Support My Blog

Tuesday, February 11, 2014

PES ASAM PEDAS


PES ASAM PEDAS kini merupakan satu produk berasaskan industri asas tani yang semakin popular dikalangan usahawan dan pengguna. Kalau dahulu menyediakan masakan asam pedas perlukan kemahiran menyediakan ramuan yang diwarisi secara turun temurun secara tradisional, kini masyarakat moden tidak perlu bersusah payah mencari ramuan dan membuat ramuan kerana telah ujud PES ASAS PEDAS. Perkataan pes iani sebenarnya daripada bahasa Inggeris iaitu "PASTE" yang dijadikan nama komersil menjadi 'Pes' sahaja. Pada masa ini bukan sahaja pes asam pedas yang telah dihasilkan oleh usahawan bumiputra (ramai juga usahawan bukan bumiputra yang menghasilkan pes ini menggunakan nana-nama melayu) dibawah bimbingan pihak berkaitan. Pes-pes lain yang dihasilkan bersama seperti pes asam pedas adalah seperti Pes Mee Bandung, Pes Mee Rebus, Pes Sup Soto, Pes Kuah Sate, Pes Sambal Bilis, Pes Kari Ikan, Pes Kari Daging, Pes Masak Kurmak, Pes Tomyam dan banyak lagi. Kalau untuk pes asam pedas terdapat beberapa syarikat popular yang membuat dan mengedarkan prosuk mereka di peringkat domestik dan antarabangsa. Antara syarikat tersebut seperti Maggi, Brahim's, Mak Pon, Knoor's, Adabi, Mak Nyonya, Rasa Bonda, KOPCEL dan banyak lagi. Ini tidak termasuk syarikat-syarikat kecil yang beroperasi diperingkat tempatan dan mendapat permintaan yang banyak. Pes Asam Pedas kini merupakan produk yang menerima permintaan yang luas dikalangan masyarakat kota kerana kesibukkan masa dan memang mudah menyediakan makanan asam pedas menggunakan pes yang tersedia. Selain daripada rasanya yang enak, harga pes asam pedas juga didapati pada tahap kemampuan pengguna. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pes asam pedas yang kini semakin popular dikalangan masyarakat Malaysia.


Pes Asam Pedas daripada apa yang saya buat kajian ada yang mempunyai beberapa resepi dimana sedikit berbeza. Lazimnya resepi pes asam pedas dibahagikan kepada dua jenis iaitu pes asam pedas untuk ikan dan pes asam pedas untuk daging. Kedua-duanya berbeza sedikit dari segi ramuan yang digunakan kerana bahan masakan daripada ikan adalah lebih lembut berbanding dengan bahan masakan berasaskan daging yang keras dan perlukan masa untuk masak agak lama.  Satu lagi perbezaan antara keduanya pada saya adalah masakan asam pedas untuk ikan kuahnya agak cair sedikit berbanding dengan kuah asam pedas untuk jenis daging. Bagaimana pun kepekatan kuah asam pedas pada saya sebenarnya 'subjektif' kerana lain orang lain minat dan citarasanya. Apa yang penting adalah pes yang digunakan mesti masih segar dan bahan asas ikan atau daging yang digunakan juga masih segar dan berkualiti. Bergantung kepada skill memasak, seseorang yang handal memasak lazimnya tahu bagaimana menyediakan masakan asam pedas dengan pelbagai ramuan tambahan yang diperlukan. Kawalan api yang betul, cara menumis dengan betul dan masa tepat memasukkan bahan ikan atau daging penting menjaga kualiti masakan dan gabungan asam, garam, serbuk perasa serta bahan lain. Bahan tambahan seperti bendi, terung, tomato, kobis masam, daun kesom, bunga kantan, daun salam dan daun limau purut akan menambahkan lagi keenakkan asam pedas disediakan.


Berapakah harga pes asam pedas yang dijual dipasaran?. Adakah berbaloi kita membeli pes tersebut berbanding dengan membuat pes sendiri dirumah?. Harga satu paket pes asam pedas bergantung kepada saiz bungkusan, kualiti, premis jualan dan juga jenama. Bagi jenama Asam Pedas Johor dijual runcit pada harga RM5.00 sepaket yang sesuai untuk hidangan seramai 10 orang makan. Kajian pasaran mendapati anggaran harga sekitar RM 3.00 - RM 8.00 sepaket bergantung kepada saiz dan jenama. Beberapa usahawan kecil yang tidak ada jenama lazimnya mereka menjual pes asam pedas di pasar tani, pasar malam atau kedai rucit dikampong-kampong dengan harga agak rendah sahaja. Bungkusan yang menarik bagi pes asam pedas berjenama lazimnya mengikuti keperluan piawaian pembungkusan yang diluluskan oleh kerajaan. Kebanyakannya menggunakan pembungkusan plastik atau jenis pembungkus 'tetra-pack' yang tahan lasak dan dijamin ada kualitinya. Dinyatakan juga pada label jumlah isi kandungan, nama pembuat, cara masakk dan juga tarikh luputnya. Bahan pes asam pedas yang berbentuk cecari ini sebaiknya didimpan ditempat yang selamat dan ada juga yang suka menyimpan dalam peti sejuk dirumah.


Masak asam pedas menggunakan pes asam pedas amat mudah walau pun seseorang itu dalam kategori 'tidak pandai masak asam pedas'. Mula-mula sediakan semua bahan-bahan asas seperti ikan atau daging dan ramuan tambahan seperti kacang bendi, terung, daun kesom, bunga kantan, asam keping atau asam jawa serta bahan perasa seperti garam dan gula. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak (bergantung kepada citarasa) dimana ada pes yang tidak perlukan ditumis lagi memadai dengan dimasukkan terus kedalam kuali. Setelah ramuan pes masak, masukkan air dan bahan sayuran diatas dimana akhirnya dimasukkan ikan. Bagi asam pedas daging perlu ditumis dahulu dengan pes asam pedas sehingga empuk. Sebelum diangkat pastikan ikan atau daging telah masak bersama kacang bendi dan masukan sedikit garam perisa. Memasak asam pedas menggunakan pes memang sangat mudah dan rasanya memang sangat enak apa lagi kalau perut tengah lapar. Pastikan anda membeli pes asam pedas yang halal, berkualiti, harga berpatutan dan selamat dimakan. Wasallam!.


PES ASAM PEDAS...APA DIA...
MUDAH DIBELI...TAPI DIMANA...
DIKEDAI RUNCIT...PASARAYA... 
MASAKAN SEDAP...GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11D, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(3 Rabiulakhir 1435H)   



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...