IKAN TODAK (Xiphias gladius) adalah sejenis ikan laut dari keluarg Xiphiidae pernah diceritakan dalam banyak kisah lama yang berjudul 'Singapura dilanggar todak' dalam epic sastera Melayu. Ikan todak dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai 'Swordfish' atau jika ia dimelayukan menjadi 'Ikan Pedang'. Ikan todak kadang kala juga disebut sama cirinya seperti Ikan Marlin dimana ia menjadi kegemaran pemancing sukan (sportfishing) kerana ikan marlin merupakan jenis ikan paling mencabar semasa akktiviti memancing dilaut. Ikan ini mempunyai yang rahang atas dan muncongnya memanjang berbentuk seperti pedang pipih dan kuat dimana ia selalu berukuran hampir sepertiga panjang badan ikan tersebut (Sila anda lihat foto diatas). Badan ikan ini lazimnya akan mempunyai bentuk tubuh yang panjang dengan membulat dapat mencapai 2.0 - 4.6 meter panjang dimana berat ikan mampu mencapai berat sehingga 650 kg. Ia mempunyai kulit yang licin tidak bersisik dimana warna dibahagian atas tubuhnya selalu berwarna keunguan atau kebiruan dan warna dibahagian bawah tubuhnya warna perak (Silver). Ikan ini mampu berenang laju yang banyak terdapat di perairan tropika dan perairan iklim sederhana dimana ia dilaporkan iaitu populasinya semakin kurang. Ikan todak adalah satu-satunya jenis ikan didalam pengkelasan keluarga Xiphiidae tidak seperti ikan jenis lain yang banyak spesis. Apa yang penulis suka tengok ikan ini adalah dimana ia mempunyai muncung atau paruh yang panjang dan tajam menyerupai pedang atau juga seperti tombak. Dalam mitos sastera dulu ia dikatakan ikan todak telah menyerang Singapura dimana manusia dijadikan tembok bagi menahan serangan ikan ini. Kemudian seorang budak bijak mencadangkannya benteng manusia diganti dengan batang pisang (Sila lihat foto paling bawah sekali). Kisah ini merupakan satu cerita yang jika difikir sekarang ada yang kata tidak logik. Artikel padi Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tulisan ke 3,703 mengenai IKAN TODAK sekadar untuk dijadikan satu bahan rujukan dan bacaan anda.
Pedang Ikan Todak dan kecantikkan ikan ini menjadikan ikan ini dijadikan tugu dibanyak bandar didunia. Dinegara kita Malaysia sesiapa yang pergi ke Kota Kinabalu tentunya akan berjumpa dengan tugu ikan todak diatas daratan yang dijadikan tugu yang sangat cantik (Sila lihat foto disebelah). Ikan todak mempunyai muncung yang tajam sama dengan bentuk tubuh yang menajam memungkinkan ikan todak berenang dalam air dengan laju, pantas dan lincah. Apa yang pasti adalah pedangnya itu tidak dipakai untuk menombak mangsanya tetapi ia ada kala digunakan untuk memukul dan melukai mangsanya terutama ikan yang hendak dimakannya agar mangsa tersebut mudah ditangkap. Dalam habitat asal dilautan, ikan todak akan cuba menangkap mangsanya dimana ia sangat bergantung pada kecepatan serta ketengkasannya yang dapat mencapai kelajuan berenang sehingga 80 kilometer per jam untuk memburu mangsanya. Ia merupakan jenis ikan yang sangat lincah bergerak dalam air. Walau pun ikan todak mempunyai pedang dihujungnya tetapi ia juga jarang digunakan untuk mempertahankan diri jika diserang oleh pemangsa yang lain. Saintis melaporkan hanya ikan Yu Maku yang mempunyai sirip pendek sahaja dan ia merupakan sejenis ikan laut yang cukup besar dan cepat untuk mengejar dan membunuh seekor todak walau pun ia selalunya tidak selalu menang. Apa pun sering kali semasa bertarung melawan seekor ikan Yu kadang-kadang ikan todak dapat membunuh ikan yu tersebut dengan menikamnya di insang atau di perut.
