Support My Blog

Showing posts with label PERTANIAN LESTARI - KESAN KENAIKAN HARGA. Show all posts
Showing posts with label PERTANIAN LESTARI - KESAN KENAIKAN HARGA. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

PERTANIAN LESTARI - KESAN KENAIKAN HARGA (Pt 3)

PRODUK PERTANIAN (Agriculture produce) merupakan satu perkara penting yang berkait dengan kehidupan seharian kita. Sering kita mendengar mengenai kejadian TURUN-NAIK harga makanan dalam masa tertentu yang mana ia adalah norma pasaran (market norms) berdasarkan kepada sistem ekonomi bebas yang bergantung kepada Permintaan (Demand) dan juga Bekalan (Supply). Rata-rata hakikat ini telah diterima oleh rakyat jelata dimana harga bahan makanan sentiasa berubah mengikut masa tertentu sehinggakan kini ada Akta Kawalan Harga diperkenalkan oleh kerajaan. Pada musim-musim perayaan, lazimnya kerajaan akan mengumumkan kepada orang ramai mengenai beberapa barangan utama untuk dikawal kadar harganya. Malahan sistem pemasaran perlukan harga turun dan naik untuk membolehkan masalah lebihan atau pun kekurangan produk diatasi. Dalam Kementerian Pertanian terdapat beberapa agensi yang membantu dalam aspek pemasaran produk-produk pertanian iaitu FAMA dengan pengujudan Pasar Tani diseluruh negara. Selalunya apabila berlaku lambakan produk pertanian maka ianya akan diatasi dengan tawaran harga yang rendah, stok berlebihan yang akan dijual secara borong dan menjalankan banyak promosi jualan secara terkawal. Paling penting disini adalah golongan pengeluar seperti petani tidak mengalami kerugian dan pengguna mendapat harga rendah yang munasabah. Menteri Pertanian dan Industri asas Tani telah melancarkan 'Kempen Jihad Memerangi Orang Tengah' patut disokong kerana ini akan menguntungkan kedua-dua pihak iaitu pihak pengeluar dan juga pengguna. Pengeluar seperti petani, penternak dan nelayan adalah kumplan yang akan mendapat faedah daripada kempen ini jika dijalankan dengan baik dan tersusun. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pertanian lestari yang berkait dengan penghasilan produk pertanian, aktiviti lepas tuai dan kesan sistem rantaian nilai untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan dalam Part 3.



Kini kenaikan harga makanan memang didorong oleh kenaikan dalam harga input pertanian asas seperti baja, bahan kimia, tanah, buruh dan mesin jentera atau alatan pertanian. Saya menulis beberapa artikel berkaitan dengan harga input pertanian untuk dibuat rujukkan (Sila klikdisini). Kenaikan harga minyak seperti diesel juga menyebabkan keresahan kepada ramai para nelayan yang menggunakan bahanapi tersebut dengan kuantiti banyak setiap kali turun kelaut. Walaupun kerajaan melindungi harga petrol dan diesel tetapi penggunaan bot-bot besar memerlukan  kuantit minyak banyak. Kajian menunjukkkan harga baja telah meningkat 25% semenjak krisis makanan 2008 dimana mulai dua tahun lepas tahap upah buruh juga meningkat. Dalam pasaran pengeluaran bahan makanan yang tidak menentu dan berisiko tinggi, persepsi adalah pertimbangan utama kepada pengeluar, peniaga dan pengguna dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan. Mereka lazimnya akan membaca dan membentuk persepsi ke atas pengumuman mengenai pelaksanaan GST, penarikan subsidi gula, kenaikan kos input dan upah serta rancangan untuk menarik pelbagai subsidi terutama subsidi petrol secara berperingkat-peringkat. Besar kemungkinan peniaga mengambil langkah berjaga-jaga dengan meningkatkan paras harga untuk meminimumkan impak perubahan semua ini ke atas perniagaan mereka. Sebagai contoh apabila harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram, harga cendol di Pasar Minggu Dengkil yang sebelum ini hanya RM1.00 telah dinaikan kepada RM1.60 satu cawan. Satu kilogram cendol boleh dapat berapa cawan cendol?. Persepsi seperti ini yang akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup rakyat. 


