih yang baru ditanam iaitu dengan jarak 4 - 5cm dalam sisi barisan pokok. Pembajaan Cara Poket dilakukan dengan cara meletakkan baja dalam lubang poket yang digali iaitu di hujung kanopi pokok. Baja ini akan di letak dalam poket dan kambus semula. Kaedah membaja dengan Cara Semburan Daun (Foliar spray) menggunakan jenis baja larutan atau cecair yang disembur terus pada daun. Kaedah membaja semburan daun amat sesuai untuk sayuran jenis daun dan tanaman singkat masa lain. Pembajaan adalah penting untuk menjadikan tanah terus subur dan memberikan tumbuhan sihat dan mampu memberikan hasil baik. Sila baca artikel Part 1 dan Part 3 mengenai info selanjutnya mengenai apakah dia tanah. Wasalam!.
PENTINGNYA TANAH...KEPADA KITA....
5 KOMPONEN... ADA AIR DAN UDARA....
WARNA TANAH... HITAM SUBURNYA....
KEMASAMAN TANAH...ADA JULATNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 13, Desaminium Flora,
Seri Kembangan, Selangor,
Malaysia.
(23 Rabiulawal 1437H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.