Lazimnya Ikan Todak betina berukuran lebih besar dari ikan todak jantan. Amat jarang nelayan menjumpai ikan todak jantan yang lebih berat dari 135 kg seekor. Ikan todak betina mencapai usia dewasa pada umur 4-5 tahun di lautan sementara ikan jantan dewasa pada sekitar umur 3 sampai 4 tahun sahaja. Ikan todak dewasa sering mencari makanannya yang terdiri daripada hidupan laut seperti ikan-ikan pelagis lain seperti ikan tuna kecil, Ikan barakuda, ikan terbang, makarel dan juga spesis lain seperti ikan rockfish. Makanannya selalu mengikut musim dimana di perairan kita ikan todak akan makan sotong jika musim banyak. Ikan todak dewasa merupakan spesis ikan yang tidak banyak musuh dan juga pemangsa lain kecuali ketika ia masih kecil ia sering dijadikan makanan oleh ikan pelagis besar. Ikan todak kadang-kadang terbang atau keluar dari permukaan air apabila ia memburu dengan laju dalam air atau ketika merota dari tali pancing walau pun tidak sama seperti ikan terbang (Sila lihat foto disebelah). Walau pun diketahui ikan todak termasuk haiwan berdarah dingin tetapi uniknya mereka mempunyai organ khusus dekat mata untuk menghangatkan mata dan juga otak mereka. Suhu sejuk diantara 10 - 15 °C mereka akan ukur dengan organ ini. Pemanasan mata ini dapat meningkatkan daya penglihatannya dimana ini akan dapat meningkatkan kemampuannya dalam menangkap mangsa. Daripada lebih dari 25,000 spesis ikan yang mana ia mempunyai tulang sejati dilaporkan hanya 22 jenis ikan yang diketahui mampu menghangatkan bahagian tubuh tertentu di atas suhu air sekitarnya. Di antara ikan-ikan tersebut adalah ikan todak, ikan marlin dan ikan tuna.
Ikan todak bukanlah ikan yang hidup secara berkelompok. Mereka selalu berenang sendirian dan dalam kelompok yang berjauhan dimana ia lazimnya terpisah sekitar 10 meter dari ikan todak yang lain. Mereka juga sering dijumpai berjemur di permukaan air dengan menaikkan siripnya dipermukaan air untuk dilihat. Pelayar dan nelayan sering melaporkan perkara ini sebagai pemandangan indah dimana ia sama seperti lompatan kuatnya yang membuat spesis ikan todak ini dikenal. Lompatan ini dilakukan oleh ikan todak disebabkan ia ingin melepaskan ikan lain yang melekat dibadannya dengan menghempaskan diatas air agar ia tertanggal seperti ikan gemih atau lamprey. Lompatan itu juga merupakan kaedah ikan todak mencari makan kecil lain di permukaan dengan mengejutkan ikan kecil semasa ikan todak itu melompat dari air dimana ini membuat ikan kecil tersebut lebih mudah ditangkap untuk dimakan. Apa kita perlu tahu adalah ikan todak makan setiap hari dimana ada juga dilaporkan seringkali pada malam hari semasa mereka naik ke permukan air untuk mencari ikan yang lebih kecil. Mereka dilaporkan akan mengawasi dan mengintai dengan rapi sekumpulan dan akan menebaskan pedangnya untuk membunuh atau mengejutkan mangsanya. Ikan todak yang mempunyai isi bertekstur tebal dan daging padat sesuai untuk dimasak dan disajikan dengan pelbagai resepi masakkan. Ada yang suka memanggang, dibakar atau dibuat menjadi inti makanan kebab. Ikan todak adalah jenis ikan yang sihat jika dimakan kerana ia hanya mengandungi sedikit lemak dan memiliki banyak kandungan omega 3. Ikan todak memiliki rasa yang lazat bergantung kepada cara penyediaan resepi masakan yang berasaskan ikan todak. Walau pun saya belum pernah makan daging ikan todak besar setakat ini tetapi pernah makan ikan todak kecil semasa bertugas di Pulau Aur, Mersing sekitar 15 tahun dulu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
IKAN TODAK ... TAJAM PEDANGNYA...
BERENANG.. 80 KM SEJAM LAJUNYA...
KEGEMARAN PEMANCING...HEBATNYA...
ARTIKEL DITULIS... BAHAN RENCANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(26 Disember 2015)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.