Support My Blog

Friday, February 26, 2016

BIJI RAMBUTAN - KAWAL DIABETIS?

BIJI RAMBUTAN (Rambutaan seeds) merupakan biji yang dihasikan dalam buah rambutan (Nephellium lappaceum) dan terkini telah diviralkan sebagai mampu mengawal Kencing Manis (Diabetis). Rambutan merupakan sejenis buah-buahan tropika yang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Buah rambutan ini di percayai berasal dari nama " Buah dan Rambut"yang mempunyai isi dan biji dan dimakan segar atau diproses. Pokok rambutan dari jenis pokok saka yang mana boleh mencapai sehingga 20 meter ketinggiannya. Pokok rambutan yang diurus dengan baik mampu mencapai umur sehingga 25 tahun atau lebih. Industri tanaman rambutan di Malaysia kini kurang popular kerana saya dapati ia memberikan pulangan keuntungan yang amat rendah berbanding dengan tanaman buah-buahan yang lain. Rambutan boleh ditanam daripada biji atau dari benih cantuman yang baik mempunyai kanopi terbuka. Di Malaysia seluas 24,749 hektar keluasan tanaman rambutan dengan pengeluaran sebanyak 79,540 metrik tan direkodkan pada tahun 2010 dan meningkat kepada 26,946 hektar dengan pengeluaran sebanyak 86,085 metrik tan pada tahun 2014 (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian 2015). Negeri2 pengeluar utama rambutan seperti Kelantan, Johor, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah. Stastitik Jabatan Pertanian menunjukkan pada tahun 2009 dan 2010 kawasan diDaerah Larut Matang/Selama di Perak paling luas kawasan tanaman rambutan iaitu seluas 846 hektar diikuti dengan Daerah Kuala Kerai Kelantan (654 ha) dan Daerah Dungun Terengganu (473 ha). Di Johor pula seluas 2,354 hektar di tanam pada 2009 dimana paling luas di tanam di Daerah Muar (428 ha) diikuti Daerah Mersing (409 ha), Daerah Kota Tinggi (400 ha) dan Segamat (350 ha). Kebanyakan buah rambutan dituai dan dimakan segar dan hanyak sebahagian kecil yang diproses untuk ditinkan. Walau pun belum ada kajian saintifik menyatakan BIJI RAMBUTAN mampu merawat meassalah Kencing Manis dijalankan tetapi berita tersebut telah diviralkan dalam intenet. Adakah ia satu laporan yang betul dan boleh diguna pakai hasil viral tersebut. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai laporan tersebut berdasarkan beberapa rujukkan. 


Di Malaysia penanaman rambutan menggunakan benih dari klon terpilih di tanam dengan jarak 9 meter x 9 meter berbentuk Tiga Segi (142 pokok/ha) atau empat segi (123 pokok/ha) atau bentuk sesiku keluang. Antara varieti yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian adalah Rambutan Anak Sekolah atau Rong Rien (R191), Rambutan Deli Cheng (R170), Rambutan Gula Batu (R3), Rambutan Gading Muar (R156) dan Deli Baling (R193). FAMA syorkan rambutan Anak Sekolah di promosikan untuk pasaran ekspot keluar negara kerana ciri-ciri komersial seperti tahan lama, manis, lekang dan pejal. Mengenai biji rambutan Varieti Anak Sekolah, ianya mudah di asingkan dengan bahagian isi buah dan mempunyai bentuk OBOVATE (bahasa kita lonjong panjang) dengan warna testa krim kekuningan. Terdapat banyak saiz biji rambutan ini dimana purata sekitar 1.4 - 1.7 cm panjang dengan lebar sekitar 0.9 - 1.1 cm. Bijinya mudah di semai dalam tapak semaian untuk dijadikan pokok penanti bagi tujuan cantuman. Belum ada laporan rasmi menyatakan ada yang makan biji rambutan sebagai makanan penting tetapi memang ada potensi dengan kandungan zat permakanan yang baik sehingga perkara ini diviralkan. Ini disebabkan rambutan ini dimakan segar dan bijinya akan dibuang dimana-mana sahaja sebelum ini atau dijadikan benih pokok penanti untuk cantuman.


