TANAH (Soils) merupakan satu lapisan paling atas pada permukaan bumi. Ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa. Dalam keadaan semulajadi lapisan tanah bolehh dikelaskan kepada 3 iaitu (1) Tanah Atas (2) Tanah Bawah dan (3) Batuan (Sila lihat foto diatas). Tanah Atas merupakan lapisan yang ada sisa tumbuhan dan haiwan. Lazimnya tanah atas mempunyai ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur untuk tanaman dan kehidupan lain. Tanah ini juga mempunyai sistem pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi. Ini merupakan dimana akar dapat tumbuh dengan baik untuk menyerap air dan zat galian serta merupakan tempat tinggal organisma tanah. Tanah Bawah pula berada di bawah tanah atas dimana ia adalah jenis tanah lebih padat dan keras dimana ini selalunya akan menghalang pertumbuhan akar dan sistem pengaliran air. Ia mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap dan hanya sedikit organisma tanah tinggal di sini. Bagi lapisan ke 3 iaitu Batuan merupakan lapisan bahan induk tanah. Ia akan mengalami proses luluhawa yang lama untuk menjadi tanah lapisan atas. Kepentingan tanah adalah amat penting dalam sektor pertanian yang akan menghidupkan tanaman dan sumber makanan kepada manusia dan haiwan serta organisma lain. Tanah memberi sokongan kepada akar dimana akar mencengkam tanah dan dapat tumbuh tegak. Ini menyebabkan pokok yang tumbuh menegak ia akan dapat menerima cahaya. Tanah juga membekalkan nutrien dam tempat menyimpan nutrien. Bahan organik yang reput menjadi nutrien pada tanah boleh digunakan sebagai sumber makanan pada tumbuhan dan baja yang beri juga terkumpul di dalam tanah. Tanah akan membekalkan oksigen dan air kepada tumbuhan dimana udara dalam tanah serlalunya mengandungi gas Karbon dioksid (CO2) dan Oksijan (O2). Gas CO2 lebih banyak dalam tanah disebabkan oleh proses respirasi akar, organisma dan pereputan bahan organik. Selain itu ada kandungan air tanah dalam bentuk lapisan air, wap air dan cecair. Artikel subuh ni saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bertajuk 'Tanah' dan perkara penting mengenai tanah dalam kehidupan manusia.
Aktiviti Pengapuran (Liming) dilakukan kepada tanah untuk menyuburkannya. Bahan digunakan adalah Kapur seperti Batu Kapur (CaCO3), Kapur Tohor (CaO) atau pun jenis Kapur Mati Ca(OH)2. Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan aktiviti pengapuran adalah Jenis Tanaman dimana petani perlu faham bahawa bahan kapur diberi mestilah ikut jenis tanaman. Perkara ini adalah kerana kadar keperluan kapor bagi setiap jenis tanaman berbeza (Sila lihat foto disebelah). Faktur ke 2 adalah Jenis Bahan Kapur yang digunakan dimana jenis Kapur Dolomit mampu membekal Ca dan Mg sesuai tanaman kelapa sawit, koko dan jagung. Perlu dinyatakan jenis Kapur Tohor adalah jenis kapor dimana kandungan Ca tinggi dan kurang kaustik serta ia tidak mudah diguna. Faktur ke 3 adalah mengenai Jenis Tanah yang hendak ditanam dimana jika ia dari jenis tanah berasid (acid sulfate soil) atau tanah gambut sesuai dirawat dengan menggunakan bahan kapur. Pengapuran secara berlebihan menyebabkan ketoksikan. Faktur ke 4 adalah faktor jumlah Kandungan Bahan Organik dalam tanah tersebut. Kelebihan bagi bahan organik adalah dimana ia mampu untuk menyerap H+ dimana aktiviti pengapuran ini sebenarnya akan menyebabkan kapur sukar mengubah pH di kawasan banyak bahan organik.
