KEMBIRI atau KASI KAMBING adalah satu proses dimana testis kambing jantan dibuang untuk menjadikan kambing tersebut sesuai menjadi kambing pedaging. Apabila testis pada zakar kambing jantan ini dibuang maka kambing tersebut tidak dapat mengawan dimana ianya akan menjadi lebih gemuk akibat kirang aktif untuk mengawan. Saya biasa melihat pemandulan kambing jantan yang dilakukan oleh penduduk kampong saya kerana mereka mempunyai banyak ekor kambing diternak dalam kandang. Hanya 2-3 ekor kambing jantan sahaja yang dibiarkan untuk mengawan dalam kelompok tersebut. Pada mulanya istilah kebiri atau kasi ini adalah pemandulan pada haiwan jantan termasuk haiwan seperti khinzir (ini kami buat semasa tahun 2 di UPM dulu pada tahun 1978), lembu, kuda, kambing dan beberapa jenis haiwan lagi. Bagaimana pun ada juga istilah kebiri juga adalah langkah pemandulan pada haiwan betina. Tidak ada istilah khusus untuk membezakan antara kembiri pada haiwan jantan dan betina. Dalam istilah vertwrinar, kembiri (castration) pada haiwan jantan iaitu pengambilan organ kelamin jantan. Organ kelamin yang biasanya diambil adalah bahagian dinamakan testis. Paling penting semasa membuat 'opeation' ini adalah faktur kebersihan (sterilization) untuk mengelakkan sebarang serangan kuman yang menjejaskan kesihatan haiwan yang dikembiri. Lazimnya bagi haiwan betina, organ kelamin diambil adalah ovari dan uterus. Kepakaran seseorang penternak untuk melakukan kembiri ini amat penting dan perlukan keberanian khas. Kambing yang dikembiri lazimnya akan mengeluarkan bunyi yang kuat dan ketakutan semasa di kembiri. Bagaimana pun ianya akan cepat sembuh jika dilakukan dengan baik selepas dikembiri dalam beberapa hari saja. Artikel tengahari ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tulisan ke 2,301 ini mengenai kembiri kambing untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan berdasarkan pengalaman dan pembacaan sendiri.
Beberapa pemerhatian dan kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa dengan membuang testis atau kastrasi dapat menurunkan risiko kanker testis (kurang dari 1%). Perlakuan membuang testis adalah selamat dan mudah (Sila lihat foto sebalah). Kembiri juga didakwa dapat mengurangkan gangguan prostat seperti kanser, fistula perianal dan menurunkan risiko diabetes. Namun demikian semasa melakukan kembiri sebaiknya perlu dilakukan sebelum umur kambing jantan mencapai satu tahun. Ini kerana jika terlewat ia akan akan meningkatkan risiko terjadinya kes osteosarkoma. Osteosarkoma adalah penyakit yang sering terjadi pada haiwan kambing sedang membesar dengan kes Prognosis infausta. Selain itu akan berlaku kemungkinan dalam peningkatkan risiko terjadinya hemangiosarkoma cardiac iaitu tiga kali berisiko mengalami hipotiroidisme. Ada juga laporan mungkin berlaku tiga kali ganda risiko dalam haiwan mengalami obesiti. Berlaku juga empat kali risiko haiwan dikembiri dalam mengalami kanker prostat dan dua kali berisiko mengalami kanser saluran kencing, ortopedik dan kesan sampingan ketika 'vaccination'.
Kembiri kepada kambing betina amat jarang dilakukan dan ianya lebih kompleks lagi. Kelebihan melakukan sterilisasi lazimnya dapat menurunkan risiko terjadinya fistula perianal, menurunkan risiko tumor, ovari, serviks dan uterus (Sila lihat foto sebelah). Sterilisasi juga mampu menghilangkan risiko terjadinya piometra. Piometra adalah penyebab kematian sebesar 1% pada kambing betina yang tidak disteril. Jika dilakukan sebelum umur 2.5 tahun ia dapat menurunkan risiko terjadinya tumor mamme. Tumor mammae adalah tumor yang paling selalu terjadi pada haiwan betina. Selain kelebihan dalam melakukan steril ada juga kerugian yang ditimbulkan. Jika dilakukan sebelum umur satu tahun maka akan berisiko mengalami osteosarkoma yang merupakan penyakit yang umumnya terjadi pada haiwan. Kembiri juga akan dapat meningkatkan risiko obesiti dengan beberapa isu seperti isu hemagiosarkoma dimana dikatakan ia mempunyai kemungkinan 5 kali lebih risiko mengalami sakit jantung.