Dalam beberapa kajian, sebanyak tiga klon biji rambutan (R4, R7 dan R169) telah dianalisis untuk mengetahui akan apakah kandungan nutrisi dalam biji rambutan. Analisis proksimat tersebut menunjukkan bahawa biji-biji rambutan mengandungi sebanyak 11.9-14.1% protein, 37.1 - 38.9% lemak kasar (ekstrak eter petrolium), 2.8-6.6% serabut kasar dan 2.6 - 2.9% abu pada dasar berat kering. Kandungan kelembapan biji rambutan adalah sekitar 34.1 - 34.6% dari hasil kajian makmal. Mengenai analisis profail asid amino protein, biji rambutan telah menunjukkan bahawa mutu protein biji adalah baik. Komponen utama asid lemak biji rambutan adalah C16:0 (4.36-4.86%); C18:0 (5.93- 7.49%); C18:1 (37.91-40.15%); C20:0 (36.14-36.77%) dan C20:1 (6.92-7.27%). Asid lemak dalam biji rambutan adalah Asid Oleik (40.45%) dan Asid Arachidik (36.36%). Sementara itu terdapat bahan AAO (Arahidoyl-dioleoyglycerol) dalam biji tersebut sebanyak 49.84%. Walau pun ramai dikalangan kita tidak faham akan data tersebut tetapi ia dipercayai mampu memberikan faedah kesihatan kepada manusia. Biji rambutan merupakan 40-48% daripada komponen buah rambutan yang mana ia mengandungi Koloid, gula (1.25%), Kanji (25%), Ash (2%) 45% asid lemak iaitu Asid Oleik. Isi buah rambutan pula mengandungi Saccarose 7.8%, Dextrose (2.25%) dan Levulose (1.25%). Bahagian pucuk daun rambutan pula mengandungi bahan Saponin dan Tanin.


Kini telah diviralkan dalam blog dan facebook bahawa biji rambutan mengawal dan merawat masaalah Kencing Manis (Diabetis) Tahap 2. Kini telah di war-warkan dalam internet iaitu "UNTUK PENGIDAP KENCING MANIS - KAJIAN TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA UBAT TERBAIK UNTUK MEMBEBASKAN DARIPADA PENYAKIT KENCING MANIS (DIABETES) ADALAH BIJI BUAH RAMBUTAN". Ini dakwaan dimana dimaklumkan bahawa penggunaan biji rambutan mampu untuk merawat penderitaan kencing manis tahap 2 telah dimana ia telah pun dibuktikan mujarab. Kajian klinikal yang dijalankan saintis Eropah secara saintifik dilaporkan telah menunjukkan bahwa biji rambutan berhasil membebaskan 17, 542 orang pesakit diabetes pada tahun 2014 (Unpublished report). Rakyat Malaysia dan Asia Tenggara yag lain bertush kerana memang telah ada tanaman rambutan yang luas malahan kurang dimanafaatkan. Dalam musim utama rambutan berkalu banyak kes dimana buah rambutan sudah tidak dipetik dan dibiarkan kering diatas pokok. Penulis percaya jika buah dan biji rambutan mampu mengawal dan merawat diabetis maka harganya akan naik dan permintaan menjadi tinggi semula.


Beberapa rujukkan menunjukkan beberapa cara untuk mengambil biji rambutan untuk mengawal diabetis. Cara penggunaannya dengan menyediakan 5 biji rambutan daripada buah rambutan dari buah yang matang. Kemudian dipisahkan biji dari daging atau isi buahnya atau dimakan sahaja kerana enak. Setelah itu sebaiknya biji rambutan tersebut dibasuh sehingga bersih. Proses selanjutnya adalah memotong biji rambutan sehingga menjadi beberapa potongan kecil-kecil dan masukkan kedalam kuali untuk digoreng tanpa minyak atau disangrai (Sila lihat foto disebelah). Pastikan menggunakan api yang sederhana atau sedang sahaja. Setelah berubah warnanya menjadi kuning kecoklatan maka dimatikan api dimana ia kemudian dimasukkan kedalam bekas dan biarkan ia sejuk sendiri. Seterusnya biji perlu dikisar (menggunakan blender) atau ditumbuk biji rambutan tersebut sampai mendapatkan tekstur yang lembut dan halus seakan tepong. Kemudian serbuk tersebut dimasukkan dalam cawan dan dicampur air panas sehingga sebati dan sejukkan. Biarkan air dengan hampas biji rambutan terpisah dengan sendiri. Kemudian air tersebut boleh diminum iaitu sebaiknya 30 minit sebelum makan nasi atau makanan lain. Amalkan meminumnya sebanyak 1-3 kali sehari setiap hari. Pengidap diabetis disyorkan ia menjadi minuman rutin harian dimana akan didapati berat badan akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkannya. Lazimnya kehilangan berat badan ini adalah sebagai langkah memberikan isyarat pada otak agar kita mengubah gaya hidup dan pola cara makan kita seharian. Diabetes tahap 2 tidaklah menyebabkan sehingga pesakit memikiran akan hukuman mati pada penderitanya. Amalkan dengan meminum ramuan dari biji rambutan yang dipaparkan dalam artikel ini. InsyAllah!.
BIJI RAMBUTAN... DIBIARKAN SAJA...
BILA DIANALISIS... ADA GUNANYA...
BIJI DIGORENG...DIKISAR HALUSNYA...
DIRENDAM AIR.. DIMINUM CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Sri Kesang,
Parit Bunga, Ledang,
Johor, Malaysa.
(17 JamadilAwal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...