Support My Blog

Thursday, November 15, 2012

KEROPOK IKAN (Part 2)


KEROPOK IKAN merupakan sejenis produk berasaskan ikan yang popular terutama dikalangan masyarakat kita dan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Keropok di Indonesia dipanggil 'Krupuk', di Filipina sebagai 'Kropek', di Vietnam sebagai 'Ban Phong Tom' dan sebagainya. Keropok Ikan adalah paling banyak diusahakan selain daripada keropok Udang, Keropok Sotong dan Keropok Sayur.  Bahan asas keropok adalah tepong sagu atau tepong kanji, ikan, garam, MSG, gula dan bahan perasa. Perusahaan membuat keropok banyak ditumpukan dikawasan adanya bekalan ikan seperti di Terengganu, Kelantan, Pahang, Kedah dan Johor. Jenis-jenis ikan yang lazim digunakan untuk membuat keropok adalah seperti ikan tamban, ikan parang, ikan selayang, ikan kerisi, ikan lolong bara, ikan biji nangka, ikan conor dan lain-lain. Dua jenis keropok ikan yang diusahakan di Malaysia adalah Keropok Lekor dan Keropok Kering. Artikel pagi bertarikh (10.11.12) ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai keropok ikan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua yang membaca blog saya.


Adunan keropok batang yang telah siap direbus atau dikukus disejukkan dahulu. Bagi keropok lekor ianya boleh dimakan terus selepas direbus dengan cecah sos keropok atau digoreng dahulu. Bagi keropok kering akan disejukkan dahulu keropok batang dan apabila sejuk boleh mula proses memotong menjadi kepingan keropok. Pemotongan dijalankan secara manual dengan pisau tajam atau menggunakan mesin pemotong keropok. Keropok dipotong dengan ketebalan 1.5 - 2.5 mm atau yangsesuai mengikut kehendak pasaran. Terdapat juga keropok ikan yang dipotong empat segi berbentuk beruti macam potongan kentang goreng (fun fries). Keropok Ikan Tamban lazimnya dipotong menyerong untuk membentuk keropok kering bulat lonjong.


Kepingan keropok ini perlu dikeringkan dengan menjemur dibawah sinaran matahari atau pun menggunakan alat pengering eletrik/gas. Keropok disusun datas pemidai daripada bahan buloh atau zink dan dibiarkan dibawah sinaran
matahari selama 6 - 7 jam untuk ianya cukup kering. perlu dingatkan jika cuaca mendung atau hendak hujan maka pemidai ini perlu disimpan dibawah teduhan. Pastikan tidak berlaku pencemaran daripada binatang atau kekotoran semasa menjemur keropok tersebut.  Keropok yang telah kering di angkat dan di simpan atau terus ditimbang dan dibungkus dalam bekas plastik. Plastik ini akan di pateri dengan menggunakan api lilin , pelita atau dengan menggunakan mesin pateri plastik (Tew Impulse Sealer).

Pembungkusan adalah faktor penting dalam mengawal kualiti produk. Pembungkusan yang tidak baik akan mengakibatkan pendedahan kepada kesan-kesan persekitaran saperti gas oksigen, wap air, kotoran, mikro, dan cahaya yang berlebihan. Ini akan menyebabkan hasilan menjadi lemau, berkulat, tengik, busuk dan hilang khasiat pemakanannya. Pembungkusan yang menarik juga akan menjadi daya tarikan kepada pengguna. Keropok yang telah dibungkus dengan berat 100 gm,200 gm dan 500 gm adalah perlu di susun dengan rapi supaya tidak di kenakan tekanan bebanan yang berat yang mana akan mengakibatkan kerosakan kepada keropok saperti patah, pecah dan sebagainya.


Keropok Lekor dan Keropok Kering yang digoreng akan dimakan mengikut kesesuaian. Lazimnya keropok lekor dimakan waktu petang dengan dicecah kepada sos keropok lekor untuk menyedapkan rasa (Lihat foto sebelah). Keropok kering akan digoreng dengan minyak panas dan dimakan bersama sos cili atau sos tomato. Saya paling suka makan nasi goreng dengan ada keropok goreng ketika sarapan pagi. Nasi Kerabu dan Nasi Berlauk juga selalunya menghidangkan keropok ikan sebagai satu daripada komponen penting. Keropok dijual dengan pelbagai jenama tempatan dan dijual di pasar, pasar malam, kedai runcit, supermarket dan kini telah ada 'Home Delivery' dibuat dikawasan Lembah Kelang ala penghantaran 'Pizza Hut' atau 'Domino Pizza'.

INDUSTRI HILIRAN ....KEROPOK IKAN...
IA PASTI... TINGKATKAN PENDAPATAN... 
DIHIRIS NIPIS .. DIJEMUR KERINGKAN...
DIBUNGKUS KEMAS ... UNTUK JUALAN...
DI GORENG RANGUP... SOS CILI CECAHKAN...
INDUSTRI KEROPOK...TERUS DIGALAKKAN...

By,
M Anem
Kg Losong, Kuala Terengganu,
Terengganu, 
Malaysia.
(18 Zulhijjah 1433H)




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...