Antara perkara yang sering diperkatakan oleh masyarakat adalah kenaikan harga barangan kegunaan harian terutama bahan makanan. Terdapat beberapa faktor yang mudah dipertahankan untuk menerangkan gejala kenaikan harga yang signifikan iaitu kenaikan kos bahan api. Selain itu saya fikir faktor serius yang tidak disedari ramai adalah faktor perubahan beberapa DASAR KERAJAAN atau faktur sistemik. Mungkin persepsi beberapa kefahaman yang menular sekian lama dimana berlaku cara meminggirkan sektor pertanian yang penting untuk menghasilkan makanan beralih kepada sektor industri dan pembuatan kerana penekanan kepada perindustrian mulai 1980-an. Seperti yang terbukti pada 2008 telah pun berlaku satu kejutan krisis makanan dunia dan ianya telah mendedahkan daya tahan sektor makanan negara dan dunia. Malaysia mempunyai ketahanan yang tipis sehingga menggugat sekuriti makanan dalam negara terutama dalam menangani kecukupan beras. Apakah pilihan terbaik untuk kita membendung kenaikan harga seperti ini?. Biasanya apa yang boleh dilakukan adalah cara penyelesaian untuk jangka pendek sahaja yang mudah dilaksanakan. Tetapi cara penyelesaian yang lestari memerlukan perancangan dan komitmen politik yang jitu dan perlaksanaan kukuh oleh banyak pihak.


Strategi jangka masa pendek termasuk mengimport produk penting seperti komoditi makanan. Penawaran boleh dianggap stabil kerana kebangkitan negara pengeksport seperti China, India, Vietnam, Myanmar selain pasaran yang telah bertapak lama seperti Thailand. Pada tahun 2008, apabila berlaku kekurangan bekalan bijirin terutama beras, menteri kita terpaksa pergi kepada negara alternatif lain untuk membeli beras tetapi harganya jauh lebih tinggi kerana kontrak pasaran mereka sedia ada. Kalaun dahulu harga 10 kg beras Gred A cuma RM 20.00 - RM25.00 tetapi selepas krisis makanan ia meningkat hampir dua kali ganda dipasaran. Cara Memantau dan mengawal harga makanan memang strategi yang baik, tetapi ia memerlukan sokongan seperti pasaran yang kompetitif, sistem maklumat pasaran yang cekap dan kesedaran dan keprihatinan dalam kalangan pengguna. Dalam perancangan jangka masa panjang, apa yang lestari dan berkekalan adalah struktur industri makanan yang dinamik dan terus tumbuh. Masalah struktur dan sistemik pasaran yang membatasi kemajuan sektor ini dalam dekad-dekad yang lepas perlu diperbaiki atau pun diubahsuai semula. Kehendak pengguna, karenah agen pemasaran dan tabiat pengeluar bahan makanan telah berubah dalam beberapa dekad berlalu. Pengalaman di Taiwan, Korea dan Thailand dan di negara Barat menunjukkan pendorong paling utama kepada pertumbuhan sistem ini adalah dengan Teknologi. Teknologi baru memang difikirkan boleh membantu dari segi kecekapan kos, produktiviti, nilai tambah yang tinggi. Bagaimana pun teknologi hanya boleh diperolehi melalui penyelidikan, adaptasi atau inovasi yang lazimnya melibatkan KOS. Cabaran penting seperti tarikan sumber yang kuat daripada sektor industri dan sektor bukan makanan memang perlu ditangani dengan lebih banyak suntikan. Ini termasuk suntikan dari segi modal pelaburan infrastruktur, insentif, sokongan institusi dan penyelidikan. Semua ini telah tercatat dalam polisi pertanian negara seperti Dasar Agro Makanan Negara (DAN) tetapi semua pihak perlu bersama-sama menjayakannya. Jika Dasar ini tidak mencapai matlamatnya maka ia memerlukan lagi penekanan yang lebih serius dan pendekatan baru. Pertanian lestari memang memerlukan penglibatan semua pihak daripada pembuat dasar, pelaksana, pengeluar, sokongan pihak swasta dan orang ramai untuk menjayakannya. Wasallam!. 

PERTANIAN LESTARI...APA DIA...
SERING DIBINCANG...MERATA2...
HASIL PERTANIAN...NAIK HARGA...
KITA PENGGUNA...PALING TERASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
 Malaysia.
(16 Rabiulakhir 1435H)

Tuesday, February 18, 2014

PERTANIAN LESTARI - KESAN KENAIKAN HARGA (Pt 2)

