PASAR (Market) adalah satu nama yang tidak asing bagi kita semua dalam mendapatkan keperluan barangan harian untuk keluarga. 'Pasar' dalam bahasa kita secara amnya adalah difahami sebagai pasar basah (wet market) walau pun kini maksudnya telah banyak diperluaskan. Kita kini telah lazim mendengar perkataan berkaitan 'pasar' seperti Pasar Besar, Pasar Basah, Pasar Mini, Pasar Raya, Pasar Borong, Pasar Malam, Pasar Tamu, Pasar Lambak, Pasar Tani, Pasar Barang Antik, Pasar Kraftani, Pasar Lelong, Pasar Ikan dan macam-macam lagi. Kalau dalam bahasa Inggeris pula penggunaan perkataan 'market' lebih luas seperti Mini Market, Supermarket, Hypermarket, Emporium, Mart dan banyak lagi. Terdapat beberapa jenis nama 'Pasar' yang popular di negara kita seperti nama Pasar Siti Khadijah di Kota Bahru, Kelantan, Pasar Payang di Terengganu, Pasar Rabu di Alor Setar, Pasar Seni di Kuala Lumpur, Pasar Satok, di Kuching dan banyak lagi. Artikel petang Sabtu ini sambil kepenatan selepas bercuti 5 hari, trip berpusing separuh dari Semenanjung Malaysia, saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai satu tajuk yang biasa iaitu 'pasar' untuk dikongsi bersama pembaca.
Pasar Borong (Wholesale market) pula merupakan satu jenis pasar yang menjual barangan produk kegunaan harian secara 'Borong'. Selalunya penjual di pasar basah atau lain-lain pasar akan mendapatkan bekalan mereka daripada pasar borong. Pembekal-pembekal barangan dari pelbagai lokasi akan menghantar produk mereka kepada pemborong di pasar borong. Pemborong diberikan lot-lot perniagaan mengikut jenis komoditi di pasar borong seperti zon buah-buahan, zon sayur-sayuran, zon ikan dan sebagainya. Pasar Borong diuruskan oleh Kerajaan Tempatan (Majlis Daerah) seperti Pasar Borong Selayang, Pasar Borong Pandan JB dan banyak agi.
Pasar Basah (wet market) merupakan pasar yang diujudkan oleh setiap Kerajaan Tempatan atau Majlis Daerah di setiap bandar dan kota untuk keperluan penduduk tempatan. Bagi pasar ini produk seperti ikan, sayuran, buah-buahan, daging, ayam hidup, bahan dapur kering, bahan rempah ratus dan sebagainya ada dijual setiap hari atau 6 hari dalam seminggu. Pasar ini ditadbir oleh Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran yang menentukan lot-lot jualan, kebersihan pasar serta penyelenggaraan infrastruktur ladang. Penjual dalam pasar basah kebanyakannya turun temurun sejak dulu kecuali lesen perniagaan di tamatkan atau penjual sudah tidak berminat lagi. Kebanyakan pasaar basah adalah dalam keadaan lama dan uzur kecuali jika telah di buat baru atau baru diselenggara. Pasar basah beroperasi dari awal pagi sehingga lewat petang dan tidak berniaga diwaktu malam. Kedudukan pasar basah ini terletak dilokasi yang strategik di tengah bandar atau pinggir bandar yang mudah dikunjungi. Pasar Tani, Pasar Tamu dan Pasar Malam ada ditulis didalam artikel berlainan.
Pasar Raya (Super-Market), Pasaraya Besar (Hypermarket) dan Pasaraya Mini (Mini Market) pula merupakan jenis pasar yang moden dimana ianya mempunyai struktur tetap yang tersusun dan benyak kemudahan. Di Malaysia kita sering mengunjungi Pasaraya Besar seperti TESCO, GIANT, JUSCO, MYDIN, IKEA, CARREFOUR dan banyak lagi dikawasan bandar-bandar utama. Konsep 'all in one' yang dijalankan oleh pasaraya besar ini kebanyakkannya di punyai oleh syarikat gergasi antarabangsa. Konsep pasaraya ini menjalankan perniagaan dalam kompleks yang selesa, mempunyai pelbagai kemudahan, berhawa dingin, bersih, pelbagai produk jualan daripada bahan basah, alatan dapor, pakaian, elektronik , perkhidmatan produk kesihatan, buku dan semua jenis produk. Kemudahan kawasan meletak kereta dan keujudan mesin kewangan ATM dikompleks ini menyebabkan ramai orang datang untuk berbelanja. Saya anggarkan hampir 60 - 70% penduduk kawasan bandar mengunjungi pasar raya besar untuk berbelanja atau bersiar-siar. Aktiviti keceriaan dan promosi produk di anjurkan di ruangan utama (Lobby) kompleks perniagaan terutama pada waktu puncak. Bagaimana pun saya fikir keujudan pasar raya besar ini telah menjejaskan perniagaan pemilik kedai runcit diseluruh negara. Kebanyakan pasar raya besar terus dikunjungi oleh ramai rakyat kita (terutamanya Melayu) yang menganggapnya sebagai cara moden untuk berbelanja.
