SERUNDING adalah sejenis makanan tradisional masyarakat kita yang popular terutama dimakan ketika hari perayaan seperti Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji. Serunding adalah makanan berasaskan daging yang dimasak sehingga kering yang dicampur dengan pelbgai jenis rempah ratus dan bahan lain. Terdapat beberapa jenis serunding yang dibuat dan dijual iaitu SERUNDING DAGING, SERUNDING AYAM, SERINDING IKAN, SERUNDING BILIS dan SERUNDING KELAPA. Pada saya SERUNDING JAWA adalah jenis serunding yang saya paling suka kerana telah makan jenis serunding tersebut semanjak kecil dulu resepi masyarakat Jawa di Muar, Johor. Bagaimana pun serunding daging lembu merupakan jenis serunding yang paling popular dan bertaraf komersil kerana ia tahan lazak, enak dan sesuai dibawa untuk mengembara terutama ketika berada diluar negara. Saya pun banyak kali membawa serunding daging ketika berkursus diluar negara sebagai pilihan terbaik untuk menjamin makanan yang halal, enak dimakan dan mudah dibawa. Rakan-rakan dari luar negara pun lazimnya amat suka dengan serunding kita yang ada rasa masin, pedas, manis dan juga lemak. Walau pun kini harga serunding daging agak mahal tetapi ia amat berbaloi dengan kualitinya. Serunding daging asal usu dahulu disediakan terutama selepas hari raya korban dimana banyak daging lembu yang diberikan untuk setiap keluarga dan dimasak serunding agar tahan lama dan dimakan diwaktu lain. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan tradisional untuk bacaan dan rujukkan anda semua.
Membuat serunding daging menggunakan bahan asas seperti 1kg daging segar yang kemudian direbus dan disiat-siat kecil mengikut ira. Bahan lain adalah 5 batang serai, 7 ulas bawang putih, 3 labu bawang besar atau10 ulas bawang merah, 2.5 cm halia, 1.5 cm lengkuas dan 30 tangkai cili kering (perlu di potong dan rendam). Bahan lain adalah 1 sudu kecil serbuk kunyit, 1 sudu besar serbuk ketumbar, 1 sudu besar serbuk jintan, 1.5 biji kelapa (kemudian ia diperah guna air rebusan daging dan dapatkan santan sebanyak 3 cawan), 1 sudu besar gula putih atau gula perang dan juga Garam. Cara-cara memasak serunding daging dimulakan dengan mengisar ramuan diatas dalam pengisar sehingga hancur dan sebati. Kepada mereka yang sukakan pedas perlu tambahkan cili dan sebaliknya kurangkan cili untuk mengurangkan pedas. Masukkan semua bahan kisar bersama daging ke dalam kuali yang telah diletakan diatas bara api atau dapur gas. Kemudian dimasukkan santan kelapa kedalamnya. Kacau rata semua bahan yang dimasukkan dalam kuali supaya daging serasi mesra dengan bahan. Semasa mengacau kita boleh menambah garam dan gula sehingga cukup ras mengikut sukatan. Penting di ingatkan agar kita sentiasa kawal api dan elakkan api kuat agar daging tidak hangus atau terlalu kering tidak rata. Apabila serunding sudah kering maka kita boleh matikan api. Daripada kajian mendapati jangkamasa memasak serunding perlukan masa selama anggaran 3 jam. Itu tidak masuk amsa untuk kerja menyiat daging yang agak lama dan memenatkan.
Menyediakan serunding ayam, serunding bilis dan serunding ikan hampir serupa kaedah memasaknya. Bahan asas ayan juga perlu disiat-siat dan dimasak sehingga ia menjadi serunding ayam (Sila lihat foto sebelah). Bagi serunding ikan kena pilih jenis ikan yang sesuai iaitu daging ikan yang tidak mudah hancur dan ada ira yang boleh disiat juga. Serunding ikan bilis merupakan satu jenis serunding yang mendapat permintaan baik dikalangan 'travellers' kerana ia mudah dibawa, enak dan sesuai dimakan bersama nasi, roti dan sebagainya. Kini serunding telah dikomersilkan terutama di Kelantan dan terdapat beberapa syarikat yang mencapai tahap pasaran ekspot. Serunding Kampong Laut dari Tumpat Kelantan contohnya yang telah berkecimpong membuat serunding asli daing semanjak 20 tahun lalu merupakan usahawan yang mencapai tahap membanggakan. Syarikat tersebut yang mampu memproses dehingga 500 kg serunding sehari dengan menggunakan peralatan moden berjaya membuat serunding daging ikut Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Serunding Jawa pula saya dapati hanya popular dikalangan masyarakat Jawa di Johor dan Selangor. Serunding ini berbeza dengan yang jenis serunding yang diceritakan diatas dimana ia menggunakan kelapa parut sebagai bahan asas. Kelapa parut akan di gaul dengan ramuan seperti jintan manis, ketumbar, cili, bawang merah, bawang putih dan dipanaskan dalam kuali. Masukkan daging lembu atau daging ayam untuk menyedapkan lagi serunding jawa. Masa memasaknya tidak terlalu lama memadai dengan daging ayam atau daging lembu tersebut masak. Serunding jawa enak dimakan bersama nasi putih, ketupat, lemang, lontong dan sebagainya. Bagaimana pun lazimnya serunding jawa tidak tahan lama (sekitar 1-2 hari sahaja) kecuali disimpan dalam peti sejuk. Ia akan basi jika dibiarkan. Serunding Kelapa pula disediakan menggunakan bahan asas kelapa parut tetapi tidak dimasukkan daging. Serunding kelapa sering digunakan sebagai inti kepada Kuih Pulut Panggang atau Kuih Lopis. Ia juga sesuai dimakan bersama ketupat dan ubi rebus. Serunding kelapa agak tahan lama disimpan dan mudah dibawa. Begitulah kisah mengenai serunding yang dapat saya paparkan untuk bacaan dan rujukkan anda semua. Wasallam!...
SERUNDING... MAKANAN ENAK...
DAGING, AYAM...IKAN DIMASAK...
ADA REMPAH..RASANYA LEMAK...
TRAVEL JAUH...SERING DIBAWAK...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasar Awam Khadijah,
Kota Bharu,
Kelantan.
(5 Rabiulakhir 1435H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.