SPIRULINA (Spirulina spp) merupakan sejenis algae hijau yang boleh dimajukan di Malaysia sebagai satu komoditi berpotensi tinggi. Dua spesis spirulina yang sesuai diusahakan adalah Spirulina maxima dan Spirulina platensis. Kajian menunjukkan spirulina mengandungi banyak jenis protin (55 - 70%) dan Karbohiderat 15 - 25%), Asid Lemak essential (18%), Vitamin, Bahan Galian (Minerals) dan Pigment Hijau seperti Karotin, Klorophylla serta Phycocyanin. Kegunaan spirulina masa kini adalah sebagai bahan makanan , komestik dan juga produk kesihatan. Faedah dari spirulina didakwa baik untuk mengawal pertumbuhan tumor, mengawal serangan virus, anemia dan juga isu 'malnutrition'. Kajian kesan spirulina pada haiwan yang dijalankan mendapati ia mempercepatkan kedewasaan haiwan (maturity), meningkatkan warna kuning telur serta meningkatkan kesuburan (fertility) pada ternakan lembu. Artikel kali ini bagaimana pun saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai amalan agronomi MUDAH atau cara TRADISIONAL untuk mengusahakan tanaman algae hijau bernama spirulina untuk bacaan dan rujukkan anda.
Berikut adalah kaedah pengurusan agronomi spirulina secara tradisional yang dijalankan di India untuk kita lihat. Kaedahnya memang mudah jika dibandingkan dengan kaedah teknologi moden yang telah dijalankan di Jepun, USA, Australia dan yang terkini di Thailand. Bagaimana pun kaedah ini boleh dipelajari diperingkjat awal oleh kita semua yamg baru hendak kenal akan perusahaan spirulina ini.
Berikut adalah kaedah pengurusan agronomi spirulina secara tradisional yang dijalankan di India untuk kita lihat. Kaedahnya memang mudah jika dibandingkan dengan kaedah teknologi moden yang telah dijalankan di Jepun, USA, Australia dan yang terkini di Thailand. Bagaimana pun kaedah ini boleh dipelajari diperingkjat awal oleh kita semua yamg baru hendak kenal akan perusahaan spirulina ini.
Kolam konkrit disediakan dan terdedah kepada cahaya matahari sepenuhnya. Saiz kolam bergantung kepada kaedah pengurusan. Sebaiknya tidak terlalu besar sangat untuk memudahkan pengurusan terutama kawalan air dan aktiviti penuaian. Pembinaan struktur air keluar dan masuk perlu di lengkapkan. Pastikan ada punca bekalan air yang bersih dan tidak tercemar penting dikenalpasti untuk kolam .
Bagi struktur kolam diatas tanah juga boleh disediakan mengikut rekabentuk yang sesuai. Paling penting ialah kolam terbuka dan boleh dikawal pengaliran air pada kolam tersebut. Kolam tanah untuk spirulina sebaiknya dilapis dengan sejenis plastik tebal untuk mengurangkan resapan dan gangguan perosak daripada tanah didasar dan di tebing kolam.
Benih siprulina berkualiti dimasukkan kedalam kolam yang telah mengandungi air bersih. Pastikan jumlah benih yang dimasukkan mengikut kadar yang sesuai untuk spirulina membiak melalui proses khas daripada pembentukan 'trichomes' sehingga pemanjangan filamen spirulina.
Aktiviti meratakan benih spirulina dalam kolam konkrit agar benih akan tersebar rata didalam kolam. Jika aktiviti ini tidak dilakukan maka taburan spirulina hanya berkumpul disatu lokasi sahaja. Pemeriksaan kadar pertumbuhan dan tumbesaran spirulina juga diperiksa.
Pemeriksaan pertumbuhan spirulina dijalankan mengikut jadual. Pemeriksaan dijalankan dengan menganbil air dalam kolam menggunakan bekas dan ditapis untuk mememriksa kadar panjang trichomes dan filamen spirulina. Aktiviti yang sama juga boleh digunakan untuk menuai spirulina.
Apabila cukup matang, gunakann penapis kain kasa untuk menapis air kolam yang mengandungi spirulina bagi tujuan penuaian (Harvesting). Aktiviti menuai spirulina boleh djalankan beberapa peringkat mengikut kadar tumbesaran.
Spirulina basah yang dihasilkan melalui penapisan air kolam dan dikumpulkan untuk dijual atau seterusnya melalui proses pemgeringan. Buang segala kekotoran dan lain-lain algae yang terdapat pada tuaian tersebut.
Spirulina dituai boleh dikeringkan melalui jemuran dibawah sinaran matahari atau menggunakan mesin pengering. Spirulina kering boleh disimpan lama sebelum dijual mengikut kadar harga pasaran.
Serbuk spirulina kering yang telah dikisar didalam kilang dan sedia untuk diproses didalam bentuk yang dikehendakki seperti di buat serbuk, kapsul, pill, cecair dan sebagainya. Proses membuat produk akhir dikilang mesti mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP - Good Manufacturing Practice).
Kaedah perusahaan spirulina secara tradisional dan konvensional ini sesuai untuk petani kecil-kecilan seperti yang banyak dijalankan di India, Sri Lanka dan beberapa negara lain. Walau pun kualiti, kuantiti dan produktiviti kaedah ini agak rendah atau sederhana tetapi ianya adalah praktikal dan kos pengeluaran yang sangat rendah juga. Kita akan berbincang mengenai kaedah teknologi pengeluaran spirulina lebih moden pada artikel lain nanti. Wasaalam!
KOLAM KONKRIT... BERSIH AIRNYA....
BENIH SPIRULINA.... DIMASUK DALAMNYA...
MENUAI SPIRULINA... KAIN KASA TAPISNYA...
KAEDAH MUDAH... LUMAYAN HASILNYA...
By,
M Anem
Bandar Lumut,
Manjong, Perak,
Malaysia.
(11 Muharram 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.