PRODUK PERTANIAN (Agriculture produce) merupakan satu perkara penting yang berkait dengan kehidupan seharian kita. Sering kita mendengar mengenai kejadian TURUN-NAIK harga makanan dalam masa tertentu yang mana ia adalah norma pasaran berdasarkan kepada sistem ekonomi bebas iaitu bergantung kepada  Permintaan (Demand) dan juga Bekalan (Supply). Rata-rata hakikat ini telah diterima oleh rakyat jelata dimana harga bahan makanan sentiasa berubah mengikut masa tertentu sehinggakan kini ada Akta Kawalan Harga diperkenalkan oleh kerajaan. Pada musim-musim perayaan lazimnya kerajaan akan mengumumkan kepada orang ramai mengenai beberapa barangan utama untuk dikawal harganya. Malahan sistem pemasaran perlukan harga turun dan naik untuk membolehkan masalah lebihan atau kekurangan produk diatasi. Dalam Kementerian Pertanian terdapat beberapa agensi yang diarah membantu dalam pemasaran produk-produk pertanian iaitu FAMA dengan pengujudan Pasar Tani diseluruh negara. Selalunya apabila berlaku lambakan produk pertanian maka ia akan diatasi dengan tawaran harga yang rendah, stok berlebihan akan dijual secara borong dan menjalankan banyak promosi jualan secara terkawal. Paling penting disini adalah petani tidak mengalami kerugian dan pengguna mendapat harga rendah yang munasabah. Menteri Pertanian dan Industri asas Tani telah melancarkan 'Kempen Jihad Memerangi Orang Tengah' dimana ia patut disokong kerana ini akan menguntungkan kedua-dua pihak iaitu pihak pengeluar dan juga pengguna. Pengeluar seperti petani, penternak dan nelayan adalah kumplan yang akan mendapat faedah daripada kempen ini jika dijalankan dengan baik dan tersusun. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pertanian lestari yang berkait dengan penghasilan produk pertanian, aktiviti lepas tuai dan kesan sistem rantaian nilai untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Daripada statistik Kementerian Pertanian Malaysia tahun 2013 ada menunjukkan bahawa pengeluaran bahan makanan di Malaysia masih bergerak dalam kadar perlahan dan kini pengantungan kepada import masih lagi serius. Bahan makanan impot seperti bijirin jagung makanan haiwan, tepong gandum, produk susu, jenis kekacang, bawang, kentang, cili kering, daging segar, buah-buahan temperate antara yang diimpot dengan jumlah nilai berbillion ringgit setiap tahun. Buah epal (Sila lihat foto sebelah), anggur dan pear contohnya boleh didapati dengan harga murah sepanjang tahun dan ia digunakan sebagai buah untuk hantaran perkahwinan (Bukan buan jambu batu atau buah pisang). Sektor pengeluaran makanan negara meningkat setiap tahun tetapi tidak dapat menandingi kadar permintaan. Terdapat beberapa faktur seperti segi teknologi (pengeluaran dan lepas tuai) sehingga menggangu sistem bekalannya yang masih belum stabil. Ini kerana tanpa teknologi yang sesuai, pengeluaran bahan mentah terjejas kerana pengeluar dan pengedar tidak dapat mengawal penyakit yang akan menyebabkan produktiviti rendah atau berlaku hasil kurang berkualiti. Perkara ini menyebabkan kerugian lepas tuai tinggi dan tidak dapat menangani masalah cabaran cuaca. Pensijilan dan pengawalan kualiti telah diperkenalkan di Malaysia seperti My GAP (Sila baca artikel disini, disini, disini dan disini) walau pun penerimaan semua pihak terlibat masih jauh di bawah apa yang diamalkan oleh negara jiran seperti Thailand dan jauh dengan Australia atau Jepun. Produktiviti buah-buahan dan sayur-sayuran di Malaysia kini pada tahap sederhana dikalangan rantau ASEAN walau pun kini kita juara dalam beberapa aspek lain. Kemajuan dalam sektor pengeluaran daging lembu segar dan daging kambing segar masih perlu ditingkatkan dan kebergantungan kepada impot adalah merugikan.


Tahap pengeluaran produk pertaninan di negara kita kini kebanyakannya adalah masih di tahap tradisional yang bersaiz kecil-kecilan. Apabila berlaku bencana alam atau gangguan dalam sistem pemasaran, maka penawaran menjadi kurang serta tidak menentu dari segi kuantiti dan kualiti menyebabkan kesan kenaikan harga. Sering saya dengar dimana apabila berlaku lambakan durian pada bulan Julai hingga september setiap tahun dan buah dokong dan rambutan menyebabkan harga sangat rendah kerana terlebuh penawaran. Produk buah-buahan bermusim ini tidak sesuai diproses kerana varieti ditanam adalah untuk kegunaan segar dan memang kurang teknologi serta kemudahan untuk diproses. Kegunaan untuk diproses adalah sangat-sangat minimum seperti untuk dibuat halwa, jus, kordial, produk proses kering, minumim process dan sebagainya. Proses untuk pengeluaran komoditi makanan yang tidak adalah tidak menentu dan berdepan dengan permintaan makanan yang tidak anjal ataupun tidak berubah dengan pantas apabila paras harga berubah. Maka tidak menghairankan apabila harga meningkat dengan mendadak apabila berlaku kejutan seperti banjir, wabak penyakit dan cabaran lain.