Tanah yang baik perlu dilakukan beberapa aktiviti Pemugaran. Pemugaran Tanah ialah ditaktifkan sebagai aktiviti atau kerja untuk memecah, menggembur dan menghapuskan rumpai. Terdapat beberapa langkah untuk proses pemugaran iaitu Pemugaran Primer dan Pemugaran Sekunder. Pemugaran Primer adalah kerja awal dengan memotong dan membalik tanah dengan menggunakan alatan khusus (Sila anda lihat foto disebelah). Ia kemudian diikuti dengan aktiviti memecah dan melonggarkan lapisan struktur tanah keras. Aktiviti menyediakan tanah untuk tujuan pemugaran sekunder selalunya menggunakan peralatan seperti bajak sepak, bajak piring, bajak putar dan bajak pahat. Pemugaran sekunder pula adalah aktiviti memusnahkan rumpai dan mencampur baja dan racun kimia bertujuan sebagai teknik pengawal perosak ke dalam tanah. Ini termasuk menimbus dan menggaul sisa tumbuhan serta aktiviti memusnah atau untuk mengawal perosak serta aktiviti menyediakan batas tanaman. Ini akan menghasilkan tanah dimana permukaan tanah lebih halus dimana ianya akan sesuai untuk menyemai dan menanam. Tanah yang dipugarkan membolehkan dimana tanaman subur dan memberikan hasil baik.
Dalam berbicang menganai Tanah, Isu mencegah dan mengawal hakisan tanah adalah penting. Ini kerana hakisan tanah ada dua jenis iaitu Hakisan Permukaan, Hakisan Alor dan Hakisan Lurah. Hakisan Permukaan merupakan proses hakisan peringkat permulaan pembukaan kawasan dimana ini akan menyebabkan iaitu lapisan bahagian atas tanah menjadi nipis dan permukaan tanah hilang. Tanah atas sekali merupakan jenis tanah yang subur untuk tujuan penanaman. Hakisan Alur merupakan sejenis hakisan diperingkat ke dua dimana tanah akan dihakis lebih dalam sehingga membentuk seperi alur yang sering jadi semulajadi untuk laluan air (Sila anda lihat foto disebelah). Seterusnya adalah jenis Hakisan Lurah yang berasal atau sambungan daripada aktiviti hakisan alur jika dibiarkan atau dilakukan kawalan hakisan, Hakisan ini jika berterusan membentuk lurah dan sukar untuk dipulihkan kembali. Antara prinsip pencegahan dan kawalan hakisan tanah oleh air dengan menjalankan kawalan mencegah hakisan tanah. Paling popular disyorkan adalah dengan menanam penutup bumi dengan jenis kekacang seperti Centrosema pubecens dan Calopogonium mucinoides. Ada yang menanam penutup bumi jenis Peuraria spp. Tumbuhan penutup bumi dapat menutup permukaan tanah bagi tujuan untuk mengurangkan kelajuan aliran air apabila berlaku timpaan hujan. Cara kedua mengawal hakisan dengan membuat teres. Teres lazimnya akan dapat untuk memperlahankan larian air menuruni lereng bukit. Cara ke 3 dengan meenanam mengikut kontor dan lereng seperti menanam pokok getah dan kelapa sawit ditanam mengikut kontor bagi menghalang kelajuan air menuruni lereng bukit. Seterusnya dengan membuat sungkupan dengan gunakan bahan sungkupan yang diletak di permukaan tanah untuk melindung permukaan tanah ditimpa hujan. Selain itu kaedah sungkupan dapat mengelakkan hakisan tanah dan berupaya menggelakkan tanah menjadi padat. Teknik menanam secara jalur mampu menghalang air dari mengalir terus sepanjang kawasan curam. Cara kawalan hakisan ke 6 adalah dengan membina sistem perparitan dimana parit ini akan dapat memindahkan air berlebihan yang menyebabkan banjir. Ia juga dapat menyediakan tempat air mengalir dan dapat mengelakkan hakisan alur dan lurah. Kawalan hakisan amat kritikal dilakukan pada kawasan berbukit dan banyak curahan hujan. Sila baca sama artikel mengenai tanah Part 1 dan Part 2. Wasallam!.
TANAH PERTANIAN...KAPOR DITABUR...
PERINGKAT AWAL....DIBAJAK PUGAR...
HAKISAN TANAH...USAHA DIIKHTIAR...
TINDAKAN SEGERA... JANGAN DIBIAR...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 13, Desaminium Flora,
Seri Kembangan, Selangor,
Malaysia.
(23 RabiulAwal 1437H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.