PRODUK PERTANIAN (Agriculture produce) merupakan satu perkara penting yang berkait dengan kehidupan seharian kita. Sering kita mendengar mengenai kejadian TURUN-NAIK harga makanan dalam masa tertentu yang mana ia adalah norma pasaran berdasarkan kepada sistem ekonomi bebas iaitu bergantung kepada Permintaan (Demand) dan juga Bekalan (Supply). Rata-rata hakikat ini telah diterima oleh rakyat jelata dimana harga bahan makanan sentiasa berubah mengikut masa tertentu sehinggakan kini ada Akta Kawalan Harga diperkenalkan oleh kerajaan. Pada musim-musim perayaan lazimnya kerajaan akan mengumumkan kepada orang ramai mengenai beberapa barangan utama untuk dikawal harganya. Malahan sistem pemasaran perlukan harga turun dan naik untuk membolehkan masalah lebihan atau kekurangan produk diatasi. Dalam Kementerian Pertanian terdapat beberapa agensi yang diarah membantu dalam pemasaran produk-produk pertanian iaitu FAMA dengan pengujudan Pasar Tani diseluruh negara. Selalunya apabila berlaku lambakan produk pertanian maka ia akan diatasi dengan tawaran harga yang rendah, stok berlebihan akan dijual secara borong dan menjalankan banyak promosi jualan secara terkawal. Paling penting disini adalah petani tidak mengalami kerugian dan pengguna mendapat harga rendah yang munasabah. Menteri Pertanian dan Industri asas Tani telah melancarkan 'Kempen Jihad Memerangi Orang Tengah' dimana ia patut disokong kerana ini akan menguntungkan kedua-dua pihak iaitu pihak pengeluar dan juga pengguna. Pengeluar seperti petani, penternak dan nelayan adalah kumplan yang akan mendapat faedah daripada kempen ini jika dijalankan dengan baik dan tersusun. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pertanian lestari yang berkait dengan penghasilan produk pertanian, aktiviti lepas tuai dan kesan sistem rantaian nilai untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.
Daripada statistik Kementerian Pertanian Malaysia tahun 2013 ada menunjukkan bahawa pengeluaran bahan makanan di Malaysia masih bergerak dalam kadar perlahan dan kini pengantungan kepada import masih lagi serius. Bahan makanan impot seperti bijirin jagung makanan haiwan, tepong gandum, produk susu, jenis kekacang, bawang, kentang, cili kering, daging segar, buah-buahan temperate antara yang diimpot dengan jumlah nilai berbillion ringgit setiap tahun. Buah epal (Sila lihat foto sebelah), anggur dan pear contohnya boleh didapati dengan harga murah sepanjang tahun dan ia digunakan sebagai buah untuk hantaran perkahwinan (Bukan buan jambu batu atau buah pisang). Sektor pengeluaran makanan negara meningkat setiap tahun tetapi tidak dapat menandingi kadar permintaan. Terdapat beberapa faktur seperti segi teknologi (pengeluaran dan lepas tuai) sehingga menggangu sistem bekalannya yang masih belum stabil. Ini kerana tanpa teknologi yang sesuai, pengeluaran bahan mentah terjejas kerana pengeluar dan pengedar tidak dapat mengawal penyakit yang akan menyebabkan produktiviti rendah atau berlaku hasil kurang berkualiti. Perkara ini menyebabkan kerugian lepas tuai tinggi dan tidak dapat menangani masalah cabaran cuaca. Pensijilan dan pengawalan kualiti telah diperkenalkan di Malaysia seperti My GAP (Sila baca artikel disini, disini, disini dan disini) walau pun penerimaan semua pihak terlibat masih jauh di bawah apa yang diamalkan oleh negara jiran seperti Thailand dan jauh dengan Australia atau Jepun. Produktiviti buah-buahan dan sayur-sayuran di Malaysia kini pada tahap sederhana dikalangan rantau ASEAN walau pun kini kita juara dalam beberapa aspek lain. Kemajuan dalam sektor pengeluaran daging lembu segar dan daging kambing segar masih perlu ditingkatkan dan kebergantungan kepada impot adalah merugikan.
Tahap pengeluaran produk pertaninan di negara kita kini kebanyakannya adalah masih di tahap tradisional yang bersaiz kecil-kecilan. Apabila berlaku bencana alam atau gangguan dalam sistem pemasaran, maka penawaran menjadi kurang serta tidak menentu dari segi kuantiti dan kualiti menyebabkan kesan kenaikan harga. Sering saya dengar dimana apabila berlaku lambakan durian pada bulan Julai hingga september setiap tahun dan buah dokong dan rambutan menyebabkan harga sangat rendah kerana terlebuh penawaran. Produk buah-buahan bermusim ini tidak sesuai diproses kerana varieti ditanam adalah untuk kegunaan segar dan memang kurang teknologi serta kemudahan untuk diproses. Kegunaan untuk diproses adalah sangat-sangat minimum seperti untuk dibuat halwa, jus, kordial, produk proses kering, minumim process dan sebagainya. Proses untuk pengeluaran komoditi makanan yang tidak adalah tidak menentu dan berdepan dengan permintaan makanan yang tidak anjal ataupun tidak berubah dengan pantas apabila paras harga berubah. Maka tidak menghairankan apabila harga meningkat dengan mendadak apabila berlaku kejutan seperti banjir, wabak penyakit dan cabaran lain.
Lazimnya pengeluaran bahan makanan di Malaysia tidak memiliki kapasiti bertahan lama kerana sangat sensitif kepada gejala bencana alam dan perubahan pasaran. Contohnya hanya durian masak ranum (Buah durian gugur) yang dijual dan perlu dipasarkan segera sedangkan di Thailand mereka memetik buah durian diatas pokok sebelum masak untuk pasaran ekspot (Sila lihat foto sebelah). Buah kita hanya tahan 1-2 hari sahaja berbanding dengan buah durian Thaipand tahan sebingga 2 minggu. Inovasi sedia ada tidak mencukupi untuk petani dan usahawan membendung masalah ini terutama banyak lagi hasil penyelidikan yang belum mencapat tahap matang. Import makanan nampaknya terus meningkat saaban tahun di Malaysia dan ia perlu di kawal untuk Balance of Trade (BOT). Ketersediaan import secara tidak langsung tidak mendorong sektor makanan negara untuk menjana pembaharuan. Malaysia memilih untuk mengimport buruh murah dari luar negara bekerja dalam kebun sayur atau ladang daripada meningkatkan kecekapan dan produktiviti tanah, buruh dan modal. Ia mengatasi masalah kekurangan buruh dalam jangka pendek tetapi tidak meningkatkan produktiviti dalam jangka masa panjang. Banyak strategi perlu disusun dalam merancang kelestarian sektor pertanian negara pada masa akan datang. Bersambung dengan Part 3.
Walassam!..
PERTANIAN LESTARI...APA DIA...
SERING DIBINCANG...ISU HARGA...
HASIL PERTANIAN...PERLU DIJAGA...
JAMIN PASARAN...DALAM NEGARA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 224, FELDA Hotspring Resort,
FELDA Sg Klah, Sungkai
Perak, Malaysia.
(16 Rabiulakhir 1435H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.