APA ITU PASAR.... TAHU JAWAPANNYA....
PASAR BORONG... PENTING PERANANNYA...
PASAR BASAH .... PELBAGAI PRODUKNYA....
PASARAYA BESAR.... BANYAK CAWANGANNYA...
Related Articles:
1. Pasar Tani (Klik disini)
2. Pasar Tamu )Klik disini)
3. Pasaraya (Klik disini)
4. PASKAM (Klik disini)
5. Pasar Karat (Klik disini)
By,
M Anem
Kompleks Serdang,
Selangor
Malaysia
(9 (Muharram 1434H)
Pasar Borong (Wholesale market) pula merupakan satu jenis pasar yang menjual barangan produk kegunaan harian secara 'Borong'. Selalunya penjual di pasar basah atau lain-lain pasar akan mendapatkan bekalan mereka daripada pasar borong. Pembekal-pembekal barangan dari pelbagai lokasi akan menghantar produk mereka kepada pemborong di pasar borong. Pemborong diberikan lot-lot perniagaan mengikut jenis komoditi di pasar borong seperti zon buah-buahan, zon sayur-sayuran, zon ikan dan sebagainya. Pasar Borong diuruskan oleh Kerajaan Tempatan (Majlis Daerah) seperti Pasar Borong Selayang, Pasar Borong Pandan JB dan banyak agi.
Jualan sayur di pasar basah. |
Pasar Raya (Super-Market), Pasaraya Besar (Hypermarket) dan Pasaraya Mini (Mini Market) pula merupakan jenis pasar yang moden dimana ianya mempunyai struktur tetap yang tersusun dan benyak kemudahan. Di Malaysia kita sering mengunjungi Pasaraya Besar seperti TESCO, GIANT, JUSCO, MYDIN, IKEA, CARREFOUR dan banyak lagi dikawasan bandar-bandar utama. Konsep 'all in one' yang dijalankan oleh pasaraya besar ini kebanyakkannya di punyai oleh syarikat gergasi antarabangsa. Konsep pasaraya ini menjalankan perniagaan dalam kompleks yang selesa, mempunyai pelbagai kemudahan, berhawa dingin, bersih, pelbagai produk jualan daripada bahan basah, alatan dapor, pakaian, elektronik , perkhidmatan produk kesihatan, buku dan semua jenis produk. Kemudahan kawasan meletak kereta dan keujudan mesin kewangan ATM dikompleks ini menyebabkan ramai orang datang untuk berbelanja. Saya anggarkan hampir 60 - 70% penduduk kawasan bandar mengunjungi pasar raya besar untuk berbelanja atau bersiar-siar. Aktiviti keceriaan dan promosi produk di anjurkan di ruangan utama (Lobby) kompleks perniagaan terutama pada waktu puncak. Bagaimana pun saya fikir keujudan pasar raya besar ini telah menjejaskan perniagaan pemilik kedai runcit diseluruh negara. Kebanyakan pasar raya besar terus dikunjungi oleh ramai rakyat kita (terutamanya Melayu) yang menganggapnya sebagai cara moden untuk berbelanja.
APA ITU PASAR.... TAHU JAWAPANNYA....
PASAR BORONG... PENTING PERANANNYA...
PASAR BASAH .... PELBAGAI PRODUKNYA....
PASARAYA BESAR.... BANYAK CAWANGANNYA...
Related Articles:
1. Pasar Tani (Klik disini)
2. Pasar Tamu )Klik disini)
3. Pasaraya (Klik disini)
4. PASKAM (Klik disini)
5. Pasar Karat (Klik disini)
By,
M Anem
Kompleks Serdang,
Selangor
Malaysia
(9 (Muharram 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.