Amalan yang dilakukan di banyak negara dalam aktiviti kembiri adalah semasa kambing jantan ketika masih berumur muda lagi. Kembiri pada umur awal ini dilakukan sebelum haiwan kambing tersebut menjadi dewasa kelamin berfungsi iaitu sejak umur 6 minggu hingga kira-kira 5 bulan. Bagaimana pun kembiri juga dilakukan pada umur kambing yang telah agak dewasa dimana alat kelamin telah berfungsi tetapi sebaiknya sebelum berumur setahun. Dalam kes lain, para pecinta anjing atau kucing memang sering kali bertanya untuk apa sebetulnya kembiri dilakukan terhadap 'pet' mereka. Lazimnya adalah dengan alasan meningkatkan tahap kesihatan sebelum mereka mengambil keputusan perlu tidaknya haiwan kesayangannya dikembiri. Apa sebetulnya keuntungan melakukan kembiri dan apa pula kerugiannya. Bagaimana pun pada ternakan kambing lazimnya seekor atau dua ekor penjantan cukup untuk dijadikan kambing baka untuk mengawan dengan beberapa ekor kambing betina. Mengikut maklumat dari JPV seekor kambing jantan mampu mengawan dengan lebih dari 10 ekor kambing betina dalam kelompok mereka. Oleh itu wajar kambing jantan lain di kembiri untuk meningkatkan kadar tumbesaran yang lebih cepat (weight gain rate). Lazimnya kambing yang dikembiri mempunyai daing lebih tinggi daripada kambing yang tidak dikasi.
Kembiri kepada kambing betina amat jarang dilakukan dan ianya lebih kompleks lagi. Kelebihan melakukan sterilisasi lazimnya dapat menurunkan risiko terjadinya fistula perianal, menurunkan risiko tumor, ovari, serviks dan uterus (Sila lihat foto sebelah). Sterilisasi juga mampu menghilangkan risiko terjadinya piometra. Piometra adalah penyebab kematian sebesar 1% pada kambing betina yang tidak disteril. Jika dilakukan sebelum umur 2.5 tahun ia dapat menurunkan risiko terjadinya tumor mamme. Tumor mammae adalah tumor yang paling selalu terjadi pada haiwan betina. Selain kelebihan dalam melakukan steril ada juga kerugian yang ditimbulkan. Jika dilakukan sebelum umur satu tahun maka akan berisiko mengalami osteosarkoma yang merupakan penyakit yang umumnya terjadi pada haiwan. Kembiri juga akan dapat meningkatkan risiko obesiti dengan beberapa isu seperti isu hemagiosarkoma dimana dikatakan ia mempunyai kemungkinan 5 kali lebih risiko mengalami sakit jantung.
Apakah pendapat ulama mengenai status kambing jantan yang telah dikembiri untuk dibuat Aqiqah?. Perkara ini banyak dibincangkan dalam beberapa forum. Di negara kita ada sesetengah masyarakat masih tidak jelas lagi tentang status kambing yang di kasi (dibuang testis) untuk digunakan sebagai kambing aqiqah. Diantara alasannya adalah kerana katanya kambing tersebut telah termasuk sebagai kambing jantan yang cacat atau cedera walau pun umurnya sudah mencukupi haul. Disini ada sertakan scan surat yang dikeluarkan oleh JAKIM pada 2008 yang mengatakan kambing yang di kasi untuk Aqiqah dan Qurban adalah sah. Maka dengan kenyataan ini masyarakat tidak perlu lagi khuatir dan was-was mengenai kambing jantan yang dikembiri untuk digunakan sebagai kambing Aqiqah berdasarkan kepada meklumat tersebut. Anda sebaiknya bertanya kepada Jabatan Agama dikawasan masing-masing jika mahukan penjelasan lebih lanjut. Wallahualam!.
KAMBING JANTAN...DIKEMBIRI...
NAMA LAIN...ADALAH DI KASI...
KAMBING MEMBESAR...SENDIRI...
DIBUAT AQIQAH... IA SESUAI...
By,
M Anem,
Senior Agrologist,
Kg Parit Bengkok,
Gersik, Ledang,
Johor, Malaysia.
(4 Rabiulakhir 1435H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.