Lazimnya pengeluaran bahan makanan di Malaysia tidak memiliki kapasiti bertahan lama kerana sangat sensitif kepada gejala bencana alam dan perubahan pasaran. Contohnya hanya durian masak ranum (Buah durian gugur) yang dijual dan perlu dipasarkan segera sedangkan di Thailand mereka memetik buah durian diatas pokok sebelum masak untuk pasaran ekspot (Sila lihat foto sebelah). Buah kita hanya tahan 1-2 hari sahaja berbanding dengan buah durian Thaipand tahan sebingga 2 minggu. Inovasi sedia ada tidak mencukupi untuk petani dan usahawan membendung masalah ini terutama banyak lagi hasil penyelidikan yang belum mencapat tahap matang. Import makanan nampaknya terus meningkat saaban tahun di Malaysia dan ia perlu di kawal untuk Balance of Trade (BOT). Ketersediaan import secara tidak langsung tidak mendorong sektor makanan negara untuk menjana pembaharuan. Malaysia memilih untuk mengimport buruh murah dari luar negara bekerja dalam kebun sayur atau ladang daripada meningkatkan kecekapan dan produktiviti tanah, buruh dan modal. Ia mengatasi masalah kekurangan buruh dalam jangka pendek tetapi tidak meningkatkan produktiviti dalam jangka masa panjang. Banyak strategi perlu disusun dalam merancang kelestarian sektor pertanian negara pada masa akan datang. Bersambung dengan Part 3. 
Walassam!..

PERTANIAN LESTARI...APA DIA...
SERING DIBINCANG...ISU HARGA...
HASIL PERTANIAN...PERLU DIJAGA...
JAMIN PASARAN...DALAM NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 224, FELDA Hotspring Resort,
FELDA Sg Klah, Sungkai
Perak, Malaysia.
(16 Rabiulakhir 1435H)

Monday, February 17, 2014

PERTANIAN LESTARI - KESAN KENAIKAN HARGA (Pt 1)

PRODUK PERTANIAN (Agriculture produce) merupakan satu perkara penting yang berkait dengan kehidupan seharian kita. Sering kita mendengar mengenai kejadian TURUN-NAIK harga bahan makanan dalam masa tertentu yang mana ia adalah norma pasaran berdasarkan kepada sistem ekonomi bebas iaitu bergantung kepada Permintaan (Demand) dan Bekalan (Supply). Rata-rata hakikat ini telah diterima oleh rakyat jelata dimana harga bahan makanan sentiasa berubah mengikut masa tertentu sehinggakan kini ada Akta Kawalan Harga diperkenalkan oleh kerajaan. Pada musim-musim perayaan utama, lazimnya kerajaan akan mengumumkan kepada orang ramai mengenai beberapa barangan utama untuk dikawal harganya. Malahan sistem pemasaran terbuka memerlukan harga turun dan naik untuk membolehkan masalah lebihan atau kekurangan produk dapat diatasi. Dalam Kementerian Pertanian juga terdapat beberapa agensi yang membantu dalam pemasaran produk-produk pertanian iaitu FAMA dengan pengujudan Pasar Tani diseluruh negara. Selalunya apabila berlaku lambakan produk pertanian, maka ia akan diatasi dengan cara tawaran harga yang rendah, stok berlebihan akan dijual secara borong dan menjalankan banyak promosi jualan secara terkawal. Paling penting disini adalah pihak pengeluar seperti petani, penternak dan nelayan tidak mengalami kerugian dan pengguna mendapat hara rendah yang munasabah. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah melancarkan 'Kempen Jihad Memerangi Orang Tengah' patut disokong kerana ini akan menguntungkan kedua-dua pihak iaitu pihak pengeluar dan juga pengguna. Pengeluar seperti petani, penternak dan nelayan adalah kumpulan yang akan mendapat faedah daripada kempen ini jika ia dijalankan dengan baik dan tersusun. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pertanian lestari yang berkait dengan penghasilan produk pertanian, aktiviti lepas tuai dan kesan sistem rantaian nilai untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.



Kita sebagai pengguna akan melenting apabila harga ikan segar dan sayuran seperti cili melambong tinggi pada setiap bulan Disember dan Januari setiap tahun. Kepada pihak tertentu ia akan mengambil peluang isu ini untuk dipolitikkan tanpa mengambil kira isu sebenar yang berlaku sebenarnya adalah akibat cuaca tengkujuh yang menyebabkan nelayan tidak dapat turun kelaut dan kebun sayur tenggelam akibat hujan atau kena bencana banjir. Faktor kenaikan harga yang melebihi paras normal atau harga dipasar yang meningkat berlebihan dimana gejala ini sukar diterima oleh pengguna terutama yang berpendapatan rendah. Kegelisahan mereka ini sebenarnya berasas kerana punca pendapatan bulanan keluarga adalah sama setiap bulan. Ini kerana sejak kebelakangan ini, harga bahan makanan menampilkan peningkatan lebih daripada biasa. Kejadian ini iaitu harga berlebihan akibat beberapa sebab lain seperti kenaikan harga minyak, kenaikan tarif eletrik, kenaikan harga input pertanian dan kenaikan kadar caj pekerja buruh asing. Peratus peningkatan harga yang dikenakan oleh penjual sering lebih tinggi daripada yang sepatutnta dan ia sering berlaku sebelum ini. Antara persoalan yang saya fikir akan ditimbulkan seperti "Adakah peningkatan ini disebabkan oleh ketidak seimbangan penawaran dan permintaan atau disebabkan oleh orang tengah atau peniaga yang sengaja mahu menangguk keuntungan di dalam situasi pasaran yang menunjukkan trend harga menaik?". Media temptan dan pihak tertentu juga sering menuding jari kepada orang tengah sudah menjadi jalan mudah untuk mencari jawapan. Bagaimana pun saya berpendapat hanya data statistik dan kajian lengkap yang boleh menjawab persoalan seperti ini, iaitu dengan kita membandingkan kos pengeluaran dan kadar keuntungan. Tetapi nampaknya isu pengkalan data yang tidak lengkap bukan prioriti utama setakat ini oleh pihak berkaitan untuk diberikan tumpuan.


Beberapa ahli ekonomi menyatakan iaitu persekitaran semasa telah meyebabkan berlaku kenaikan harga yang memang disebabkan oleh gabungan faktor asas dan teknikal. Faktor Asas adalah ia merujuk kepada interaksi penawaran dan permintaan. Faktor Teknikal pula merujuk kepada persepsi pengeluar, peniaga dan pengguna mengenai pola atau trend pasaran dan yang lebih penting adalah apakah dia tindakan yang mereka ambil. Memang menjadi amalan wajar dimana apabila permintaan mengatasi penawaran maka lazimnya harga komoditi akan meningkat. Begitu juga sebaliknya iaitu apabila penawaran melebihi permintaan maka harga komoditi akan jatuh. Semua ini kita belajar disekolah dan universiti dahulu dan sering juga dinyatakan dalam media tempatan. Ini hukum pasaran bebas. Peningkatan taraf hidup, penduduk yang bertambah (di mana negara kita mempunyai seramai dua juta lebih ialah pendatang), gaya hidup yang telah berbeza dengan masa dulu dan pola pemakanan yang berubah telah menjadikan permintaan semua produk dan komoditi makanan dari sektor pertanian berubah. Kepada pengguna yang berpendapatan rendah, selalunya permintaan ke atas bahan asas seperti beras akan terus meningkat untuk keluarga yang lazimnya bersaiz besar. Ini termasuk bahan makanan harian yang lain seperti sayur, buah, ikan dan ayam daging yang harganya meningkat naik. Di kalangan pengguna berpendapatan tinggi pula lazimnya permintaan mereka adalah untuk produk makanan ‘berkualiti’, ‘berkhasiat’ dan juga jenis ‘makanan segera’. Ini termasuk ayam daging, produk tenusu, sayur segar dan buah-buahan temperate, daging lembu dan kambing impot serta produk makanan proses. Laporan kementerian menunjukkan kadar pengeluaran makanan dalam negeri tidak memenuhi permintaan menyebabkan Malaysia mempunyai nilai bill impot makanan melebihi RM450 billion setahun. Apakan perancangan kerajaan dan tahap kesedaran pengguna untuk mengatasi masaalah ini. Bersambung Part 2 (Sila Klik disini). Wasallam!.


PERTANIAN LESTARI...APA DIA...
SERING DIBINCANG...OLEH SIAPA...
HASIL PERTANIAN...PENTING JUGA...
MENJAMIN PASARAN...DINEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(16 Rabiulakhir 1435H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...